Pengalaman Menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan di Zura’s Akademik Bangsar - emilinda

Tuesday, January 8, 2019

Pengalaman Menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan di Zura’s Akademik Bangsar

Sebelum 2018 melabuhkan tirai haritu, saya sempat setelkan salah satu perkara yang dah lama saya nak setelkan tapi asyik bertangguh, iaitu kursus pra-perkahwinan. Mak dah membebel dah sebab asyik postpone je. Bukan apa, orang kata waktu tak busy la kita patut setelkan mana-mana hal yang boleh setelkan. Tak perlu tunggu last minute baru nak buat. Lagi pulak makin lama harganya makin naik. Rasa menyesal gila tak ambil kursus kahwin ni sesiap masa belajar dulu. Bila dah di alam pekerjaan ni makin sibuk sebenarnya, makin tak sempat nak luang masa hujung minggu untuk hadiri kursus kahwin. Jika saya tak silap kalau ambil kursus kahwin zaman universiti dulu, harganya tak cecah RM100 pun. Masih murah lagi. Tapi sekarang kemain harganya mahal. Dah survey banyak tempat, kadar harga kursus kahwin sekarang adalah RM120.

Oh by the way for my non-muslim readers, untuk makluman, kami yang beragama Islam ni memang diwajibkan menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan selama 2 hari bagi membolehkan kami berkahwin. Basically boleh ambil kursus pra-perkahwinan ni kat mana-mana akademi yang menyediakan kursus ini. Kursus pra-perkahwinan ini adalah berbayar, dan memang diwajibkan bagi setiap individu Islam di Malaysia yang ingin berkahwin. 

Ramai jugak artis yang ambil kursus kahwin di sini. Kat belakang tu semua gambar artis yang ambil kursus kahwin di sini.

So sekitar pertengahan November 2018, saya ajak rakan sebilik saya Ekin untuk join kursus kahwin sama-sama. Pergi berteman ni takde la krik krik sangat. Lepas dah survey sikit secara online, then kitorang decide nak ambil kursus kahwin yang terdekat dengan kawasan rumah sewa kitorang je iaitu di Zura’s Akademik Bangsar. Memang tak jauh pun, naik grab dari rumah dalam RM5-RM7 je per trip. Lokasi dia dekat deretan rumah kedai, first floor.

The first day of our pre-wedding course is on 24th November, hari Sabtu. Hari pertama pendaftaran bermula tengahari. Hari kedua baru full day pagi sampai petang. So hari pertama tu lepas solat Zohor kitorang terus gerak ke sana untuk registration. Waktu registration baru bayar RM120, then proceed masuk kelas. Masa ni kitorang ingat dia sediakan lunch sebab katanya makanan disediakan. So kitorang tak lunch, just makan nasi for breakfast je. Rupa-rupanya makanan yang disediakan tu untuk hari kedua. Tahan jela perut sampai habis kelas sekitar jam 7 petang.

Lepastu untuk hari kedua, katanya atas sebab-seba tertentu kelas terpaksa ditunda ke Ahad seterusnya. Kitorang tak dapat join hari Ahad seterusnya sebab Ekin balik kampung. So plan nak proceed Ahad yang selepas minggu Ekin balik kampung tu. Tapi pihak Zura’s Akademik cakap takde kelas on that day. So postpone lagi ke 16 Disember 2018. Hari kedua ni berjalan lancer, dan kelas habis awal. Sebelum asar lagi dah habis, tak silap sekitar jam 3.30 petang dah habis. Lega kot kelas habis awal, haha. Breakfast disediakan, lunch pun disediakan. Lunch disediakan tu dekat satu kedai mamak kat bawah sederet dengan Zura’s Akademik.

Surau kecil tetapi selesa

My feedback on kursus pra-perkahwinan di Zura’s Akademik :
Ada disediakan surau dan tandas. Tandas agak usang dan kotor sikit, tapi surau okay je selesa. Kalau nak makan, kedai terdekat adalah kedai mamak kat bawah tu. Lupa nama kedai mamak tu. Dari segi pegisian semasa kelas tu, overall okay. Takde la rasa mengantuk sangat. Ada satu sesi pada hari pertama je saya rasa mengantuk, sebab ustaz tu macam bagi ceramah yang dia sorang je bercakap non-stop. Takde two way communication, sebab tu rasa mengantuk sikit. Sesi yang lain semua okay. Banyak ilmu saya dapat kat situ. Oh lagi satu, saya tak pasti adakah semua akademi kursus kahwin memang mewajibkan peserta ambil gambar atau tak. Tapi kat Zura’s Akademik ni hari pertama dorang akan ajak tangkap group photo. Katanya gambar tu akan diberikan kepada kita sekali dengan sijil kursus kahwin tu nanti. Masa ni dia langsung takde mention pasal cas tambahan untuk gambar tu. Masa hari kedua tu baru dia mintak tambahan RM15 seorang. Bila kita tanya, katanya untuk printed photo tu. Masa tu rasa macam “eh, ada extra charge eh?” tapi cakap dalam hati jela. So total cost untuk kursus kahwin ni adalah RM135 seorang.

23 comments:

  1. Tiba tiba ter #throwback pulak masa pegi kursus perkahwinan 6 tahun lepas. Hikss. Actually benda ni walaupun x wajib in Islam, tapi bagus gov wajibkan sbb mmg perlu ilmu nak berumah tangga ni.

    ReplyDelete
  2. kak lily pun kursus di sini jugak dulu, dah lama dah 12 tahun yang lepas. bagus tenaga pengajarnya, dia terangkan secara details mengenai sesuatu perkara tuh

    ReplyDelete
  3. rindunya pergi khusus kahwin dulu hahahha. waktu tu busy sangat nak pergi kelas pun rasa mengantuk je tapi nasib ustaz pandai tarik perhatian kelas

    ReplyDelete
  4. Wah simpan baik-baik sijinya taww..

    ReplyDelete
  5. waa da pegi kursus kawen.. rasa macam nak pegi gak walaupun tatau bila nak kawen =P

    ReplyDelete
  6. Teringat akak pergi kursus kahwin dulu..2 hari yang penuh dengan macam- macam ilmu..ada 2 ustaz dan ustazah..kalau tang ustaz tu smeua sensored nyer part sure dia kongsi..macam ada berita baik je ni emi..bila kah tarikhnya tu...hehehehe

    ReplyDelete
  7. Wah! Dah pergi kursus kahwin eh Emi. Nok nikoh bilo ni? Tahniah.

    ambo gi kursus maso zaman universiti lagi. tapi pah lonih tok nikoh pun lagi..haha

    ReplyDelete
  8. Yeah selesai satu bab ye emi. Selalu nak g kursus ni yang bercinta sikit tapi banyak info yang kita boleh dapat kan. Kak ana dulu rasa tak sampai rm100 rasanya.

    ReplyDelete
  9. Boleh tahan mahal harga sekarang ya. Dulu tahun 2012 tak cecah pon ratus². Seronok kursus kahwin ni, banyak ilmu dapat untuk persediaan rumahtangga. Tp dapat penceramah yang mengantuk, boleh tido jadinya heheh

    ReplyDelete
  10. Mahal juga ya caj kursus kahwin ni .Time akak dulu pergi rm80 .Masa tuh pergi sama dengan tunang a.k.a suami .Kawna pun pergi sekali .Tapi memang betul kalau kursus kahwin penceramah tak buat konsep two way communicayion memang mengantuk.

    ReplyDelete
  11. zura akademik mcm dah lama dengar. femes jugakkan. alamak... part tetiba charge gambar tu mmg tak best lah kan.. eh!

    ReplyDelete
  12. Kompang dipalu pengantin baru.. Ewahhhh.. Hee ingat nak dekat dah. Xpa.. Amik ja dlu awai2.tak rugi pun. .Bukan ada expired date kan. Akak dlu amik x ingat berapa tapi sekarang ni makin lama makin bertmbah la kosnya kan. So tak rugi amik awai2 uols

    ReplyDelete
  13. baguslah da buat persediaan awal. uwh kursus sekarang start lambat ye. biasakan first day start pagi.huhu. tak tahu la zaman skarang sebab dulu krsus tahan 2013. hehehe. tula ada ustaz yang jenis cakap straight je memang mengantuklah. dapat kelakar tu memang segar mata.

    ReplyDelete
  14. I didn't know there are coruses to attend prior to wedding, thanks for sharing your experience, I guess it's also good to help people prepare mentally before steeping into something serious.

    ReplyDelete
  15. Dah gi krusus khawin makna dah dekat le tu ekk :). Masa zaman sis dulu tak ada kursus2 ni. Puluh tahun dulu lah..hehehe. bagus ada kursus ni utk persediaan dlm perkahwinan

    ReplyDelete
  16. Untuk umat islam memang ada kursus perkahwinan kan? Untuk umat lain juga saya rasa patut adalah lar kursus perkahwinan ini. :)

    ReplyDelete
  17. yay setel juga kursus perkahwinan kan.. heee i suka kalau ustaz ustazah yang jenis suka melawak.. umat islam semua kena buat dari kursus perkahwinan sampai la ke hiv test... dua dua ni haritu dapat tentangan dari non muslim haritu huhuhuhu.. :(

    ReplyDelete
  18. RM135 je yuran untuk kursus kahwin. Okey noted. Kena plan pergi dah ni. Tak pernah gi lagi kursus kahwin, sijil kahwin pun belum ada ni. Calon takde takpe, janji sijil dah ada, hahaha

    ReplyDelete
  19. good for the Muslims to attend such a course before wedding. i don't think there's any for other races but anyhow given the advancement of internet, anything can be found online!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  20. Hehe..1 step closer ye..kak min dulu gi kursus kawen kat masjid shah alam heheh..time tu penceramah semua best ketawa terbahak2

    ReplyDelete
  21. Wahh... Alhamdulillah Tahniah!
    Dah pegi kursus, dah dekat laa tu eh. Jaga diri darah manis tu. Hehee Simpan baik baik SIJIL tu tau...

    ReplyDelete
  22. Mahal gak ye harga kursus kahwin ni. Tapi takpelah,yang penting dah selesai satu bendakan. Ehem macam nak dekat je tu? Hihi

    ReplyDelete
  23. Emi dah nak kahwin ke? Tahniah in advance ya. Ingat jemput mouse mommy tau! Mmg bagus utk hadir kursus pra perkahwinan, sbg pedoman hidup nnt :)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.