Cara Saya Tanggalkan Mekap Menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser - emilinda

Sunday, January 27, 2019

Cara Saya Tanggalkan Mekap Menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Assalamualaikum korang! Weekend kali ni tak buat apa sangat, dan tak ke mana sangat. So ada masa terluang ni, rasa nak review tentang Althea Pore Purifying Serum Cleanser. Actually dah beberapa minggu Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni ada dalam simpanan saya tapi tak sempat nak cuba. For the past few days baru sempat buka, belek sikit-sikit dan cuba. Jujur awalnya saya fikir this is another typical make-up remover macam yang ada dijual kat drugstore (which is I have a few from different brands, tapi end up tak guna sangat pun sebab either rasa terlalu berminyak atau kurang berkesan untuk tanggalkan mekap). Tapi bila baca balik nama dia, eh ada serum ye? Terus rasa berminat nak cuba.


First of all hasil baca komen pengguna lain, saya difahamkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni berfungsi 2 dalam 1 iaitu sebagai pencuci muka tanpa buih, dan juga sebagai pembersih mekap. Alah tapi kedua-duanya pun bertujuan untuk menanggalkan mekap. Kalau tengok dekat website Althea, cara penggunaan yang disarankan adalah sebagai pencuci muka (basahkan wajah, sapu dan urut dalam gerakan membulat 5-10 saat, lepastu bilas dengan air). Tapi saya sendiri lebih suka guna Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni sebagai makeup remover. Kiranya saya tuang dekat tisu muka, lepastu wipe out semua kesan mekap kat muka ni. Bila dah rasa tanggal semua mekap, saya lengkapkan rutin permbersihan wajah saya dengan mencuci muka menggunakan Althea Bare Essentials Contour Cleanser. Fresh betul muka bila lepas tu.


Katanya Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni merupakan kombinasi pembersih dan serum yang boleh menghilangkan kesan mekap, kotoran dan minyak dimuka dengan menggunakan ekstrak mint sekaligus menghalang kulit dari kering. Bukan itu sahaja, ianya juga berkesan mengecilkan liang pori bagi menghasilkan kulit yang smooth bila disentuh. Penggunaan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni juga membantu menseimbangkan pH level kulit untuk kulit yang lebih sihat. Untuk yang kulit sensitive pun sesuai guna!


Tekstur Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni macam serum, dan teksturnya sangat light weight. Saya akui memang sedikit berbeza berbanding beberapa jenama makeup remover lain yang pernah saya guna. This one tak rasa too oily dan memang mudah menanggalkan mekap. Cuma hati-hati sedikit bila guna berdekatan kawasan mata, sebab boleh menyebabkan pedih mata seketika (dari pengalaman sendiri. Baru je semalam terkena mata sikit, pedih la kejap). Kat bawah ni saya tunjukkan kesan lipstick, foundation, dan eye liner yang Berjaya saya tanggalkan dengan mudang menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser.

Kesan lipstik, foundation dan eye liner

Senang tanggal bila guna produk ni

Tadaaa, hilang semua kesan mekap

Oh ye, sebenarnya semalam saya ada buat video bagaimana saya menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser untuk menanggalkan mekap. Saja la buat video sebab bosan duk sorang-sorang kat rumah, haha. Lepastu lupa nak tangkap gambar. Tapi takpelah, korang tengok jela video ye. Hehe.


Tanggal habis semua kesan mekap

Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni korang boleh beli di website Althea dengan harga RM33 / 150ml. Saya sendiri pun terfikir nak beli lagi satu untuk letak kat surau ofis. Senang sikit nak tanggalkan mekap sebelum solat, hehe.

19 comments:

  1. Dok tengok ramai pakai bilang best dan puashati kita pun rasa yakin nak cuba gak.. Senang 2in1 gini kannn.. Jimat masa dan kos

    ReplyDelete
  2. Nampak mcm
    Senang yerr... mmg skrg dlm proses nak jaga pores. Makin aging makin cepat plak pores ni terbuka ..

    ReplyDelete
  3. Mudah dan berkesan. Produk ni ramai giler yg review sbb kata best. And harga dua xderla mahal sgtkan

    ReplyDelete
  4. Bagus laa produk ni...2 dlm 1...boleh jadi pencuci muka boleh jgk jadi pembersih makeup...jimaf perbelanjan...

    ReplyDelete
  5. Yeayyy cara kita tanggal make sama..kita pun gunakan produk ni. Memang best dan suka sangat. Jimat pun jimat..tak yah beli 2 barang, beli 1 dah berfungsi 2 kegunaan..jimat kan...:D

    ReplyDelete
  6. Rawlins suka gila tekstur muka selepas menggunakan serum cleanser nie. Lembut dan tak berminyak -malah rasa segar kan. Memang my go-to cleanser dah now. Hehe

    ReplyDelete
  7. Akak suka pakai ni jiga Ada ni tak payah dah makeup remover sebab ia dah cukup nalntanggalakn mekap dan cuci muka kita sekaligus kan .Akak siap restock tau sampai dua botol tau. Memang love sangat lah

    ReplyDelete
  8. Selalu dgr review psl Althe serum ni buat rasa nak try sgt. Walaupun x pakai mekap sgt, tp boleh guna as cleanser jugak kan? Sbb ada certain cleanser kita pakai kulit jd pedih la.

    ReplyDelete
  9. Syira suka produk macam ni. Menyenangkan pengguna. Sebab 2 dalam 1. Nak bawak pegi travel pun ok sangat. Jimat

    ReplyDelete
  10. seems like a good product for the girls, multipurpose with pore purfying and yet can be used a make up remover.

    ReplyDelete
  11. Selama ni mommy ada cuba beberapa makeup cleanser. Tapi dah lama juga la just cuci dengan baby wipes sampai clear. Pastu baru confident muka dah betul2 cuci. Boleh la nanti try yg ni pula

    ReplyDelete
  12. best sangat serum pore purifying ni..memang tanggal habis makeup tau..pastu buat double cleansing..memang bersih habis muka

    ReplyDelete
  13. Yes! kita suka pakai Serum Cleanser ni. Memang mudah nak tanggalkan. Lelagi kalau mekap yang tebal, memang sesuai pakai yang ni :D

    ReplyDelete
  14. Wahhhh mudah ya untuk hilangkan make up dengan Althea Serum Cleanser nie. Sekali calit dah boleh tanggalkan make up. Mudahlah para wanita lepas nie nak tanggalkan make up. Yelah, kadang ada certain event kena pakai make up tebal skit, jadi nak cuci tu ambik masa. Betul x ?

    ReplyDelete
  15. Nampak mudah je nk hilangkan makeup. Senang untuk tglkn makeup klu nk solat masa outing kan. hehehe. Packaging pun lawa. hijau2 gituuu

    ReplyDelete
  16. OK tengok kawan-kawan semua pakat nak jaga kulit supaya nampak segar dan sihat, saya pun nak juga. Baca review produk-produk Althe semua bagus-bagus so, why not saya try juga kan.

    ReplyDelete
  17. Mudahnya nak tanggalkan make up pakai cleanser ni. Kene beli satu lah untuk awek. Mesti dia suka.

    ReplyDelete
  18. Best gila pakai ni.. Sat ja dah tertanggai semua mekap kita kan.. Akak memang letak siap2 dekat dalam toilet.. S3nang haaa nak buat double cleansing

    ReplyDelete
  19. wow! i'm using this too.. I think it's really useful and nice too! bought it from althea..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.