One Step Closer. - emilinda

Thursday, February 7, 2019

One Step Closer.

Sekarang dah masuk bulan kedua di tahun 2019. Sekejap betul kan masa berlalu. Usia pun bertambah lagi, hehe. Okay, kali ni bukan nak bercerita tentang azam tahun baru ke apa ke. Tapi nak cerita tentang life progress untuk tahun 2019 ni. Mungkin ada rakan terdekat yang dah tahu, ada yang tak tahu tapi boleh agak, dan ada yang tak tahu langsung. Alhamdulillah, saya melangkah ke tahun 2019 sebagai tunangan orang. Perancangan awalnya nak keep it as a secret dulu, tak nak hebahkan. Tapi bila fikir balik, nak jugak cerita dekat blog sebagai kenangan di hari mendatang. Nanti boleh baca balik. Kenangan semua tu.


Kami skip majlis merisik, terus ke majlis pertunangan. Majlis pertunangan diadakan secara kecil-kecilan sahaja pada 24 December 2018, kat kampung dan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Tak ada mini pelamin, tak ada inai bagai. Memang majlis pertunangan yang sangat simple macam yang saya mahukan. For me majlis pertunangan memang seboleh mungkin nak yang simple. Ikutkan hati memang nak buat ala-ala merisik je, tak perlu ajak sedara mara pun. Dalam fikiran memang nak majlis yang teramat simple, yang melibatkan ibu bapa & adik beradik kedua belah pihak sahaja. Tapi eh bila dah balik kampung 2 hari sebelum majlis tu, mak cakap mak dah ajak sedara mara terdekat haha. Pape pun Alhamdulillah sekali lagi, majlis berjalan lancar.

Mekap syok sendiri, hehe

Memandangkan majlis pertunangan saya memang agak simple, jadi ianya tak melibatkan banyak kos. No mini pelamin, no henna, no makeup artist, no official photographer. Untuk bertunang memang saya dah plan nak pakai warna putih /off-white/krim. Saya pakai je baju yang memang dah sedia ada. Takde beli baju baru pun. Untuk mekap pun saya mekap sendiri. Confident betul mekap sendiri, hahah. Takpe, bertunang je. Untuk kahwin nanti baru all out upah MUA. Inai memang tak nak pakai untuk bertunang. Rasa macam beriya sangat pulak kalau pakai inai. Memandangkan takde mini pelamin, so kitorang hanya buat simple decoration nak bagi sedap mata memandang je. Itu semua kerja kakak-kakak saya yang gigih buat ala-ala backdrop dekat satu sudut dinding rumah kitorang menggunakan apa sahaja kain yang ada kat rumah.

Pakai baju kurung sedia ada


Untuk gambar, saya minta adik bongsu saya je yang tangkapkan. Boleh la daripada takde langsung, gigih dia duk usung kamera ke sana sini haha. Bab makan pula mak ayah saya yang uruskan. Bab ni memang saya tak tahu sangat. Bila tanya mak, mak cakap yang tu takpe nanti mak tahu la nak masak apa. So saya hanya tempah sedikit kuih muih sebagai pencuci mulut. Untuk lauk-pauk kenduri tu mak ada ajak jiran dan sedara terdekat untuk tolong. Terima kasih mak ayah dan adik-beradik banyak tolong untuk menjayakan majlis kecil ini. Tak kurang jugak untuk anak-anak buah yang tolong sama menyental periuk kuali segala bagai tu.


Tak sangka dah jadi tunangan orang. Setahun yang lepas saya tak jangka pun akan bertunang dalam masa terdekat. In fact, boyfriend pun tak ada lagi masa tu. Masih selesa hidup single kononnya waktu tu. Tapi dalam waktu singkat, dipertemukan dengan insan yang saya kira merupakan hasil kombinasi doa-doa saya dan doa emak ayah saya. Betul lah, bila Allah nak buka hati kita untuk sesuatu perkara, sekejap je. Kun faya kun. Okaylah, itu je saya nak kongsi buat masa sekarang. Harapnya dipermudahkan urusan jodoh saya ini. Tolong doakan yang baik-baik ye!

28 comments:

  1. Congrats dear. Cantek. Mana gambo tunang? :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah emi.. Cantik lah makeup emi.. Bila nak langusngnya majlis besar.. Jgn lupa jemput 😘

    ReplyDelete
  3. Tahniah...alhamdulillah...permulaan yang baik...nanti jangan lupa jemput akak jugak ye..

    ReplyDelete
  4. Wahhh alhamdulillah tahniah...
    Terkenang zaman diri sendiri bertunang dulu. Takpe, share je if rasa nak share. Dah masuk fasa sweet blood ni, banyakkan bersabar dan doa bebanyak Allah mudahkan jalan. Its tough and challenging tapi itu semua fasa kehidupan.

    ReplyDelete
  5. tahniah...selamat bertunang...semoga majlis dipermudahkan nanti utk next step. dlm fasa bertunang kena byk bersabar sbb org kata tgh darah manis kan

    ReplyDelete
  6. Wah. tahniah emi.. selamat bertunang.. patutlah masa first TB tengok gambar emi tadi macam seri tu lain dari sebelum ni. makeup pun cantik.. simple tapi fresh.. TB pun makeup sendiri masa bertunang.. hee. jimat.

    ReplyDelete
  7. Tahniahh awak. Selangkah maju ke hadapan. Hehe
    Sama la macam kita dulu. Majlis tunang simple je. Takde nak beriya. Kenduri pun sekadar panggil jiran raapt 2-3 orang dan keluarga belah lelaki. Bila buat simple2 je. Seronok tengok persiapan tuk kawin nanti tau. 🌹

    ReplyDelete
  8. semoga Allah permudahkan segala urusan emilinda sekeluarga..suka tgk majlis pertunangan macam ni..simple dan yang paling penting keberkatan..alhamdulillah selamat menempuh alam pertunangan..

    ReplyDelete
  9. tahniah dik..walaupun makeup sendiri tapi cantik dan berseri..akk suka majlis yang sederhana mcm ni..xperlu membazir kan...

    ReplyDelete
  10. Congratulations. Simple and sweet. Saya suka macam ini.

    ReplyDelete
  11. Tahniah Emi..akhirnya menjadi tunangan orang dah.Selamat menenpuh alam pertunangan dan semoga dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin.Aminn..

    ReplyDelete
  12. Tahniah Emi, bagus cara you plan and uruskan majlis pertunangan you yang sederhana.

    ReplyDelete
  13. Tahniah Emilinda moga ikatan kukuh ke jinjang pelamain Insyaallah Aamiin

    ReplyDelete
  14. Wah dalam diam. .Tahniah emi. .Cantik sangat makeup sendiri pun. .Glowing gitu. .Jimat habis. .Bagus. .Nanti kawin pun kasi jimat. .jangan lupa jemput

    ReplyDelete
  15. Tahniah di atas pertunangan. Tak lama lagi akan dapat la kad jemputan perkahwinan ye tak. Kita nak gak kad jemputan kelak ye.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah tahniah Emi atas pertunangan. Tak lama lagi merasa makan nasi minyak , cantik mekap Emi. Mekap sendiri pun nampak cantik .

    ReplyDelete
  17. Tahniah Emi !!! Wahhh simple je tunang. Bagus sbb x membazir. Cantiknya Emi ! Nanti jgn lupa jemput ok. Semoga kekal till jannah 🤗

    ReplyDelete
  18. Selamat berdarah manis ye. Masa nilah nak kenal hati budi. Less is more. Simple pun dah cantik

    ReplyDelete
  19. Congrats on your majlis pertunangan. It's will be a nice one for sure. sometimes simple is better kan. You look great anyway

    ReplyDelete
  20. Tahniah..semoga dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  21. Tahniah Emi.. Walau dah tau tetap nak wish lg kat blog. hihihi. Darah manis ni. Moga dipermudahkan semua.

    ReplyDelete
  22. Tahniah rosni.. Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar

    ReplyDelete
  23. Tahniah untuk saudari. Moga-moga boleh hidup sangat behagia dengan suami dan dapat cahaya mata secepat mungkin. :)

    ReplyDelete
  24. congratulation on your engagement. cant wait to hear more stories about your wedding... be blissful forever!!

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah, tahniah atas pertunangan awak. Semoga segalanya dipermudahkan urusan menjelang hari bahagia nanti

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.