September 2017 - emilinda

Sunday, September 17, 2017

Hiking Bukit Keluang, Besut.

September 17, 2017 13
Hiking Bukit Keluang, Besut.

Bila difikirkan balik, i think i'm quite flexible. Nak ajak lepak kat fancy indoor places, nak lepak dekat mall pun boleh. Nak ajak masuk hutan atau outdoor activity pun boleh. Nak ajak berjemur tepi pantai pun boleh. Because i believe that we shouldn't put limitation on that. You know, sementara masih muda ni just go and explore macam-macam as long as tidak memudaratkan. Dah besar panjang ni, pandai la jaga diri. Ye tak? Sesetengah orang bila ajak join outdoor activities, tak nak. "Tak suka la, panas!". "Taknak, nanti sakit-sakit badan.". "Taknak, takut.". "Taknak, nanti sunburn.". Some other people pulak jenis yang tak suka nak hang out dekat mall, tak suka nak lepak dekat cafe, etc because they said that's not their thing. Hak masing-masing, i respect that. Same goes to me, jenis yang takut ketinggian, takut binatang, takut kulit jadi gelap hahaha. Tapi sebab jenis yang pantang di ajak, makanya ajak la pergi ke mana pun buat apa pun, most probably i will say yes. Kalau menolak tu maybe sebab ada hal tak dapat elak, or financially not okay to join, or tengah tak sihat. Kadang-kadang walaupun rasa takut, tapi suka nak challenge diri sendiri. Contohnya takut tinggi, tapi bila pergi hiking ni, sengaja la beranikan diri menjengah ke bawah.


So, few days before balik bercuti hari raya Qurban dua minggu lepas, kawan-kawan zaman sekolah dulu ajak pergi hiking dekat Bukit Keluang. I was super excited, terus setuju. Walhal tarikh yang dorang plan tu mungkin i'm still on my way back to Kelantan. Tapi punya la mengharap nak join, so duk mengharap la moga-moga jalan tak sesak dan sempat sampai before Subuh. Tak payah rehat sangat, mandi lepastu terus join dorang hiking lepas Subuh. That's my plan. Unfortunately tak sempat sampai HAHAHA. Dah dekat azan subuh, i'm still stuck somewhere in Pahang. I text Dayah cakap tak dapat join. And then few minutes after that Dayah call to inform that they postponed it to next few days. Yeayyy!




3rd Sept 2017, pagi-pagi lagi dah siap nak ke Bukit Keluang. Terkejut mak kita tiba-tiba je balik kali ni anak dia ada agenda pulak. Selalunya kalau balik kampung, duk kat rumah je banyak selain keluar dengan family dan pergi melawat saudara mara. Actually this is not my first time panjat Bukit Keluang ni. It was my fifth time, lol but i'm still so excited as if that is my first time ever! Bukit Keluang terletak di Besut Terengganu, tak jauh pun dari rumah kitorang. Drive dalam 45 minutes if i'm not mistaken. Dulu masa upper form, setiap semester diwajibkan panjat Bukit Keluang ni. Aktiviti wajib setiap kali Minggu Aktiviti memandangkan lokasi Bukit Keluang ni tersangatlah dekat dengan sekolah. Memang dekat pun, dari sekolah kitorang jalan kaki je nak ke Bukit Keluang. Finally dapat jejak kaki ke sini lagi selepas 8 tahun. I have been missing this place so much! Banyak memori. I guess that is a part of the reason why i'm so excited to come here again.




Back then Bukit Keluang tak macam sekarang. Sekarang kalau datang Bukit Keluang, meriah betul. Siap ada orang berniaga makanan kat kaki bukit dan sekitar kawasan pantai Bukit Keluang tu. Dulu zaman sekolah takde pun semua tu. Banyak benda dah berubah dekat Bukit Keluang ni. Dulu takde pape pun dekat entrance, sekarang ada mural. Selain laluan yang lebih luas, ada pondok untuk berhenti rehat masa nak naik ke puncak tu. Dulu rasanya takde pun pondok tu. Nak naik ke puncak Bukit Keluang tu tak lama pun. Dalam setengah jam dah sampai. Itu pun jadi setengah jam sebab asyik duk menyembang, dan berhenti untuk bergambar. We take pictures almost everywhere hahahha.. Maap ler, orang perempuan memang cenggini la kekdahnya. nasib baik Hafiz & Asyraf layankan je kitorang ni.

Panjat sikit, ajak bergambar lagi. Motip sangat.


Dayah, Mira, Adnin, Asyraf dan Hafiz ni sebenarnya kawan-kawan sekolah masa lower form dulu. Starting Form 4, some of us transferred to another school, including me. Sejak tu dah jarang jumpa walaupun obviously rumah kitorang semua dekat-dekat je. Parents kitorang pun kenal each other. Almaklum, kampung bersebelahan je semuanya ni. Dekat sangat lah. Tapi payah betul nak ajak lepak sesekali. Masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing. Umur dah macam ni baru ada masa nak gather balik, bertukar cerita. Best betul dapat gather balik lepas bertahun. Gaya cakap macam rumah tu jauh bebenor lah.

Mural yang ada dekat entrance Bukit Keluang



Oh by the way, tak sangka betul masa tengah daki Bukit keluang tu boleh pulak terserempak one of my classmate semasa tingkatan 4 dan tingkatan 5. Hatima! Last time jumpa dia masa ambil result SPM if i'm not mistaken. Masih sama juga dia, sebab tu bila nampak je terus cam hahah. Hatima tu memang orang Besut, so no wonder la boleh terjumpa dia kat Bukit Keluang. Dia datang dengan kawan katanya. So jumpa kat situ jela memandangkan masing-masing datang dengan kawan masing-masing.

My long lost classmate, Hatima



Lepas turun dari Bukit Keluang, baru la nak posing dekat mural tu. Cantik-cantik, dulu takde pun. Then semua orang dah lapar, kitorang pergi makan sambil bertukar-tukar cerita. Almaklum dah lama tak jumpa. Tapi sempat sembang kejap je because i have another arrangement for that day. Tak puas bersembang putar balik cerita zaman sekolah dulu. So we plan to have dinner together malamnya. Seriously that is my first time keluar hang out dengan kawan-kawan waktu malam kalau kat kampung. Dari dulu memang tak berani nak keluar malam bila kat kampung kecuali dengan family members. I don't even dare to ask permission from my parents to go out with my friends at night. Memang malam duduk kat rumah je. Kalau keluar siang hari pun, before Maghrib memang dah balik. Tapi kali ni sebab memasing dah besar panjang, and our parents know each other well, so takde la risau. Bagitahu je nama depa semua ni, mak ayah okay je tak tanya lebih-lebih.




So we had a great time at River Village Rooftop Restaurant, Bachok for dinner. But i don't really recommend their shell out. Menu lain okay je. Tapi their shell out for me tak okay. Maybe the combination of ingredients dan cara masak tu tak kena kot. 


Basically that's how our short gathering after so many years, hahah. Thank you Asyraf sebab belanja, and thank you Hafiz sebab pick up and hantar each of us. It was a good day indeed.