Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Fouziah Gous dan suami sebagai duta terbaru Enchanteur Love.

Last week aku berkesempatan hadir ke majlis memperkenalkan duta terbaru bagi produk Enchanteur Love. Majlis tu diadakan di Maison Franchaise. Ada ke yang tak tahu produk Enchanteur? Macam pelik je kalau ada yang taktau. Aku dari zaman sekolah dulu memang dah kenal produk ni. Bukan setakat kenal, tapi aku pernah guna rangkaian produk enchanteur sejak zaman sekolah menengah. Kalau kat tv, iklan Enchanteur ni semua yang pesen-pesen romantik gitu haa. Sesuai sangat dengan wangian Enchanteur yang melambangkan suasana romantik.
Sampai-sampai je terus bergambar. Ewahhh, haha.
Majlis haritu menampilkan Jojo Struys sebagai pengacara. Tertanya-tanya, siapalah agaknya duta terbaru untuk Enchanteur ni. Kalau sebelum ni selalu nampak Sazzy Falak dan husbandnya Nazril kat iklan Enchanteur. Nampaknya lepas ni ada duta baru. Enchanteur mengumumkan Fouziah Gous dan pasangannya Zhafran sebagai duta terbaru Enchanteur Love. Cantik sangat Fouziah Gous ni. First time tengok dia secara live. Sweet and lov…

Masakan Khas Cina Muslim di Hj Sharin Low Seafood Restaurant - Mesti Cuba!

Assalamualaikum,
Kali ni aku nak bercerita tentang satu restoran yang menyediakan masakan khas Cina Muslim iaitu Hj Sharin Low Seafood Restaurant. Actually restoran ni agak famous tau dengan masakannya yang sedap. Boleh dikatakan Hj Sharin Low Seafood Restaurant ni antara restoran yang selalu menjadi pilihan penggemar masakan Cina Muslim. Sana sini pakat duk cerita tentang keenakan menu yang disediakan di Hj Sharin Low Seafood Restaurant. Tapi yang sedihnya aku sendiri baru first time berpeluang merasa masakan Cina Muslim kat hj Sharin Low Seafood Restaurant ni. Sebelum ni tak pernah pun makan kat restoran ni. Rasa ketinggalan betul. Wuuuuuu T__T

Takpe, better late than never. Kan ? Hihi. Lagipun aku yakin ramai lagi kat luar sana yang belum pernah merasa hidangan dekat Hj Sharin Low Seafood Restaurant ni. So kiranya aku ni takde la ketinggalan sangat. Last week aku berkesempatan untuk merasai sendiri keenakan masakan Cina Muslim seperti yang orang lain duk gembar gembur tu. Restoran…

Kemeriahan SBB Yeo's 2015.

Alhamdulillah, hari Sabtu yang lepas aku berpeluang join SBB Yeos 2015 bertempat di Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya. Sebenarnya tahun ni pertama kali aku join SBB ni. Tahun-tahun lepas aku tak join. SBB tahun ni telah menghimpunkan lebih 100 orang blogger Malaysia dan 5 orang blogger Indonesia. Rasanya para blogger memang tahu apa itu SBB. Cuma kalau bukan blogger tu maybe dorang tak tahu SBB ni apa. SBB adalah singkatan kepada Sepetang Bersama Blogger, satu gathering tahunan blogger yang dianjurkan oleh Denaihati Network.

Pagi-pagi lagi aku naik KTM dari Bandar Tasik Selatan ke Bangi. Dari Bangi aku gerak sama-sama dengan Zira dan Nina. Around pukul 8 pagi kitorang dah sampai. Daftar, salin baju dan breakfast. Lepas tu lepak-lepak kejap sementara tunggu blogger lain sampai. Sebelum memulakan Treasure Hunt, kami buat senaman ringan dulu dan dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Roughly satu team ada 8 orang.

Exercise dulu. Credit pic to Rasul
Ahli kumpulan 2

Terdapat 6 checkpo…

Sembonia Spring/Summer 2015 - Liberal Art Of Geometry

Hai para gadis dan emak-emak orang sekalian. Aku tahu entry kali ni pasti dapat menarik perhatian kaum Hawa. Hari ni aku nak bercerita tentang koleksi terbaru Sembonia. Sape kat sini peminat beg dan kasut? Ewahhh, buat-buat tanya pulak. Haha. Aku sendiri pun tak terkecuali. Kalau pergi jenjalan kat Sogo tu paling lama aku duk melilau kat bahagian kasut dan beg. Even kalau takde niat nak beli  sekalipun, tetap mata ni melekat aje kat situ. Apatah lagi kalau niat memang nak beli, makanya TERbeli lebih la alkisahnya. Biasalah kalau dah namanya perempuan. Heheh


Baru-baru ni Sembonia telah melancarkan koleksi terbaru SEMBONIA Spring/Summer 2015. Aku sendiri berpeluang join media tour Sembonia di Mitsui Outlet Park, Sepang. Koleksi terbaru dari Sembonia kali ni bertemakan Liberal Art Of Geometry. Bagi aku, tindakan pihak Sembonia memilih corak-corak geometry sebagai tema tersangatlah bijak. Kenapa? Sebab corak geometry ni memang tak lapuk dek zaman. Dari zaman dahulu hingga la sekarang, or…

Shaklee Malaysia perkenal program Young Intrepreneur System (YES) dan aplikasi "My Shaklee".

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk hadir ke Shaklee National Conference 2014/2015 di MIECC Mines Exhibition Centre. Setelah menghadiri Shaklee National Conference ni, banyak info yang telah aku perolehi tentang Shaklee. Kalau dulu, aku tahu Shaklee ni sebagai produk makanan kesihatan semata-mata. Rupa-rupanya rangkaian Shaklee ni banyak, bukan tertumpu hanya kepada produk makanan kesihatan sahaja. Tetapi juga terdapat produk pencuci untuk menjaga pakaian dan persekitaran serta produk kecantikan untuk kulit. Selain itu, Shaklee juga ada program kemasyarakatan yang tersendiri.


Shaklee Products (M) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) telah memperkenalkan satu lagi program kemasyarakatan iaitu Shaklee Cares for Our Youth bagi meneruskan usaha kemasyarakatannya dalam memberikan kesihatan yang lebih baik untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Program untuk golongan belia yang digelar YES (Young Entrepreneur System) merupakan satu lagi inisiatif program kemasyarakatan Shak…

Pakej Buffet Ramadhan di The Square Restaurant, Novotel KL City Centre 2015.

Assalamualaikum.

Tak sampai 2 minggu pun lagi countdown untuk berpuasa. Tak sabarnya nak sambut Ramadhan tahun ni. Kalau zaman kecik dulu yang selalu aku nanti-nantikan adalah hari raya. Berbeza bila dah besar ni, rasanya bulan Ramadhan lagi memberi kesan di hati. Bulan puasa lebih terasa kemeriahan berbanding hari raya. Taktahu la aku sorang aje ke yang rasa macam tu ke camne. Okay, malas nak panjang-panjang. Jom straight to the point. Hari ni aku nak share tentang satu lagi lokasi buffet Ramadhan 2015 untuk warga KL iaitu The Square Restaurant Novotel KL City Centre.


Kedudukan hotel Novotel KL ni adalah berdekatan Pavilion. Senang je nak cari. Kalau dari KLCC pun boleh jalan kaki guna Laluan Pejalan Kaki KLCC - Bukit Bintang. Tapi agak jauh jugak la nak guna laluan tu bagi sesiapa yang tak biasa jalan kaki dalam jarak yang jauh. Macam aku ni dah biasa sangat jalan kaki jauh-jauh. Sebelum aku kongsikan gambar-gambar hidangan buffet Ramadhan di The Square Restaurant Novotel KL City C…