Assalamualaikum.
Tak sampai 2 minggu pun lagi countdown untuk berpuasa. Tak sabarnya nak sambut Ramadhan tahun ni. Kalau zaman kecik dulu yang selalu aku nanti-nantikan adalah hari raya. Berbeza bila dah besar ni, rasanya bulan Ramadhan lagi memberi kesan di hati. Bulan puasa lebih terasa kemeriahan berbanding hari raya. Taktahu la aku sorang aje ke yang rasa macam tu ke camne. Okay, malas nak panjang-panjang. Jom straight to the point. Hari ni aku nak share tentang satu lagi lokasi buffet Ramadhan 2015 untuk warga KL iaitu The Square Restaurant Novotel KL City Centre.
Harga bagi hidangan buffet Ramadhan di Novotel KL ni adalah :
Dewasa - RM95/pax
Kanak-kanak (8-12y/o) - RM45/pax
Early bird promotion :
Booking dari 1 Jun - 19 Jun 2015, hanya RM80/pax (dewasa), RM40/pax (kanak-kanak)
Baiklah, sekarang sila cuci mata tengok hidangan yang tersedia kat buffet Ramadhan di Novotel KL City Centre ni ye. Bagi yang gemarkan masakan kampung, memang sesuai sangatlah tempat ni. Ada banyak menu yang tersedia, tapi aku tak sempat la nak snap semua menu kan. Yela, masa tu nafsu makan aku dah tak dapat ditahan-tahan dah. Haha. Tengok jela mana yang ada ye. Kalau nak lagi puashati, sila pergi rasai sendiri buffet Ramadhan di Novotel KL ni.
Nasi tomato. Don't worry, nasi putih pun ada jugak.
Lontong Goreng
Rendang Sotong
Lamb Varuval
Ikan Masak Asam Pedas
Daging Masak Merah
Lo Han Chai
Lemon Grass Chicken
Steamed Soft Bean Curd with Minced Meat & Chicken Floss
Steamed Butter Fish in Sze Chuan Mala sauce
Kambing bakar
Sate ayam dan sate daging
Biskut raya pun ada. Tart nenas ni paling menarik perhatian aku.
Kurma of course la ada
Sotong kangkung
Antara menu lain yang terdapat di buffet Ramadhan Novotel KL adalah sotong bakar, ikan bakar, udang bakar, kacang pool, roti canai, murtabak, idly, ediyappam, ayam percik, Mi Rebus Tulang, Mi Udang, Mi Kari, Laksa, Banana with Cheese, goreng-gorengan, popiah basah, rojak buah, Tom Yam Ayam, Sup Kambing Mamak, Bubur Lambuk, Tauhu Sumbat, Paru-paru Daging, Kerabu telur, acar, ulam-ulam, aneka kerabu, Penang Pesambor, bubur, kek, biskut raya, Cendol, Lai Chee Kang, puding, dan aiskrim. Sambal dan sos? Don't worry, macam-macam jenis sambal dan sos ada disediakan.
Untuk minuman pulak, bukan sahaja minuman sejuk yang disediakan, tapi minuman panas pun ada jugak. Minuman sejuk seperti jus khatirah, Teh Pic ais, Bandung Kelapa, air tebu, dan jus jagung manis. Minuman panas pula terdiri daripada nescafe tarik, teh tarik dan air soya panas.
Untuk tempahan sila call :
+60 (3) 2147 0888 Ext : 7660
atau
email : H6324-FB3@accor.com
No comments:
Post a Comment
Kindly leave your comment/feedback here.