Skip to main content

Sembonia Spring/Summer 2015 - Liberal Art Of Geometry



Hai para gadis dan emak-emak orang sekalian. Aku tahu entry kali ni pasti dapat menarik perhatian kaum Hawa. Hari ni aku nak bercerita tentang koleksi terbaru Sembonia. Sape kat sini peminat beg dan kasut? Ewahhh, buat-buat tanya pulak. Haha. Aku sendiri pun tak terkecuali. Kalau pergi jenjalan kat Sogo tu paling lama aku duk melilau kat bahagian kasut dan beg. Even kalau takde niat nak beli  sekalipun, tetap mata ni melekat aje kat situ. Apatah lagi kalau niat memang nak beli, makanya TERbeli lebih la alkisahnya. Biasalah kalau dah namanya perempuan. Heheh


Baru-baru ni Sembonia telah melancarkan koleksi terbaru SEMBONIA Spring/Summer 2015. Aku sendiri berpeluang join media tour Sembonia di Mitsui Outlet Park, Sepang. Koleksi terbaru dari Sembonia kali ni bertemakan Liberal Art Of Geometry. Bagi aku, tindakan pihak Sembonia memilih corak-corak geometry sebagai tema tersangatlah bijak. Kenapa? Sebab corak geometry ni memang tak lapuk dek zaman. Dari zaman dahulu hingga la sekarang, orang masih suka dengan corak geometry. Tetap nampak stylo. In future pun rasanya corak geometry tetap tak lapuk dan masih digayakan di merata tempat.

Butik Sembonia dekat Mitsui Outlet Park. Butik Sembonia ni kat ground floor je, senang jumpa.



Ramai weyh orang kat Mitsui Outlet Park tu. Almaklum la, tempat tu baru dibukak. Lokasi berdekatan dengan KLIA Sepang. Tapi takde la dekat sangat, jangan pulak korang jalan kaki dari KLIA tu. Hehe. Kagum kejap aku tengok betapa banyak butik yang buat sale besar-besaran. Lagi kagum bila aku tengok mostly customer main ambik je mana yang berkenan tak fikir panjang terus pergi bayar kat kaunter. Wahhhh, kaw kaw punya sale ni. Butik Sembonia pun tak terkecuali dari buat sale time tu. Sekarang aku tak sure masih ada sale atau tak.


Marketing Manager Sembonia, Jack Loh ada menerangkan cara-cara nak kenalpasti beg yang menggunakan kulit original atau tidak, dan cara nak tahu sama ada keseluruhan beg itu diperbuat dari kulit atau tidak. Information yang menarik, dan rasanya sangat berguna. Para peminat beg berjenama especially kaum hawa patut tahu cara nak identify sama ada beg tu original ke tak. Yang ni later aku share dekat entry yang lain.

Liberal Art Of Geometry

Feeling-feeling semua beg ni aku yang punya, ewahhh. Haha

Style sangat kan design ni? Kalau buat raya ni memang meletops habislah!

Antara blogger yang turut hadir

Actually Sembonia tengah buat roadshow kat beberapa lokasi, dan yang dekat Mitsui Outlet Park ni pun salah satunya. Sebab tu la ada ruang pameran Sembonia dan kereta bercorak geometry sesuai dengan tema koleksi Sembonia Spring/Summer 2015 ni. Kalau tak silap roadshow ni belum tamat lagi, next location dekat Pavilion. Korang kena selalu check Instagram dan Facebook Sembonia la untuk update tentang lokasi roadshow ni. Dekat roadshow ni korang boleh join Insagram contest dan boleh dapat discount 50% jugak tau.



Instagram : @sembonia_style
Facebook : Sembonia



Stress pulak tengok beg Sembonia semua cecantiks!




P/s : Mitsui Outlet Park tu masih baru lagi dibuka, so banyak brand tengah buat sale kaw kaw punya. Bila tengok betapa ramainya orang berpusu-pusu berebut shopping sakan macam-macam brand kat Mitsui Outlet Park bersempena pembukaan tu, tersenyum sorang aku dibuatnya. Betapa rakyat Malaysia ni tak terkesan sangat pun dengan pelaksanaan GST.  Sebulan pertama je bising-bising pasal GST, mall jadi lengang. Lepas tu meriah balik. Hehehe



Comments

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…