November 2019 - emilinda

Friday, November 8, 2019

Maggi Ketam di Alemy Meggi Ketam

November 08, 2019 1
Maggi Ketam di Alemy Meggi Ketam
Rasanya dah lama tak cerita tentang makan-makan. Sejak pregnant ni memang selera kurang, mual-mula. So memang teramat jaranglah keluar makan kat kedai sebab risau takut tak tahan dengan bau-bau makanan kat kedai tu. Nak memasak pun tak boleh sebab memang tak boleh bau goreng-menggoreng & tumis-menumis. So most of the time husband tolong masak yang simple-simple, atau dia tolong tapaukan makanan dari kedai. Tapi sejak sebelum pregnant lagi saya dah duk cakap kat husband, teringin nak makan maggi ketam. Husband cakap, cuti Deepavali nanti kebetulan kita memang nak balik kampung kita pi makan. So masa cuti Deepavali haritu kitorang pergi makan maggi ketam di Alemy Meggi Ketam Semerak, Cherang Ruku.


Actually kedai ni memang famous dengan maggi ketam sejak tahun 2011 lagi. Masa tu kalau orang datang Kelantan untuk makan maggi ketam, biasanya orang akan ke kedai ni la. Walaupun saya ni orang Kelantan, tapi sejujurnya saya tak pernah makan maggi ketam kat kedai ni. Pernah la makan maggi ketam, tapi kat kedai lain kat Bangi kalau tak silap. So ini merupakan kali pertama saya makan kat sini. Disebabkan kedai ni dibuka seawal jam 5 petang dan tutup jam 2 pagi, so kitorang gerak lepas Asar. Dalam 5.40 petang sampai kat kedai tu. Masa tu tak ramai orang lagi, kedai lengang je. Kitorang order, then sekitar 15 minit kemudian makanan dah sampai. Masa tu baru start ramai orang datang ke kedai tu. Kiranya kalau tak nak tunggu lama, pergi lah awal.


Awalnya kitorang ingat ada variasi jenis-jenis maggi yang boleh dipilih. Rupanya tak, kat sini memang ada satu menu tu je. So tak payah mintak senarai menu ye. Saya pergi berdua dengan husband, so kitorang order 2 mangkuk maggi ketam, 1 air teh o ais, 1 air teh o ais limau. Portion dia agak besar sebab dia hidang dalam claypot.


Harga untuk 2 hidangan maggi ketam + 1 air teh o ais + 1 air teh o ais limau yang kitorang makan tu total RM56.80 . Mahal ke murah? Entahla, tak pasti. Korang nilaikan sendiri. Setiap mangkuk hidangan tu ada 2 ekor ketam, 2 ekor udang, dan 1 biji telur. Ketam yang dia guna tu ketam nipah. Rasa? For me rasa dia biasa je, rasa maggi perisa kari tu la, cuma ada tambahan ketam, udang, telur dan sayur. Tapi ketam dan udang tu memang fresh lah. Dari segi rasa kuah dia tu memang biasa je. A bit disappointed jugak la part rasa kuah dia ni sebab I expect them to have their own signature taste/recipe for the soup. Tapi turn out rasa kuahnya biasa-biasa sahaja. Tapi kenyang kot habis semangkuk sorang, hahah. Puas hati makan sebab memang dah lama teringin. Balik dengan muka happy!

Thursday, November 7, 2019

Pregnancy Journey - Teruja Kali Pertama Buat 2D Growth Scan di Klinik MyFamily Ampang

November 07, 2019 13
Pregnancy Journey - Teruja Kali Pertama Buat 2D Growth Scan di Klinik MyFamily Ampang
Rasanya macam dah lama tak bercerita pasal life progress dekat sini. Bukan tak nak cerita, Cuma kekangan masa tu yang buatkan saya asyik bertangguh untuk update blog. Ditambah pula kebelakangan ni saya agak kurang sihat dek kerana morning sickness. Yes, I am pregnant! Alhamdulillah. Memandangkan ini merupakan kandungan pertama saya, so banyak benda baru yang saya lalui dan perlu saya hadap dan pelajari. Morning sickness saya boleh dikategorikan agak teruk jugak. Sebelum mengandung, serious saya fikir morning sickness ni hanya berlaku pada waktu pagi sahaja. Yela, nama pun morning sickness kan. Tapi bila dah kena kat diri sendiri, baru la sedar bahawasanya morning sickness ni tak kira masa. Pagi, tengahari, petang, bawak sampai ke malam. Bila-bila masa je rasa loya dan mual tu boleh datang. Itu belum campur dengan selera makan yang berkurang. Dah la selera kurang, asyik muntah aje bila dah makan. Awal-awalnya tiap kali muntah tiap kali tu la menangis mengadu kat suami…tapi lama-lama rasa macam takpelah, ini bahagian saya. Bukan semua orang berpeluang rasa fasa sebegini, so patutnya saya bersyukur dan enjoy jela sepanjang tempoh mengandung ni. Btw, time mengandung ni la nak merasa dapat layanan top class dari suami tau! Hehe.


Usia kandungan saya dah masuk trimester kedua dah pun. Suami isteri dua-dua makin excited. Tak sabar nak tahu jantina baby. Tak sabar nak shopping keperluan baby. Tak sabar nak tunggu baby keluar, nak peluk gomol semualah. Dah la dua-dua memang jenis suka budak. Minggu lepas masa pergi buat check-up dekat Klinik MyFamily by Mysonoworld, kitorang ada buat 2D growth scan untuk tahu perkembangan kandungan. Yela, sejak awal mengandung saya memang kerap demam dan selera makan memang kurang. Selalu rasa bimbang entah macam mana perkembangan baby kat dalam tu. Entah membesar dengan elok ke tak ke. Masa trimester pertama dulu pernah la buat scan dekat Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KK), tapi biasalah kat KK dia scan kejap gitu je. Husband pun tak ikut masuk masa tu. Lagipun masa tu kandungan masih sangat awal. So kali ni kandungan dah masuk trimester kedua, kitorang memang sangat teruja nak tahu macam mana keadaan baby kat dalam sana. Ya Allah, excited gila first time tengok baby gerak-gerak dalam perut kita. Tak boleh nak digambarkan perasaan tu. Selama ni saya hanya tahu kewujudan dia dalam perut saya. Now dapat tengok sendiri perkembangan dia kat dalam tu. Rasa teruja, gembira, terharu semua ada. Suami pun tak kurang terujanya. Senyum-senyum sorang dia sepanjang perjalanan balik ke rumah tu. Excited ye tengok anak dia gerak-gerak, hehe.


Ruang menunggu yang sangat selesa

Sebab memang dah buat appointment untuk check-up dekat Klinik MyFamily haritu, so memang tak perlu tunggu lama untuk giliran kitorang. Suasana ruang menunggu pun selesa. Bila dah sampai giliran, staf klinik bawa kitorang ke bilik scanning. Bilik scanning tu pun agak luas dan selesa. Sonographer yang incharge kitorang haritu kalau tak silap namanya Asma (tak pasti ejaan betul ke salah). Manis, sopan orangnya. Cakap pun lemah lembut. Alhamdulillah, hasil growth scan tu menunjukkan kandungan saya dalam keadaan yang baik. Masa scan tu dia check sekali ukuran janin, berat janin, heartbeat dia, air ketuban, dan kedudukan uri. Alhamdulillah, semuanya okay. Saiz baby pun okay bersesuaian dengan usia kandungan. Lega sangat rasa.

Ready untuk scan

Masa awal-awal scan tu kemain ye baby duduk macam-macam gaya dah dalam perut mama. Aktif betul, kejap kaki ke atas, kejap duduk bersila. Tangan letak kat telinga, tak duk diam dia. Mentang-mentang la dia masih kecik, so bebas la dia bergerak pelbagai gaya dalam perut mama ye. Sebab kandungan baru 15 minggu masa tu, so belum nampak jantina lagi. Tapi masa scan tu memang boleh nampak dengan jelas jari-jemari baby yang dah terbentuk elok. Dia siap gerak-gerakkan lagi jari dia nak bagi mama papa tengok ye. Alahai..moga awak membesar sihat dengan elok, sayang. Fizikal baby secara generalnya memang dah terbentuk elok masa ni. Lama jugaklah sesi scanning tu, so memang rasa puashati dapat tengok baby dalam perut tu lama-lama. Bestnya kalau hari-hari boleh tengok si kecil mama ni, hehe!


Lepas dah selesai scan, kena jumpa doktor dekat consultation room pula untuk prosedur check-up yang lain. Doktor yang bertugas haritu adalah Dr Hazwani. Sebelum ke consultation room, kena buat urine test dulu. Nasib baik tandasnya bersih elok. Fasiliti kat Klinik MyFamily Ampang ni memang tip top, mementingkan keselesaan para pelanggan. Paling best bila buat check-up kat sini sebab untuk setiap prosedur, tak perlu tunggu lama macam kat KK. Itu dah tentu-tentunyalah kan sebab kat KK memang sentiasa ramai orang. By the way, kalau buat check-up kat Klinik MyFamily Ampang ni, kita memang akan diperiksa oleh doktor wanita. Staf kat sini semua ramah dan soft-spoken. Dari receptionist, sonographer sampailah ke doktornya. Kita pun rasa selesa dengan layanan macam tu kan. No wonder la ramai yang memilih untuk buat scanning dan check-up dekat Klinik Myfamily Ampang ni. Selain scanning dan check-up kehamilan, ada banyak lagi servis kesihatan yang ditawarkan kat klinik ni.

One with the sonographer

Masa awal pregnant haritu ada tanya kawan-kawan, kat mana yang okay kalau nak scan baby. Mostly suggest buat dekat Klinik Myfamily, katanya servis tiptop! Sebelum buat keputusan untuk ambil pakej antenatal kat Klinik MyFamily ni, memang saya duk survey dan baca feedback orang ramai jugak. Rata-rata memang berpuashati dengan servis kat sini. So saya terus PM Instagram Klinik MyFamily bertanya beberapa soalan berkenaan pakej antenatal tu. They all reply pun sangatlah friendly. Lepas dah confirm semua, terus diorang tolong booking tarikh untuk first appointment. Mudah dan menyenangkan berurusan dengan staf Klinik MyFamily Ampang ni. Btw, social media Klinik MyFamily Ampang ni sangatlah aktif dan selalu kongsi pelbagai tips dan maklumat kesihatan. Follow page macam ni sangatlah memberi manfaat. Korang boleh follow social media klinik ni untuk info-info kesihatan dan promosi yang they all buat.


Klinik MyFamily By MySonoworld 
B-G-14, Residensi Bistaria, Jalan Ukay Bistari,
Ukay Perdana 68000 Ampang, Selangor
03-41622754 / 016-6211002

Okay tu je nak kongsi buat masa ni berkenaan perjalanan kehamilan pertama saya ni. Ada masa nanti saya ceritakan lagi tentang pengalaman sepanjang trimester pertama kehamilan (dari segi alahan, pemakanan dan seumpamanya). Tak sabar nak tunggu next check-up, nak tahu jantina baby! Hehe.