Maggi Ketam di Alemy Meggi Ketam - emilinda

Friday, November 8, 2019

Maggi Ketam di Alemy Meggi Ketam

Rasanya dah lama tak cerita tentang makan-makan. Sejak pregnant ni memang selera kurang, mual-mula. So memang teramat jaranglah keluar makan kat kedai sebab risau takut tak tahan dengan bau-bau makanan kat kedai tu. Nak memasak pun tak boleh sebab memang tak boleh bau goreng-menggoreng & tumis-menumis. So most of the time husband tolong masak yang simple-simple, atau dia tolong tapaukan makanan dari kedai. Tapi sejak sebelum pregnant lagi saya dah duk cakap kat husband, teringin nak makan maggi ketam. Husband cakap, cuti Deepavali nanti kebetulan kita memang nak balik kampung kita pi makan. So masa cuti Deepavali haritu kitorang pergi makan maggi ketam di Alemy Meggi Ketam Semerak, Cherang Ruku.


Actually kedai ni memang famous dengan maggi ketam sejak tahun 2011 lagi. Masa tu kalau orang datang Kelantan untuk makan maggi ketam, biasanya orang akan ke kedai ni la. Walaupun saya ni orang Kelantan, tapi sejujurnya saya tak pernah makan maggi ketam kat kedai ni. Pernah la makan maggi ketam, tapi kat kedai lain kat Bangi kalau tak silap. So ini merupakan kali pertama saya makan kat sini. Disebabkan kedai ni dibuka seawal jam 5 petang dan tutup jam 2 pagi, so kitorang gerak lepas Asar. Dalam 5.40 petang sampai kat kedai tu. Masa tu tak ramai orang lagi, kedai lengang je. Kitorang order, then sekitar 15 minit kemudian makanan dah sampai. Masa tu baru start ramai orang datang ke kedai tu. Kiranya kalau tak nak tunggu lama, pergi lah awal.


Awalnya kitorang ingat ada variasi jenis-jenis maggi yang boleh dipilih. Rupanya tak, kat sini memang ada satu menu tu je. So tak payah mintak senarai menu ye. Saya pergi berdua dengan husband, so kitorang order 2 mangkuk maggi ketam, 1 air teh o ais, 1 air teh o ais limau. Portion dia agak besar sebab dia hidang dalam claypot.


Harga untuk 2 hidangan maggi ketam + 1 air teh o ais + 1 air teh o ais limau yang kitorang makan tu total RM56.80 . Mahal ke murah? Entahla, tak pasti. Korang nilaikan sendiri. Setiap mangkuk hidangan tu ada 2 ekor ketam, 2 ekor udang, dan 1 biji telur. Ketam yang dia guna tu ketam nipah. Rasa? For me rasa dia biasa je, rasa maggi perisa kari tu la, cuma ada tambahan ketam, udang, telur dan sayur. Tapi ketam dan udang tu memang fresh lah. Dari segi rasa kuah dia tu memang biasa je. A bit disappointed jugak la part rasa kuah dia ni sebab I expect them to have their own signature taste/recipe for the soup. Tapi turn out rasa kuahnya biasa-biasa sahaja. Tapi kenyang kot habis semangkuk sorang, hahah. Puas hati makan sebab memang dah lama teringin. Balik dengan muka happy!

3 comments:

  1. Wah maggi ketam.Lain dari yang lain. Nanpak sedap pulak maggi ketam ni.

    ReplyDelete
  2. nice sangat gambar, susah la amkan ketam dekat tempat awam...tp dah gi kedai tu paling best mesti kene cuba gak

    ReplyDelete
  3. sedapnya megi ketam tu.. tp walaupun sisyat org kelate juga, tak pernah sampai sana. padahal dulu bersekolah dekat je dengan cherang ruku tu..hehe

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.