April 2019 - emilinda

Monday, April 29, 2019

Proses Jual Beli Lebih Mudah Dengan Platform Mycliks.com

April 29, 2019 18
Proses Jual Beli Lebih Mudah Dengan Platform Mycliks.com
Sejak dari zaman belajar lagi saya dah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. Walaupun secara kecil-kecilan, tapi dek kerana minat maka saya cuba juga. Macam-macam yang saya pernah jual. Jual tudung, jual keronsang, jual tote bag dan pelbagai lagi. Sesungguhnya jiwa saya ni sangatlah menyukai bidang perniagaan. Cuma dek kerana kekangan modal, strategi perlu diatur dengan lebih bijak agar tidak mendatangkan risiko kerugian yang terlalu tinggi. Yela, nak berniaga ni memang ada risikonya. Antara salah satu strategi yang perlu difikirkan adalah dari segi platform yang digunakan. Seandainya korang merupakan peniaga kecil dan masih bertatih dalam industri perniagaan, saya sarankan agar korang pertimbangkan untuk meluaskan perniagaan secara online menggunakan platform Mycliks.com .



Kenapa Kena Jual Melalui Platform Online Mycliks.com ?

Haaa, kalau korang nak tahu Mycliks.com merupakan salah satu platform jualan secara online yang bertujuan untuk meningkatkan jualan SME dan peniaga runcit. Selain itu, ianya bertujuan untuk membantu para peniaga dalan menguasai teknik berniaga. Antara faedah yang boleh didapati oleh para peniaga melalui penggunaan platform Mycliks.com ialah dari segi bimbingan dan sokongan dalam menguruskan perniagaan mereka. Bagi para peniaga yang masih tidak biasa dengan industri ecommerce, ini merupakan peluang yang terbaik untuk mereka mempelajari bagaimana industri ecommerce dijalankan dan juga membuka potensi yang baik untuk perniagaan mereka.


Setiap peniaga yang berdaftar dengan Mycliks.com akan diberikan portal PERCUMA sebagai platform untuk para peniaga memantau setiap transaksi yang berlaku. Portal yang mesra pengguna sememangnya memudahkan para peniaga dalam menguruskan transaksi, stok produk, proses jual beli dan sebagainya. Nak daftar mudah, nak upload gambar produk mudah, nak mula menjual pun sangatlah mudah! Proses jual beli menjadi lebih mudah dengan adanya platform Mycliks.com . Bab nak cari pelanggan tu tak perlu risau sebab Mycliks.com mempunyai engagement yang tinggi dari para pelanggan dan portal Mycliks.com memiliki jumlah kunjungan yang sangat tinggi.



Macam Mana Nak Mula Meniaga di Mycliks.com ?

Mudah sahaja. Hanya perlu :

  1. Daftar akaun, kemudian tunggu akaun disahkan. 
  2. Setelah akaun disahkan sepenuhnya, korang hanya perlu upload gambar dan maklumat produk korang tu dekat portal Mycliks.com . Boleh upload seberapa banyak produk yang korang nak.
  3. Lepastu dah boleh start buat urusan jual beli, dan pos barangan yang dibeli oleh pelanggan. Segalanya kini dihujung jari dan lebih mudah!


Bagaimana Mycliks.com Dikatakan Membantu SME dan Peniaga Individu Meningkatkan Jualan Bulanan?


Selain dari kerap kali berusaha meningkatkan keadaan website dari segi design dan functionality, strategi untuk menarik pelanggan juga turut rancak diadakan oleh pihak Mycliks.com . Antaranya adalah menganjurkan jualan seperti Cyber Sunday, Black Friday, Sunday Super Sale, Month-end Super Deals, Flash Sales dan pelbagai lagi jualan bersempena perayaan/sambutan dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, Mycliks.com turut berkolaborasi dengan para peniaga untuk memberi hadiah, baucer percuma, diskaun yang tinggi, dan ganjaran-ganjaran lain kepada para pelanggan. Menarik bukan?


Mycliks.com juga dibangunkan dengan fungsi dalaman seperti sponsored products, on-demand sales product, keyword searching product, banner add dan top sold products. Bukankah itu semua merupakan inisiatif yang bagus dalam menawan hati para pelanggan? Untuk mengatasi masalah yang mungkin akan timbul diantara pelanggan dan peniaga, Mycliks.com turut menyediakan dispute centre management. Ianya diwujudkan bagi memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak pelanggan dan peniaga.


Raikan Bulan Ramadhan & Hari Raya Bersama Jualan Gudang Mycliks.com


Ramadhan bakal tiba tak lama saja lagi. Waktu sebegini la korang perlu lebih peka dengan jualan-jualan yang diadakan di Mycliks.com . Bersempena bulan Ramadhan, Mycliks.com bakal mengadakan jualan gudang dan tawaran baucer serta hadiah menarik untuk para pelanggan. Mudah betul sekarang ni. Duduk depan gadget aje dah boleh shopping barang keperluan raya. Tak perlu susah-susah bersesak ke kedai. Boleh jimat pulak tu bila beli dari Mycliks.com ! So korang kenalah selalu peka dengan tawaran yang ada.

Menarik sungguh proses jual beli secara online menggunakan platform Mycliks.com ni kan? Ianya memberi manfaat kepada bukan sahaja para pelanggan, bahkan manfaat kepada para peniaga juga.


Tuesday, April 23, 2019

Lokasi Makan Sekitar Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam @ DPulze Mall

April 23, 2019 8
Lokasi Makan Sekitar Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam @ DPulze Mall
Kalau korang tinggal sekitar Cyberjaya, saya nak cadangkan satu kedai makan ni untuk korang. Kalau tak tinggal kat sana pun, mungkin korang ke sana atas urusan kerja atau jalan-jalan, korang boleh cuba makan dekat satu kedai makan di dalam DPulze Mall ni. Nama kedainya adalah Restoren Mangkuk Ayam, memang highly recommended. Sebut elok-elok, Restoren Mangkuk Ayam..bukan Mangkuk Hayun, heheh!


Saya sendiri baru kali pertama makan kat restoren ni pada hujung minggu yang lepas bersama beberapa orang rakan. Makan beramai-ramai ni yang bestnya sebab boleh cuba macam-macam menu. Mana tidaknya, setiap orang order menu yang berbeza-beza. Lepastu kongsi-kongsilah, barulah dapat rasa kesemua hidangan. Then lepaklah kat kedai tu sampai berjaya habiskan semua menu yang dah dipesan tu.


Mangkuk dan perkakasan yang digunakan semuanya bermotifkan ayam

Kenapa nama kedai ni Mangkuk Ayam? Haa mula-mula saya tertanya-tanya jugak. Tapi bila dah kat sana, saya perasan mangkuk-mangkuk dan pinggan yang digunakan kan situ memang mempunyai motif ayam. Ada gambar ayam. Kiranya tema kedai ni adalah ayam. Kat dinding pun ada diletakkan pinggan mangkuk bermotifkan gambar ayam. Apa yang saya perasan lagi kat kedai ni, portion hidangan memang besar dan harga setiap hidangan hanyalah maksima belasan ringgit. Bayangkan, mi kari dengan harga RM12.90, portion dia memang besar. Saya makan sorang memang tak habis. Korang tengok sendirilah portion hidangannya kat gambar-gambar kat bawah ni.

Asam Laksa RM11.90 , Mee Kari Ayam RM12.90 , Kuey Teow Sup Ayam RM11.90

Mee Kari Ayam

 Kuey Teow Sup Ayam

Asam Laksa

Kuah asam laksa dia sedap betul, memang pekat dan sedap. Jaranglah saya jumpa kedai yang jual asam laksa sesedap ini. Mi karinya pun memang kaw! Dua menu ni paling saya suka dan paling banyak saya makan. Dah makan banyak pun tak habis-habis jugak sebab portion dia banyak, hahah. Dah la kedai ni tak kedekut bahan. Kiranya memang banyak je isi ayam dan lauk pauk lain dalam setiap hidangan kat sini. Memang bukan jenis kedekut dan berkiralah pendek kata!

Kalau nak makan hidangan nasi pun ada jugak beberapa pilihan nasi lemak yang menarik.

Nasi Lemak Kari Ayam RM12.90

Nasi Lemak Rendang Daging RM13.90

Nasi Lemak Ayam Goreng Panas RM12.90

Nasi Indo Siam Ikan RM13.90

Nasi Lemak Ikan Tongkol RM13.90

Kat atas tu antara menu utama yang ada di Restoren Mangkuk Ayam. Kalau tak nak makan yang heavy sangat pun, boleh jugak order nasi air, bubur ayam, rojak dan seumpamanya. 

Taufu Sumbat RM7.90

Pecal Sayur RM7.90

Kari Bebola Ikan RM7.90

Mee Rojak Ayam RM7.90 , Mee Rojak Sotong RM11.90 , Rojak Buah RM7.90 , Rojak Biasa RM7.90

Nasi Air Special Kelantan RM13.90

Bubur Ayam RM8.90

Pencuci mulut yang ada pun tak kurang menggiurkan juga. Part pencuci mulut ni kalau ke mana-mana kedai sekalipun, saya memang terlebih excited. Lagi pulak kalau pencuci mulut yang berasaskan buah. Meleleh air liur.

Mangga ais RM7.90

Cendol RM6.90

ABC RM7.90

Yang saya frustnya adalah sebab lokasi restoren ni yang terletak di DPulze Cyberjaya. Jauhnya la hai dari tempat saya tinggal. Saya memang jarang ke area Cyberjaya. Sesekali ke Cyberjaya hanya jika ada urusan sahaja. Restoren yang menawarkan hidangan yang sedap dan portion banyak dengan kadar harga berpatutan seperti Restoren Mangkuk Ayam ni memang kesukaan saya la. Kalau dekat, confirm dah jadi salah satu port makan kegemaran saya. Mahunya setiap minggu makan kat sini.

Jus Kedondong Asam Boi RM5.90

Last but not least, saya order jus kedondong asam boi ni dua kali tau. Saya memang penggemar jus kedondong asam boi. Sedappp!


RESTORAN MANGKUK AYAM
P10 (Ground Floor) , Dpulze Shopping Centre
Waktu Operasi : 10am-10pm 
Tel : 03-8322 5656

Sunday, April 21, 2019

Trip ke Sabah July 2018 - Hari Pertama, Kundasang

April 21, 2019 20
Trip ke Sabah July 2018 - Hari Pertama, Kundasang
Kisah kali ni agak basi dah, tapi nak cerita jugak. Hihi. Sekitar penghujung Julai 2018, saya dan dua orang lagi kawan baik saya (Nad & Wahida) ke Sabah untuk percutian singkat 5 hari 4 malam. Tiket dibeli seawal November 2017 lagi. Tak pasti pulak masa tu tengah sale ke atau saja-saja nak beli. Planning awal pergi berempat, tapi last minute lepas dah beli tiket Yana tak dapat join sebab tarikh kitorang ke Sabah tu dah dekat sangat dengan tarikh wedding dia. So kitorang proceed travel bertiga. Memandangkan Wahida dari utara, so kos flight dia agak lebih berbanding kitorang yang memang dah kat KL ni.

Harga tiket flight Air Asia
Kuala Lumpur – Kota Kinabalu 4pax = RM676.28 = RM169.07/pax
Kota Kinabalu – Tawau 4pax = RM242.64 = RM60.66/pax
Tawau – Kuala Lumpur 3pax  = RM538.27 = RM179.42/pax
Tawau – Penang 1pax = RM275.83

Total kos tiket penerbangan untuk seorang (dari KL) = RM409.15

Note: Kos termasuk add on 1 luggage untuk trip balik, in case tershopping pulak nanti. Hehe. Seorang je ambil luggage, lepastu pandai-pandai la combine barang semua orang.

Hari Pertama – 26 July 2018
Perancangan kitorang, 1 malam di Kundasang, 1 malam di KK, 2 malam di Tawau. Hahaha, agak pack jugak lah itinerary kitorang ni. Main hentam aje. Korang kalau nak buat trip, seeloknya jangan tamak nak cover semua tempat dalam masa yang singkat. Elok lagi kalau focus dekat satu tempat aje. Kitorang ni sekali pergi terus nak cover KK dan Tawau sekali, hahah. Tamak, nasib baik semua muda bertenaga lagi. Chewahhh! So tiket flight kitorang dari KL – KK seawal 6.25 pagi. Kitorang decide nak ke KLIA2 malam sebelumnya. Kira bermalam di KLIA2 la. Kebetulan pulak malam sebelumnya tu kitorang buat ala-ala mini bridal party gitu untuk Yana, kat rumah Nad. So lepas dah setel semua, Yana & tunang dia (now husband) tolong hantar kitorang ke KLIA2.

Kat airport

Sampai kat KK sekitar 9 pagi, kitorang just freshen up dekat surau airport aje. Lepastu breakfast dekat KFC dulu sementara tunggu kereta sewa yang kitorang sewa tu sampai. Lupa dah kereta apa yang kitorang sewa. Kalau tak silap, RM100 sehari. Tapi sebab kitorang sewa selama 2 hari, so dia bagi diskaun sikit. Jadi RM180 untuk 2 hari. Lepas dah dapat kereta tu, kitorang terus gerak ke Kundasang.

Kos kereta sewa 2 hari (contact no : +60 12-819 5458)  = RM180



Pemandangan dari Sabah Tea Garden

Lokasi pertama yang kitorang pergi kat Kundasang adalah Tagal, Sg Moroli . Korang boleh baca lebih lanjut tentang kunjungan kitorang ke Tagal Sg Moroli ni di SINI. Lepas tu masing-masing dah lapar, so kitorang singgah makan di Sabah Tea Garden. Saya makan nasi + telur dadar + tom yam + air tembikai , total RM27.80 . Okaylah, rasanya biasa sahaja. What do you expect? Datang Sabah cari tomyam, hmmm haha. Hantu tomyam betul!




Lepas dah setel makan, kitorang terus gerak ke Kiram’s Village, di Mesilau Kundasang. Untuk penginapan malam pertama ni, kitorang menginap di Kiram’s Village. Memang dah booking awal-awal. Cantikkk, dah la sejuk kemain lagi haaa. Korang boleh baca kat SINI untuk pengalaman kitorang menginap di Kiram’s Village.


***********************

Artikel berkaitan trip ini :

Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik

April 21, 2019 15
Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik
PETALING JAYA, 16 April 2019 РSempena Bulan Kesedaran Autisme April ini, Nestl̩ Malaysia baru-baru ini bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) untuk menceriakan seramai 50 kanak-kanak dalam sesi sukaneka, sebagai sebahagian daripada Program Sukarelawan Kakitangan Nestl̩ Malaysia yang dikenali sebagai Nestl̩ ROCKS (Reaching Out to Community and Kids).


Aktiviti tersebut bersama sukarelawan Nestlé, yang lebih mesra dikenali sebagai ROCKers, bertujuan untuk menggalakkan mereka menyertai aktiviti yang menyeronokkan serta membantu meningkatkan integrasi sensori, komunikasi dan kemahiran interaksi sosial mereka. Sesi sukaneka itu meliputi pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan kerusi berirama dan permainan bola yang dipertingkatkan untuk menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi pengalaman.


Menurut Puan Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia, “Usaha menyokong masyarakat adalah sesuatu yang dekat di hati kami dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan NASOM untuk menganjurkan hari yang menyeronokkan bersama kanak-kanak ini dan keluarga mereka. Kami gembira kerana berpeluang untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai, dengan matlamat untuk memberi lebih kefahaman dan sokongan kepada masyarakat autistik.”


Puan Felina Feisol, Pengerusi NASOM, tambah lagi, “Kami terharu melihat sebuah syarikat terkenal seperti Nestlé Malaysia mencurahkan masa dan tenaga untuk menyokong perjuangan kami. Kanak-kanak ini seronok dapat berinteraksi dengan ROCKers Nestlé dan aktiviti ini juga menyokong pembangunan peribadi dan kemahiran komunikasi serta meningkatkan keyakinan mereka. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan Nestlé Malaysia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.”


Selain sesi sukaneka, Nestlé Malaysia menyumbangkan barangan bernilai RM13,000 kepada pusat NASOM untuk keperluan pentadbiran mereka, termasuk mesin perlaminaan, papan putih dan projektor LCD. Mereka juga menyumbangkan produk-produk seperti MILO, NESTUM dan bijirin sarapan Nestlé.

Thursday, April 18, 2019

Lunch BBQ Arang di SeoulNami Korean BBQ, The Gardens

April 18, 2019 15
Lunch BBQ Arang di SeoulNami Korean BBQ, The Gardens
Sebab Ramadhan dah makin mendekat, hujung minggu yang lepas kawan-kawan ajak lunch sama-sama. Kira catch up session jugak lah, lunch sama-sama sebelum Ramadhan sambil menyembang. Dah masuk bulan puasa nanti masing-masing memang akan busy dengan beramal ibadah dan persiapan raya pulak. Biasanya terserempak kat event pun bukan sempat nak menyembang sangat kan. So memandangkan lokasi yang they all propose tu memang dekat je dengan rumah, saya pun setujulah untuk join. Kitorang plan nak lunch dekat restoren SeoulNami Korean BBQ. Tak tahu la siapa yang mengidam sangat nak makan masakan Korea tu, heheh.


Actually masa awal-awal diorang ajak tu, saya agak blur sikit. Kat mana restoren ni? Kenapa macam tak pernah nampak je padahal kerap sangat duk pergi Mid Valley tu. Oh rupanya restoren SeoulNami Korean BBQ ni bukan dekat Mid Valley, tapi dekat The Gardens. Saya sendiri jarang ke The Gardens, selalu duk pusing-pusing dalam Mid Valley je. Lokasi restoren SeoulNami Korean BBQ ni adalah first floor, betul-betul bersebelahan Robinsons. Nasib baik senang je nak cari restoren ni.



Masa sampai tu tengok ramai betul orang tengah lunch kat situ. Not bad jugak, kalau dah orang sentiasa penuh tu maknanya makanan dia memang sedap la kan? Masa tengah tunggu nak buat pesanan tu, nampak la staf dia ke lalu bawak bekas mengandungi arang yang sedang dibakar, menuju ke meja-meja tertentu. Rupa-rupanya BBQ kat SeoulNami Korean BBQ ni menggunakan arang, bukan guna dapur gas. Jarang gila kan nak jumpa restoren BBQ yang guna dapur arang kat Malaysia ni?

Memang guna arang. Staff kat situ akan datang setup arang sebelum kita boleh mula berBBQ

Okay, saya sebenarnya tak sabar nak ceritakan tentang menu yang kitorang makan kat sini. Ini kali pertama saya berkunjung ke restoren ni, jadi agak blur sikit tak tahu nak order apa. So kat sini nak bagi tips sikit kalau korang bercadang nak makan di SeoulNami Korean BBQ.

1. First, pilih menu utama untuk BBQ. Untuk kali pertama ni kitorang cuba dia punya Chuncheon Chicken (this one memang famous, so it is a must try!), Beef Platter, dan Spicy Octopus.

2. Pilih side dishes dan sos. No worries, side dishes & sos boleh refill.

3. They all memang bagi free complimentary steam egg kepada pelanggan. So nanti boleh masak kat dapur yang disediakan disetiap meja. Kalau tak pasti berapa lama nak masak, tanya staf dia. They all lebih tahu so that takdelah telur tu hangit nanti.
steam egg sebelum dimasak

Sedang dimasak
4. Walaupun guna dapur arang, tapi korang tak perlu bersusah payah bakar arang tu sendiri. Staf mereka akan tolong setupkan semunya. Korang tinggal bakar bahan yang korang nak makan je. Ada 2 jenis pelapik untuk bakar tau, sebab kalau ayam kena bakar guna pelapik grill, kalau daging sesuai bakar guna plate je. Nanti staf kat sana akan explain kat korang. Kalau nak tukar plate tu, mintak diorang tukarkan.
Kalau nak bakar ayam, guna pelapik berjaring ni

5. Walaupun korang excited nak makan, tapi jangan pulak lupa tarik cerobong asap tu ke bawah. Barulah asap dapat disedut dengan sempurna. Ini untuk keselesaan korang jugak.

6. Bila daging/ayam tu dah masak, korang boleh nikmati ikut cara korang masing-masing. Kalau ikut style orang Korea, tak silap dorang wrap dengan salad dan taruk kimchi sekali masa nak wrap tu.
Boleh wrap dengan salad ni

Okay tu je tips yang saya nak bagi. Meh nak tunjuk dan review sikit menu-menu yang kitorang dah cuba ketika kunjungan kali pertama  ke SeoulNami Korean BBQ ni.

Chuncheon Chicken (RM59.00 each) 


Dekat restoran SeoulNami Korean BBQ ni, ada 4 perisa untuk Chuncheon Chicken iaitu Spicy Hot Pepper, Savoury Ganjang Chicken, Sweet Honey Butter Chicken, dan Salty Salted Chicken. Kitorang pilih Sweet Honey Butter Chicken dan Savoury Ganjang Chicken. Dua-dua sedap, tapi saya lebih suka Savoury Ganjang Chicken berbanding Sweet Honey Butter Chicken.

Ayam dibakar di atas plate berjaring ni


Masa nak bakar tu korang letak je ayam besar-besar tu kat atas pemanggang. Bila dah dekat nak masak nanti, barulah korang gunting ayam tu jadi kecil-kecil. Bakar sikit lagi, then boleh makan. Gunting dan penyepit memang ada disediakan kat meja. Tengok gambar ni tetiba rasa lapar balik.

Beef Platter (RM119)
I don’t know about you, but I am definitely a beef lover. Kalau buat BBQ, beef Is a must have! Haha. Beef Platter ni ada 3 jenis potongan daging tau iaitu Beef Belly, Bulgogi dan Beef Rib Fingers.



Tiga-tiga jenis ni semua sedap, tak menyesal ambil Beef Platter. Masing-masing behave je masa tunggu daging ni masak. Tapi tak leka tau, sambil menyembang mata duk usha bila la daging ni nak masak hahah. Terleka sikit kang habis kena makan dek member sekalian.

Kalau korang perasan, daging dibakar atas plate yang berbeza dengan ayam

Spicy Baby Octopus (RM39.00)
Octopus is not really my favorite. Tapi makan je. Korang jangan nak jadi gelojoh sangat, octopus ni belum masak tau. Memang la nampak macam sedap je, dengan perapan dia yang berwarna kemerahan tu. Tapi belum masak, korang kena bakar sendiri.


Octopus ni korang tak boleh bakar lama sangat tau, sebab kalau lama sangat nanti dia jadi liat.

Signature Kimchi Trio (RM29.00)

Tak feeling makan hidangan Korea la kan kalau takde Kimchi? Hehe. Yang menariknya kat restoren ni, kimchi dihidangkan dalam 3 perasa yang berbeza iaitu Fresh, Fried, Smoked. Tiga-tiga saya suka, setiap satu ada keunikan tersendiri dari segi rasa.

Fist Rice (RM29.00)

Perlu digaul dan dibulat-bulatkan jadi macam ni

Yang ni memang recommended sangat-sangat. Serious kalau korang ke sini, korang wajib order Fist Rice ni. Pihak SeoulNami Korean BBQ akan bagi korang satu mangkuk nasi yang belum dikepal, lepastu salah sorang dari korang kena memainkan peranan tolong gaul dan kepal nasi tu jadi bulat-bulat.



Rasa dia? Ya Allah sedap teramat weyh. Kitorang siap order tambahan lagi satu mangkuk sebab tak cukup, hahah. Rasanya dia guna beras yang buat sushi tu (definitely bukan beras yang kita makan nasi hari-hari tu. Ada rasa seaweed,  isi ayam pastu apa ntah lagi. Yang penting sedap!

Fire Ramyeon (RM39.00)

Kalau tengok pada warna dia yang merah ni pun kita dah boleh agak tau tahap kepedasan dia. 1 mangkuk memang agak banyak, so boleh share makan beramai-ramai. Tapi sebab kitorang ramai, terpaksa order tambah lagi satu mangkuk sebab masing-masing macam “Eh dah habis ke? Baru je nak tambah lagi. Sedap la walaupun pedas”. Memang pedas, tapi sedap. Make sure air dah ready kat sebelah.


Charcoal Burnt Cheesecake (RM12)
Yang ni masa nak setup tempat pembakar tu (lepas staf dia dah masukkan arang), korang letak siap2 burnt cheesecake ni atas arang tu sebelum tutup dengan plate pembakar. Agak-agak dah lama dan dah okay, baru ambil balik untuk makan. Memang rasa cheese dia tu perghhh, penggemar cheesecake mesti suka!


Signature Drinks
Sebab kitorang ramai, so kitorang order 4 jug air. Yes, 4 jenis air yang berbeza. Harga bagi setiap jug adalah berbeza. My personal favorite is Binggrae Banana Uyu Colada, tapi Fizzy Sour Plum Cooler tu pun tak kurang sedapnya jugak! Siap order tambah, okay hahah. Almaklum, ramyeonnya pedas. Air haruslah bertambah.

Dari kiri : Sparkling Orange Cream Soda (RM 19.00), Fizzy Sour Plum Cooler (RM 19.00), Binggrae Banana Uyu Colada (RM 24.00), dan Out-of-This-World Lemonade (RM 24.00).

Kemas dan bersih

Selain hidangan yang sedap, satu lagi perkara yang saya suka kat Restoran SeoulNami Korean BBQ ni ialah ; walaupun hidangan BBQ nya menggunakan arang, tapi meja para pelanggan tak messy. Nampak kemas aje. Kan biasanya kalau dapur arang, peralatan dia akan nampak rusty and buruk, tapi kat restoren ni semuanya kelihatan bersih dan tersusun. Kita nak menyantap pun rasa senang hati. Cerobong penyedut asap turut disediakan disetiap meja, betul-betul kat atas tempat pembakar tu. Kiranya tak perlu risau tak selesa dek asap bagai. Sangat family-friendly. Staf kat situ pun tak kurang friendly jugak. Siap boleh bergurau lagi, dan minta tolong tangkapkan gambar.

Ada penyedut asap betul-betul kat atas setiap pemanggang

Muka kekenyangan

NOTA : Restoren SeoulNami Korean BBQ sedang dalam proses untuk mendapatkan Pensijilan Halal drpd JAKIM, tapi menurut mereka semua bahan yang mereka gunakan tidak mengandungi bahagian dari binatang yangg diharamkan oleh Islam, atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.


SeoulNami Korean BBQ 
F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, 
Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin – Ahad (11am - 10.30pm)