6 Sebab Kenapa Saya Pilih Nada Bridal, Bachok Kelantan - emilinda

Thursday, April 4, 2019

6 Sebab Kenapa Saya Pilih Nada Bridal, Bachok Kelantan

Hai korang, hari ni saya nak bercerita panjang sikit tentang salah satu preparation majlis perkahwinan saya. Korang baca sampai habis tau! Bila diri sendiri nak kahwin ni, barulah sedar bahawasanya bukan mudah nak uruskan serba-serbi tentang majlis perkahwinan. Serious, memang boleh bikin semak kepala haha. Silap-silap haribulan boleh jadi gaduh dengan pasangan dek kerana stress. Saya dan pasangan saya bersengkang mata bermalam-malam hanya untuk survey bridal package & pakej fotografi untuk majlis kami. Yela, logiknya kita mahukan yang terbaik untuk majlis kita. Bukan mudah nak buat keputusan pakej dari pihak mana yang kita nak ambil. Tersalah pilih memang boleh menyesal la. Kahwin kalau boleh sekali seumur hidup je. Nasib baiklah pasangan saya banyak membantu dan tak serah bulat-bulat pada saya seorang. Thank you fiancé, I know you read this.


Perkara pertama yang kitorang survey adalah bridal package. Saya ingat lagi waktu survey bridal package beberapa bulan yang lepas, memang stress. Mana tidaknya, nak dapatkan pakej yang berbaloi dari segi harga , kualiti, dan servis memang susah. Ada sesetengah bridal pelaminnya dah cantik, tapi baju-bajunya pulak yang tak cantik. Yang sebaliknya pun ada, baju cantik tapi pelamin macam nak main pondok-pondok. Ada yang semua dah cantik, tapi bila kita whatsapp bertanya tentang harga pakej, seminggu kemudian baru dia reply. Stress sis, hahah! Tak tahu la, macam mana dia uruskan bisnes dengan attitude macam tu. Itu baru kita whatsapp tanya tentang harga. Boleh bayangkan tak kalau kita dah confirm ambil pakej dari dia, tak ke susah hati bakal pengantin ni setiap kali nak tunggu reply dari dia? Memandangkan saya dan pasangan bekerja kat KL, so kami survey semuanya online.


Saya berkeras nak setelkan pemilihan pakej bridal tu dalam tempoh seminggu je, kira nak finalize dalam minggu tu jugak. Banyak benda lagi nak fikir lepas tu. Lepas beberapa hari, Alhamdulillah akhirnya kitorang decide nak ambil pakej perkahwinan dari Nada Bridal, Bachok Kelantan. Bayangkan dalam banyak-banyak pilihan bridal yang kitorang survey, akhirnya kitorang berdua setuju nak ambil pakej dari Nada Bridal. Agak-agak kenapa?

Harga Murah dan Berpatutan
Pertamanya, sebab harga yang ditawarkan berpatutan. In fact, bagi saya harga yang ditawarkan oleh Nada Bridal memang murah jika dibandingkan dengan bridal lain yang saya dah survey. Saya tak nak banding dengan bridal di negeri lain. Saya hanya akan bandingkan dengan bridal di negeri Kelantan sahaja. Saya dah survey bridal dari pelbagai daerah di Kelantan, memang mostly pakej yang ditawarkan dalam range RM2500 ke atas (untuk pelamin rumah dan 2 pasang persalinan berserta beberapa aksesori). Kalau harga bawah RM2500, hanya boleh dapat 1 pasang persalinan sahaja. Nak tambah meja makan beradap, ada extra charge. Tapi di Nada Bridal, pakej yang ditawarkan memang berbaloi – satu harga dah termasuk semua item (pelamin + 2 pasang persalinan + hiasan meja makan beradap + mekap + platform hantaran + bantal nikah + aksesori).

Tips : Korang follow Facebook Nada Bridal ni siap-siap. Rajin-rajinkan lah korang buka Facebook Nada Bridal sebab pemilik Nada Bridal ni memang sangat pemurah. Kadang-kadang dia buat promosi 50% discount la, promosi percuma 1 pasang persalinan lah. Seriously, sangat berbaloi kalau korang Berjaya grab pakej time promosi di Nada Bridal ni.

Design Pelamin Eksklusif & Moden


Weyh actually kalau korang tak kisah pelamin korang nampak buruk, korang boleh je dapat pakej yang lagi murah. Tapi kalau korang dah berkira sangat nak keluarkan duit untuk kos pelamin, korang jangan menyesal pulak bila pelamin korang tu nampak buruk. Benda ni hari kahwin nantilah baru korang akan rasa menyesal. Boleh hilang mood tau. Lagi stress kalau kita bayar mahal, tapi pelamin macam pelamin bajet. Waktu saya survey, saya tengok pelamin kat Nada Bridal ni semua cantik-cantik. Pendek kata design pelamin Nada Bridal memang design moden. Kira design pelamin dia tak nampak kampung la walaupun wedding korang tu kat kampung. Memang nampak pelamin eksklusif. Awalnya saya fikir mungkin lain design pelamin, lain harganya. Tapi eh bila saya tanya pemilik Nada Bridal, katanya harga tu memang sama. Tak ada cas tersembunyi. Contoh saya pilih pakej untuk pelamin rumah, makanya saya boleh request nak pelamin yang macam mana asalkan bersesuaian dengan konsep pelamin rumah. Nak pelamin simple pun boleh, nak pelamin meriah pun boleh. Bincanglah dengan pihak Nada Bridal tu pelamin macam mana yang korang nak. Kat Nada Bridal ni, dorang memang seboleh mungkin nak bagi yang terbaik untuk pelanggan. Kalau bab pelamin ni, kalau boleh nak bagi pelamin yang eksklusif, grand dan memuaskan hati pelanggan. Kepuasan pelanggan memang keutamaan mereka. Bukan sekadar buat pelamin ala kadar je. Ada bezanya tau bridal yang buat kerja ikhlas dengan buat kerja sekadar nak cari duit semata.



Tips : Waktu deal, tanya betul-betul untuk pakej yang korang ambil ni, pelamin macam mana yang korang boleh dapat. Elakkan ambil pakej dari bridal yang menawarkan banyak pakej berlainan. Maksud saya seperti Pakej A - Pelamin Bajet, Pakej B – Pelamin Premium, Pakej C – Pelamin Eksklusif. Harga berlainan bagi setiap pakej. Pakej yang korang ambil tu nanti tak flexible. Yela, silap-silap haribulan kalau nanti korang nak dia tambah/ubah sikit pelamin korang tu, terus dia minta extra charge. Kan sakit hati macam tu?

Servis Tip Top 
Kat atas tadi saya ada mention kan tentang beberapa butik perkahwinan yang layan pelanggan ala kadar. Hari ni kita whatsapp, seminggu kemudian baru dia reply. Ada yang langsung tak reply. Serious saya memang tak boleh nak berurusan dengan orang yang tak professional dan kekwat macam tu. Dengan pelanggan pun nak menyombong, buat layan tak layan. Tahu la busy, tapi janganlah layan pelanggan macam tu. Nak berbisnes, pelanggan perlulah dijaga. Jujur saya cakap, saya lega bila ada pemilik-pemilik butik pengantin yang layan pelanggan/bakal pelanggan dengan sangat mesra. Kalau tak silap saya, dalam banyak-banyak butik yang saya survey, ada dua butik je yang pemiliknya layan bakal pelanggannya dengan sangat ramah. Walaupun kita belum pasti nak ambil pakej dari mereka, tapi mereka layan dengan sangat baik. Reply mesej pun laju, tak buat bakal pelanggan tertunggu-tunggu. Salah satunya adalah Nada Bridal. Alahai, Kak Nada pemilik Nada Bridal ni memang peramah sangat weyh. Waktu mula-mula saya whatsapp dia, dia takde la reply sepatah-sepatah macam pemilik bridal lain. Dia layankan je soalan-soalan saya. Ini merupakan salah satu faktor utama saya pilih Nada Bridal. Bila dia reply mesej-mesej saya dengan cukup ramah, saya terus rasa macam “Dengan orang macam ni la yang aku nak berurusan”.

Antara perbualan dengan pemilik Nada Bridal

Waktu saya ke butik Nada Bridal buat pertama kali untuk pilih baju pun, saya dilayan dengan sangat baik oleh pekerja & pemilik Nada Bridal. Kali pertama jumpa pun rasa macam dah kenal lama dengan pemilik Nada Bridal ni, sebab sikap dia yang peramah dan menyenangkan hati pelanggan. Saya jadi selesa nak berurusan dengan dia. Orang Kelantan cakap, sikap ‘mudoh baso & sene wat kiro’. Hehe

Tips : Jangan berani ambil risiko untuk berurusan dengan individu yang susah nak beri kerjasama. Bayangkan kalau nak reply mesej kita pun payah, susahlah kan? Lagi-lagi bab kerja kahwin ni. Banyak benda kena discuss dengan pihak bridal, makanya memang kena pilih betul-betul. Pilih bridal yang berikan layanan yang baik kepada para pelanggan.

Design Baju Yang Pelbagai, Cantik dan Moden
Pilihan baju kat Nada Bridal ni boleh dikatakan pelbagai. Dari segi material dan design memang pelbagai. Kalau saya, saya tak gemar baju ala-ala peplum / kebaya. Saya lebih suka dress. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan pilihan-pilihan baju di Nada Bridal ni. Banyak pilihan. Nak dress songket ada, kebaya songket ada, peplum songket ada. Kalau nak baju dari material lace pun sama, jenis kebaya ada, dress pun ada. Paling best sebab design yang ada memang banyak design moden. I am so happy sampai tak tahu nak pilih yang mana! Actually I am so excited rasa nak tunjuk baju-baju yang saya pilih untuk dipakai ketika majlis perkahwinan saya nanti. Tapi tak boleh tunjuk lagi, nanti tak surprise! Kalau korang nak pihak Nada Bridal buat baju baru pun korang boleh request. Mana la tahu korang ada design pilihan sendiri, so boleh discuss dengan pihak Nada Bridal. Haritu masa sembang-sembang dengan Kak Nada, katanya tahun ni Nada Bridal ada keluarkan banyak baju baru. Persalinan bersanding saya nanti pun merupakan salah satu baju custom made dari Nada Bridal. Tak sabarnya!



Another thing is, yang bagusnya dekat Nada Bridal ni. Let say pakej yang korang pilih tu ada 2 pasang persalinan. 1 pasang korang nak pakai waktu majlis bersanding. 1 pasang lagi korang nak pakai waktu majlis bertandang yang jaraknya beberapa bulan lagi, pun boleh. I find this is interesting & good especially for those yang tight budget.


Tips : Sebelum korang pergi ke butik untuk pilih baju, seeloknya korang tanya pihak butik dulu bila waktu sesuai untuk korang pergi pilih baju. Bukan apa, kalau tersalah pergi musim kenduri, memang kebanyakan baju cantik-cantik takde kat butik. Baju-baju tu masih dekat pasangan pengantin yang lain. Kalau tak tahu baju macam mana yang sesuai untuk korang, biasanya diorang boleh suggest kesesuaian warna baju & pelamin korang supaya nanti pengantin nampak menyerlah dan berseri.

7 Tahun Pengalaman
Bab pengalaman ni memang kalau boleh kita nak pihak yang berpengalaman la uruskan wedding kita kan? Barulah berpuas hati. Waktu saya survey pakej perkahwinan ni dulu, memang saya pastikan survey betul-betul. Stalk social media pihak bridal ni habis-habisan. Tengok dah berapa lama bridal tu beroperasi, dan baca komen-komen serta feedback customer mereka. As for Nada Bridal ni, lepas dah stalk Facebook dia, I got to know that Nada Bridal dah beroperasi lebih 7 tahun dan memang banyak feedback positive dari pelanggan di Facebook Nada Bridal. Saya stalk posting Nada Bridal di Facebook sampai tahun-tahun yang lepas tau, hahah.

Mekap Yang Cantik

Tak tahu la kenapa saya suka sangat dengan mekap yang simple & tak beriya macam ni

Ini penting bagi kaum hawa. Serious tersangat penting! Haha. Masa korang survey tu, jangan lupa survey sekali hasil mekap pihak bridal tu. Untuk pakej yang saya ambil, dah termasuk sekali mekap untuk majlis bersanding. Dari segi kewangan, it is good lah sebab tak perlu nak cari MUA lain. Jimat masa jimat wang. Tapi pastikan hasil mekap tu cun! Kalau tak, boleh bad mood nanti. Alhamdulillah, kalau dilihat pada gambar-gambar di Facebook Nada Bridal, hasil mekap memang cantik. So pada hari bersanding nanti memang saya serah jela muka saya nwi untuk MUA dari Nada Bridal mekapkan.


Pihak Nada Bridal ni ada sediakan catering juga kalau korang nak. Tapi untuk wedding saya nanti, mak ayah saya tak nak ambil pakej catering. Masih nak kekalkan adat dulu-dulu, majlis secara rewang. Lebih meriah katanya, hehe. For those yang tengah cari bridal di Kelantan, boleh la risik-risik pakej dari Nada Bridal ni. Kalau nak mini pelamin untuk bertunang, atau nak buat majlis berendoi bayi pun boleh.

Nada Bridal
Kg Pintu Gerbang Tawang
16020 Bachok Kelantan
Call / Whatsapp : www.wasap.my/60139150610

19 comments:

  1. Cantiknya pelamin dia. Nak pilih pakej kahwin ni kena pilih betul-betul. kadang-kadang tu ada sesetengah cakap gah tapi bila kita dapat ntah apa-apa hasil dia. Kalau jenis yang dah siap pakej lengkap macam ni senang. Kita tak perlu dah nk pening fikir.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..nak kawen ni mmg stressful kan nak plan macam-macam. Teringat dulu plan semua sorang sbb takde adik beradik. And sbb taste mcm x sama je dgn org2 sekeliling yg nak tolong. Haha. Anyway, semoga dipermudahkan semua ;)

    ReplyDelete
  3. great choice.. i guess this is the best choice for bride to be.. and groom to be, too!

    ReplyDelete
  4. love every moment, yeah wedding photography is important. also depend on budget too, so depends is wanna do big or small, nice choices for bride, now everyone can choose which package they like for wedding choices.

    ReplyDelete
  5. Kalau dapat calon orang Kelanta best lah hehehehe... Ya Allah percepatkan lah joboh hamba mu ini hehehehe menarik juga pakej dan pelamin tu cantik pelamin impian kita tu wakakakka... Tapi tang baju pengantin lelaki tu takut tak ada saiz jer wakakak

    ReplyDelete
  6. Sekarang banyak kes kompeni bridal yg tipu pelanggan. Kadang2 dalam gambar lain, bila sampai aduh memang terus jadi pelamin anganku musnah. Hehehe. Kalau bagus dan cantik, bolehlah suggest kat kengkawan nanti

    ReplyDelete
  7. Oh kat Kelantan~ Nanti kita kalau nak kawen pulak kat Sarawak. Tak dapat ler nak usha Nada Bridal nih. Hehe. tapi betul ada yg bayar mahal tapi tak semegah, bayar murah kena tipu mmg kaw kaw kena survey and settle kan pakej mana nak ambik awal. Jadi boleh keep on update and follow up preparation depa. Takut macam kes yg baru2 ni kita baca, semua okay tang makanan je tak okay sampai family pengantin kena beli kat mamak jamu tetamu. Haih!

    ReplyDelete
  8. Cantiklah pelamin tu. Baju-baju pun cantik semua. Ya, bab ini kena cari betul-betul supaya kita tak rugi dan menyesal nanti. Harga biar padan dengan servis yang ditawarkan. Kesian juga kat mereka yang pernah jadi mangsa tipu wedding planner...

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. Cantiknya hiasan dia. Memang akan penat bila buat sendiri tapi kena ppilih betul2 la kan, ini kenangan seumur hidup mesti biar puas hati kan

    ReplyDelete
  10. Bagus Nada Bridal ni. Tahu menjaga hati pelanggan dan kerja mereka pun nampak profesional. Bab ni memang kena cari yang betul-betul sebab banyak kes penipuan dan kerja asal siap yang dah berlaku. Janji lain.. hasilnya lain.

    ReplyDelete
  11. cantik pelamin dorang. biar simple tapi nampak ekslusif bila dalam gambar. nanti emi kahwin pun boleh la pakai servis dorang, mesti cantik album gambar kahwin

    ReplyDelete
  12. wow I love everything I see here. the bridal package & pakej fotografi look so nice with good quality. I think it's a good choice hehe

    ReplyDelete
  13. cantiklah design pelamin dan baju dia. nampak modern dan up to date. Bagus sangat ada pakej mesra ekonomi terpulang pada pengantin pula nak usaha dapatkan harga terbaik. Yang nak kahwin specially yang di Kelantan kena check out pakej ni

    ReplyDelete
  14. Kalau nak pilih pakej mana yang bagus memang kena banyak buat survey untuk dapatkan yang terbaik buat hari bahgia nanti. Memang penat tapi kalau dapat hasil yang bagus memang berbaloi.

    ReplyDelete
  15. Saya pun rasa kalau company pndai jaga pelanggan nanti senang nak berurusan. Kalau ada masalah atau apa2 mslh berbangkit cepat sikit tindakannya

    ReplyDelete
  16. Once in a lifetime so, kena pilih yg terbaik ! btw, wishing you a happy life ever dan u memang tak salah pilih bridal

    ReplyDelete
  17. alamak! tak sabar nak kahwin lepas tengok koleksi daripada nada bridal ni. tapi malangnya jodoh tak tahu kat mana. ke belum lahir lagi? haha!

    ReplyDelete
  18. Lawanya... kawan saya pun tengah nak cari catering servis, nnt mouse mommy share blog link ni kat dia ya. Terima kasih info.

    ReplyDelete
  19. Salam. Btw sy gugel2 bridal di Kelantan, terjumpa blog ni. Byk tempat bridal sy pegi, last2 sy decide ambik dgn Nada Bridal. Sy bgtau Kak Da yg sy jumpa bridal ni dari sorang blogger. Dia pun happy ramai customer tau bridal dia dari blogger ni. Thanks byk2 utk info. sharing is caring! X sabar nk tgk hasil kerja Nada Bridal utk wedding saya :) Terima kasih emilinda.com utk sharing ni dna terima kaish nada bridal kerana pakej yg ditawarkan mmg berpatutan sgt :)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.