Lunch BBQ Arang di SeoulNami Korean BBQ, The Gardens - emilinda

Thursday, April 18, 2019

Lunch BBQ Arang di SeoulNami Korean BBQ, The Gardens

Sebab Ramadhan dah makin mendekat, hujung minggu yang lepas kawan-kawan ajak lunch sama-sama. Kira catch up session jugak lah, lunch sama-sama sebelum Ramadhan sambil menyembang. Dah masuk bulan puasa nanti masing-masing memang akan busy dengan beramal ibadah dan persiapan raya pulak. Biasanya terserempak kat event pun bukan sempat nak menyembang sangat kan. So memandangkan lokasi yang they all propose tu memang dekat je dengan rumah, saya pun setujulah untuk join. Kitorang plan nak lunch dekat restoren SeoulNami Korean BBQ. Tak tahu la siapa yang mengidam sangat nak makan masakan Korea tu, heheh.


Actually masa awal-awal diorang ajak tu, saya agak blur sikit. Kat mana restoren ni? Kenapa macam tak pernah nampak je padahal kerap sangat duk pergi Mid Valley tu. Oh rupanya restoren SeoulNami Korean BBQ ni bukan dekat Mid Valley, tapi dekat The Gardens. Saya sendiri jarang ke The Gardens, selalu duk pusing-pusing dalam Mid Valley je. Lokasi restoren SeoulNami Korean BBQ ni adalah first floor, betul-betul bersebelahan Robinsons. Nasib baik senang je nak cari restoren ni.



Masa sampai tu tengok ramai betul orang tengah lunch kat situ. Not bad jugak, kalau dah orang sentiasa penuh tu maknanya makanan dia memang sedap la kan? Masa tengah tunggu nak buat pesanan tu, nampak la staf dia ke lalu bawak bekas mengandungi arang yang sedang dibakar, menuju ke meja-meja tertentu. Rupa-rupanya BBQ kat SeoulNami Korean BBQ ni menggunakan arang, bukan guna dapur gas. Jarang gila kan nak jumpa restoren BBQ yang guna dapur arang kat Malaysia ni?

Memang guna arang. Staff kat situ akan datang setup arang sebelum kita boleh mula berBBQ

Okay, saya sebenarnya tak sabar nak ceritakan tentang menu yang kitorang makan kat sini. Ini kali pertama saya berkunjung ke restoren ni, jadi agak blur sikit tak tahu nak order apa. So kat sini nak bagi tips sikit kalau korang bercadang nak makan di SeoulNami Korean BBQ.

1. First, pilih menu utama untuk BBQ. Untuk kali pertama ni kitorang cuba dia punya Chuncheon Chicken (this one memang famous, so it is a must try!), Beef Platter, dan Spicy Octopus.

2. Pilih side dishes dan sos. No worries, side dishes & sos boleh refill.

3. They all memang bagi free complimentary steam egg kepada pelanggan. So nanti boleh masak kat dapur yang disediakan disetiap meja. Kalau tak pasti berapa lama nak masak, tanya staf dia. They all lebih tahu so that takdelah telur tu hangit nanti.
steam egg sebelum dimasak

Sedang dimasak
4. Walaupun guna dapur arang, tapi korang tak perlu bersusah payah bakar arang tu sendiri. Staf mereka akan tolong setupkan semunya. Korang tinggal bakar bahan yang korang nak makan je. Ada 2 jenis pelapik untuk bakar tau, sebab kalau ayam kena bakar guna pelapik grill, kalau daging sesuai bakar guna plate je. Nanti staf kat sana akan explain kat korang. Kalau nak tukar plate tu, mintak diorang tukarkan.
Kalau nak bakar ayam, guna pelapik berjaring ni

5. Walaupun korang excited nak makan, tapi jangan pulak lupa tarik cerobong asap tu ke bawah. Barulah asap dapat disedut dengan sempurna. Ini untuk keselesaan korang jugak.

6. Bila daging/ayam tu dah masak, korang boleh nikmati ikut cara korang masing-masing. Kalau ikut style orang Korea, tak silap dorang wrap dengan salad dan taruk kimchi sekali masa nak wrap tu.
Boleh wrap dengan salad ni

Okay tu je tips yang saya nak bagi. Meh nak tunjuk dan review sikit menu-menu yang kitorang dah cuba ketika kunjungan kali pertama  ke SeoulNami Korean BBQ ni.

Chuncheon Chicken (RM59.00 each) 


Dekat restoran SeoulNami Korean BBQ ni, ada 4 perisa untuk Chuncheon Chicken iaitu Spicy Hot Pepper, Savoury Ganjang Chicken, Sweet Honey Butter Chicken, dan Salty Salted Chicken. Kitorang pilih Sweet Honey Butter Chicken dan Savoury Ganjang Chicken. Dua-dua sedap, tapi saya lebih suka Savoury Ganjang Chicken berbanding Sweet Honey Butter Chicken.

Ayam dibakar di atas plate berjaring ni


Masa nak bakar tu korang letak je ayam besar-besar tu kat atas pemanggang. Bila dah dekat nak masak nanti, barulah korang gunting ayam tu jadi kecil-kecil. Bakar sikit lagi, then boleh makan. Gunting dan penyepit memang ada disediakan kat meja. Tengok gambar ni tetiba rasa lapar balik.

Beef Platter (RM119)
I don’t know about you, but I am definitely a beef lover. Kalau buat BBQ, beef Is a must have! Haha. Beef Platter ni ada 3 jenis potongan daging tau iaitu Beef Belly, Bulgogi dan Beef Rib Fingers.



Tiga-tiga jenis ni semua sedap, tak menyesal ambil Beef Platter. Masing-masing behave je masa tunggu daging ni masak. Tapi tak leka tau, sambil menyembang mata duk usha bila la daging ni nak masak hahah. Terleka sikit kang habis kena makan dek member sekalian.

Kalau korang perasan, daging dibakar atas plate yang berbeza dengan ayam

Spicy Baby Octopus (RM39.00)
Octopus is not really my favorite. Tapi makan je. Korang jangan nak jadi gelojoh sangat, octopus ni belum masak tau. Memang la nampak macam sedap je, dengan perapan dia yang berwarna kemerahan tu. Tapi belum masak, korang kena bakar sendiri.


Octopus ni korang tak boleh bakar lama sangat tau, sebab kalau lama sangat nanti dia jadi liat.

Signature Kimchi Trio (RM29.00)

Tak feeling makan hidangan Korea la kan kalau takde Kimchi? Hehe. Yang menariknya kat restoren ni, kimchi dihidangkan dalam 3 perasa yang berbeza iaitu Fresh, Fried, Smoked. Tiga-tiga saya suka, setiap satu ada keunikan tersendiri dari segi rasa.

Fist Rice (RM29.00)

Perlu digaul dan dibulat-bulatkan jadi macam ni

Yang ni memang recommended sangat-sangat. Serious kalau korang ke sini, korang wajib order Fist Rice ni. Pihak SeoulNami Korean BBQ akan bagi korang satu mangkuk nasi yang belum dikepal, lepastu salah sorang dari korang kena memainkan peranan tolong gaul dan kepal nasi tu jadi bulat-bulat.



Rasa dia? Ya Allah sedap teramat weyh. Kitorang siap order tambahan lagi satu mangkuk sebab tak cukup, hahah. Rasanya dia guna beras yang buat sushi tu (definitely bukan beras yang kita makan nasi hari-hari tu. Ada rasa seaweed,  isi ayam pastu apa ntah lagi. Yang penting sedap!

Fire Ramyeon (RM39.00)

Kalau tengok pada warna dia yang merah ni pun kita dah boleh agak tau tahap kepedasan dia. 1 mangkuk memang agak banyak, so boleh share makan beramai-ramai. Tapi sebab kitorang ramai, terpaksa order tambah lagi satu mangkuk sebab masing-masing macam “Eh dah habis ke? Baru je nak tambah lagi. Sedap la walaupun pedas”. Memang pedas, tapi sedap. Make sure air dah ready kat sebelah.


Charcoal Burnt Cheesecake (RM12)
Yang ni masa nak setup tempat pembakar tu (lepas staf dia dah masukkan arang), korang letak siap2 burnt cheesecake ni atas arang tu sebelum tutup dengan plate pembakar. Agak-agak dah lama dan dah okay, baru ambil balik untuk makan. Memang rasa cheese dia tu perghhh, penggemar cheesecake mesti suka!


Signature Drinks
Sebab kitorang ramai, so kitorang order 4 jug air. Yes, 4 jenis air yang berbeza. Harga bagi setiap jug adalah berbeza. My personal favorite is Binggrae Banana Uyu Colada, tapi Fizzy Sour Plum Cooler tu pun tak kurang sedapnya jugak! Siap order tambah, okay hahah. Almaklum, ramyeonnya pedas. Air haruslah bertambah.

Dari kiri : Sparkling Orange Cream Soda (RM 19.00), Fizzy Sour Plum Cooler (RM 19.00), Binggrae Banana Uyu Colada (RM 24.00), dan Out-of-This-World Lemonade (RM 24.00).

Kemas dan bersih

Selain hidangan yang sedap, satu lagi perkara yang saya suka kat Restoran SeoulNami Korean BBQ ni ialah ; walaupun hidangan BBQ nya menggunakan arang, tapi meja para pelanggan tak messy. Nampak kemas aje. Kan biasanya kalau dapur arang, peralatan dia akan nampak rusty and buruk, tapi kat restoren ni semuanya kelihatan bersih dan tersusun. Kita nak menyantap pun rasa senang hati. Cerobong penyedut asap turut disediakan disetiap meja, betul-betul kat atas tempat pembakar tu. Kiranya tak perlu risau tak selesa dek asap bagai. Sangat family-friendly. Staf kat situ pun tak kurang friendly jugak. Siap boleh bergurau lagi, dan minta tolong tangkapkan gambar.

Ada penyedut asap betul-betul kat atas setiap pemanggang

Muka kekenyangan

NOTA : Restoren SeoulNami Korean BBQ sedang dalam proses untuk mendapatkan Pensijilan Halal drpd JAKIM, tapi menurut mereka semua bahan yang mereka gunakan tidak mengandungi bahagian dari binatang yangg diharamkan oleh Islam, atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.


SeoulNami Korean BBQ 
F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, 
Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin – Ahad (11am - 10.30pm)

14 comments:

  1. kalau tengok drama korea..ada juga nampak restoran mcm ni..sedap betul menu2 kat seoulnami ni sebijiklah mcm kat korea ye..lagi best kalau diorg buka branch satu kat penang..teringin nak rasa

    ReplyDelete
  2. Semua guna arang yea.. wah.. tak pernah lagi try makan bbq yang macam ni.. asedapnya alahai.. syok ada pengalaman makan bbq arang ni yea.. menu-menu pun nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  3. Nampak real lah macam orang korea makan dekat kedai makan diaorang dalam tv tu. Menarik betul konsep dia. Ni yang rasa macam nak pergi ni

    ReplyDelete
  4. Sedap betul nampak grilled ala korea ni. I will try nanti dengan colleague I. Sebab tempat ni dekat je dengan office I. Sedap nye makanan kat sini. Harga pun ok berpatutan juga.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya... korean food saya suka, next time boleh try dekat sini... nampak menarik tak sabar rasanya nak try

    ReplyDelete
  6. Ena teringin makan start tengok rancangan korea running man tu. Haha.. nampak dorang balut daging tu camne. So pahamlah cara makan. Cuma tak berpeluang nak cuba je. Waaa jeles taw.

    ReplyDelete
  7. kalau yg jenis2 gini hubby iolls suka la nih..leh la suh dia belanja nnt

    ReplyDelete
  8. Lama x makan makanan korea. Rindunya. Dahla nampak semua sedap2 makanan dia. Terutama yang ayam tu. Mmg feveret

    ReplyDelete
  9. NiNina belum pernah sampai korea. Rasa makan sini pun dah feel ala korea ni. Menarik! Style BBQ bakar gini lak memang citarasa Nina. Aduh... Charcoal Burnt Cheesecake menggoda tul

    ReplyDelete
  10. Ya Allah nampak sedap betul menu-menu di Seoul Nami BBQ nie ya. Tak sangka dah dibuka di Gardens Mall. Nanti kalau singgah sana nk makan dkt sni. Uniklah nasi gumpal2 tu. Rasa mcm nak ngapp je skrg nie

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap sangat. Beef platter paling menarik. Jarang nak pusing dalam The Gardens. Biasa pergi Mid je.

    ReplyDelete
  12. I love this place nak ulang makan lagi kat sini hehehehe kita suka burnt cheesecake tu heheheh dan juga ayam panggan dan daging sangat sedap terutama ayam kerana ada perapan istimewa hehehehe...

    ReplyDelete
  13. ya ampun sedapnya tengok..haishh..melelh dah ni..daging panggang tu mesti sedap giler..rice tu apa rasa..hahhaa..nak pergi la nanti

    ReplyDelete
  14. Uish...sedapnya. Nak ajak kawan karib Yana makan kat sini. Dah nasib hanya kita dua je yang suka makan makanan korea. Masing2 punya pasangan tak suka makanan korea...T.T patah hati.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.