asam pedas,

Asam Pedas Kampung Baru.

June 23, 2017 emi 4 Comments


Korang Ramadhan tahun ni banyak berbuka di luar, atau banyak masak kat rumah? For me most of the time berbuka dirumah tapi takde la masak sangat pun. Kadang-kadang masak, kadang-kadang beli lauk kat kedai atau bazaar. Balik rumah tinggal masak nasi je. Bukan pemalas ye, cuma bila masak untuk sorang makan ni, tak seronok pulak rasanya. Masak banyak, tak habis. Masak sikit, hmmm serba salah pulak. Almaklum, orang bujang macam ni lah. Kadang teringin nak makan masakan sendiri, so masak la. Tapi lauk tu nanti simpan sama untuk sahur sebab memang tak habis pun. Berbanding beli kat bazaar, masak sendiri lebih sedap dan puas hati sebenarnya. Berbuka dekat luar tu sometimes jela sambil spend time dengan rakan-rakan. Hari tu teringin nak makan asam pedas. Bulan puasa ni duk craving asam pedas, kau rasa? Nak masak asam pedas entah jadi ke tak walaupun ikut resepi kat internet. Almaklum, tak pernah pulak try masak sendiri asam pedas. Nak pergi Melaka? Tak gigih la pulak kan nak pergi Melaka semata nak makan asam pedas. Kawan suggest satu kedai ni kat Kampung Baru. Katanya asam pedas kat situ sedap, memang resepi dari Melaka. Maka gigih la ajak si Nad tu temankan berbuka kat sana. Nasib baik ada Nad, layankan tekak mengada ni.

Boleh tahan banyak order menu berbuka untuk hari tu. Tamak katakan, kekeke. Takpe, tak dikira membazir kalau kita mampu habiskan. Almaklum, kitorang ni nampak aje kecik tapi nafsu makan kemain haa. Order nasi putih dengan a few lauk pauk : asam pedas ikan jenahak, sup daging tetel, daging salai masak lemak, udang goreng kunyit, dan telur dadar berserta sedikit ulam.

Asam pedas ikan jenahak - RM11

Disebabkan tekak ni memang craving asam pedas, so wajiblah order asam pedas. Actually boleh pilih nak asam pedas ikan pari / jenahak / kembung / daging tetel / ekor. But for me i prefer makan asam pedas ikan jenahak. Sedap oii, time duk menaip ni pun teringat-ingat lagi ha. Rasa dia tu cukup kaw! Selalunya kalau makan asam pedas, memang nak kena stand by air banyak-banyak sebab memang tak tahan pedas. Tapi kali ni, tahap kepedasan asam pedas dia tu just nice. Takde la tak pedas, tapi pedas dia tu pedas yang masih boleh diterima oleh lidah ni. 

Sup daging tetel - RM7

Daging salai masak lemak - RM11

Sup daging tetel kat sini boleh tahan sedap. Suka kuah sup dia tu. As for daging salai masak lemak tu tak nak komen lebih-lebih la sebab saya bukanlah penggemar masak lemak. Tapi makan jugak la hari tu alang-alang dah order. Oh ye, harga yang saya mention ni actually harga satu set sekali dengan nasi. Tapi untuk hari tu memandangkan saya pergi berdua dengan Nad je, tapi tamak order banyak jenis lauk so nasi kitorang mintak untuk dua orang makan aje la. 

Udang goreng kunyit - RM7

Lokasi kedai ni terletak di Medan Selera Jln Hj Hashim, Kg Baru. Kalau tak pasti kat mana medan selera ni, landmark dia berdekatan Setia Sky Residence. Nama kedai ni Orde Heritage Recipes. Tapi kedai ni masih pakai signboard nama lama iaitu Asam Pedas Kampong-Kampong/Pondok. Dulu itu la nama kedai ni, tapi sekarang dah rebrand jadi Orde Heritage Recipes.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, pihak Orde Heritage Recipes ada buat program infaq buka puasa. Orang ramai yang bermurah hati menyumbang sejumlah wang, dan pihak Orde Heritage Recipes akan tolong memasak juadah berbuka untuk dihantar kepada insan-insan yang memerlukan. Biasanya juadah dihantar kepada rumah anak-anak yatim, rumah kebajikan dan sebagainya. Alhamdulillah, suka tengok orang berusaha buat kebaikan sesama manusia ni.



Ya Allah, ni dah datang balik rasa mengidam nak makan asam pedas. Tapi petang nanti dah nak gerak balik kampung dah. Tak sempat dah nak pergi berbuka kat kedai tu. Tapi takpelah, lepas raya nanti nak order asam pedas ni mintak dorang hantar ke ofis, untuk lunch. Pihak Orde Heritage Recipes memang ada buat delivery service untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur. Minimum kena order 5 set baru dorang hantar. Ye la, takkan nak order satu set yang berharga RM11 tu je, pastu expect rider dorang datang hantar kat kita? Kesian la kat rider tu. Tempahan boleh dibuat melalui whatsapps 2 jam sebelum penghantaran.


Orde Heritage Recipes
No 8 & 9, Pusat Penjaja Selera Muda,
Jln Hj Hashim, Kampung Baru
53100 Kuala Lumpur.
016-2073499
Instagram : orde_mealbox

4 comments:

beauty,

Butterfly turns 4 party - What's inside the bag.

June 23, 2017 emi 2 Comments


Kalau perasan last month i did write about Butterfly Yellow birthday party. Dan kali ni pun nak cerita tentang Butterfly 4th birthday party jugak. The second party to be exact. Yes, you read it right. This year we celebrate Butterfly birthday twice. Why? Because lots of brand love us so much that they willing to sponsor our party & we ladies love party so much! Bertempat di lokasi yang sama dengan birthday party yang pertama. Birthday party kali ini bertemakan pastel. We had so much fun during the party, and the happiness doesn't stop right after the party ends. Balik rumah pun masih gembira sebab dapat surprise birthday bag yang didalamnya terdapat banyak beauty products! I'm such a happy butterfly. Thank you mamasan & the team for working so hard to make this party happen. It was awesome! Layan gambar semasa birthday party dulu. Credit below images to Eros.









Since i'm considered as beginner in makeup (memang tak reti sangat pun nak buat fancy makeup), so i'm a bit nervous every time i join event organized by Butterfly Project. Tak nervous kalau dah semua orang pergi lawa-lawa mekap so fancy? While me so noob & tak reti sangat nak buat different make up look. Tahu buat simple makeup for every day pergi kerja sahaja. Haha. So here's how i looks like on that day. Lebihkan part mata sikit je compared to my everyday makeup look. Letak benda alah yang shining sikit.


Okay, enough about the party. Sekarang nak cerita pasal surprise birthday bag yang kami dapat masa party tu, and whats inside of course! Seriously banyak betul items dalam beg tu, sampai terkeluar-keluar dari beg. Masa sampai tu, nampak aje beg ni terus excited tak sabar nak tengok apa dalam tu.


Here's the bag! I'm so in love with this bag. Siap ada logo Butterfly Project printed on it. Sayang tau beg ni. Balik rumah keluarkan kandungan dalam tu, pastu lipat elok-elok beg ni simpan tak nak kasi kotor. Okay, jom check apa kat dalam beg tu.


Wanderlust Things - Unicorn Face Makeup Brush


Didn't expect at all that we're gonna get this brushes. Cantikkk, suka sangat. Actually masa birthday party tu each person dapat unicorn makeup brush secara random. Ada yang dapat face makeup brush, ada yang dapat eye makeup brush. I'm glad that i get this face makeup brush, walaupun sebenarnya bukan reti sangat guna berus mekap. Serious tak tipu. Selama ni memang apply mekap guna jari je. Pernah la beli makeup brush, tapi guna beberapa kali je sebab rasa lagi convenient & cepat bila guna jari. Almaklum pagi-pagi bangun lambat selalu rushing je nak pergi kerja. So tak sempatnya nak guna berus bagai. Sapu je guna jari, hiks! Btw pakai mekap guna jari sebenarnya tak elok sangat untuk kulit muka kita, but yeah nak buat macam mana saya tidak reti pakai mekap guna berus hahah. Rasa sayang la nak guna unicorn face makeup brush ni. Macam mana nak guna, comel sangat haaa. Harga unicorn face makeup brush ni RM89, boleh beli kat www.wanderlustthings.com .


Orkid Cosmetics - Matte Suede Creamy Liquid Lipstick


Sekali dapat 4 color terus. Mana tak happy? Masa buka beg tu nampak ada bubble plastic color biru tu. Masa tu tak tahu lagi apa ada lama tu. Bila dengar kawan-kawan lain screaming excitedly, laju-laju bukak plastik biru tu. Ada 4 shades of lipstick! Patut semua orang excited. Try pakai lipstick ni, suka sebab dia cepat kering bila pakai. Dan tak tanggal lepas dah minum atau makan. RM39/pcs, boleh beli lipstick ni dekat www.orkidcosmetics.com .

Dari bawah ke atas (Turnt, Vibes, Mars & Blush). Paling suka yang Blush! 


 W.Lab - Pocket Shadow Palette Blooming


Eye shadow palette ni sebenarnya dah banyak kali melintas kat fikiran ni tiap kali browse beauty products dekat Althea. Duk dilema nak beli ke tidak. End up masuk wishlist je dulu. Harga dekat Althea RM90 sekarang lepas 55% discount. Suka color dia sebab earth color kan. Kotak & packaging dia sangat kemas & cantik. Nampak exclusive dengan dia punya shades yang tak terlalu terang. Saiz dia pun kecik, memang muat masuk dalam hand bag. Oh ye, paling penting dia punya texture ya Allah suka gila weyh. Texture dia lembut. Takyah nak tonyoh kuat-kuat. Perasan mostly eye shadow palette lain selalunya bila kita sentuh, texture dia keras. Tapi yang ni lembut. 



Mamonde - Long Lasting Liquid Eye Liner


Secara jujurnya memang tak reti sangat nak guna liquid eyeliner, sebab cenderung untuk jadi comot. Tapi try apply sikit hari tu, cepat kering. So kebarangkalian untuk comot tu mungkin berkurang la memandangkan dia cepat kering. Lagipun katanya waterproof. Raya nanti nak try pakai eyeliner ni.



Dolly Wink - Liquid Eyeliner WP Super Black


Katanya super black, tadi pagi sebelum datang ofis saja la pakai sikit kat mata ni. Yess, sangat hitam. Pakai sikit dah nampak terang sebab memang hitam gelap. Tak pasti pulak waterproof ke tak yang ni. Later on bila dah try banyak kali, inshaAllah kalau rajin kita review balik. Muncung dia jenis yang brush, so memang senang nak pakai. 



1028 - Big Eyes Magnifier Mascara


Macam tahu-tahu mascara kita dah nak habis. Hari tu duk tanya officemate, mascara apa yang best untuk bagi effect mata nampak besar. Dia mascara suggest Silkygirl. Tapi ni dah dapat 1028 big eyes magnifier mascara ni, nak try guna yang ni dulu la untuk raya ni. Harap-harapnya mascara ni bukan jenis yang flake out dan cepat tanggal. 



Mamonde - Floral Hydro Mist

Yang ni belum sempat try lagi. 

Hadabisei - Moisturizing Face Mask Extra Rich


Haaa, perempuan mana tak suka face mask habaq mai. Kalau boleh hari-hari nak pakai face mask. Rasa relax je muka bila pakai face mask. But this brand is totally new to me. Belum try lagi. Almaklum, hakak ada tersangat banyak face mask kat rumah tu. Confuse nak pakai yang mana satu dulu.


Adidas - Climacool Shower Gel & Climacool Deodorant

Tersangat suka dengan saiz deodorant ni. Kecil molek aje. 


 Clinelle - Hot Body Shaper Cream




Most probably i'm not gonna use this cream on me. Body sekeping like me tak tahu la nak sapu kat mana, haha. Kakak dah booking awal-awal cakap kalau tak nak, kasi kat dia. Because she know that i don't need this for now. Yes, kita bagi dekat orang yang lebih memerlukan. Rasa macam unik pulak tube cream ni sebab ada rolling ball untuk memudahkan sapu di mana-mana bahagian badan. 



Clinelle - Deep Cleansing Water

This one comes in a mini size. Sesuai untuk travel.


Clinelle - WHITENup Miracle Aqua Capsule




Clinelle - PureSWISS Hydrocalm Sleeping Mask



Clinelle - UV Defense SPF 50




Neesya - Cleansing Set



Pax Moly - Aloe Vera Soothing Gel



Photobook Malaysia - Simple 6x6 Hardcover Book + 50 x 4R prints
G&G Studiobooth - Photobox Prints


Ada voucher untuk hard cover photo album & photo printing. Cadangnya lepas raya ni nak compile gambar raya tahun ni dengan family, then print guna voucher ni. 

That's all that we have inside the butterfly bag. Banyak kan? Not to be greedy, so i will be giving some of the items to my mom & sisters. Oh ya, i get additional beauty products for that day, menang simple contest during the party. The gift sponsored by NYX. Thank you!


That's all my story about this party. Thanks for reading!

2 comments:

charity,

Majlis Berbuka Puasa anjuran SACC meraikan anak-anak yatim.

June 22, 2017 emi 0 Comments


Bulan Ramadhan ni orang kata, masa untuk perbanyakkan amal ibadah. Bukan sekadar berpuasa, tapi perbanyakkan amalan lain seperti bersedekah, menyampaikan ilmu, membantu orang yang lebih susah, dan sebagainya. Bila dah dewasa ni, kerja jauh dari kampung. So jarang sekali dapat berbuka dengan mak ayah. Sesekali dapat berbuka dan bersahur dengan family, gembira betul rasa. Syukur kita yang masih punya emak ayah dan saudara ni. Dekat-dekat nak raya ni selalu rasa simpati dekat anak-anak yatim yang terpaksa menjalani ibadah puasa & beraya tanpa emak ayah disisi. Lagi-lagi kalau sudah menjadi yatim piatu di usia kecil. Bulan Ramadhan kita makan sedap-sedap untuk berbuka, tapi diorang kita tak tahu pun.


Awal Ramadhan hari tu, berkesempatan turut serta berbuka puasa bersama anak-anak yatim Rumah Amal Al-Firdaus, anjuran SACC Convec. SACC Convec ni merupakan syarikat yang mengendalikan Shah Alam Convention Centre (SACC). Majlis berbuka puasa tersebut diadakan bertujuan meraikan 43 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus.

Majlis yang bermula pada jam 5.30 petang itu dimulakan dengan Tazkirah Ramadan dan diikuti pula dengan alunan Ayat-Ayat Al-Quran. Bacaan ayat-ayat al-Quran itu dialunkan oleh Imam Annas yang diterbangkan khas oleh MAPIM dari Syria. Suka dengar alunan ayat suci dari Imam Annas, sangat merdu.


Sewaktu berbuka, hadirin dihidangkan dengan pelbagai menu buffet. Selesai berbuka puasa dan solat Maghrib, Majlis diteruskan dengan Ucapan dari Pengurus Besar SACC Convec iaitu En. Nasrudin Abu Bakar dan setelah itu Majlis Penyampaian Cenderahati dan Duit Raya untuk adik-adik Rumah Amal Al-Firdaus. Seronok tengok adik-adik tu dapat duit raya dan hadiah. Gembira betul diorang.




Sebelum balik, kami dihiburkan dengan persembahan dari Kumpulan Hijjaz dan selepas itu tetamu bersembahyang terawih bersama Imam yang diterbangkan oleh MAPIM dari Syria.



Image credit to http://www.eyzamiel.com/

0 comments:

photography,

PHOTOSHOOT RAYA MURAH DAN BEST DI WHITE STUDIO MALAYSIA 2017 SAMBIL MENDERMA

June 22, 2017 emi 0 Comments

 ‼ PHOTOSHOOT RAYA SAMBIL MENDERMA

๐Ÿ“ฃ Cuma RM49/family.. 

⚠ PROMOSI untuk 50 yang terawal sahaja.

Atas permintaan ramai, Creative Visual Studio & White Studio Malaysia mengadakan promosi photoshoot hari raya dengan harga yang sangat berpatutan. TAPI, Kali ni mereka buat lain sikit. Photoshoot Raya sambil menderma.

๐Ÿ“Sempena bulan ramadan yang mulia ini, mereka ada mengadakan Photoshoot Amal Raya. mereka juga bakal menyumbangkan 15% dari hasil jualan photoshoot hari raya sepanjang bulan Ramadan & Aidilfitri kepada Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Ar-Raudah (fb.com/tahfizannurarraudah)

๐Ÿ“ž WHATSAPP / SMS SEKARANG! 0166664034

Alamat :
No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor 



๐Ÿ’–RM49
- 15 min white studio
- 10 edited pictures + Max 4 person
- Soft copies (15 photos)

๐Ÿ’–RM69
- 30 min white studio
- 15 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (25 photos)

๐Ÿ’–RM99
- 60 min white studio
- 20 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (30 photos)

Tambahan :
Tambahan masa : RM50/sejam
Tambahan gambar (semua gambar) : RM50
Tambahan orang : RM20/seorang . (Bayi adalah percuma)

Untuk tempahan :
1) WhatsApp ke 0166664034 detail Nama, Pakej, Tarikh & Masa.
2) Bank in full payment ke Maybank (Muhammad Firdaus Bin Hasmuni) 155108743529 (jika slot yang di pilih masih ada kekosongan).
3) Setelah mereka menerima bayaran penuh maka mereka akan lock masa / slot.

#CvsRaya2017 #CVSproduction


Serba sedikit tentang anak syarikat CVS Production iaitu Creative Visual Studio, mereka merupakan sebuah syarikat photography studio yang telah berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang photoshoot dan video production komersial dan tidak komersial. Hasil kerja mereka boleh dilihat di cvsmalaysia.com, fb.com/cvsmalaysia ataupun instagram.com/cvsmalaysia. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat photoshoot korporat ataupun profile, boleh la contact mereka juga.


Kalau korang pernah dengar tentang White Studio Malaysia, White Studio Malaysia merupakan sebuah anak syarikat CVS Production yang menyediakan khidmat sewa studio yang telah beroperasi lebih dari 4 tahun. Mereka adalah yang pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat sewa studio 24 jam dan mempunyai 2 cawangan iaitu di Cheras dan di Petaling Jaya. Inshallah kami akan membuka satu lagi cawangan di Johor Bharu pada tahun 2018.

Mengapa anda perlu menyewa White Studio Malaysia?
Mereka menawarkan studio berpatutan dan paling lengkap untuk di sewa serendah RM50 / jam termasuk peralatan studio tanpa caj tambahan.

Contact:
0166664034 (WhatsApp) | ask@WhiteStudio.my

Alamat studio:
Petaling Jaya : A-3&M-2, Blok 1, Pusat Komersial Parklane, No.21, Jalan SS7/26, 47301 Kelana Jaya, Selangor
Cheras : No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor

Suitable for :
• Photography
• Video production
• Dance / Theatre practice
• Make-Up / Zumba class & training
#WhiteStudioMalaysia #WhiteStudioMY


0 comments: