Sunday, March 2, 2014

Melayu dan Hutang.


Hari ni saya nak cerita sesuatu . Mungkin ada yang akan gelak bila baca ni . Takpe , gelak lah . Tak marah pun . Saya sendiri dah puas gelak pasal ni . Dalam gelak - gelak tu , ada rasa sedih jugak . Sedih banyak .

Tahu kan bahawasanya  saya ni sedang menganggur sekarang ? Saya bosan duk rumah tak buat apa - apa . Saya nak kerja jugak , macam orang lain . Tak kisah la kerja apa , asalkan saya tak duk saja - saja . So one day tu saya keluar pergi cari kerja sementara kat kawasan berdekatan . Tak kisah la jadi promoter ke , cashier ke . As long as kerja , sementara dapat kerja dalam bidang saya . So tetiba saya ternampak satu iklan jawatan kerani . Why not kan ? Kerja kerani duk dalam air - cond je . Tak payah berdiri bagai macam promoter . So saya call . Lepas isi borang , interview sikit - sikit , saya diterima . Gaji sikit je , but it's okey la . Tak kisah pun . Tapi yang buat fikiran saya terganggu adalah tempat saya kerja tu adalah PINJAMAN WANG BERLESEN . Kat iklan dia tak mention pun nama company . Saya mula rasa tak sedap hati . Tapi nak jugak sedapkan hati , saya cakap la yang peminjam wang berlesen ni takpe kot . Nama pun berlesen , bukan ceti or along la . . kan ? So saya kerja . Bos kat situ a young chinese guy . Bersama kerja kat situ , sorang malay girl .


Dua hari lepas genap seminggu saya kerja . Dan itu adalah hari terakhir saya kerja ? Why ? Saya yang berhenti kerja . Kenapa ? Sebab saya rasa bersalah kerja kat situ . Yess , namanya pinjaman wang berlesen . Berlesen okeyyy . Bagi orang yang tak tahu apa - apa macam saya , saya tak fikir pelik pun . Saya tak fikir yang bukan - bukan pun . First impression saya adalah itu tempat orang pinjam wang , dan ianya adalah berlesen . Tapi hari kedua saya dah mula faham . Memang la berlesen . Tapi cara pelaksanaan bisnes tu tak ubah macam along / ceti . Orang pinjam , interest gila tinggi . Sangat cekik darah . Tak sanggup tengok . Kesian . Sebab hampir kesemua peminjam adalah orang Melayu kita ni . Sampai 26% interestnya . Tinggi sangat . Mula - mula saya tak faham pengiraannya . Bila dah faham , saya sendiri rasa tak sanggup . Kesian . Betapa terdesaknya orang Melayu kita ni sampai sanggup pinjam wang kat situ walhal kadar bunganya tinggi gila . Makin tambah masalah kewangan dorang . Tak perlu la saya cerita secara detail tentang pelaksanaan bisnes pinjam wang tu . Yang pasti , pelaksanaannya adalah sangat salah . Sangat kejam bagi saya . Tak ubah macam ceti . Kad bank si peminjam akan dipegang oleh tokey pinjaman hingga la si peminjam setelkan semua hutang termasuk bunga .


Walaupun hanya bekerja kat situ , tapi secara jujurnya saya rasa bersalah untuk terus kerja disitu . Saya rasa seolah bersubahat tambah lagi kesusahan orang lain . Orang pinjam duet sebab susah . Pastu kena bayar berganda - ganda . Gila kan ? Daripada seratus lebih , tak sampai sepuluh orang pun cina & india . yang lain semua Melayu . Betapa menyedihkan situasi orang Melayu kita ni . Nak salahkan diorang pun tak boleh . Kesian . Ada makcik tua pinjam sebab anak nak pakai duet . Ada ibu yang datang pinjam sebab tak cukup duet nak kasi kat anak . Ada si yatim piatu berusia 23 tahun datang pinjam sebab nak sara satu - satunya adik . Ada yang pinjam sebab nak kawen . Ada lelaki sebaya saya , anak sulung , datang pinjam katanya mak ayah kat kampung nak pakai duet . Ada yang call cakap nak pinjam seratus buat beli lampin anak . Ada yang bila dilihat pada slip gaji , gajinya ribu riban . Tapi lepas tolak pinjaman sana - sini , tinggal sikit sangat . Macam mana nak hidup ? Makan pasir la jawabnya bila dah mual pinjam wang dekat si penyedut wang macam ni . Setiap kalia da yang datang situ , saya rasa kesian sangat . Rasa bersalah . So saya berhenti . Alhamdulillah .Takpe la Emi , buat jela bisnes online tu . Itu lebih baik dari kau kerja tempat sebegitu . Kau tahu tu .


Dalam pada tu saya bisikkan kat hati , " Emi , kalau kau dah dapat kerja nanti , seboleh mungkin kau jangan buat hutang dengan sesiapa . Ukur baju dibadan sendiri . Tak perlu pakai kereta besar , tak perlu  kawen grand - grand , tak perlu nak mewah - mewah . Cukup la bersederhana . Asal cukup makan pakai tempat tinggal , itu memadai . Seboleh mungkin kau jangan buat hutang . Tak tenang hidup  nanti . Sampai bila hidup tak senang selagi kita berhutang . "


Say no to money lender .


4 bLOggEr cUmiL:

Haziza said...

Pengajaran :'(

Anonymous said...

saya masih lagi dibelengu hutang..xde siapa tahu,even suami pun xtahu..kalau la dye tahu sy pinjam along,skg ni sy berharap sgt ada siapa2 yang boleh bagi pinjam duit untuk sy selesaikan hutang along tu,sy janji akan bayar balek sampai habis =(

azizi said...

saya pon nk pjam duit...nk kawin,,,ad lobang duit x? sms sy 0172138451

NUR IZZATI AMIRA said...

Bila dalam kdaan ekonomi mcm skgni .. tambah lg dgn mnyak nak naik lagi mac ni apa yg ada dlm kepala sy cuma saya perlu berusaha gigih utk earn more money . Xguna layan pasaan bengang n sedih sbb kita xkan mampu ubah kenyataan tu pun .. alhamdulillah buat bisnes skgni 90rnggt je modal dpt tambah sikit2 income .. kwan2 sbnarnya byk peluang kita dluar sana .. buat je .. ubah nasib kita .. smoga Allah lorongkan kebaikan utk kita semua .. alhamdulillah ..