Review Pengalaman menggunakan servis pindah barang TheLorry - emilinda

Monday, July 16, 2018

Review Pengalaman menggunakan servis pindah barang TheLorry

Sejak balik ke KL selepas cuti hari raya Aidilfitri yang lepas, hidup memang rasa sibuk sangat-sangat. Tak sempat nak menulis di blog. Rasa macam 24 jam sehari tak mencukupi, dan hari minggu tak sempat nak berehat sangat pun. Penat berhari raya pun belum habis lagi, hehe. Datang KL, macam-macam hal kena setelkan. Pertengahan Julai ni ofis tempat saya bekerja akan dipindahkan ke Damansara. Disebabkan ofis akan berpindah, makanya saya dan rakan sebilik buat keputusan untuk menyewa di kawasan yang lebih dekat. Bukan apa, kalau tak pindah rumah memang jauh. Naik LRT (22 stesen) satu jam baru sampai ke stesen yang berdekatan dengan ofis. And for your info, I’m not really a morning person. Dan memang tak sanggup hari-hari nak habiskan satu jam pergi satu jam balik hanya dalam LRT. So pencarian rumah sewa baru bermula sekitar 2 minggu sebelum hari raya. Alhamdulillah, dipermudahkan pencarian. Jumpa 1 bilik untuk disewakan pada kadar yang lebih murah. Sewa bilik lebih murah tu kira bonus lah kan. Yang penting, rumah tu berdekatan dengan stesen LRT, laluan dari LRT ke rumah memang tak sunyi (penting, sebab sometimes saya balik malam kalau ada join event), jumlah penyewa kat rumah tu cuma 5 orang termasuk kami (not too crowded, masih selesa). Kemudahan area situ pun banyak. Dekat dengan mall, laundry, kedai, etc. Yang paling saya suka sangat sebab rumah tu dekat dengan pondok pengawal, dan terletak hanya di tingkat 1. Yeayyy, takyah naik lif (if you know me, saya sejenis yang takut naik lif sorang-sorang).

Gambar sekadar hiasan

Memandangkan barang-barang kitorang agak banyak, kitorang decide untuk ambil servis pindah barang. Actually kitorang takde perabot atau tilam pun nak dibawa ke rumah baru sebab kat rumah lama katil dan tilam memang disediakan. Yang banyak tu barang-barang harian je haha. Harap maklum, biasalah perempuan. Baju aje dah berkotak-kotak, pastu masih duk merungut takde baju nak pakai. Itu belum campur kotak-kotak kasut dan seumpamanya. Mula-mula terfikir jugak, banyak sangat ke barang sampai nak sewa lori bagai? Tapi bila combine barang saya dah Ekin (my roommate), banyak jugak sebenarnya. Plus, kitorang ambil servis ni sebab malas nak fikir angkat barang bagai. Kitorang cuma kemas masukkan dalam kotak, kemudian diorang yang punggah.

Masa tu kitorang survey nak ambil pakej The Lorry atau pakej Jembal Movers. Lebih kurang je pakej yang diorang tawarkan. Kalau ambil Jembal Movers, harga yang diorang quote tu dah termasuk dengan kos pekerja untuk angkat barang. Paling kecil diorang ada merupakan lori 1 tan. Lori 1 tan + 2 pekerja, RM300. Untuk The Lorry pulak, ada a few package. Kalau bukak website TheLorry, kita boleh pilih dan customize servis yang kita nak tu based on keperluan kita. Boleh pilih nak lori, van atau 4x4 vehicle. Lepastu boleh pilih nak berapa orang pekerja untuk angkat barang. Tapi  harga untuk lori dan harga untuk pekerja dikira asing tau. Kalau korang tak add on pekerja, memang korang kena angkat sendiri barang-barang tu keluar masuk lori. Driver just tolong hantar je. Basically harga yang kita bayar tu just untuk sewa lori dan pemandu je. Nak tak nak memang kena add on pekerja kalau tak nak angkat sendiri. Harga untuk seorang pekerja adalah RM104. Dan kalau ambil 4x4, takleh add on pekerja. Kena angkat sendiri barang-barang tu. So 4x4 dah terkeluar dari list kitorang. Masa tu either nak ambil van atau nak ambil lori 1 tan. Duk terfikir, lori 1 tan ni besar sangat ke? Tapi tengok harga tak banyak beza pun, cuma beza RM30 sahaja. Dah alang-alang tu baik ambil lori 1 tan kan? Takpe kalau terlebih besar, asalkan jangan tak muat je. Bajet macam banyak sangat je barang kan, haha. End up kitorang decide nak ambil lori 1 tan, add on 1 pekerja. Add on 1 pekerja je sebab kitorang rasa barang kitorang tak berat sangat pun, pakaian je dalam kotak-kotak tu. Bukan ada perabot pun. Padahal nak jimat, lololol. Nak diangkat dari rumah teres bilik tingkat 3, ke apartment tingkat 1. Okay la kan, hehe.


Survey dah awal dah. Tapi sebab sibuk dengan macam-macam urusan, sehari sebelum tarikh nak pindah baru kitorang kalut nak booking lori (which is very last minute). Disebabkan last minute booking, ianya dikira sebagai express booking , so kitorang kena cas extra RM31 (harga asal untuk lori 1 tan RM149, jadi RM180 sebab booking last minute). Padan muka haha.


Sebaik sahaja kita confirm booking, tak sampai sejam dah dapat panggilan daripada pemandu lori yang akan bawa barang-barang kitorang nanti. Pemandu yang kitorang dapat tu Indian. Dia call untuk confirmkan barang kitorang banyak ke tak. Bunyi suara dia macam risau je sebab kitorang add on seorang pekerja je. Petangnya dia call lagi tanya confirm ke nak 1 pekerja je. Maaflah, weols nak jimat lol. So saya bagitahu la, tingkat 3 yang saya maksudkan tu bukan rumah tingkat 3, sebaliknya rumah teres je. Bilik kitorang yang dekat tingkat 3. Dan kami bagitahu sesiap, takde perabot pun. Hanya kotak-kotak yang mengandungi barangan peribadi sahaja. Dah bagitahu macam tu baru dia macam lega.


Pagi esoknya kitorang dah tolong angkat barang-barang yang kecil letak kat luar rumah sesiap. Tinggal diorang nak kena angkat kotak-kotak baju dan lain-lain je. Kitorang request pukul 10 pagi. Pukul 9.30 pagi driver dah sampai. Tengok dia bawa 2 orang lagi bersama. Total 3 orang la. Lepastu Ekin cakap masa tengah angkat barang tu, uncle Indian tu membebel cakap barang kitorang banyak dan 1 pekerja tak cukup. Panik kejap saya, takut kena marah haha. Actually personally saya rasa 1 pekerja memang cukup je sebab barang-barang yang ringan sikit kitorang dah tolong angkat letak luar rumah sesiap. Tinggal kotak-kotak baju dan kotak besar sikit je yang kitorang sebagai perempuan tak larat nak angkat. Nasib baik diorang tak cas extra lagi, haha. Tengah kalut-kalut tu tak sempat pun nak tangkap gambar. Lepas lori dah gerak, kitorang pun terus gerak ke rumah sewa baru tu. Kitorang sampai sana, diorang memang dah sampai pun.


Itu jela nak kongsi pengalaman saya menggunakan servis pindah barang dari TheLorry. Perkhidmatan macam ni memang memudahkan urusan pindah rumah. Total kitorang bayar untuk servis pindah barang TheLorry ni RM284. Okay la, penat pindah rumah tu tak teruk sangat sebab diorang yang tolong angkat. By the way, diorang angkat elok je, takde barang yang rosak ke pecah ke patah ke. Beberapa perkara penting perlu korang ambil perhatian kalau nak guna servis TheLorry ni.

  1. Booking awal. Sila booking sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh pindah kalau taknak bayar extra charge.
  2. Kalau rumah korang jenis apartment / kondo yang ada pengawal bagai, sebelum booking seeloknya korang confirmkan dahulu dengan pihak pengurusan tempat korang tinggal / tempat korang nak pindah tu, lori boleh masuk tak untuk tujuan pindah tu. Bukan apa, nak bagi smooth sikit urusan pindah barang tu. Sesetengah kawasan residensi tak bagi lori sewenang-wenangnya masuk kawasan tu. Atau mungkin ada prosedur nak kena isi borang dulu ke apa ke. 
  3. Tak pasti boleh bayar online ke tak. Tapi kitorang haritu pilih untuk bayar cash selepas semua kerja selesai. So sediakan cash secukupnya. Lepas habis punggah barang, baru bayar terus dekat driver lori tu. Then dia akan minta kita sign something, macam delivery report gitu.
  4. Oh ye, kalau korang nak pindah ke rumah bujang yang dah ada penghuni lain kat rumah tu, make sure korang dah bagitahu penghuni rumah tu sesiap bahawasanya akan ada orang hantar barang pada tarikh sekian sekian. Jangan jadi macam kitorang. Lupa nak bagitahu kat housemate baru. Bila those Indian guys ketuk pintu pagi-pagi cakap nak hantar barang, takut lah housemate baru kitorang tu hahaha. Sebab dorang tak tahu menahu pasal tu. Nak buka pintu pun was-was takut orang jahat. 


P/s : Sebenarnya kalau nak pindah barang untuk seorang, rasanya ambil van pun dah memadai. One of my officemate pernah ambil pakej TheLorry – van untuk pindah bilik. Muat je katanya. Siap pindahkan tilam dan katil sekali kalau tak silap. Kitorang je terlebih risau takut tak muat, sampai ambil lori 1 tan, haha.

25 comments:

  1. Was... This also have online booking d... Interesting and life getting more easier now!!! I wanna try this as well for my bulky delivery

    ReplyDelete
  2. Kalau saya pun buat pilihan yang sama, better pindah rumah ke kawasan yang berdekatan office rather than ulang-alik setiap hari ke tempat kerja yang berjam-jam. Tak sanggup woo nak bangun awal, then balik lambat. Good choice and good decision!

    Not bad servis dari my lorry. Mudah betul urusan nak pindah rumah. Terbaikk

    ReplyDelete
  3. bagusnya ada service pindah rumah yang effective macam ni.. tak payah pening sangat masa pindah rumah..

    ReplyDelete
  4. Dulu masa nak pindah rumah dok fikir lori pindah rumah dan packing barang lagi. Akak pilih Jembal Movers. So far oklah service mereka. Paling tak suka kalau angkat2 barang kita lepas tu pecah / rosak sana sini kan. Janji service mereka puas hati.

    ReplyDelete
  5. airah memang akan selalu pindah randah hahahah dari haritu dah baca banyak review mana lorry yang berbaloi nak sewa. The lorry antara yang dapat positif feedback

    ReplyDelete
  6. Pernah survey harga TheLorry untuk angkut barang dari Puchong ke Terengganu tapi dalam RM1500++, terus kensel..pindah naik transport sendiri je..huhu

    ReplyDelete
  7. Senangla bila dah kemudahan macam ni. Tak perlu pening kepala bila nak cari lori urgently. Kadar yg dikenakan mmg logik sebab ianya ikut jarak dan jenis lori yang dikehendaki

    ReplyDelete
  8. Thank you for the info. was looking for moving service as I'm graduating from 5 years of medscchool next year. so much things in my room since have beeen staying there for 5 years

    ReplyDelete
  9. Sangat memudahkan. Boleh booking online lagi. Tak perlu nak pening kepala nak cari lori yg mungkin akan amik kesempatan dengan sewa yang agak tinggi.

    ReplyDelete
  10. Sekarang mah serba mudah ya. Seperti adanya The Lorry ini sangat bermanfaat buat yang mau pindah rumah ya?

    ReplyDelete
  11. Hurmmm menarik ni TheLorry ni nampak macam mudah dan senang nak order kita pun ada plan nak pindah rumah ni hehehehe boleh lah try nanti harga pun berpatutan...

    ReplyDelete
  12. Wahh bagus ada kemudahan TheLorry ni ya. Dulu kemain susah lagi nak cari, terpaksa tanya kawan2 kot2 tahu mana2 ada lori utk angkut barang, sekarang dah senang betul. Nanti kalau ada yg bertanya sis nak cari lori, sis suh diaorang guna khidmat TheLorry ni

    ReplyDelete
  13. Lepas ni dah tau kalau nak pindah barang ambik perkhidmatan The Lorry je. Senang je kan kalau ramai boleh share ramai2.

    ReplyDelete
  14. memang susah nak cari lori yang murah sekarang untuk angkut barang. Kadang dia charge melampau. bgus ada the lorry ni, sekurangnya kita tau berapa harga dan banyak jensi kenderaan boleh guna

    ReplyDelete
  15. Bila nak pindah rumah ni memang servis pengangkutan barang sangat oenting kan. Bila ada servis macam nih lagi memudahkan kerja kita nak angkat barang bila berpindah ni.

    ReplyDelete
  16. Will recommend this to friends who are moving to a new place, gonna survey their price.

    ReplyDelete
  17. wah.. nak bookmark lah website ni.. sebab kemungkinan TB pun akan pindah nanti.. perlu juga survey siap-siap servis angkut barang ni.. huhu.. jenuh kalau last minute nak kena tambah duit lak ..

    ReplyDelete
  18. Emi, kwn saya tengah cari moving service jugak utk tema permainan. TheLorry ni ada pakar utk disassembling, installation and re-assembly ke? Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Sekarang semua kat hujung jari je kan..pindah rumah ni mmg best tp yg xbest part packing dan unpacking..selamat berunpacking Emi..heh

    ReplyDelete
  20. Wah TheLorry eh, okay macam best. Senang semua benda setel tak perlu fikir nak angkat sendiri masuk kereta tehn ulang alik 2-3 trip semata-mata nak punggah barang. Hahaha .. menarik perkongsian ni Emy !

    ReplyDelete
  21. Murah juga ye. Nanti nak tengok la perkhidmatan dia sebab Rawlins pun nak berpindah rumah nie. Hehe. TQ sharing info ni

    ReplyDelete
  22. Uisshhhhhhh nak sewa lori pun dah hujung jari sekarang, hebakkkk ahhhh! Harga dia tu masih dalam kategori mampu bayar lagikan.... Terbaikkkkkk servis macam ni, memang mudahkan sesiapa yang nak gunakan khidmat ini.

    ReplyDelete
  23. Xpayah pening cr merata no lori utk pindah.. google je, zassss dtg terus depan rumah..

    ReplyDelete
  24. wow. Kalau Nak pindah rumah dengan mudah dan cepat, boleh pindah dengan team Nizaf Mover & Logistics jugak, sangat berbaloi. Maklumat lanjut boleh search ' Nizaf Mover & Logistics ' di Facebook atau layari www.nizafmover.com. tq :)

    ReplyDelete
  25. Perkonsian yang bagus dan boleh cuba TheLorry ni nampak mcm murah

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.