Trend Majlis Perkahwinan di Homestay Kian Menjadi Pilihan - emilinda

Wednesday, July 25, 2018

Trend Majlis Perkahwinan di Homestay Kian Menjadi Pilihan

Korang biasa dengar tentang pakej perkahwinan di homestay tak? Kalau pakej perkahwinan di banglo dan di villa saya dah biasa dengar.  Tapi pakej perkahwinan di homestay agak baru bagi saya. Kedengaran agak menarik. Mungkin konsepnya lebih kurang dengan pakej perkahwinan di banglo dan villa? Mungkin lebih kurang sama kot, cuma sedikit berbeza dari beberapa aspek. Yang pastinya, pakej-pakej sebegini memang tengah jadi tarikan buat para bakal pengantin tahun 2018 dan seterusnya. Dah jarang sangat dah orang buat kat dewan sekarang ni. Semua lebih memilih pakej yang memudahkan dan serba lengkap. Biasalah, kahwin sekali seumur hidup kannn. Kadang malas la nak buat majlis perkahwinan kat rumah sendiri sebab nanti jenuh la nak kemas rumah tu nanti. Nak buat kat dewan kang tak selesa pulak saudara mara nak berkumpul kan. Sebab tu kebelakangan ni ramai yang lebih memilih untuk mengadakan majlis di homestay. Bukan majlis kahwin je tau. Majlis bertunang, majlis aqiqah, seminar, majlis keraian dan sebagainya. Memikirkan hal inilah, maka team RNN Catering & Event Management dengan kerjasama pemilik homestay mengambil inisiatif bagi menyelesaikan permasalahan ini.



RNN Catering & Event Management diuruskan sepenuhnya oleh RNN CEM SDN yang beroperasi di Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri catering dan  pengurusan majlis membuatkan mereka lebih teliti dan professional dalam mengendalikan setiap majlis yang dipertanggungjawabkan. Dengan mengambil kira pelbagai faktor, beberapa buah homestay dikenalpasti untuk dijadikan lokasi bagi majlis. Saya sendiri telah berpeluang hadir ke salah satu lokasi homestay yang bertempat di Kawasan Perindustrian Temasya, Glenmarie Shah Alam pada hujung minggu yang lepas bersempena majlis rumah terbuka anjuran RNN Catering & Event Management.



Cantik dekorasi di homestay tersebut. Keluasan kawasan pun sangat mencukupi, dengan jumlah bilik dan ruang yang luas. Memang sangat sesuai untuk dijadikan lokasi majlis apa sekali pun. Sebelum melangkah ke dalam homestay tersebut pun saya dah cukup teruja melihat rumah tersebut dari luar. Cantik tersergam. Soal keselamatan tak perlu bimbang, perlu melepasi security guard sebelum sampai ke rumah tersebut. Kawasan diluar pagar homestay juga cukup luas untuk para tetamu parkir kenderaan. Dekorasi di bahagian makan sangat kemas dan teratur. Tak lupa juga, ada sistem audio untuk alunan muzik sepanjang majlis berlangsung.


Apa yang untungnya jika korang memilih untuk melangsungkan majlis di homestay kelolaan  RNN CEM SDN BHD ni? Katakanlah jika korang nak kahwin, sekali sewa homestay ni terus boleh setelkan majlis berinai, majlis akad nikah, dan majlis bersanding. Tak perlu pening-pening fikir nak sewa beberapa lokasi berlainan. Kurang penat. Korang pun tak payah pening fikir nak kemas rumah lepas majlis selesai. Lagi pula, pemilihan lokasi homestay untuk majlis korang sangatlah strategik. Ruangan diluar homestay dan juga didalam homestay sememangnya luas. Boleh accommodate ramai tetamu. Selain ruang acara yang luas, homestay ini dilengkapi dengan 4 bilik.  Keluarga korang boleh menginap kat situ terus. Bilik pengantin pun pihak mereka yang hias sesiap. Bukan setakat bilik pengantin je, kat tangga pun dihias cantik dengan bunga-bungaan.




Haaa, yang penting menu yang disediakan memang sedap-sedap. Saya dah cuba sendiri hari tu. Menu yang pelbagai dan sedap. Pihak RNN Catering & Event Management Sdn Bhd akan bagi cadangan dalam pemilihan menu untuk majlis korang tu. Kiranya dorang akan provide beberapa set option menu makanan.



Oh ye, selain majlis perkahwinan, korang juga boleh mengadakan majlis lain kat homestay ni. Contohnya majlis aqiqah. Senang kalau buat kat homestay, tak perlu nak bersesak-sesak buat kat rumah sendiri. Lebih mudah dan selesa. Apa pendapat korang pula?

RNN Catering & Event Management Sdn Bhd
No 2, Jln Terap Off Jalan Kovil Hilir, Jalan Sentul, 51100 Kuala Lumpur.
Contact: 016-873 4032/ 012-325 2383

Email: sales.hotcatering@gmail.com

Lokasi Homestay:
Twenty 7 Temasya , 22 jln Doktor U1/67 Temasya Glenmarie Shah Alam


18 comments:

  1. Skrg senang dh.. semua all in.. xperlu fikir nak cr katering, pelamin dan lain2..

    ReplyDelete
  2. Senang kan semua ada, x payah nak pening2 pilih tempat. Konsep terbuka macam ni lagi seronokkan

    ReplyDelete
  3. This is ohsem. Menarik. Satu temat utk satu majlis. So tak pening kepala dah kan. Inisiatif gini sgt dialu2kan. Sebab accommodate pihak2 yg tiada rumah / kawasan yg sesuai utk buat majlis. Then, suasana rumah dan terbuka tu yg terbaik.

    ReplyDelete
  4. with internet access now we can do research first and also see on blogs. Glad you are sharing this as some friends may find it useful for them. I didn't know of this until I see your blog here.
    Follow your gfc too now.
    www.whateverygalwant.info

    ReplyDelete
  5. senang kalau guna homestay mungkin lagi luas kawasan dia berbanding rumah sendiri.macam rumah airah kecik tak sesuai buat majlis

    ReplyDelete
  6. great homestay.. the decoration is so nice.. great for nice nice majlis.. lovely and nice..

    ReplyDelete
  7. Betul tu sebab senang dan mudah buat majlis ada sekali dengan tempat tinggal untuk ahli keluarga yang ramai selalu rumah penuh kalau ada homestay yang ada penginapan dan kemudahan kenduri senang tapi harga lah sekarang ni hehehehe...

    ReplyDelete
  8. Ada gak jiran lama akak buat kenduri kawen dekat homestay..sebab homestay tu besar and tak kacau dengan rumah sdri kan...lebih selesa

    ReplyDelete
  9. Memang mudah buat majlis perkahwinan kat homestay ni, semua dah tersedia. Keluarga yg jauh pun senang sebab boleh menginap sekali disana. Kalau buat kat rumah sendiri memang kucar kacir dibuatnya bila dah habis kenduri

    ReplyDelete
  10. bagus juga ye konsep macam ni. menyenangkan. pernah juga hadiri majlis perkahwinan di homestay, nampaknya lepas ni makin kerap la ke maslis perkahwinan di homestay

    ReplyDelete
  11. Sekarang memang jadi trend majlis perkahwinan homestay ni sebab mudah kan semua urusan keluarga pengantin.semua ada. Mudah kerja

    ReplyDelete
  12. Pergh bagus giler, homestay buat macam ni..sennag..takyah bersush payah kita buat sendiri..semua dah siap..besar pulak tu tempat dia..siap ada bilik..pergh bagusla sekrg orang punya pemikiran ye

    ReplyDelete
  13. True, wedding at homestay is new to us. But glad they have this package. Easy to the couple.

    ReplyDelete
  14. Bagus nya style gini. Senang tuan rumah. Semua settel urusan kat sana jer. Siap semua dalam pakej. Nak usha harga laaaa

    ReplyDelete
  15. Trend mcm ni lagi bagus kak. Sebab ada yang nak buat majlis kecil-kecilan dan cantik. So, buat di rumah homestay, ada bilik utk keluarga. Pastu guna catering. Tak kecah or penat parent kita. So semua selesa. Hehe

    ReplyDelete
  16. Menarik juga idea ni.. Bukan apa kalau buat dekat dewan atau homestay mcm ni, rumah tak kotor dan tak perlu kemas.. Dah penat kenduri-kendars letih..lepas tu kena kemas memang tak larat mau demam lepas tu.

    ReplyDelete
  17. Betul tu Emi. Nowadays mmg pasangan mempelai lebih memilih utk ambil pakej perkahwinan homestay sbbnya tak penat dan xperlu risau barang2 rumah kena curi dgn tetamu. Pilihan Emi pulak bagaimana ?

    ReplyDelete
  18. Lia suka dengan konsep homestay sebab rasa macam duduk kat rumah je. Sekarang banyak betul pilihan yer kat luar sana. Kena pilih mengikut bajet dan apa yang nak.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.