January 2020 - emilinda

Tuesday, January 7, 2020

Pregnancy Journey - Dah Tahu Jantina Baby!

January 07, 2020 14
Pregnancy Journey - Dah Tahu Jantina Baby!
Pejam celik, pejam celik kandungan saya dah pun menuju ke penghujung trimester kedua. Cepat betul masa berlalu. Sejak awal tahu tentang kehamilan ini, saya dan suami memang takde preference tertentu bab jantina anak ni. Kiranya kalau dapat anak lelaki ke, dapat anak perempuan ke..kitorang okay je. Asalkan anak sihat walafiat. Yela, anak pertama kan. Nama anak pun kitorang dah ada untuk kedua-dua jantina. Bersemangat betul, hehe! Tapi memang duk tak sabar la nak tahu jantina anak, sebab nak beli baju & keperluan dia. Sebelum tahu jantina, kitorang dah start beli barangan baby sedikit sebanyak. Tapi masa tu rasa macam tak syok nak membeli sebab belum tahu jantina. Yela, duk usha barang baby banyak yang cantik. Tapi nak beli rasa macam “eh tapi kita belum tahu lagi jantina anak kita”. Kot la duk beli banyak yang ke arah girl, tetiba keluar boy tak ke haru. Lepastu kalau beli yang jenis unisex, tetiba keluar girl pun rasa macam alahai sendunya baju-baju anak aku bhahaha. So nak selamat, kitorang tunggu tahu jantina dulu.


Sebenarnya saya sendiri tak pasti seawal usia kandungan berapa minggu kita boleh tahu jantina bayi. Hasil pembacaan saya ada macam-macam versi. Saya agak, ianya agak berbeza untuk setiap kandungan. Kalau scan awal sangat pun risau jugak nanti tak nampak jelas jantinanya. Untuk langkah selamat, saya buat appointment dengan Klinik Myfamily untuk scan jantina pada minggu ke 19. Sambil-sambil jumpa doctor untuk routine check-up. Masa on the way ke klinik tu dah cuba bersembang-sembang dengan baby, kejut dia tak bagi tidur. Masa dalam kereta tu rasa kot dia bergerak-gerak. Tapi eh bila sampai masa nak scan, helok je dia tidur siap tutup muka dengan tangan tak bagi kita tengok muka dia. Dah kejut-kejut pun tak nak bangun. Frust jugaklah sebab tak boleh tengok muka dia time tu. Tapi, alhamdulillah nampak je jantina dia. Sejak tu kitorang dah tak tertanya-tanya lagi tentang jantina anak kitorang ni. Dah boleh sambung shopping baju dan segala keperluan dia dengan yakin dah.


Jantina bayi dalam kandungan saya ni biarlah saya rahsiakan dulu buat masa sekarang. Surprise gitu. Biar keluarga dan rakan terdekat je yang tahu. Nanti baby dah keluar, tahu jugak kan.

Alhamdulillah, by now persiapan barangan baby dah banyak jugak yang dah dibeli. Tapi memang tak complete lagi, ada lagi yang belum dibeli. Kitorang beli sedikit demi sedikit, barulah tak terasa sangat duit mengalir bagai air. Bila dah mula beli barang baby ni, kalau duk saja-saja kat rumah mula la “Abang, jom kita belek-belek barang baby yang kita dah beli jom!”. Motip sangat kannnn. Padahal duk belek benda sama je. Belek-belek lepastu masukkan balik dalam kotak untuk disimpan. Nasib baik suami layankan aje.


K itu je nak cerita untuk kali ni. By the way kitorang buat scan ni dekat Klinik Myfamily by Mysonoworld. 2D growth scan ni memang termasuk dalam pakej antenatal yang kitorang ambil kat Klinik Myfamily. Tapi kalau nak ambil pakej scan sahaja pun boleh jugak. Ada beberapa pakej scan yang pihak Klinik Myfamily tawarkan, pakej scan ultrasound kandungan serendah RM50 sahaja. Nak senang, korang follow Instagram @klinikmyfamily , kadang-kadang they all ada buat promosi jugak.

Klinik MyFamily By MySonoworld 
B-G-14, Residensi Bistaria, Jalan Ukay Bistari,
Ukay Perdana 68000 Ampang, Selangor
03-41622754 / 016-6211002

Saturday, January 4, 2020

Cara Menyediakan Kerepek Ngarku / Arrowhead

January 04, 2020 1
Cara Menyediakan Kerepek Ngarku / Arrowhead
Sekitar minggu lepas masa tengah beli groceries kat Tesco, ternampak ada arrowhead/ngarku. Masa tu rasa macam a'ah lah, dah nak dekat Chinese New Year dah. Patutlah pasaraya dah start jual arrowhead. Arrowhead ni kalau tak silap dalam bahasa Melayu nya adalah sengkuang cina, dan kebiasaannya boleh didapati menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina. Saya tak pasti selalunya sengkuang cina ni orang guna untuk masak apa selain buat kerepek. Bila nampak benda alah ni dah start dijual, terus terfikir nak beli untuk buat kerepek ngarku. Sedapnya, terbayang-bayang kerangupan dan kesedapan kerepek ni. Tapi sebab kat rumah takde slicer, so tak beli pun arrowhead ni. Dah balik rumah duk terbayang lagi pasal arrowhead ni. End up beberapa hari kemudian saya mintak suami belikan slicer dan saya singgah Village Grocer sekejap lepas balik kerja semata-mata nak beli arrowhead ni. Gigih tau!


So saja la nak kongsi kat sini untuk sesiapa yang tak pernah buat kerepek ngarku ni, kot lah korang nak cuba buat sendiri kan. Arrowhead ni saya beli kat Village Grocer dengan harga RM5.88/kg. Balik rumah cakap kat husband "Tengoklah kalau rajin buat malam ni. Kalau tak rajin, buat esok malam". Masa tu sebenarnya dah rasa malas dah, kehkeh. Tapi tak lama lepas makan malam, tengok husband dah bawak keluar arrowhead ni dan tolong buang kulit sebelum slice nipis-nipis. Alhamdulillah, rajin suami yang sorang ni tolong isteri.

Ini ha rupa arrowhead bagi yang tak kenal


CARA-CARA BUAT KEREPEK NGARKU/ARROWHEAD

1) Buang kulit. Yang macam tangkai tu tak guna pun, tapi saja biarkan supaya senang nak pegang masa nak slice. 


2) Basuh bersih-bersih, kemudian boleh slice nipis-nipis. Awalnya kitorang guna slicer tu, tapi macam tak cantik pulak hirisannya, dan dia jadi macam berlendir/basah. Tak sure maybe sebab slicer biasa je kitorang beli tu. End up kitorang slice guna pisau je hahaha, lagi elok rupa dia bila potong guna pisau. Alah, macam potong bawang nipis-nipis untuk memasak tu.


3) Panaskan minyak, dan goreng sampai dia keperangan. Masa nak masukkan dalam kuali tu, jangan main campak je kesemua sekali, sebab nanti dia akan jadi melekat antara satu sama lain. Tak garing la nanti kalau macam tu. So apa kitorang buat, kitorang masukkan sikit demi sikit ke dalam kuali. Sepanjang duk goreng tu, rajin-rajinkanlah kacau sesiket taknak bagi hangit ye. 


4) Angkat, toskan. Sedia untuk dimakan. Time tengah goreng tu pun kemain mulut dah start mengunyah, hahah. 


Kerepek ni bila dah sejuk, boleh masukkan dalam bekas kedap udara. Boleh dijadikan stok kudap-kudap untuk esok hari. Oh ye, memang saya tak letak garam atau apa-apa perasa. Korang nak letak pun boleh. Saya tak letak pun sebab saya lebih suka rasa dia yang dah memang lemak-lemak gitu. By the way, kitorang beli 1kg arrowhead tau. Masa nak slice dan menggoreng tu rasa macam alahai banyaknya. Tapi bila dah siap goreng, sikit je 1kg tu sebenarnya. 2 kali hadap dah habis.