Cara Menyediakan Kerepek Ngarku / Arrowhead - emilinda

Saturday, January 4, 2020

Cara Menyediakan Kerepek Ngarku / Arrowhead

Sekitar minggu lepas masa tengah beli groceries kat Tesco, ternampak ada arrowhead/ngarku. Masa tu rasa macam a'ah lah, dah nak dekat Chinese New Year dah. Patutlah pasaraya dah start jual arrowhead. Arrowhead ni kalau tak silap dalam bahasa Melayu nya adalah sengkuang cina, dan kebiasaannya boleh didapati menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina. Saya tak pasti selalunya sengkuang cina ni orang guna untuk masak apa selain buat kerepek. Bila nampak benda alah ni dah start dijual, terus terfikir nak beli untuk buat kerepek ngarku. Sedapnya, terbayang-bayang kerangupan dan kesedapan kerepek ni. Tapi sebab kat rumah takde slicer, so tak beli pun arrowhead ni. Dah balik rumah duk terbayang lagi pasal arrowhead ni. End up beberapa hari kemudian saya mintak suami belikan slicer dan saya singgah Village Grocer sekejap lepas balik kerja semata-mata nak beli arrowhead ni. Gigih tau!


So saja la nak kongsi kat sini untuk sesiapa yang tak pernah buat kerepek ngarku ni, kot lah korang nak cuba buat sendiri kan. Arrowhead ni saya beli kat Village Grocer dengan harga RM5.88/kg. Balik rumah cakap kat husband "Tengoklah kalau rajin buat malam ni. Kalau tak rajin, buat esok malam". Masa tu sebenarnya dah rasa malas dah, kehkeh. Tapi tak lama lepas makan malam, tengok husband dah bawak keluar arrowhead ni dan tolong buang kulit sebelum slice nipis-nipis. Alhamdulillah, rajin suami yang sorang ni tolong isteri.

Ini ha rupa arrowhead bagi yang tak kenal


CARA-CARA BUAT KEREPEK NGARKU/ARROWHEAD

1) Buang kulit. Yang macam tangkai tu tak guna pun, tapi saja biarkan supaya senang nak pegang masa nak slice. 


2) Basuh bersih-bersih, kemudian boleh slice nipis-nipis. Awalnya kitorang guna slicer tu, tapi macam tak cantik pulak hirisannya, dan dia jadi macam berlendir/basah. Tak sure maybe sebab slicer biasa je kitorang beli tu. End up kitorang slice guna pisau je hahaha, lagi elok rupa dia bila potong guna pisau. Alah, macam potong bawang nipis-nipis untuk memasak tu.


3) Panaskan minyak, dan goreng sampai dia keperangan. Masa nak masukkan dalam kuali tu, jangan main campak je kesemua sekali, sebab nanti dia akan jadi melekat antara satu sama lain. Tak garing la nanti kalau macam tu. So apa kitorang buat, kitorang masukkan sikit demi sikit ke dalam kuali. Sepanjang duk goreng tu, rajin-rajinkanlah kacau sesiket taknak bagi hangit ye. 


4) Angkat, toskan. Sedia untuk dimakan. Time tengah goreng tu pun kemain mulut dah start mengunyah, hahah. 


Kerepek ni bila dah sejuk, boleh masukkan dalam bekas kedap udara. Boleh dijadikan stok kudap-kudap untuk esok hari. Oh ye, memang saya tak letak garam atau apa-apa perasa. Korang nak letak pun boleh. Saya tak letak pun sebab saya lebih suka rasa dia yang dah memang lemak-lemak gitu. By the way, kitorang beli 1kg arrowhead tau. Masa nak slice dan menggoreng tu rasa macam alahai banyaknya. Tapi bila dah siap goreng, sikit je 1kg tu sebenarnya. 2 kali hadap dah habis.

1 comment:

  1. sedap ni ngunyah time tengok tv..tak sedar habis sebalang :-)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.