July 2017 - emilinda

Monday, July 31, 2017

Cute Unicorn Dessert at Foret Blanc Patisserie, PJ

July 31, 2017 12
Cute Unicorn Dessert at Foret Blanc Patisserie, PJ

If you read my previous blogpost about Pika Pika Sparkling Bright , i did mention that the event was held at Foret Blanc Patisserie. Frankly speaking, that was my first time heard about Foret Blanc Patisserie. Tak tahu pun wujudnya Foret Blanc ni. So when i received invitation to Pika Pika Sparkling Bright Tea Party, i was super excited to discover that new place (new place for me, lol). I take Uber from LRT Asia Jaya and it cost me RM8.61 (after RM7 discount)


The event haven't started yet the moment i reach Foret Blanc. But few of my blogger friends already there. I guess the concept of this store is minimalist. I like the way they're using lots of white & natural color for their interior design, make it feels cozy & warm. 



Penggunaan meja berstruktur kayu. You know what, meja macam ni bila nak tangkap gambar flat lay style, cantik kot. Mula-mula masuk rasa lengang je, but then bila semua dah sampai memang agak havoc sikit. Almaklum, time ni la semua nak bersembang, tangkap gambar, etc. Foret Blanc ni sesuai sangat kalau nak dijadikan tempat untuk hang out dengan kawan, reunion, birthday party, or tea party macam kitorang ni. 


And, here is the main reason of why i'm writing an article about this Foret Blanc Patisserie. Their dessert! Ya Allah, seriously comel-comel semuanya dessert kat sana. Comel dan sedap tau! Actually ada banyak lagi dessert yang disediakan pada hari tu, tapi laju je memasing ngap, tak sempat nak snap gambar lawa-lawa. But for this  2 dessert, the moment their staff hantar ke meja semua screaming like "omg so cuteeee". Lepastu tak sampai hati nak makan, hahah. How do i eat you when you're so cute, unicorn. I guess sebab 2 dessert ni extra cute, sebab tu diorang serve paling lambat. You know, save the best for last.


Freezy bowl unicorn. Alah, dessert ice-cream yang berasap-asap bila dihidangkan tu. Sayang betul nak makan sebab comel. We're a huge fan of unicorn. Takkan nak gigit tanduk & sayap unicorn tu, isk. Tanduk tu dia buat guna marshmallow kalau tak silap. Kreatif lah dorang ni.


Yang ni unicorn macaron. Cane nak makan kalau dah comel macam ni. This one dia bagi dalam kotak kecil sorang satu as a gift. Berhati-hati bawak balik, simpan dalam peti ais sebab sayang nak makan hahahah. Too much, is it? Seketul macaron je pun. And guess what, the next morning when i open the box, tengok tanduk dia dah patah. Isk, hancur hati. Alang-alang dah patah tu, makan jela. 


Forêt Blanc
49G, Jalan PJS 1/50,
Petaling Utama Avenue,
Petaling Jaya,
Selangor.

Sunday, July 30, 2017

Cadangan Lokasi Percutian Berbaloi di Suria Cherating Beach Resort.

July 30, 2017 13
Cadangan Lokasi Percutian Berbaloi di Suria Cherating Beach Resort.
Hai semua orang!! Tadi duk belek-belek gambar lama kat laptop ni. Terjumpa gambar-gambar masa ke Cherating dua tahun lepas. Punya la lama duk peram gambar kan, hahah. Konon masa tu nanti nak share story serba-sedikit kat blog, tapi kesudahan terperam je gambar-gambar tu dalam laptop. Sebagai pencinta pantai, haruslah tak menolak bila kakak ajak ke Cherating. Tak tahu la kenapa, tapi dari dulu memang sangat suka suasana pantai. Rasa macam suasana pantai sangat menenangkan hati, boleh release tension dari kesibukan kerja dan masalah lain. Macam Cherating ni memang terkenal dengan keindahan pantainya yang bersih. Bagi yang suka akan percutian di tepi pantai dan nak lari sikit dari kesibukan bandar, Cherating is one of the best & nearest place you can head to.


Bagi yang tak tahu, Cherating ni terletak di Kuantan, Pahang. Dulu selalu confuse ingat Cherating ni terletak di Terengganu, lol I’m so noob when it comes to location of places & their geographic features. Masa kelas Geografi dulu, banyak tidur kot. Tapi Cherating ni tak jauh dari Kemaman, around 12km away. So kebiasaannya orang kalau dah ke Cherating ni mesti tak lepaskan peluang untuk ke Kemaman, makan keropok lekor. Same goes to us, masa tu gigih pergi cari keropok lekor, sata, ikan celup tepung, otak-otak dan pais ikan. Makanan yang paling famous kat Kemaman semestinya sata, otak-otak dan pais ikan. Makan waktu petang disertai air kelapa, perghh memang best. Disebabkan penduduk kat Kemaman ni ramai yang merupakan nelayan, so banyak juga hasil laut yang diproses dirumah lalu dijadikan frozen food. Boleh beli sata & otak-otak frozen yang dah dipaketkan, bawa balik ke KL. Simpan dalam peti ais, time nak makan tinggal goreng atau bakar je. Tengah taip ni tiba-tiba terbayang kesedapan keropok lekor. Isk, Nampak gayanya nak kena ke sana lagi ni.


Antara perkara pertama yang korang kena buat bila nak pergi bercuti adalah pastikan survey tempat penginapan dulu, cari mana yang okay. Booking siap-siap, baru tak kelam-kabut. Masa kitorang pergi ke Cherating dulu, kitorang menginap di Suria Cherating Beach Resort. For me, overall resort ni memang best dan selesa untuk percutian. Be it family vacation, romantic vacation, or even short getaway with bestfriends..this Suria Cherating Beach Resort is good enough. Ruang untuk park kereta memang banyak, no worries. Front desk 24 hours, and the staff memang peramah & very helpful. Location resort ni memang betul-betul dekat dengan pantai. Dari tingkat bilik kitorang memang boleh nampak pantai terus. Waktu petang boleh jalan kaki ambil angin di tepi pantai. Kalau nak buat family day pun sesuai sebab ada ruang lapang untuk buat pelbagai aktiviti. 


Dari segi kemudahan lainnya, ada disediakan bilik karaoke, meeting room, playground, restoran, swimming pool. Kalau suka buat outdoor activities, pun ada jugak. Antara tempat & aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang di Cherating adalah boleh ke Limbong Art, Santuary Penyu Cherating, Firefly and Mangrove Exploration, sukan ATV, pingpong, memancing, paintball, jungle trekking, dan macam-macam lagi. Paling best aktiviti pergi makan la, hahaha just kidding! Kalau tak silap ada dua jenis bilik yang boleh dipilih kat sini, can choose either beach view or garden view.

Haruslah join sekaki mandi dekat swimming pool, mana boleh tengok orang mandi je. Kita pun nak buat aksi kuak lentang gak.

Bilik yang kitorang menginap dulu bila buka tingkat je boleh nampak both swimming pool & beach. Very near to the beach. Tidur waktu malam suka biar je tingkap terbuka sebab nak dengar bunyi ombak. Bilik yang kitorang menginap tu ada 2 single bed, dan sangat selesa. Memang stay berdua je pun dalam bilik tu. Dalam bilik of course ada air-cond, mini regrigerator (boleh simpan sata & otak-otak frozen yang kitorang beli tu, kekeke), tv, hair-dryer. Wifi pun ada, tapi tak pasti la pulak laju atau tak sebab masa tu guna mobile data sendiri je. Iron turut disediakan, tapi kena request kalau tak silap. Lupa dah, almaklum dah agak lama. For the toilet, condition toilet okay. Ruang dalam bilik tu for me okay sebab kalau perasan sesetengah bilik hotel agak sempit, takde ruang nak bentang sejadah. But for this Suria Cherating Beach Resort, masih ada ruang yang mencukupi untuk bentang sejadah kat bahagian depan katil tu. 





Itulah serba sedikit tentang Suria Cherating Beach Resort yang dapat di kongsi dengan korang.. Ini sekadar perkongsian la. Kalau datang bercuti kat Cherating, memang recommended untuk menginap di Suria Cherating Beach Resort ni. Pernah terbaca somewhere, resort ni merupakan salah satu penginapan yang terbaik di Cherating. Pasal harga tu tak pasti la pulak sebab iols pergi dua tahun yang lepas, hahah. Mana la ingat dah. Tapi tadi ada la saja usha current price penginapan dekat Suria Cherating Beach Resort ni dekat Traveloka. Lagi suka refer harga dekat Traveloka sebab harga dekat Traveloka selalu lebih jimat sebab kerap ada promotion. Bukan booking hotel aje, kalau nak booking flight pun memang selalu beli dari Traveloka. Sesiapa yang biasa beli kat Traveloka mesti faham kenapa kita suka beli kat situ kan? Haha Traveloka memang kerap kasi discount code. I'm a happy customer! So kalau nak booking penginapan dekat Suria Cherating Beach Resort atau mana-mana lokasi dengan kadar terbaik, highly recommended untuk booking online melalui Traveloka. Jomlah booking sesiap!

Saturday, July 29, 2017

Pika-Pika Sparkling Bright - Deep Cleansing Range

July 29, 2017 12
Pika-Pika Sparkling Bright - Deep Cleansing Range
Hey, assalamualaikum semua :)

Around last 3 weeks, i was invited to the Pika Pika Sparkling Bright Tea Party hosted by Watsons. We butterflies really love being invited to this kind of party. Gather beramai-ramai to discover new range of skincare / beauty products sambil minum-minum mingle around with each other. This sparkling and refreshing party was held at Foret Blanc. So in the email invitation that was sent to us, we butterflies was informed that we're gonna have "no mirror makeup challenge", and that's why we need to come bare face or with minimal makeup. I'm so excited, dan dengan confident sangat keluar rumah almost tanpa makeup langsung hahah. I just put on some moisturizer, bedak johnson's baby, and a bit of nude color lipstick! Confident weyhhh, hahaha. Sampai aje kat sana, the first person that greet me was Kak Aiin. And she said "Emi baru bangun tidur ke?". Oh mak kauuuu!! Sentap mak nak. HAHAHA itulah confident sangat ha. Orang lain elok je datang lawa-lawa pakai je jugak makeup. Taknak la taruk "muka baru bangun tidur" kita kat sini, segan. Kahkah!


Alright, back to the Pika Pika Sparkling Bright. Pika pika sounds pretty cute, right? It reminds me of Pikachu, lol. Produk Pika Pika ni merupakan produk dari Jepun, dan baru memasuki pasaran Malaysia. With Japan Skin Care Technology, this Pika Pika brand consist of deep cleansing range that contains mineral and whitening complex to help purify dead skin and absorb excess oil and impurities in clogged pores. It gives brightening and hydrating effects.


Pika Pika Deep Cleansing Range ni terbahagi kepada tiga produk yang berbeza iaitu Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid 190ml, Sparkling Bright Peel Off Mask 80g, dan Sparkling Bright Hot and Cool Cleansing Gel 35g. 


First product - Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid ni basically sejenis liquid cleanser. Mudah nak guna sebab botol jenis yang ada pump. Cleanser ni dia tak berbuih sangat bila guna, which is good. Cleanser yang tak berbuih memang lebih elok dan selamat untuk kulit kita sebenarnya. Memang senang tanggal mekap dan kotoran bila guna liquid cleanser ni. Masa kat tea party haritu kan kitorang ada buat no mirror makeup challenge. Pakai makeup tanpa tengok cermin, kau rasa? Memang habis comot muka terconteng sana sini. Lepas dah conteng muka tu la baru kitorang bersihkan muka guna liquid cleanser ni. Best, rasa fresh dan bersih je muka.


For the second product - Sparkling Bright Peel Off Mask, tak sempat try haritu because it's gonna take some time untuk kering. But later i will surely try out this one. Katanya elok untuk kurangkan dark spots and freckles, and help to revive dull skin. The third product - Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel ni pun tak kurang best jugak. Lepas dah bersihkan muka, kitorang sapu cleansing gel ni pulak dekat bahagian T-zone. Tunggu lama sikit, then boleh cuci. Serious suka guna yang ni sebab dia bagi cooling effect kat kulit muka ni. Rasa fresh betul. Yang ni dia macam double function, cleansing and repairing. 


The best thing that i like the most about this Pika Pika Sparkling Bright range is the delicate smell. Takde bau pelik atau bau yang kuat. Rangkaian produk Pika Pika Sparkling Bright ni boleh dibeli di mana-mana cawangan Watsons dengan harga seperti di bawah :

Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid 190ml - RM79
Sparkling Bright Peel Off Mask 80g - RM49
Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel 35g - RM39