February 2018 - emilinda

Wednesday, February 14, 2018

Asyikin Exclusive kini di Setapak Central

February 14, 2018 22
Asyikin Exclusive kini di Setapak Central
Permintaan yang makin tinggi terhadap pakaian muslimah mendorong pembukaan cawangan baru Butik Asyikin Exclusive di Setapak Central. Rangkaian pakaian muslimah jenama Asyikin Exclusive sebenarnya tidak asing lagi bagi kaum hawa terutamanya yang tinggal di Melaka. Kedua-dua butik Asyikin Exclusive yang sedia ada bertempat di Melaka iaitu di Kota Fesyen Air Keroh dan pusat beli belah Mahkota Parade. Kerana permintaan yang tinggi dari pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, akhirnya pemilik Asyikin Exclusive, Puan Nur Asyikin binti Rahmat mengorak langkah membuka cawangan ketiga yang bertempat di Setapak Central.



Memandangkan lokasi Setapak Central tidaklah jauh dari kediaman saya, saya sempat hadir ke sesi ramah mesra dan minum petang antara Puan Nur Asyikin dengan para media serta blogger yang di adakan di butik terbaru di Setapak Central. Majlis yang berlangsung dalam suasana santai itu dihadiri oleh beberapa orang wakil media. Perwatakan Puan Nur Asyikin binti Rahmat yang merendah diri, peramah dan tidak sombong membuatkan saya selesa bersembang dengan beliau. Puan Nur Asyikin binti Rahmat turut berkongsi pengalaman turun naik beliau dalam usaha merealisasikan jenama Asyikin Exclusive. Seronok pula mendengar kisah kejayaan orang lain. Terus saya merasa bersemangat untuk contohi beliau.

Puan Asyikin dan suami yang menjadi tulang belakangnya selama ini

Konsep pakaian yang diketengahkan oleh butik Asyikin Exclusive merupakan gaya muslimah kontemporari. Ditanya mengenai pemilihan lokasi pembukaan Butik Asyikin Exclusive, menurut Puan Asyikin beliau memilih lokasi di pusat beli-belah kerana katanya pusat beli-belah sememangnya sentiasa mempunyai pengunjung yang tersendiri setiap hari.


Jika ditanya tentang fesyen, setiap individu mempunyai pilihan fesyen tersendiri. Begitu juga saya. Bagi saya, asalkan design pakaian itu terlihat simple dan menutup aurat, ia memadai. Tetapi jika designnya cantik dan memiliki ciri keselesaan untuk saya, lagilah saya suka. Baju-baju dan tudung yang dijual di butik Asyikin Exclusive sememangnya mencuri perhatian saya. Nasib baik waktu tu belum gaji lagi. Kalau tak, saya dah rembat beberapa helai. Harga pun berpatutan, boleh dikatakan sangat mampu milik. Takpe, lepas dah gaji nanti saya ke sana lagi. Bukan jauh pun nak ke Setapak Central. Jujurnya saya sangat suka denga susun atur dan dekorasi butik Asyikin Exclusive di Setapak Central, nampak tersusun dan selesa. Turut dilengkapi dengan fitting room.


 Turut dilengkapi dengan fitting room





Jangan tak percaya, butik Asyikin Exclusive turut mengadakan kolaborasi dengan artis seperti Puteri Sarah Liyana, Shila Amzah dan Sherry Alhadad dalam usaha mempromosikan jenama Asyikin Exclusive. Patutlah ada tertera gambar Shila Amzah di butik Asyikin Exclusive. Saya yakin, kalau dah artis tu takdenya dorang main setuju je nak promosikan sesuatu jenama tu sekiranya jenama itu sendiri tidak berkualiti, kan? Nanti tak pepasal fans kecam, tak ke haru kan? Ni dah sampai Shila Amzah pun turut berkolaborasi mempromosikan butik Asyikin Exclusive, tentunya pakaian yang dihasilkan dibawah jenama Asyikin Exclusive ini berkualiti tinggi.

Kemain besar gambar Shila Amzah

Puteri Sarah liyana yang juga turut berkolaborasi dengan Asyikin Exclusive

Sesi beramah mesra dan perkongsian 

Semasa di butik Asyikin Exclusive haritu, saya ada berkenan beberapa helai blouse yang dijual di butik Asyikin Exclusive. Blouse yang style agak kasual tetapi turut sesuai digayakan ke tempat kerja. Palazzo pun cantik-cantik. InshaAllah, dalam masa terdekat ni saya akan ke sana lagi sekali untuk beli beberapa helai blouse.



Korang pun kalau ke Setapak Central, boleh la singgah ke butik Asyikin Exclusive usha mana yang berkenan dihati.

Asyikin Exclusive
Level G, Sebelah Coffee Bean,
Setapak Central Mall, Setapak.

Setiap Cawangan NY Steak Shack Memiliki Sijil Halal JAKIM

February 14, 2018 23
Setiap Cawangan NY Steak Shack Memiliki Sijil Halal JAKIM
Sekitar beberapa tahun lepas, bila sebut sahaja New York Steak Shack, apa yang terbayang diruang mata dan fikiran saya adalah hidangan steak di restoran mewah pada kadar harga yang mahal. Kiranya mengikut mind set saya, ianya kedengaran seperti sebuah restoran makanan barat untuk golongan mewah. Almaklum, waktu itu saya baru sahaja habis belajar. Masih bertatih untuk memulakan kehidupan di kota Kuala Lumpur. Kewangan pun tak berapa nak okay. Memang tak berani la kan nak masuk ke restoran yang kedengaran agak mahal. Lagi pula waktu itu, nama NY Steak Shack ni masih kurang dikenali. Masa tu, bagi yang biasa pergi ke Mid Valley, Sunway Pyramid atau IOI City Mall mungkin tahu lah tentang NY Steak Shack ni. Sehingga la satu hari tu saya berkesempatan ikut kak Eyza ke NY Steak Shack cawangan Sunway Pyramid. Sejak itu la baru saya tahu apa yang saya fikir selama ni tidak betul. Sebuah restoran makanan barat yang eksklusif dan menyediakan masakan barat berkualiti itu betul, tetapi bukanlah pada kadar harga yang mahal. Harga makanan di NY Steak Shack sebenarnya sangatlah reasonable. In fact jauh lebih jimat jika dibandingkan dengan steak house lain kat Malaysia ni.


Sejak dari hari tu, saya sempat la repeat makan kat NY Steak Shack beberapa kali. Lagipun makin lama makin banyak pulak cawangan NY Steak Shack ni sekitar KL dan Selangor. Lagi mudah la nak menyantap steak pada harga yang reasonable tapi masih mengekalkan ciri-ciri berkualiti pada setiap hidangan. Dalam tempoh 3 tahun, NY Steak Shack sudah memiliki 10 cawangan di sekitar KL dan Selangor. Bagi saya, 3 tahun adalah satu tempoh yang sangat singkat. Tetapi NY Steak Shack mampu mengembangkan bisnes mereka dengan cepat. Mana tidaknya, dalam 3 tahun dah ada 10 cawangan. Bukan mudah tau. I am totally impressed!


Pada awalnya saya fikir NY Steak Shack ini merupakan jenama franchise makanan barat dari New York yang mungkin baru mula bertapak di Malaysia. Tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. NY Steak Shack is a home-grown brand! Jenama restoran makanan yang memang bermula dari Malaysia, dan belum ada di mana-mana negara lain lagi. Diusahakan oleh warga Malaysia sendiri, dan apa yang lebih buat saya kagum adalah setiap cawangan NY Steak Shack sememangnya memiliki sijil halal dari JAKIM. Saya agak terkejut dan kagum sebenarnya ye. Kebiasaannya restoran makanan barat jarang memiliki sijil halal (mostly pork-free, but no halal certificate). Dan saya sendiri pernah bekerja di satu company F&B, so saya tahu betapa susahnya prosedur nak mendapatkan kelulusan halal dari JAKIM. JAKIM sangat strict hal berkaitan sijil halal. Kalau dah semua cawangan dah ada sijil halal, makna kata NY Steak Shack ni sememangnya sangat menekankan ciri-ciri kebersihan dan kehalalan setiap bahan yang digunakan untuk penghasilan setiap menu mereka.


Pada hari Isnin yang lepas, saya sekali lagi ke NY Steak Shack. Kali ni saya ke cawangan NY Steak Shack di Melawati Mall untuk makan malam bersama beberapa orang rakan. Melawati Mall ni baru je beberapa bulan dibuka. And for your information, NY Steak Shack di Melawati Mall ni merupakan cawangan yang paling terbarulah untuk NY Steak Shack (cawangan ke 10). Kali terakhir saya makan di NY Steak Shack adalah pada bulan Disember 2017, di NY Steak Shack cawangan Sogo. Kiranya pada hari Isnin yang lepas, kali pertama makan di NY Steak Shack untuk tahun 2018. Nak jugak bagitahu kali pertama tu kan? Hehe.


Sizzling Ribeye Steak with Crispy Garlic

Malas la nak membebel panjang-panjang. Entah korang baca sampai habis entah tidak, kan? Baik mengaku cepat! Haha. Rasanya korang mesti lagi berminat nak tengok gambar makanan yang sempat kitorang makan hari tu kannnnn? Dah faham sangat dah. Tataplah puas-puas gambar makanan kat bawah ni, tapi kalau terliur jangan nak salahkan saya pulak, hiks!

Big Apple Burger

Shrooms & Onions

The Empire Burger

Kalau perasan awal-awal tadi saya ada bagitahu bahawasanya harga makanan kat NY Steak Shack ni tak mahal pun. By saying tak mahal tu, I am comparing the price with other steak house/restaurant. Restoran steak kat luar sana kan memang mostly harga agak mencekik. Kalau sorang makan tak cecah RM70 ke atas, memang tak sah. Itu pun agaknya ambik bahagian daging yang paling kecik dan paling murah. Kalau tak, cecah beratus untuk seorang. Tapi dekat NY Steak Shack ni, untuk seorang makan pun tak cecah RM50. Walaupun harga boleh dikatakan lebih murah dari steak house lain, but trust me you can get the finest quality of steak here. Rasa dia tu bukanlah rasa steak yang cikai. Memang dagingnya lembut, juicy dan cair di mulut bak kata orang. Dari segi presentation makanan pun, memang terbaik. Yang lelaki tu kalau nak belanja awek atau isteri makan kat NY Steak Shack, confirm tak malu. Berbunga je hati pasangan korang kalau korang bawak makan di NY Steak Shack.

The Trio Platter - combination of spicy tangy chicken wings, country fried lamb, ribeye steak, pumpkin rice, pasta and fries. Hidangan untuk 2-3 orang. Tapi portion dia besar, cukup untuk 4 orang.

Walaupun namanya NY Steak Shack, tetapi hidangan yang ada di sini bukanlah steak semata-mata. Turut tersedia hidangan lain seperti burgers, pasta and rice, platters, salad, shakes dan lain-lain. Oh ye, kalau korang ke NY Steak Shack, saya cadangkan korang mesti cuba pumpkin soup dan juga banana milkshake. Selama ni saya bukanlah penggemar pumpkin soup, tapi pumpkin soup dekat NY Steak Shack ni serious sedap! Rasa dia lain sikit. Tekak saya ni boleh terima. Bukan takat boleh terima, tapi licin saya habiskan satu mangkuk. Sedap sangat! Tapi saya lupa nak tangkap gambar pumpkin soup tu, haha. Banana milkshake tu pun, bagi saya sangat sedap dan tak muak walaupun dah minum banyak. Saya perasan kat mana-mana kedai shakes sekalipun, bila minum cepat muak sebab manis sangat. Tapi banana milkshake kat NY Steak Shack ni tak terlalu manis dan tak muak. Rasanya sebab dia guna pure banana puree dari buah pisang yang masih segar kot. Bukan banyak tambah air macam kat kedai lain. So even after setengah jam atau sejam pun, banana shake di Ny Steak Shack masih terasa sedap. Minuman lain saya kurang pasti kerana setiap kali ke NY steak Shack, saya memang order banana Milkshake.


Rasanya dalam masa terdekat ni memang saya akan repeat lagi makan dekat NY Steak Shack. Lepas cuti Chinese New Year la kot. K itu sahaja nak cerita untuk hari ini. Untuk senarai lokasi cawangan NY Steak Shack, korang boleh tengok kat SINI. Untuk senarai penuh menu NY Steak Shack pulak, boleh tengok di SINI.

Tuesday, February 13, 2018

Kulin Sea Seven Days Later & Puresh, Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Halal Dari Korea

February 13, 2018 12
Kulin Sea Seven Days Later & Puresh, Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Halal Dari Korea

Sekiranya diajukan pertanyaan mengenai kecantikan kulit kepada kaum hawa, rasanya semua memilih untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik. Bukan setakat kaum hawa je, kaum lelaki juga mahukan kulit yang cantik dan flawless. Lumrah manusia sukakan kecantikan. Cantik itu subjektif, pelbagai definisi cantik boleh kita tafsirkan. Bergantung pada individu. Tapi bagi saya sendiri, cantik itu kita yang rasa. Tak guna beribu insan lain memuji kecantikan kita andai kita sendiri merasa diri kita tak cantik. Mana tidaknya, cantik itu terserlah dari dalaman, terpancar pada luaran diri kita. Macam mana boleh terpancarnya kecantikan pada fizikal kita? Apabila kita selesa dan yakin dengan diri kita. Yes, bila deep down kita merasa diri kita cantik, kita akan merasa lebih yakin terhadap diri kita dan lebih menghargai diri kita sendiri. Dari situlah terserlahnya kecantikan setiap individu. Saya bukanlah menyuruh korang semua perasan diri cantik, diva dan sebagainya. Apa yang saya maksudkan ialah jaga diri kita luaran dan dalaman. Apabila semuanya terjaga, kita dengan sendirinya akan merasa diri kita cantik. Makanya akan tampil lebih yakin dan menonjol dalam setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan kita.


Lebih kurang sebulan yang lepas saya sempat menghadiri workshop penjagaan kulit yang dianjurkan oleh Kulin Sea. Jenama Kulin Sea ni agak baru bagi saya. Kulin Sea merupakan syarikat pengeluar serta pengedar bagi set penjagaan kulit dari Korea iaitu set Seven Days Later dan Puresh UV Protector. Saya merasa cukup teruja saat melangkahkan diri ke workshop tersebut. Mana tidaknya, bakal didedahkan dengan info kecantikan katakan. Kulin Sea ini diasaskan oleh warga Malaysia sendiri, tetapi segala research and development adalah di Korea. Kulin Sea diasaskan oleh tiga individu hebat dengan latar belakang dan kemahiran yang berbeza. Ketika berlangsungnya workshop tersebut, ketiga-tiga pengasas itu turut berkongsi cerita tentang bagaimana terhasilnya jenama rangkaian penjagaan kulit tersebut. Seronok mendengar cerita orang lain tentang perjalanan perniagaan mereka. Mereka turut menunjukkan demo penggunaan produk-produk tersebut. Impressed betul tengok hasilnya.



Selain itu, turut ditampilkan juga Mr Imam yang diterbangkan khas dari Korea. Mr Imam ni salah seorang yang terlibat secara langsung dalam R&D produk Kulin Sea ni. Penerangan Mr Imam tentang kecantikan dan produk-produk Kulin Sea ini sangat menarik perhatian saya. Yang lebih menariknya tentang produk Kulin Sea ini ialah produk ini disahkan halal dan boleh digunakan tanpa was-was. Kalau korang kenal saya, selama ni saya banyak guna skincare dan kosmetik Korea kerana kebanyakannya memang sangat bagus. Tetapi saya sering juga diajukan persolaan tentang halal ke tidak produk-produk tersebut? Hmmm, isu halal ke tidak ni sebenarnya agak luas skopnya untuk diceritakan. Bukan sahaja aspek penggunaan bahan yang halal, tetapi juga soal kebersihannya. Selalunya saya tak berani nak jawab dengan yakin berkenaan isu ini kerana bagi saya, sekiranya kita yakin dengan status produk tersebut, kita guna la. Kalau tak yakin, tak payah guna. As simple as that. Semuanya terletak pada diri kita. Konsep halal ni sendiri luas skopnya, dan pemahaman terhadap hal ini adalah berbeza bagi setiap individu. Tapi yang pastinya produk Kulin Sea ni dah pun disahkan halal untuk digunakan. Siap dapat pengiktirafan halal dari GIMDES iaitu Turkey Highest Halal Certification. GIMDES ni turut diiktiraf oleh JAKIM, korang boleh buat semakan di http://www.halal.gov.my/150216.pdf.


Set Seven Days Later ini terdiri dari 3 produk iaitu Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence, Seven Days Later Premium Multy Essence, dan Seven Days Later Fish Collagen Powder. Dengar nama set ni, Seven Days Later pun saya dah excited. Adakah boleh flawless selepas tujuh hari penggunaan? Hihi. Set Seven Days Later ini menggunakan bahan semulajadi. Cara penggunaan pun senang sahaja. Boleh rujuk cara kat bawah ni.

Langkah 1: Kulin Seven Days Later Premium Multy Essence

Premium Multy Essence ni didatangkan dalam bentuk spray. Mudah je, just bukak penutup dan spray pada muka yang dah bersih. Alah, spray macam kita spray face mist tu. Dah spray tu, dab je guna jari supaya lebih sekata seluruh muka. Bahan utama Premium Multy Essence ni adalah aloe vera, jadi tak hairan la bila spray tu rasa segar dan nyaman je kat muka. Selain mengurangkan radang pada kulit wajah, aloe vera juga bagus untuk mengekalkan lembapan pada kulit.


Selain penggunaan aloe vera, bahan lain yang turut digunakan adalah ginko, buah delima, buah tin dan buah mulberry yang sememangnya mempunyai khasiat dan kebaikan yang tersendiri. Antaranya ialah mampu membuang kotoran  dan sel kulit mati pada kulit wajah di samping membantu mengembalikan sel kulit yang sihat dan segar.



Langkah 2 : Kulin Seven Days Later Waterfull Magic Whitening Essence

Yang ini pula didatangkan dalam bentuk pump. Wangi, tidak melekit, tidak berminyak dan sangat mudah diratakan pada kulit. Hanya perlu picitkan sedikit pada telapak tangan, dan campur dengan Kulin Seven Days Later Fish Collagen Powder. Sebelum di tepek pada muka tu, fish collagen powder perlu diletakkan bersama-sama supaya kedua-dua bahan ini dapat memperbaiki struktur kulit wajah yang rosak di samping kolagen berfungsi sebagai bahan penganjal kepada kulit.


Diformulasikan daripada 4 bahan semulajadi yang terkenal di Korea iaitu Vitamin Tree’s fruit, Hollyhock and Aloe Vera, Privilege Plant Extract, dan Snail Extract. Bahan-bahan ini telah diguna pakai sejak dari zaman dahulu lagi dan telah terbukti mampu memberikan kulit yang anjal & cantik. Ianya juga mengandungi pelbagai khasiat daripada buah delima, buah tomato dan pelbagai lagi sumber semulajadi yang lain yang juga merupakan sumber vitamin C kepada kulit.


Langkah 3 : Kulin Seven Days Later Fish Collagen Powder



Macam yang saya bagitahu tadi, Fish Collagen Powder ni kena campur dengan Waterfull Magic Whitening Essence. Just tuangkan dikit kata atas Waterfull Magic Whitening Essence yang dah dipicitkan ke telapak tangan. Lepas tu blend kan kedua-dua bahan tadi, barulah disapu pada kulit.

Campur, kemudian blendkan kedua-duanya

Rasanya semua sedia maklum bahawasanya fish collagen sangat bagus dan bermanfaat kepada kesihatan serta kecantikan kulit. Dapat menganjalkan kulit disamping menyalurkan nutrisi yang diperlukan oleh kulit kita. Turut berfungsi untuk mencerahkan dan mengurangkan kedutan pada wajah.


Langkah 4 : Puresh UV Protector SPF35 PA

Last but not least, don’t ever skip UV protector! Kulit kita ni berharga, kulit kita perlukan pelindung dari radikal bebas dan sinaran UV. Sinaran UV ni la yang buat kulit kita jadi nampak lebih tua dari usia. Kalau korang jenis yang agak malas nak pakai UV protector, rasanya saya faham kenapa. Says sendiri kurang gemar memakai UV protector sebab kebanyakan UV protector yang dijual di pasaran Malaysia ni, agak berminyak. Tak selesa dipakai untuk jangkamasa lama. Kejap je kulit muka dah rasa rimas. Tapi, saya tekankan sekali lagi, sinaran UV tersangatlah bahaya untuk kulit kita. Jadinya, bermula hari ini tolong jangan skip UV protector.



Puresh UV Protector dilengkapi dengan SPF 35 iaitu level optimum untuk perlindungan dari sinaran UVB. Apa yang menariknya, Puresh UV protector ni tak melekit dan berminyak macam UV protector yang lain! Best gila, this has been my favorite UV protector since last month. Selain itu, Puresh UV Protector ni bersifat water resistant. Kalau nak swimming ke, atau jenis yang kuat berpeluh, Puresh UV protector ni sangatlah sesuai sebab dia susah luntur dari kulit.


Korang boleh tengok pada video pendek yang saya rakam kat atas ni, step by step penggunaan set Kulin Seven Days Later. Saja la terlebih rajin pulak buat video, haha. Kalau diperhatikan cara saya apply produk ni ke muka, saya dab je, takde nak tonyoh-tonyoh sangat kat muka tu. Kenapa? Sebab sebenarnya teknik dab & pat lebih selamat dan lebih elok untuk kulit wajah kita. Yela, jangan la nak kasar-kasar sangat pada kulit sendiri kan. Kata nak kulit cantik? Kalau sapu dengan ganas sangat, nanti tak pepasal kulit jadi merah-merah dan kulit seolah dipaksa menerima nutrisi.


Apa rasanya setelah sebulan menggunakan rangkaian Kulin Seven Days Later dan Puresh UV Protector? Alhamdulillah, bagi saya produk ni selamat digunakan dan bertindak seeloknya untuk keperluan penjagaan kulit wajah bagi bukan sahaja kaum hawa tetapi juga lelaki. Seperti yang saya tekankan pada awal tadi, apa pun rangkaian produk yang kita pakai, yang penting ianya mampu menyalurkan nutrisi yang baik untuk kulit kita sekaligus mampu buat diri kita rasa cantik dan yakin. Macam mana nak orang lain rasa diri kita cantik kalau kita sendiri tak yakin dengan diri kita, kan? Sekian dari saya untuk kali ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : www.kulin.asia
Instagram : @Kulinsea
Email : hello@kulin.asia
Telefon : +6019-2216713

Monday, February 12, 2018

Album LOST Tampilkan gandingan Vessbroz dan Beberapa Artis Antarabangsa

February 12, 2018 18
Album LOST Tampilkan gandingan Vessbroz dan Beberapa Artis Antarabangsa
Pernah dengar tentang kumpulan duo Vessbroz tak? Kali pertama saya dengar nama Vessbroz ni sekitar sebulan yang lepas. Mula-mula macam clueless jugak, Vessbroz ni nama orang ke atau nama kumpulan? Lepas dah buat research sikit kat internet barulah dapat gambaran serba sedikit tentang Vessbroz.


Vessbroz ni merupakan kumpulan duo yang terdiri daripada dua orang adik-beradik dari Taheran, Iran. Kedua-dua penyanyi Iran yang bernama Armia dan Arsham ini kini menetap di Kuala Lumpur dan baru-baru ini mereka telah menandatangani kontrak dibawah Sony Music Malaysia. Mereka merupakan penerbit muzik, DJ dan Remixing duo yang menghasilkan muzik berkonsep Electro-Pop sebagai genre utama dan House Music sebagai genre kedua.  Electro-pop ni muziknya catchy, bukan pesen yang mendayu-dayu tu. Walaupun baru memasuki industri muzik pada tahun 2015, Vessbroz telah berjaya menyampaikan lagu-lagu dari genre "deep house" sehingga "dance floor".


Kumpulan duo Vessbroz telah pun mengeluarkan album antarabangsa pertama mereka yang berjudul LOST. Album pertama ini dilancarkan selepas Vessbroz melancarkan sepuluh buah singles mereka pada tahun lepas.  Selain Vessbroz, album LOST ini turut menampilkan beberapa artis dari seluruh dunia - Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Terdapat 3 orang artis Malaysia yang turut berduet dengan Vessbroz didalam album LOST iaitu Datuk Zainal Abidin, Nadeera, dan Faradhiya.


Terdapat keseluruhan 11 lagu yang dimuatkan didalam album LOST :

  1. Lost Cause // Kyle Davis
  2. Nothing // Kyle Davis
  3. Show You // Black Gs
  4. Like She Does It // feat. Nadeera
  5. Fleeting // feat. Datuk Zainal Abidin
  6. Never Know // feat. Faradhiya 
  7. Strong Word // feat. Britney Nieves & Kyle Davis
  8. Horror Film // feat. Kyle Davis
  9. Better Than This // feat. Dylan Thomas
  10. Fearless // feat. Arastella
  11. Fallen Feathers // feat. Mehrdad Mozart

Saya sendiri dah pun memiliki album LOST ni. Dah dengar sendiri kesemua lagu yang ada dimuatkan di dalam album ini. Not bad, best jugak layan sambil siapkan kerja atau sambil duk lipat kain baju kat rumah tu. Ada beberapa lagu dari album LOST ni yang saya suka ulang dengar berkali-kali iaitu Never Know, Better Than This, Horror Film dan Nothing. Paling suka lagu Never Know. Bestlah, lagi-lagi sebab duet dengan Faradhiya kan. Saya memang salah seorang peminat Faradhiya, suka suara dia.


Kalau korang buka lagu-lagu Vessbroz ni kat Youtube, banyak view tau. Kiranya memang mendapat sambutan la. Lagu-lagu Vessbroz ni kalau dengar dua tiga kali, lepas tu dah boleh terngiang-ngiang rentak dia kat kepala kita, haha. Kat bawah ni ada saya tampalkan beberapa music video Vessbroz untuk halwa telinga korang.



Untuk sebarang urusan berkaitan Vessbroz, boleh berurusan terus dengan Pengurus Promosi, Sam Kassim. Kalau rasa nak usha-usha penyanyi Vessbroz dua beradik ni, boleh follow Facebook dan Instagram dorang.



Sam Kassim
Pengurus Promosi
Telefon : +6019-211 2288
Email : samkassim@gmail.com

Sunday, February 11, 2018

30000 Ahli NGO & Koperasi Seluruh Malaysia Terima Kad Digital NGO Negaraku

February 11, 2018 19
30000 Ahli NGO & Koperasi Seluruh Malaysia Terima Kad Digital NGO Negaraku
Dalam usaha  membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok, Kelab Sahabat Persaudaraan (KPS) mula mengedarkan 30 ribu kad NGO Negaraku kepada NGO dan Koperasi yang berdaftar. Untuk peringkat permulaan, 50 NGO hadir untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku di Dewan Perdana Felda semalam, 10 Februari 2018.


Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) merupakan kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan sukarelawan, profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurah idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program berkualiti berteraskan pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat. 

Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan aplikasi mudah alih NGO Negaraku yang hanya boleh diakses oleh pemegang kad NGO Negaraku. Dengan adanya kad dan aplikasi mudah alih NGO Negaraku, para pemegang kad dapat menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan kadar harga terbaik. Aplikasi mudah alih ini menawarkan kepelbagaian aplikasi yang sesuai digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan semasa.


Program Komuniti Digital NGO Negaraku ini terbuka hanya kepada ahli NGO dan Koperasi sahaja. Wakil sah NGO / Koperasi yang berminat hadir pada majlis berkenaan diberikan 150 keping kad untuk diedarkan kepada ahli-ahli secara percuma. Ahli NGO akan terus mendapatkan manfaat segera secara percuma selama dua bulan sebaik sahaja mengaktifkan aplikasi mudah alih NGO Negaraku. 

Antara faedah yang ditawarkan adalah pembelian produk & perkhidmatan terpilih dengan penjimatan serendah +>40% dari harga sebenar. Juga terdapat tawaran hadiah percuma bagi yang mendaftar pada hari tersebut dan pelbagai lagi tawaran lain.


Selepas 2 bulan penggunaan kad secara percuma, ahli NGO boleh memilih untuk membayar sebanyak RM150 secara one-off (untuk setiap ahli) bagi terus menikmati faedah dan manfaat sedia ada dan manfaat tambahan. Antara faedah tambahan yang boleh didapati setelah membayar RM150 setiap ahli adalah sepeti berikut :
  1. Pengguna berhak memilih barangan atau Perkhidmatan bernilai tunai RM150-200 yang ditawarkan secara terus dan percuma.
  2. Penjimatan berterusan melalui tawaran di platform “Beli & Jimat”.
  3. Platfom Derma (donation platform).
  4. Teknologi kewangan (Fintech Platform) melalui e-wallet.
Pada peringkat pengenalan ini, terdapat beberapa syarikat yang turut serta memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky, dan comfort reflexology. Ahli-ahli NGO boleh memuat turun Aplikasi NGO Negaraku sekarang.






Friday, February 9, 2018

Pengalaman Mangrove Tour di Desa Keroma Eco Resort, Muar

February 09, 2018 20
Pengalaman Mangrove Tour di Desa Keroma Eco Resort, Muar
Pengalaman mangrove tour di Desa Keroma Eco Resort, Muar merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Membesar di kampung halaman yang agak jauh dari pantai / laut / sungai, saya sememangnya sangat teruja setiap kali dapat menyertai apa-apa aktiviti yang melibatkan air. Tidak keterlaluan jika saya katakana sepanjang fam trip 2 hari 1 malam ke Muar ( Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Pertama & Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Kedua), aktiviti mangrove tour di Desa Keroma Eco Resort merupakan aktiviti yang paling saya gemari berbanding aktiviti-aktiviti lain. Desa Keroma Eco Resort ni sebenarnya masih agak baru dikomersialkan sebagai salah satu tempat pelancongan di Muar. Oh ya, Desa Keroma Eco Resort ini merupakan milikan persendirian.

Jeti Kampung Keroma

Perlahan-lahan meninggalkan jeti

Sesampainya kami di jeti Kampung Keroma, kami dibawa menaiki bot untuk meninjau sekitar kawasan tersebut. Kawasan yang sedang diusahakan untuk menjadi kawasan pelancongan ini mempunyai kepelbagaian aktiviti. Dengan menaiki bot, kami dibawa menyelusuri kawasan berpaya sehinggalah ke kawasan penternakan kupang dan kerang di perairan Selat Melaka. Dalam perjalanan menuju ke pelantar kupang, kami sempat melihat sendiri beberapa individu yang sedang mandi lumpur di kawasan cetek dan berlumpur. Ketika itu, paras air masih lagi rendah. Jangan tak tahu, mandi lumpur sememangnya terbukti bagus untuk kecantikan kulit. 

Mandi lumpur untuk kecantikan di Desa Keroma Eco Resort

Menurut pihak Desa Keroma Eco Resort, kebiasaannya orang ramai datang untuk mandi lumpur di kawasan tersebut dan akan berada didalam lumpur sekitar satu jam setiap sesi. 100% natural, semestinya jauh lebih baik dari mud clay yang dijual dipasaran. Memandangkan jadual perjalanan kami yang agak padat, kami tidak berkesempatan merasai sendiri pengalaman mandi lumpur di Desa Keroma Eco Resort.


Kegiatan menongkah kerang

Meneruskan perjalanan, kami melihat beberapa orang penduduk setempat yang menongkah kerang dikawasan berselut dan cetek. Walaupun keadaan cuaca yang panas terik, kelihatannya mereka sangat gigih meneruskan misi menangkap kerang. Pastinya kulit hangus terbakar dek pancaran cahaya matahari. Gigihnya mereka demi mencari rezeki. Mereka perlu segera melakukannya sebelum paras air mula naik. Alat yang mereka gunakan untuk mencari kerang itu dipanggil tongkah. Saya kira, ini merupakan cara yang agak tradisional dalam menangkap kerang.

Pelantar kupang dari kejauhan


Dari jauh kelihatan pelantar kupang yang didirikan untuk penternakan kupang. Tidak sabar rasanya kami untuk melihat sendiri proses penternakan kupang di pelantar tersebut. Selama ini hanya tahu beli kupang yang dah siap dimasak. Jujur saya sendiri tidak pernah membeli kupang mentah. Kebiasaannya saya beli kupang yang telah siap dimasak. Sesampainya di pelantar kupang, kami dibawa naik ke pelantar seorang demi seorang. Perlu memanjat ye jika ingin naik ke pelantar. Seeloknya pakailah pakaian yang bersesuaian, jangan pula pakai skirt. Nanti tak pepasal bagi free show sahaja, lol. Atau silap haribulan boleh terjatuh ke dalam air.


Sempat posing dulu di atas pelantar

Rupa-rupanya cara penternakan/penangkapan kupang disini adalah dengan cara menggunakan bebenang/tali (saya kurang pasti). Bebenang/tali itu dibiarkan didalam air untuk tempoh yang lama. Apabila diangkat nanti, bebenang itu akan dipenuhi oleh  kupang dari pelbagai saiz. Anggaran berat bebenang yang ditarik itu mencecah 90kg, makanya memang memerlukan tenaga beberapa orang untuk menarik bebenang itu naik ke pelantar.

Bebenang/tali yang dipenuhi oleh kupang

Video cara menarik kupang dari bebenang

Setelah bebenang ditarik ke pelantar, sesi pemilihan kupang pula dilakukan. Kupang yang telah elok saiznya akan ditarik/dicabut dari bebenang untuk dibersihkan. Bertuah kami pada hari itu kerana sebaik sahaja kupang-kupang dikumpulkan dan dibasuh, mereka terus memasak kupang-kupang tersebut di atas pelantar itu sendiri. Kupang itu direbus dengan sedikit serai, tanpa dicampurkan apa-apa bahan lain.

Kupang segar dimasak di atas pelantar

Kupang segar

Subhanallah, sedap sungguh kupang fresh macam ni. Terus dimakan sebaik sahaja di angkat dari kuali. Terasa segar dan manis masin semulajadi kupang. Oh ye, kebiasaannya saiz kupang betina lebih besar berbanding kupang jantan. Saya sendiri tidak pasti cara untuk menentukan jantina kupang, hanya tahu makan sahaja.


Sebelum pulang semula ke jeti, kami sempat melihat proses penangkapan kerang di tengah perairan Selat Melaka dengan menggunakan cara yang berbeza pula. Kali ini mereka menangkap kerang di kawasan yang dalam dengan menggunakan jaring besi. Kaedah ini agak berbeza dengan kaedah penangkapan kerang menggunakan tongkah. Mengikut mereka, fizikal kerang yang diternak adalah berbeza dengan  kerang lain. Perbezaannya boleh dilihat ketara dari segi warna kerang. Hal ini adalah berpunca dari sumber makanan yang diperoleh oleh kerang dan juga persekitarannya.

Menangkap kerang menggunakan jaring besi

Setelah pulang ke jeti, kami dibawa pula melawat ke kawasan penginapan Desa Keroma Eco Resort. Di sana, kami disambut dengan pelbagai juadah minum petang. Pelbagai menu Johor yang dihidangkan seperti Laksa Johor, Pisang Goreng Sambal Kicap, Air Kelapa Gula Kabong, lempeng, ubi rebus dan banyak lagi. Saya sememangnya penggemar laksa Johor. Dah alang-alang kat Johor, semestinya saya tak lepaskan peluang merasai laksa Johor disini. Bagi yang tidak biasa, orang Johor kebiasaannya makan pisang goreng dengan sambal kicap. Saya sendiri sudah terbiasa makan pisang goreng dengan sambal kicap kerana saya pernah belajar di negeri Johor. Kat tempat lain selain Johor, susah nak cari goreng pisang yang dimakan dengan sambal kicap.



Homestay yang disediakan di Desa Keroma Eco Resort sangatlah cantik dan menarik dimata saya. Walaupun kami tidak berkesempatan untuk bermalam di Desa Keroma Eco Resort pada hari tersebut, tetapi kami sempat melihat sendiri keunikan homestay yang disediakan di situ.




Terdapat beberapa jenis unit kediaman yang berbeza dan setiap unit kediaman dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin. Saiz setiap unit kediaman tidaklah terlalu besar tetapi cukup selesa untuk penginapan beberapa hari. Ditepi setiap unit kediaman, terdapat kolam ikan kecil (kolam ikan mengelilingi setiap unit, kecuali bahagian depan unit). Bagi saya, struktur binaan sebegini sangat menarik kerana ia bukan sahaja menyejukkan mata yang memandang, tetapi kolam-kolam itu dapat juga mengurangkan haba persekitaran ketika cuaca panas.


Setiap unit dikelilingi oleh kolam ikan kecil

Dekorasi didalam setiap unit juga kelihatan ringkas tetapi menyenangkan. Setiap unit dilengkapi dengan bilik air persendirian dan dua buah tingkap. Kawasan persekitaran terasa sangat nyaman dan tenang.

Abaikan beg hijau kami :P



Pintu ke bilik air

Desa Keroma Eco Resort juga turut menyediakan ruang untuk melangsungkan majlis seperti majlis perkahwinan atau seumpamanya. Selain itu, Desa Keroma Eco Resort juga sesuai dijadikan tempat untuk team building kerana ia turut menyediakan beberapa aktiviti lain seperti sukan memanah, sukan air dan lain-lain lagi.

Aktiviti memanah juga turut tersedia

Walaupun berkesempatan meneroka Desa Keroma Eco Resort hanya untuk beberapa jam sahaja, tetapi ianya merupakan pengalaman yang cukup berharga bagi saya. Tidak puas rasanya saya berada di Desa Keroma Eco Resort hanya untuk beberapa jam. Saya teringin sekali untuk merasai pengalaman menginap di Desa Keroma Eco Resort untuk jangka masa yang lebih lama bagi membolehkan saya merasai sendiri setiap aktiviti dan kegiatan yang ada di Desa Keroma Eco Resort dengan lebih terperinci. InshaAllah, pada masa akan datang. Akan saya kongsikan lagi pengalaman sekiranya saya berkesempatan ke Desa Keroma Eco Resort lagi pada masa akan datang. Bagi saya, Desa Keroma Eco Resort mempunyai keunikan yang tersendiri jika dibandingkan dengan resort lain. Walaupun Desa Keroma Eco Resort ini masih lagi baru dibangunkan, tetapi sudah menampakkan potensi yang bagus sebagai tempat pelancongan. Yang pastinya Desa Keroma Eco Resort mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk menjadi salah satu resort tumpuan para pelancong tempatan dan juga pelancong luar pada masa akan datang.

Jika korang berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang Desa Keroma Eco Resort, boleh la terjah ke Facebook Desa Keroma Eco Resort. Mana la tahu boleh suggest untuk dijadikan lokasi team building ke nanti, kan?