NYX Professional Makeup Store kini di Sunway Pyramid! - emilinda

Friday, February 2, 2018

NYX Professional Makeup Store kini di Sunway Pyramid!

Semalam sempat ke Sunway Pyramid untuk NYX Professional Makeup store opening. Sebenarnya saya jarang ke Sunway Pyramid. Setahun ada la 5 atau 6 kali, itu pun kalau ada hal je. Takde hal memang tak ke sana. Almaklum la kat KL ni pun dah banyak mall tak habis pusing. Tapi kali ni gigihkan diri bangun pagi-pagi terus ke Sunway Pyramid, semata-mata nak hadir ke pembukaan cawangan baru NYX. Dah la hari cuti pulak tu. Saya bukanlah jenis yang pakai mekap berkepuk-kepuk tebal, sebab saya suka pakai nipis je. Tapi bab barang mekap ni memang saya minat sangat-sangat, dan NYX semestinya salah satu jenama barangan mekap yang menjadi pilihan saya. Lagipun bagi saya harga kosmetik NYX sangat mampu milik. Tak mahal pun, even student can afford NYX cosmetics. Rangkaian kosmetik NYX yang paling banyak dalam koleksi saya adalah NYX Soft Matte Lip Cream. Yang tu, macam-macam warna dah ada dalam koleksi.




Oh ye, berbalik kepada cerita tentang cawangan baru NYX Cosmetics. Kalau tak silap saya, ini merupakan NYX physical store yang ketiga di Malaysia. Cawangan pertama di IOI City Mall Putrajaya, cawangan kedua pula di KL Sogo. Dan akhirnya NYX buka satu lagi physical store kat Sunway Pyramid. I am soo excited sebab saya memang pengguna NYX sejak sebelum dorang ada physical store kat Malaysia lagi. Dulu-dulu gigih beli online dan beli dekat Sephora. Nowadays lepas habis kerja selalu menyinggah dekat NYX di Sogo. Almaklum, dekat sangat dengan ofis.

The ribbon so that i can entitle myself for RM50 discount



Physical store NYX yang ketiga ini terletak di ground floor G1.80 Sunway Pyramid (dekat dengan Wacoal). Saya sampai ke sana sekitar jam 10 pagi. Ingat dah cukup awal dah masa tu. Rupanya tengok dah berpusu-pusu orang kat depan NYX store. Ahahaha, orang lain lagi pantas weyh! Haruslah ramai yang datang ke opening NYX tu sebab masa ni la kalau nak jumpa dengan influencer, insta famous, blogger, artis, dan juga MUA. Pendek kata, memang segala jenis MUA pun ada semalam. Rasa kerdil je semalam sebab kita tak mekap lawa-lawa macam dorang haha. Nak tegur ajak bergambar pun segan. Makanya saya buat hal saya sendiri browsing through all those cosmetics, test yang mana okay, mingle around with some people, etc.

The crowd in front of the store 




Seronok pulak sebab MUA NYX pun ramai yang duk layan dan tolong cerita kat kita pasal mekap mana yang sesuai dengan kita, mekap mana yang elok untuk tona kulit kita dan sebagainya. Lagipun rangkaian produk yang ada kat situ macam lebih banyak berbanding kat Sogo je. And, not to forget their beauty bar! Kat situ la pakat duk bersidai test mekap.




NYX store dekat Sunway Pyramid ni lebih besar berbanding yang dekat Sogo. Yang dekat IOI City Mall saya tak pasti sebab belum pernah ke NYX IOI City Mall. Bila dah ada banyak barangan kosmetik NYX depan mata ni, terus jadi rambang mata. Kejap nak yang tu, kejap nak yang ni. Pendek kata nak semua! Tapi poket tak mengizinkan hahah. So terpaksa la tapis balik yang mana nak dibeli. By the way masa opening NYX store ni dorang siap ada bagi discount coupon dan juga lucky draw. Siapa tak suka kan? Haruslah spend time berjam-jam duk pilih barang mekap! Rela tahan perut yang kelaparan tau.



Below is my purchase from NYX Sunway Pyramid semalam. Total damage almost RM300 tapi dapat jimat RM50 sebab ada diskaun RM50. I’m a happy beauty addict!


NYX Total Control Drop Foundation – RM69
NYX Stay Matte But Not Flat Powder Foundation – RM57
NYX Ultimate Shadow Palette – RM75
NYX London Set Lip, Eye & Face Collection – RM75
NYX Ombre Blush – RM58
NYX Mini Liquid Suede Cream Lipstick – Free (lucky draw)

27 comments:

el said...

Mesti rambang mata kt nyx tu kan..

Mimi Azirah said...

Wah Emi tggu smpai pukul brape... Amboi meriah dia beli.. Akak x up lg entry.. Nak publish hat lain dulu

Cik Rose said...

Bestnya.. banyaknya make up. Rambang mata Rose tengok macam ni...

Sally Samsaiman said...

woah! ramai...pasal tu jugak la sally malas nak g sana..hahaha..nnt tak pepasal insecure LOL!

Amboiiii...sakan shopping weehhhhh

zaza iman said...

Meriahnyaa ramai betul.. 😍 jeles ni jeless.. Nak jugak shopping baramgan nyx ni..

Nik Khazami Nik aziz said...

meriahnya majlis

sayaiday said...

Wahh meriah betul, ini mesti ramai kaki makeup ni. harga range okay tak? hehe

Kak Mahh said...

Produk yang tengah hangat sekarang. Memang berkenan dengan kaler lipstick dia. Tapi belum pernah pula akak beli sebab masih banyak stok lagi.

AyuArjuna BiGoshh said...

bestnya kalau ayu mmg akan cari lipstik dan bedak muka...best best

Comel Azhar said...

omg omg bestnya jealous nya awak.. nak jugakkk semua make up2 tu

ieyra h. said...

homaigod, best gila dapat RM50 discount! ;A;

ieyra h. | beauty blog

Coretan Masa said...

rambang mata.. bnyk sgt yang menarik..

adianiez AIDA said...

wow. nyx buka di 3 top shopping mall kat KL.
memang bebetul nak tarik perhatian ramai.
aida ni tak reti nak make up. tempek la hanya foundation & compact powder, emi. but suka la masuk kedai make up seumpama nyx ni utk tgk make up yg tgh in pada masa-masa tertentu :)
hmmm rindu la plak dgn sunway pyramid. sgt lama tak jejak ke sana.

adianiez AIDA said...

done follow emi :)

irra yyan said...

Seronoknya dapat beli alat mekap..balik boleh touch up touch up.. member kata nak belajar mekap boleh tengok kat YouTube je..

Zharif Azis said...

Mesti rambang mata nak pilih kn. boleh meroyan kalau duduk lma2 dlm tu. Tahniah NYX diatas pembukaan physical store yg ketiga.

Jia Shin Lee said...

I was there too now I kinda regret I should have gotten more make up huhuhu 😢

Khir Khalid said...

Meriah.. party!.. untunglah kaum hawa sekitar sunway sekarang dah boleh dapatkan produk dan advice bermutu mcm ni.. best juga klu kena makeup sesekali ni :)

lisa said...

Sebenarnya Lisa pun plan nak try produk kosmetik nyx ni tapi masih tak berkesempatan nak ke sana. tapi bila tahu dorang dh buka cawangan kat sunway pyramid lagi rasa nak pi beli sebab rumah tak jauh pun dr sana.

Dik bee said...

suka lipstik NYX.. ni dah ada cawangan kat sunway pyrammid mudah la nak pi beli. Mesti rambang mata bila masuk dalam tu kan

Cerita Huda said...

Best yer. Kalau dekat KL ni mmg join dah.

Bella Jamal said...

NYX memang best. Suka NYX Matte Lipstik dia. Btw, tak berkesempatan join sebab kerja. Lagi menariklah store ni sebab lagi besar. Harus pergi melawat ke sini nanti.

Mawardi Yunus said...

wah meriah betul. nasib baik kita lelaki kalau tak habis duit hahaha

Sunshine Kelly said...

I was there too, memang best la semua makeup kat sana

Gja said...

Wah.. meriah betul ek

iffah hussin said...

Meeriah sungguh event NYX ni, yang suka makeup mesti sangat teruja nak pergikan.

Yanty Lee said...

OMG!!!!
Boleh gi lepak sana la nanti , memang selalu pakai lipstic dari brand ni.
Kopak la pasni.