Setiap Cawangan NY Steak Shack Memiliki Sijil Halal JAKIM - emilinda

Wednesday, February 14, 2018

Setiap Cawangan NY Steak Shack Memiliki Sijil Halal JAKIM

Sekitar beberapa tahun lepas, bila sebut sahaja New York Steak Shack, apa yang terbayang diruang mata dan fikiran saya adalah hidangan steak di restoran mewah pada kadar harga yang mahal. Kiranya mengikut mind set saya, ianya kedengaran seperti sebuah restoran makanan barat untuk golongan mewah. Almaklum, waktu itu saya baru sahaja habis belajar. Masih bertatih untuk memulakan kehidupan di kota Kuala Lumpur. Kewangan pun tak berapa nak okay. Memang tak berani la kan nak masuk ke restoran yang kedengaran agak mahal. Lagi pula waktu itu, nama NY Steak Shack ni masih kurang dikenali. Masa tu, bagi yang biasa pergi ke Mid Valley, Sunway Pyramid atau IOI City Mall mungkin tahu lah tentang NY Steak Shack ni. Sehingga la satu hari tu saya berkesempatan ikut kak Eyza ke NY Steak Shack cawangan Sunway Pyramid. Sejak itu la baru saya tahu apa yang saya fikir selama ni tidak betul. Sebuah restoran makanan barat yang eksklusif dan menyediakan masakan barat berkualiti itu betul, tetapi bukanlah pada kadar harga yang mahal. Harga makanan di NY Steak Shack sebenarnya sangatlah reasonable. In fact jauh lebih jimat jika dibandingkan dengan steak house lain kat Malaysia ni.


Sejak dari hari tu, saya sempat la repeat makan kat NY Steak Shack beberapa kali. Lagipun makin lama makin banyak pulak cawangan NY Steak Shack ni sekitar KL dan Selangor. Lagi mudah la nak menyantap steak pada harga yang reasonable tapi masih mengekalkan ciri-ciri berkualiti pada setiap hidangan. Dalam tempoh 3 tahun, NY Steak Shack sudah memiliki 10 cawangan di sekitar KL dan Selangor. Bagi saya, 3 tahun adalah satu tempoh yang sangat singkat. Tetapi NY Steak Shack mampu mengembangkan bisnes mereka dengan cepat. Mana tidaknya, dalam 3 tahun dah ada 10 cawangan. Bukan mudah tau. I am totally impressed!


Pada awalnya saya fikir NY Steak Shack ini merupakan jenama franchise makanan barat dari New York yang mungkin baru mula bertapak di Malaysia. Tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. NY Steak Shack is a home-grown brand! Jenama restoran makanan yang memang bermula dari Malaysia, dan belum ada di mana-mana negara lain lagi. Diusahakan oleh warga Malaysia sendiri, dan apa yang lebih buat saya kagum adalah setiap cawangan NY Steak Shack sememangnya memiliki sijil halal dari JAKIM. Saya agak terkejut dan kagum sebenarnya ye. Kebiasaannya restoran makanan barat jarang memiliki sijil halal (mostly pork-free, but no halal certificate). Dan saya sendiri pernah bekerja di satu company F&B, so saya tahu betapa susahnya prosedur nak mendapatkan kelulusan halal dari JAKIM. JAKIM sangat strict hal berkaitan sijil halal. Kalau dah semua cawangan dah ada sijil halal, makna kata NY Steak Shack ni sememangnya sangat menekankan ciri-ciri kebersihan dan kehalalan setiap bahan yang digunakan untuk penghasilan setiap menu mereka.


Pada hari Isnin yang lepas, saya sekali lagi ke NY Steak Shack. Kali ni saya ke cawangan NY Steak Shack di Melawati Mall untuk makan malam bersama beberapa orang rakan. Melawati Mall ni baru je beberapa bulan dibuka. And for your information, NY Steak Shack di Melawati Mall ni merupakan cawangan yang paling terbarulah untuk NY Steak Shack (cawangan ke 10). Kali terakhir saya makan di NY Steak Shack adalah pada bulan Disember 2017, di NY Steak Shack cawangan Sogo. Kiranya pada hari Isnin yang lepas, kali pertama makan di NY Steak Shack untuk tahun 2018. Nak jugak bagitahu kali pertama tu kan? Hehe.


Sizzling Ribeye Steak with Crispy Garlic

Malas la nak membebel panjang-panjang. Entah korang baca sampai habis entah tidak, kan? Baik mengaku cepat! Haha. Rasanya korang mesti lagi berminat nak tengok gambar makanan yang sempat kitorang makan hari tu kannnnn? Dah faham sangat dah. Tataplah puas-puas gambar makanan kat bawah ni, tapi kalau terliur jangan nak salahkan saya pulak, hiks!

Big Apple Burger

Shrooms & Onions

The Empire Burger

Kalau perasan awal-awal tadi saya ada bagitahu bahawasanya harga makanan kat NY Steak Shack ni tak mahal pun. By saying tak mahal tu, I am comparing the price with other steak house/restaurant. Restoran steak kat luar sana kan memang mostly harga agak mencekik. Kalau sorang makan tak cecah RM70 ke atas, memang tak sah. Itu pun agaknya ambik bahagian daging yang paling kecik dan paling murah. Kalau tak, cecah beratus untuk seorang. Tapi dekat NY Steak Shack ni, untuk seorang makan pun tak cecah RM50. Walaupun harga boleh dikatakan lebih murah dari steak house lain, but trust me you can get the finest quality of steak here. Rasa dia tu bukanlah rasa steak yang cikai. Memang dagingnya lembut, juicy dan cair di mulut bak kata orang. Dari segi presentation makanan pun, memang terbaik. Yang lelaki tu kalau nak belanja awek atau isteri makan kat NY Steak Shack, confirm tak malu. Berbunga je hati pasangan korang kalau korang bawak makan di NY Steak Shack.

The Trio Platter - combination of spicy tangy chicken wings, country fried lamb, ribeye steak, pumpkin rice, pasta and fries. Hidangan untuk 2-3 orang. Tapi portion dia besar, cukup untuk 4 orang.

Walaupun namanya NY Steak Shack, tetapi hidangan yang ada di sini bukanlah steak semata-mata. Turut tersedia hidangan lain seperti burgers, pasta and rice, platters, salad, shakes dan lain-lain. Oh ye, kalau korang ke NY Steak Shack, saya cadangkan korang mesti cuba pumpkin soup dan juga banana milkshake. Selama ni saya bukanlah penggemar pumpkin soup, tapi pumpkin soup dekat NY Steak Shack ni serious sedap! Rasa dia lain sikit. Tekak saya ni boleh terima. Bukan takat boleh terima, tapi licin saya habiskan satu mangkuk. Sedap sangat! Tapi saya lupa nak tangkap gambar pumpkin soup tu, haha. Banana milkshake tu pun, bagi saya sangat sedap dan tak muak walaupun dah minum banyak. Saya perasan kat mana-mana kedai shakes sekalipun, bila minum cepat muak sebab manis sangat. Tapi banana milkshake kat NY Steak Shack ni tak terlalu manis dan tak muak. Rasanya sebab dia guna pure banana puree dari buah pisang yang masih segar kot. Bukan banyak tambah air macam kat kedai lain. So even after setengah jam atau sejam pun, banana shake di Ny Steak Shack masih terasa sedap. Minuman lain saya kurang pasti kerana setiap kali ke NY steak Shack, saya memang order banana Milkshake.


Rasanya dalam masa terdekat ni memang saya akan repeat lagi makan dekat NY Steak Shack. Lepas cuti Chinese New Year la kot. K itu sahaja nak cerita untuk hari ini. Untuk senarai lokasi cawangan NY Steak Shack, korang boleh tengok kat SINI. Untuk senarai penuh menu NY Steak Shack pulak, boleh tengok di SINI.

23 comments:

Kylie wenn said...

Best nya.. I nak makan.. syok nya! hungry after c ur post..

Rabiatul Adawiyah said...

Susah nak dapat sijil halal sebenarnya. Sebab daging tu prosesnya bagaimana dan kebiasaanya daging import memang dah ada cop halal. So kita bleh nikmatinya tanpa was was gituhhh. Akak suka makan stik ni. Dia punya saiz hidangan pun besar. Kenyang huhu.

Zharif Azis said...

Efisiennya Emi. Laju.

Mmg best NYSS nie. First time dtg sni and sgt berpuas hati. Daging dia sgt lembut. Portion pon besar. Kini x ragu2 lagi nk dtg sbb dh disahkan halal oleh jakim.

Dik bee said...

dah pernah makan kat NYSS ni yang kat Sunway Pyramid. memang puas hati sebab portion dia besar. Stik dia pun juice dan tak kering. Best tengok Emi pi makan, ni yang rasa nak repeat lagi ni.. hehe

el said...

Masyallah..menu2 dia superbbb..terliur sungguh ha..yang penting halal..wajib singgah ni sebagai salah satu jjcm heyy

mama tisya said...

ada cawangan terdekat kt opis ni tp tk kesempatan lg nk try

Afizah Abd Rahman said...

Alahaiiii... Kecur ailio tengok. Semua nampak sedap sangat. Tak pernah makan dekat NY Steak Shack ni.

Mrs Virgo said...

nak kena cuba try makan kat sini jugak la..nampak sedap dan menarik

Comel Azhar said...

bestnya.. huhu kalau lah boleh makan sesedap ni.. gigi saya skang tak mampu nak tokak semua ni.huhu

Amanda Suria said...

Pernah makan NY Steak ni..eh menu yang sizzling ribeye steak with crispy garlic tu buat akak tertawan la..akak biasa makan kat One Utama..nanti nak pergi terjah lagi la bawak dania

tenku butang said...

fuh.. nampak menyelerakan semuanya tu weh.. haha.. saiznya pun fuh.. kenyang dan puas hati kalau makan sorang.. kalau share.. tak cukup.. jangan share tau! hahaha.. kat mana ni.. nak pi lah nanti.. tergoda tengok steak tu

dr-Life said...

This is a good news for my Muslim friends as we always looking for halal place for gathering. So far haven't try this yet and it seems delicious and should give it a try.

Racheal

Ana Suhana said...

Baru Ana tau NY Steak Shack ni ada sijil halal. Selalu lalu je sebab kebanyakan restoran western mcm ni pork free je kan. Harga pun tak mahal mana. Boleh terjah MM lah lps ni nampaknya.

Bella Jamal said...

Tak pernah lagi makan kat sini. Baguslah ada sijil Halal so pengunjung tak adalah ragu-ragu. Bila cakap pasal steak tentunyalah sedap. Bolehlah singgah di outlet Mid Valley nanti

Jia Shin Lee said...

I love dining at NY Steak Shack, the food is delicious and the portion is always so generous. I always visit the mid valley outlet.

AyuArjuna BiGoshh said...

Tak pernah lagi makan kat sini. Nampak menu semua menarik tapi bagi saya penting ianya halal.

Mimi Azirah said...

Hahaha..Emi sama mcm akak.kalau dengar nama restoren tu nampak mewah dan ekslusif mind set terus fikir ini restoren makan org have have ni.

JMR said...

Dah beberapa ke NY Steak ni..masa 1st time masuk, mmg ingatkan steakhouse dengan harga tinggi, tetapi ternyata mampu makan dengan harga berpatutan..kualiti pun bagus.

Aneezah Johnson said...

Pernah lalu,mula" ragu gak tapi dah tau semua ada certificate halal bolehlah try makan kat sini hujung minggu nanti

Maisarah Humaira said...

ok jugak tu sorang makan tak cecah RM50. boleh kira berbaloi jugak tu. semua menu pun nampak mengamcam fuhhhh. sedappp

www.maisarahsidi.com

Syafiera Yamin said...

wow Mengancam semua makanan di NY Steak ni... tak pernah lagi cuba. Nanti nak try lah steak dia nampak menyelerakan betul huhu

Hanny Abdullah said...

Alaaa...baca entry ni dlm kol 11pagi..terus krukk krukk perut. Nampak very sedapp..nanti nak cuba jugak lah kalau lalu area sana

Saliza sachari said...

Saya baca sampai habis.. hihihi. Tapi gambar memang mengiurkan. Terasa nak ajak suami g sekarang.