Pengalaman Mangrove Tour di Desa Keroma Eco Resort, Muar - emilinda

Friday, February 9, 2018

Pengalaman Mangrove Tour di Desa Keroma Eco Resort, Muar

Pengalaman mangrove tour di Desa Keroma Eco Resort, Muar merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Membesar di kampung halaman yang agak jauh dari pantai / laut / sungai, saya sememangnya sangat teruja setiap kali dapat menyertai apa-apa aktiviti yang melibatkan air. Tidak keterlaluan jika saya katakana sepanjang fam trip 2 hari 1 malam ke Muar ( Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Pertama & Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Kedua), aktiviti mangrove tour di Desa Keroma Eco Resort merupakan aktiviti yang paling saya gemari berbanding aktiviti-aktiviti lain. Desa Keroma Eco Resort ni sebenarnya masih agak baru dikomersialkan sebagai salah satu tempat pelancongan di Muar. Oh ya, Desa Keroma Eco Resort ini merupakan milikan persendirian.

Jeti Kampung Keroma

Perlahan-lahan meninggalkan jeti

Sesampainya kami di jeti Kampung Keroma, kami dibawa menaiki bot untuk meninjau sekitar kawasan tersebut. Kawasan yang sedang diusahakan untuk menjadi kawasan pelancongan ini mempunyai kepelbagaian aktiviti. Dengan menaiki bot, kami dibawa menyelusuri kawasan berpaya sehinggalah ke kawasan penternakan kupang dan kerang di perairan Selat Melaka. Dalam perjalanan menuju ke pelantar kupang, kami sempat melihat sendiri beberapa individu yang sedang mandi lumpur di kawasan cetek dan berlumpur. Ketika itu, paras air masih lagi rendah. Jangan tak tahu, mandi lumpur sememangnya terbukti bagus untuk kecantikan kulit. 

Mandi lumpur untuk kecantikan di Desa Keroma Eco Resort

Menurut pihak Desa Keroma Eco Resort, kebiasaannya orang ramai datang untuk mandi lumpur di kawasan tersebut dan akan berada didalam lumpur sekitar satu jam setiap sesi. 100% natural, semestinya jauh lebih baik dari mud clay yang dijual dipasaran. Memandangkan jadual perjalanan kami yang agak padat, kami tidak berkesempatan merasai sendiri pengalaman mandi lumpur di Desa Keroma Eco Resort.


Kegiatan menongkah kerang

Meneruskan perjalanan, kami melihat beberapa orang penduduk setempat yang menongkah kerang dikawasan berselut dan cetek. Walaupun keadaan cuaca yang panas terik, kelihatannya mereka sangat gigih meneruskan misi menangkap kerang. Pastinya kulit hangus terbakar dek pancaran cahaya matahari. Gigihnya mereka demi mencari rezeki. Mereka perlu segera melakukannya sebelum paras air mula naik. Alat yang mereka gunakan untuk mencari kerang itu dipanggil tongkah. Saya kira, ini merupakan cara yang agak tradisional dalam menangkap kerang.

Pelantar kupang dari kejauhan


Dari jauh kelihatan pelantar kupang yang didirikan untuk penternakan kupang. Tidak sabar rasanya kami untuk melihat sendiri proses penternakan kupang di pelantar tersebut. Selama ini hanya tahu beli kupang yang dah siap dimasak. Jujur saya sendiri tidak pernah membeli kupang mentah. Kebiasaannya saya beli kupang yang telah siap dimasak. Sesampainya di pelantar kupang, kami dibawa naik ke pelantar seorang demi seorang. Perlu memanjat ye jika ingin naik ke pelantar. Seeloknya pakailah pakaian yang bersesuaian, jangan pula pakai skirt. Nanti tak pepasal bagi free show sahaja, lol. Atau silap haribulan boleh terjatuh ke dalam air.


Sempat posing dulu di atas pelantar

Rupa-rupanya cara penternakan/penangkapan kupang disini adalah dengan cara menggunakan bebenang/tali (saya kurang pasti). Bebenang/tali itu dibiarkan didalam air untuk tempoh yang lama. Apabila diangkat nanti, bebenang itu akan dipenuhi oleh  kupang dari pelbagai saiz. Anggaran berat bebenang yang ditarik itu mencecah 90kg, makanya memang memerlukan tenaga beberapa orang untuk menarik bebenang itu naik ke pelantar.

Bebenang/tali yang dipenuhi oleh kupang

Video cara menarik kupang dari bebenang

Setelah bebenang ditarik ke pelantar, sesi pemilihan kupang pula dilakukan. Kupang yang telah elok saiznya akan ditarik/dicabut dari bebenang untuk dibersihkan. Bertuah kami pada hari itu kerana sebaik sahaja kupang-kupang dikumpulkan dan dibasuh, mereka terus memasak kupang-kupang tersebut di atas pelantar itu sendiri. Kupang itu direbus dengan sedikit serai, tanpa dicampurkan apa-apa bahan lain.

Kupang segar dimasak di atas pelantar

Kupang segar

Subhanallah, sedap sungguh kupang fresh macam ni. Terus dimakan sebaik sahaja di angkat dari kuali. Terasa segar dan manis masin semulajadi kupang. Oh ye, kebiasaannya saiz kupang betina lebih besar berbanding kupang jantan. Saya sendiri tidak pasti cara untuk menentukan jantina kupang, hanya tahu makan sahaja.


Sebelum pulang semula ke jeti, kami sempat melihat proses penangkapan kerang di tengah perairan Selat Melaka dengan menggunakan cara yang berbeza pula. Kali ini mereka menangkap kerang di kawasan yang dalam dengan menggunakan jaring besi. Kaedah ini agak berbeza dengan kaedah penangkapan kerang menggunakan tongkah. Mengikut mereka, fizikal kerang yang diternak adalah berbeza dengan  kerang lain. Perbezaannya boleh dilihat ketara dari segi warna kerang. Hal ini adalah berpunca dari sumber makanan yang diperoleh oleh kerang dan juga persekitarannya.

Menangkap kerang menggunakan jaring besi

Setelah pulang ke jeti, kami dibawa pula melawat ke kawasan penginapan Desa Keroma Eco Resort. Di sana, kami disambut dengan pelbagai juadah minum petang. Pelbagai menu Johor yang dihidangkan seperti Laksa Johor, Pisang Goreng Sambal Kicap, Air Kelapa Gula Kabong, lempeng, ubi rebus dan banyak lagi. Saya sememangnya penggemar laksa Johor. Dah alang-alang kat Johor, semestinya saya tak lepaskan peluang merasai laksa Johor disini. Bagi yang tidak biasa, orang Johor kebiasaannya makan pisang goreng dengan sambal kicap. Saya sendiri sudah terbiasa makan pisang goreng dengan sambal kicap kerana saya pernah belajar di negeri Johor. Kat tempat lain selain Johor, susah nak cari goreng pisang yang dimakan dengan sambal kicap.



Homestay yang disediakan di Desa Keroma Eco Resort sangatlah cantik dan menarik dimata saya. Walaupun kami tidak berkesempatan untuk bermalam di Desa Keroma Eco Resort pada hari tersebut, tetapi kami sempat melihat sendiri keunikan homestay yang disediakan di situ.




Terdapat beberapa jenis unit kediaman yang berbeza dan setiap unit kediaman dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin. Saiz setiap unit kediaman tidaklah terlalu besar tetapi cukup selesa untuk penginapan beberapa hari. Ditepi setiap unit kediaman, terdapat kolam ikan kecil (kolam ikan mengelilingi setiap unit, kecuali bahagian depan unit). Bagi saya, struktur binaan sebegini sangat menarik kerana ia bukan sahaja menyejukkan mata yang memandang, tetapi kolam-kolam itu dapat juga mengurangkan haba persekitaran ketika cuaca panas.


Setiap unit dikelilingi oleh kolam ikan kecil

Dekorasi didalam setiap unit juga kelihatan ringkas tetapi menyenangkan. Setiap unit dilengkapi dengan bilik air persendirian dan dua buah tingkap. Kawasan persekitaran terasa sangat nyaman dan tenang.

Abaikan beg hijau kami :P



Pintu ke bilik air

Desa Keroma Eco Resort juga turut menyediakan ruang untuk melangsungkan majlis seperti majlis perkahwinan atau seumpamanya. Selain itu, Desa Keroma Eco Resort juga sesuai dijadikan tempat untuk team building kerana ia turut menyediakan beberapa aktiviti lain seperti sukan memanah, sukan air dan lain-lain lagi.

Aktiviti memanah juga turut tersedia

Walaupun berkesempatan meneroka Desa Keroma Eco Resort hanya untuk beberapa jam sahaja, tetapi ianya merupakan pengalaman yang cukup berharga bagi saya. Tidak puas rasanya saya berada di Desa Keroma Eco Resort hanya untuk beberapa jam. Saya teringin sekali untuk merasai pengalaman menginap di Desa Keroma Eco Resort untuk jangka masa yang lebih lama bagi membolehkan saya merasai sendiri setiap aktiviti dan kegiatan yang ada di Desa Keroma Eco Resort dengan lebih terperinci. InshaAllah, pada masa akan datang. Akan saya kongsikan lagi pengalaman sekiranya saya berkesempatan ke Desa Keroma Eco Resort lagi pada masa akan datang. Bagi saya, Desa Keroma Eco Resort mempunyai keunikan yang tersendiri jika dibandingkan dengan resort lain. Walaupun Desa Keroma Eco Resort ini masih lagi baru dibangunkan, tetapi sudah menampakkan potensi yang bagus sebagai tempat pelancongan. Yang pastinya Desa Keroma Eco Resort mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk menjadi salah satu resort tumpuan para pelancong tempatan dan juga pelancong luar pada masa akan datang.

Jika korang berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang Desa Keroma Eco Resort, boleh la terjah ke Facebook Desa Keroma Eco Resort. Mana la tahu boleh suggest untuk dijadikan lokasi team building ke nanti, kan?

20 comments:

Cik Rose said...

Menariknya, guna kupang ja.. banyak tempat best kat Muar ni.. nanti boleh jalan sanalah

Liniey Nor said...

Bru tau cmne proses penangkapan kupang tu.. thanks for sharing☺

Nik Khazami Nik aziz said...

bestnya kupang segar. pastu bakar cicah sos. hehe

btw, cantik gambar. camera apa ye?

Haneeza Mohamad said...

fuyooo style ah gambar... tapi memang best kan pengalaman rare tu dapat lihat kutipan kupang dan kerang... emil tak nak buat ke lumur lumpur tu? tips cantik awek korea tuuu.. hehe

Kak Mahh said...

Bagus aktiviti ke lokasi yang liar dari kebiasaan kita. Ini baru menarik dan pengalaman baru.

cc kak fas said...

Muar skg ni dah banyak destinasi pelancongan kan... dah lama tak ke Muar

seri wangi said...

Beskan merasai kehidupan kampung dan merasai pengalaman mencari lokan tentu penat hendaknya sewaktu cuaca panas terik

penaberkala nuar said...

Bestnya join FAM trip. Dah lama tak join trip macam nI. Peluang dapat mendekati masyarakat setempat dan try aktiviti-aktiviti macam nI tak akan dapat kalau kita pergi sendiri. I miss my best old days 😍

alia farhan Said said...

Bestnya trip tu...kupang fresh2 mcm tu mmg sedap kan..rebus lepas tu ratah cicah sos je..perghhh sedap...
Chalet tu pun mcm best ja

amirnawawi said...

Nampak best la Emi. bila gi ni? Susana pun nampak lain.

Nanti kalau gi sini nak cuba la menginap kat tempat ni juga.

harga berbaloi tak bagi Emi?

Amanda Suria said...

Best la emi...kalau la dpt experience makan kupang atas pelantar tu sure best kan..next kalau ada trip macam ni bg la tau..nak join..

Khir Khalid said...

Pengalaman yg menarik ni.. sesekali meneroka keindahan alam semulajadi dan merasa sendiri bagaimana kerja2 sebahagian warga tempatan adalah sesuatu yg berharga. Selain tu, rekabentuk chalet tu cantik2 dan nampak selesa. :)

nurul atikah said...

Bestnya... baru tahu macam mana nak tangkap kupang. Bertambah best lagi bile tengok chalet tu. Pengalaman yang lain dari yang lain.

Zayani Zulkiffli said...

Uih, Serious lah mandi lumpur sampai paras dada? Carik kerang ke? Mana gamba Emi berlumpur? haha

Syafiera Yamin said...

Bebenang tali dipenuhi dengan kupang tu sangat awesome, nampak mcam senang je kan kalau macam tu no wonder lah kupang ni tak mahal sangat.. makan pun sedap.

nice experience ! thanks for sharing ;)

Bella Jamal said...

Best trip macamni. Btw sy tk dapat nak commit masa pula nak join. Tak pernah tengok cara penternakan kupang. Bet it was a valuable moment then

iffah hussin said...

bestlah aktiviti dekat air, Bonde memang suka sangat... lepas tu cari kupang tu memang menarik sekali, dapat makan kupang fresh sedapnya!

AyuArjuna BiGoshh said...

Cantiknya rumah-rumah resort kat sini. Unik dan elemen tradisi still dikekalkan. Paling menarik ada kupang segar blh kita ygk secara live/ pengalaman yang tak boleh dibeli di mana-mana

Adib SIte said...

Wah cantik betul view kat situ + teknik amik gambar pun cantik..

shaharuddi ahmad said...

rasanya ada oenghawa dingin tak.