Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray Membantu Mengurangkan Masalah Hidung. - emilinda

Friday, February 9, 2018

Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray Membantu Mengurangkan Masalah Hidung.


Korang ada alahan / alergik pada apa-apa makanan atau persekitaran tertentu tak? Sesetengah orang kadang tak ambil kisah sangat pasal alergik ni sebab tak terlalu serius. Macam saya, alergik terhadap beberapa jenis makanan. Tapi nak buat senarai pun macam tak berapa tepat jugak sebab selagi kita tak makan makanan tu dulu dan alami kesan alergik, kita tak tahu pun bahawasanya kita sensitif terhadap benda tu. Macam saya sendiri, ada la beberapa jenis makanan yang saya tahu akan menyebabkan simptom gatal-gatal kat hidung, kerap bersin, merah-merah sekitar hidung dan mata, susah nak bernafas sebab nasal passages blocked and swollen. Kadang-kadang kalau dah teruk sangat boleh menyebabkan sakit kepala dan demam. Puncanya sikit je tersalah makan, terus terpaksa mc tak pergi kerja. Waktu tidur pun terganggu bila kena sinus congestion ni. Itu yang menyampahnya. Sneezing all the time, sampai naik segan dekat colleagues. Yela, sebab kita asyik duk sneezing je, member sebelah nak buat kerja pun terganggu. Selain faktor pemakanan, saya juga alah kepada debu-debu dan habuk, serba bau-bauan yang terlalu kuat. Sungguh, boleh sampai demam dan migraine. Selain tu, kalau suhu terlalu sejuk pun boleh menyebabkan sinus. Itu antara alahan yang biasa saya lalui la. Lain orang lain alahannya.


Kebelakangan ni suhu kat Malaysia sejuk betul ha. Dah fefeeling kat oversea dah. Suhu sejuk macam ni pun menyumbang jugak menjadikan sinus lebih teruk. Duk sok sek sok sek je pergi kerja pun. Nak mc kerap sangat macam not nice la pulak untuk performance kerja kan. Simptom-simpton kecil macam ni la sebenarnya yang sedikit-sebanyak mengganggu rutin harian kita. Nak fokus buat kerja macam biasa pun payah. Memang terganggu la pendek kata. Itu untuk saya yang dewasa ni. Untuk kanak-kanak lagi la kesian, sebab antibodi dan system imunisasi tak sekuat orang dewasa.



Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray oleh seorang kawan. Katanya Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray menggunakan Invisible Airshield Technology, teknologi perlindungan AirShield yang berkesan dari UK. Mula-mula rasa macam “Eh, okay ke benda alah ni? Memang menjadi ke?”. Tapi dengar feedback positif dari kawan-kawan yang lain terus bersemangat nak cuba. Didatangkan dalam kotak yang kemas dan cantik, kira tak macam produk-produk cikai la. Nampak trusted. 



Clinically proven to instantly kills 99.99% influenza virus, aspergillus, MRSA & Candida. Improves immunity to keep away sinus, nasal allergies and irritated nose. 1 spray, 12 hours protection and no alcohol”. Itu apa yang terpapar kat kotak. Selamat digunakan untuk bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung. Tapi Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni bukan sejenis ubat tau. Something like sanitizer la. So korang jangan pulak pi sembur direct dalam hidung ke kat kulit ke. That is not how we use this spray. Tapi kalau terkena kulit pun takpe, sebab ia diperbuat daripada mineral aktif dan langsung tidak merbahaya, walaupun terhadap kanak-kanak atau bayi. Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh bertahan selama 12 jam.



Cara yang betul untuk gunakan Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni adalah dengan semburkan dekat pakaian, sembur dekat bantal dan tilam, atau sembur dekat udara sekeliling. Alah, sama konsep macam sembur perfume. Kalau korang jenis yang pagi-pagi asyik duk bersin merah hidung bagai tu, sebelum tidur korang spray Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray kat bantal. InshaAllah pagi esoknya kurang bersin-bersin tu. Dia bertindak macam sanitizer. Membunuh bakteria dan kuman-kuman disekeliling kita. Saya cadangkan supaya mengguna dosage seperti yang disarankan oleh THYMOS, sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada, dan 6 semburan pada bantal atau katil sudah memadai. Satu semburan boleh bertahan kesannya sehingga 12 jam. Saya sembur dekat bantal jugak. Dah beberapa hari duk sembur Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray kat bantal sebelum tidur. Alhamdulillah memang membantu mengurangkan all those sneezing in the morning. Pergi kerja pun dengan mood lebih ceria dan sihat. Bila mood okay, nak buat kerja pun lebih semangat dan produktif.



Bila dah rasai sendiri keberkesanan penggunaan Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni, rasa excited betul nak cerita kat kawan-kawan lain yang ada masalah sinus/nasal allergic ni. Tahu memang masalah ni dialami oleh ramai sangat orang. Dah jadi macam perkara biasa dah. Kat mana boleh dapatkan Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni? Boleh beli dekat Guardian. Kat tempat lain tak pasti pulak ada jual ke tak. Tapi kat Guardian ada jual pada harga RM69.90. Itu harga sekarang la sebab ianya harga pengenalan. Harga asal dia RM75. Tak pasti sampai bila ianya dijual dengan harga RM69.90 ni.

Sebelum korang beli tu, rajin-rajinkan lah diri usha lebih detail lagi tentang Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni kat website / Facebook dorang. Jangan kata sis tak kongsi benda baik ye, hehe.

Malaysian Distributor: http://www.enapakmarketing.com/ 
atau 

17 comments:

Hans said...

wah bagus lah item nih

tenku butang said...

cara terbaru untuk atasi masalah sinus selain daripada sapu minyak angin di hidung .. haha.. yang ni tak payah sembur pada kulit kan? just spray kat tempat-tempat tertentu seperti sofa dan kawasan yang dirasakan berhabuk atau udara tak segar.. kan kan emi?

Khir Khalid said...

Bagus ada produk mcm ni utk atasi sinus. Tambahan lagi tengok botol tu mmg memudahkan utk dibawa ke mana2. Nak dptkan jugalah nanti produk ni. Thanks sharing :)

Kak Mahh said...

Sehari dua ini akak asyik baca review produk ini. Nak minta satu lah dengan tuan blog ...kirim satu ke Sabah.

amirnawawi said...

Wah bagus la. Harga pun boleh tahan mampu milik. Memang sesiapa yg elergik kena ada ni.

Lagipun kecil je saiznya. Muat poket kot

Amanda Suria said...

Product baru utk mengatasi allergik sinus dan macam2 lagi kan..bagus dengan packaging comel sesuai di bawa kemana shj..

adianiez AIDA said...

Wah. Ramai dah guna thymos ni ye?
Terbaiklah. Maknanya it is proven bagus la.
Lagipun ia kecik, masuk dlm handbag.
Mudah. Mujarab!

penaberkala nuar said...

Terbaiklah produk ni, hanya perlu sembur je kan? biasa saya guna minyak angin cap kapak. Maybe next time boleh try produk ni

onlajer said...

Dulu sebelum 2012 saya pun selalu hadapi masalah ini,lagi lah waktu subuh time tu lah lagi kuat.
Jadi kena juga lah cari ubat, so untuk yang memang ada masalah gatal 2hidung selsema pagi elok lah dapatkan ubat ini

Aneezah Johnson said...

rasa macam nak beli satu pula,bukan apa kat sekolah asyik bersin" especially waktu pagi. mungkin kalau ada produk ni boleh kurang sikit bersin".

Codex Sec said...

produk ini seperti halnya pengharum mulut ya, hanya saja ini untuk hidung. Baru tau soalnya. Makasih infonya ya. Apalagi ini bisa digunakan untuk anak-anak.

AyuArjuna BiGoshh said...

Produk mcm ni mmg kena standby ada kat rumah. Aptah lg skrg ni mcm2 nslh pencemaran. At least kita boleh mencegah sebelum tekena

Cindy Chan said...

My bro have serious sinus issue. Will try this thing out to see if it works.

JMR said...

benda wajib bila travel ke tempat-tempat sejuk ni. tenkiu for sharing

Jia Shin Lee said...

This is really worth recommending to those who have sinus problems. Thank God I don't have any but I know friends who have it and it's very difficult for them especially in the morning. Gonna introduce to them.

I am Tini said...

saya pun ada masalah sinus ni.. tapi kadang-kadang laa bila bekerja dekat tempat berhabuk... hmm.. rasa nak cuba keberkesanan dia nanti..

Sunshine Kelly said...

I read many good reviews about this product but i have not try it yet.