Album LOST Tampilkan gandingan Vessbroz dan Beberapa Artis Antarabangsa - emilinda

Monday, February 12, 2018

Album LOST Tampilkan gandingan Vessbroz dan Beberapa Artis Antarabangsa

Pernah dengar tentang kumpulan duo Vessbroz tak? Kali pertama saya dengar nama Vessbroz ni sekitar sebulan yang lepas. Mula-mula macam clueless jugak, Vessbroz ni nama orang ke atau nama kumpulan? Lepas dah buat research sikit kat internet barulah dapat gambaran serba sedikit tentang Vessbroz.


Vessbroz ni merupakan kumpulan duo yang terdiri daripada dua orang adik-beradik dari Taheran, Iran. Kedua-dua penyanyi Iran yang bernama Armia dan Arsham ini kini menetap di Kuala Lumpur dan baru-baru ini mereka telah menandatangani kontrak dibawah Sony Music Malaysia. Mereka merupakan penerbit muzik, DJ dan Remixing duo yang menghasilkan muzik berkonsep Electro-Pop sebagai genre utama dan House Music sebagai genre kedua.  Electro-pop ni muziknya catchy, bukan pesen yang mendayu-dayu tu. Walaupun baru memasuki industri muzik pada tahun 2015, Vessbroz telah berjaya menyampaikan lagu-lagu dari genre "deep house" sehingga "dance floor".


Kumpulan duo Vessbroz telah pun mengeluarkan album antarabangsa pertama mereka yang berjudul LOST. Album pertama ini dilancarkan selepas Vessbroz melancarkan sepuluh buah singles mereka pada tahun lepas.  Selain Vessbroz, album LOST ini turut menampilkan beberapa artis dari seluruh dunia - Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Terdapat 3 orang artis Malaysia yang turut berduet dengan Vessbroz didalam album LOST iaitu Datuk Zainal Abidin, Nadeera, dan Faradhiya.


Terdapat keseluruhan 11 lagu yang dimuatkan didalam album LOST :

  1. Lost Cause // Kyle Davis
  2. Nothing // Kyle Davis
  3. Show You // Black Gs
  4. Like She Does It // feat. Nadeera
  5. Fleeting // feat. Datuk Zainal Abidin
  6. Never Know // feat. Faradhiya 
  7. Strong Word // feat. Britney Nieves & Kyle Davis
  8. Horror Film // feat. Kyle Davis
  9. Better Than This // feat. Dylan Thomas
  10. Fearless // feat. Arastella
  11. Fallen Feathers // feat. Mehrdad Mozart

Saya sendiri dah pun memiliki album LOST ni. Dah dengar sendiri kesemua lagu yang ada dimuatkan di dalam album ini. Not bad, best jugak layan sambil siapkan kerja atau sambil duk lipat kain baju kat rumah tu. Ada beberapa lagu dari album LOST ni yang saya suka ulang dengar berkali-kali iaitu Never Know, Better Than This, Horror Film dan Nothing. Paling suka lagu Never Know. Bestlah, lagi-lagi sebab duet dengan Faradhiya kan. Saya memang salah seorang peminat Faradhiya, suka suara dia.


Kalau korang buka lagu-lagu Vessbroz ni kat Youtube, banyak view tau. Kiranya memang mendapat sambutan la. Lagu-lagu Vessbroz ni kalau dengar dua tiga kali, lepas tu dah boleh terngiang-ngiang rentak dia kat kepala kita, haha. Kat bawah ni ada saya tampalkan beberapa music video Vessbroz untuk halwa telinga korang.



Untuk sebarang urusan berkaitan Vessbroz, boleh berurusan terus dengan Pengurus Promosi, Sam Kassim. Kalau rasa nak usha-usha penyanyi Vessbroz dua beradik ni, boleh follow Facebook dan Instagram dorang.



Sam Kassim
Pengurus Promosi
Telefon : +6019-211 2288
Email : samkassim@gmail.com

18 comments:

Kylie wenn said...

Wow! They looks so cool, both of them... Nice album they r producing...

Ana Suhana said...

Ana pun baru dgr pasal Vessbroz ni. Dari iran dan menetap di KL rupanya. Sedap juga lagu mereka. Catchy and fresh.

Amanda Suria said...

Dua beradik dari Iran kan...lagu diorang pun ok sedap...catchy

Yanty Lee said...

Terus dengar , suka pula. argghh sudah... Baru taw pasal derang ni..

Sang aura said...

ala...haritu ada dapat invitation untuk pelancaran album ni.. rugi pula tak pergi..hee.

Hasif Hamsyari said...

Wahhh kena dengar ni! Mood lagu rentak elektro pop ni pun sesuai gak nak buat senam2 kan. Haha.

Syafiera Yamin said...

wow serious dorang nampak sangat handsome, eh tapi tak baik tenung lama-lama lelaki lain selain laki sendiri hahaha, nanti ada masa I dengar lagu diaorang

Aneezah Johnson said...

Waaa,memang kena dengar ni. Tajuk pun dah menarik perhatian,tak sabar nak dengar lagunya

Zayani Zulkiffli said...

Popular deorang ni sebenarnya. Cuma kita jarang dengar pasal deorang. Lagu pun not bad.

tenku butang said...

TB pun ada dengar lagu diorang, bolehlah menjadi halwa telinga dikala time nak buat kerja kat rumah.. hehe.. TB baru tahu yang diornag ni 2 beradik.. huhu.. patutlah muka serupa je.. boleh masuk list lagu best TB gak ni nanti..

Mawardi Yunus said...

First time jugak dengar pasl duorang ni, lepas ni nk usha la dengar lagu-lagu diorng.tengok penmpilan diorang pon dh leh jngka tuh

yaya_flanella said...

Boleh tahan juga lagu diorang sedap didengar. Yaya baru tahu pasal diorang ni :)

Nurhasanah Ismail said...

first time dgr tentang vessbroz. Best juga lagu dgn farahdiya tu. Unik :)

JMR said...

Pertama kali dengar nama duo ni..terus on youtube and dengar nyanyia diorang..not bad gak..ingatkan orang kita at 1st..

Bro Framestone said...

1st time dengar pasal artis ini.. Moga dipermudahkan perjalanan seni mereka di Malaysia... Kita memang perlukan kelainan... Asik Indon je

dboystudio said...

layan gak lagu dia sampai habis dgr with farahdiya tu. jauhnya dari iran buat lagu kat sini :)

Mimi Azirah said...

Lagu Fleeting dan Never Know tu best suka dengar

Sunshine Kelly said...

This looks cool! Let me go check out their youtube, best juga.