November 2018 - emilinda

Wednesday, November 28, 2018

PPZ-MAIWP Perkenal Kempen "Jadi Kaya Dengan Zakat" Untuk Permudahkan Orang Ramai Menunaikan Zakat.

November 28, 2018 11
PPZ-MAIWP Perkenal Kempen "Jadi Kaya Dengan Zakat" Untuk Permudahkan Orang Ramai Menunaikan Zakat.
Tinggal lebih kurang sebulan je lagi sebelum tahun 2018 melabuhkan tirai. Hujung tahun macam ni syok la semua orang berbelanja kan? Almaklum, sana sini ada promosi jualan bersempena hujung tahun. Dalam duk leka berbelanja, jangan lupa pula untuk tunaikan kewajipan kita untuk membayar zakat. Bukan gedung beli-belah je tau yang mengadakan kempen promosi hujung tahun, tapi pihak Pusat Pungutan Zakat - MAIWP  (PPZ - MAIWP) turut mengadakan kempen bersempena penghujung tahun 2018. Kempen yang dinamakan kempen  'Jadi Kaya Dengan Zakat' ini bertujuan menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum. Didalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.


Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Selain membayar zakat tahun 2018, pihak PPZ-MAIWP juga turut menggalakkan para muslimin dan muslimat untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat.

Mungkin tak semua dari kita tahu tentang kepelbagaian medium pembayaran zakat pada masa kini. Demi menggalakkan orang ramai membuat bayaran zakat, pihak PPZ-MAIWP telah menyediakan pelbagai medium/saluran pembayaran zakat. Antaranya ialah :

Bayar Zakat Melalui Kaunter PPZ-MAIWP

Bagi orang ramai yang selesa berurusan di kaunter, pihak PPZ-MAIWP menyediakan 11 kaunter PPZ-MAIWP yang dibuka 7 hari seminggu termasuk cuti umum ( dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang sepanjang Disember 2018 ). Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP adalah seperti berikut.
  1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
  2. Plaza RAH, Kampung baru
  3. Masjid Negara
  4. KLSC Wangsa Maju
  5. UTC KL, Pudu Sentral
  6. Presint 9, Putrajaya
  7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
  8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
  9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
  10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong
  11. Labuan Times Square
Turut ditampilkan juga Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail di kaunter-kaunter tersebut pada tarikh-tarikh tertentu. Sambil bayar zakat, boleh la jumpa selebriti yang turut mempromosikan kempen zakat ini.

Bayar Zakat Melalui Portal PPZ-MAIWP - http://www.zakat.com.my

Untuk orang ramai yang agak sibuk dan tak sempat ke mana-mana kaunter zakat, mereka boleh buat pembayaran secara online di portal www.zakat.com.my . Ini merupakan salah satu cara yang agak praktikal bagi orang ramai. Kenapa?
  1. Penggunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya. Bila dah buat pembayaran, terus dapat resit on the spot.
  2. Disediakan kalkulator pengiraan zakat secara automatik yang lebih ringkas dan mudah. Tak payah pening-pening korang nak fikir formula pengiraan zakat dah.
  3. Terdapat satu ciri-ciri yang cool iaitu Troli Zakat. Troli Zakat ni membolehkan orang ramai membuat pembayaran pelbagai jenis zakat dalam satu masa. Sangat praktikal!
  4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger untuk menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan. 
  5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat turut disediakan.
  6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan. 
  7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada. Takde alasan lagi untuk lengahkan pembayaran zakat.

Selebriti Amar Baharin turut aktif mempromosikan medium pembayaran zakat secara online ini. Bak kata Amar Baharin, dunia dihujung jari.

Bayar Zakat Melalui Perbankan Internet

Jangan tak tahu, nak buat pembayaran zakat dekat bank pun boleh. 14 bank telah dilantik sebagai ejen kutipan zakat bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Imam Muda Asyraf turut sama menjayakan kempen bayaran zakat melalui perbankan internet ini.

Bayar Zakat Melalui Kaunter Bergerak Zakat PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP turut memperkenalkan perkhidmtan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat minimum RM5000 dan ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak PPZ-MAIWP ke lokasi pembayar zakat untuk membuat kutipan zakat. Mereka boleh ke rumah kita, atau ke pejabat. Bagusnya kalau bos kat setiap syarikat mengaturkan agar pihak PPZ-MAIWP ke pejabat mereka untuk membuat kutipan zakat dari para pekerja. Boleh hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran door-to-door ini ialah Bell Ngasri.


Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP

Selain medium pembayaran yang dah saya sebutkan diatas, salah saty inisiatif PPZ-MAIWP yang sangat saya puji ialah apabila pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat, lebih faham dan terbiasa dengan ibadah zakat. Kanak-kanak tersebut akan memperolehi tabung khas bagi menggalakkan aktiviti tersebut. PU Azman merupakan antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi menggalakkan kesedaran tentang zakat dalam kalangan kanak-kanak ini. Bak kata PU Azman, beri pendedahan sejak kecil tentang ibadah zakat, supaya mereka terbiasa dan lebih faham, selain mendidik rasa tanggungjawab dalam diri mereka.


Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan.

Kempen ' Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.


PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya.

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'

Monday, November 12, 2018

Percutian ke Bali Lebih Berbaloi Dengan Pakej Kombo Traveloka.

November 12, 2018 22
Percutian ke Bali Lebih Berbaloi Dengan Pakej Kombo Traveloka.
Kebelakangan ni tengok ramai betul kawan-kawan pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Disebabkan saya sendiri belum pernah jejakkan kaki ke Bali, saya merasa agak teruja setiap kali ternampak kawan-kawan ceritakan tentang percutian mereka ke Bali. Sungguh, Bali merupakan salah satu destinasi percutian yang ada dalam wishlist saya. Mungkin nanti, apabila sudah punya pasangan. Ewahhh, gituu. Buat masa sekarang saya tak mampu nak travel sorang-sorang. Kagum betul saya dengan kaum hawa yang berani untuk travel secara solo. Saya belum punya keberanian sebegitu. Nak ajak kawan-kawan ke sana pun, masing-masing tengah sibuk dengan urusan kehidupan masing-masing. Makanya berhuhu la saya kat Malaysia ni sambil baca perkongsian rakan-rakan lain tentang Bali. Ada jugak saya duk usha Bali tour packages, kot-kot la nanti ada rezeki nak ke sana. Survey dan rancang je dulu, nak ke sananya entah bila.


Berdasarkan pengalaman saya sendiri, setiap kali merancang percutian memang terasa agak leceh. Nak kena rancang jadual perjalanan (itinerary), nak kena buat tempahan tiket penerbangan, nak kena survey dan tempah penginapan, nak kena rancang budget lagi. Eh boleh dikatakan itu semua antara perkara yang boleh mendatangkan stress sebelum memulakan percutian. Kalau pergi secara berkumpulan, boleh la bahagi tugas. Sorang setelkan tiket penerbangan, sorang uruskan soal penginapan, sorang lagi susun itinerari. Itu kalau pergi dalam kumpulan la. Kalau setakat pergi bercuti berdua, atau travel solo? Haaa jawabnya kena la rancang dengan sangat teliti dan awal supaya tak kalut sangat nanti.

Nak memudahkan lagi urusan setiap kali merancang percutian, salah satu caranya adalah dengan mendapatkan pakej kombo penerbangan + penginapan terus. Salah satu website yang menawarkan pakej kombo penerbangan + penginapan ke Bali adalah Traveloka. Tawaran pakej kombo penerbangan + penginapan ini merupakan ciri-ciri terbaru yang ditawarkan oleh Traveloka. Dulu tak ada pun pakej kombo macam ni. Nampaknya Traveloka dah menambahbaik dan mempelbagaikan lagi ciri-ciri yang ada untuk para pengguna. Menarik betul ciri-ciri terbaru dari Traveloka ni! Selain pakej kombo ke Bali, Traveloka turut menawarkan pakej kombo yang berbaloi ke destinasi yang lain.


Kenapa saya sarankan ambil pakej kombo penerbangan + penginapan dari Traveloka? Pertamanya, supaya boleh jimat dari segi kos. Saya sendiri dah bandingkan harga di Traveloka. Kalau booking flight dan hotel sekali, kadar harganya memang lebih menjimatkan berbanding booking secara berasingan. Zaman sekarang ni selagi boleh berjimat, memang kita nak berjimat la kan? Kenapa nak bayar lebih sedangkan boleh jimat banyak apabila booking secara kombo? Don’t worry, walaupun ianya adalah pakej kombo tetapi kita sebagai pengguna tetap memiliki kebebasan untuk memilih dan menyesuaikan apa yang kita nak untuk perjalanan kita tu. Contohnya kalau kita ada preference airlines kita tersendiri bila travel, dengan pakej kombo ni kita tetap bebas memilih untuk combine mana-mana airlines dengan mana-mana hotel yang kita nak. Syok kan macam tu? Walaupun ambil pakej kombo, tapi kita tetap boleh memilih demi keselesaan kiat sepanjang perjalanan tu.

Last but not least, untuk pakej kombo penerbangan + penginapan Traveloka ni, korang turut memiliki kebebasan dalam membuat pembayaran. Haaa gittewww! Mana taknya, korang boleh pilih nak bayar cash ke, bayar pakai kad ke, bayar secara online ke. You name it, they accept various kind of payment methods! Nak bayar secara instalment pun boleh okayyyyy. Tak payah nak tunggu cash berkepuk-kepuk dulu baru boleh travel.


For those yang biasa beli tiket flight atau booking hotel menggunakan Traveloka, rasanya mesti takde masalah dari segi car anak booking tu. Traveloka ni memang user-friendly, senang sangat nak guna. Untuk booking pakej kombo dari Traveloka ni, korang cuma perlu masukkan destinasi, tarikh travel dan tempoh penginapan je dekat search console. Nanti akan keluar list of flight & hotel yang korang boleh pilih. Pilih la flight mana yang korang suka, hotel mana yang korang suka. Lepas dah pilih, kalau nak tukar boleh klik Change Room atau Change Flight. Dah confirm semua, make sure check lagi sekali in case tersalah masukkan tarikh ke apa ke. Semua dah betul, boleh proceed dengan pembayaran. Senang kan? Hehe.


Bila booking dari Traveloka ni, korang kena sentiasa alert kalau-kalau ada promo code sebab Traveloka memang suka bagi promo code. Check je promo code tu dekat header website. Untuk pakej kombo Traveloka ni, korang boleh dapati di laman web Traveloka atau aplikasi android. Untuk iOS belum ada lagi buat masa sekarang. Oh ye, untuk pakej kombo Traveloka ni hanyalah melibatkan tiket flight dan penginapan sahaja tau. Untuk tour guide segala bagai tu, korang kena uruskan sendiri. Nak senang cari je sesiap tour guide sebelum korang ke sana. Kalau tak hire tour guide, nanti masa banyak terbazir duk sesat kat tempat orang je. Kalau ada tour guide, tersusunlah sikit perjalanan kita sebab dia boleh bantu lancarkan urusan perjalanan kita kat sana.

Thursday, November 8, 2018

Review Filem Operasi X - Filem Aksi Yang Santai

November 08, 2018 29
Review Filem Operasi X - Filem Aksi Yang Santai
Semalam lepas kerja, saya ke Mid Valley untuk menonton filem Operasi X di panggung wayang. Gigih kan pergi tengok wayang hari bekerja? Haha. Awalnya saya fikir kalau saya pergi hari bekerja mesti tak ramai sangat orang macam hari minggu. Tapi eh, jangkaan saya meleset sama sekali. Penuh jugak 1 hall untuk filem Operasi X The Movie tu. Nasib baik awal-awal lagi saya dah beli tiket secara online, kalau tak mesti dapat seat yang tak best.


Kalau korang ingat la, hari tu saya ada kongsikan trailer filem Operasi X ni kat blog saya, dan ada saya utarakan keterujaan saya untuk menonton filem ini. Ikutkan hati hari pertama keluar kat panggung wayang dah nak pergi tengok. Tapi waktu tu saya masih kat kampung. Pagi semalam baru sampai KL, terus booking tiket untuk tengok filem Operasi X ni.


Filem Operasi X ini berkisar tentang ASP Redzuan (lakonan Dato’ Aaron Aziz), seorang anggota polis yang hampir meninggalkan dunia siasatan jenayah setelah menyaksikan sendiri kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman (lakonan Hairi Safwan). Memutuskan untuk membawa diri ke sebuah pulau yang tidak diketahui, ASP Redzuan turut menyembunyikan identitinya dari warga setempat. Disaat ASP Redzuan mula jatuh cinta akan keindahan dan ketenangan hidup di pulau, ASP Redzuan mendapat kunjungan mengejut dari Dato’ Mokhtar (lakonan Datuk Yusof Haslam) dan DSP Anwar (lakonan Rahhim Omar). Kunjungan itu bertujuan untuk membawa ASP Redzuan kembali ke dunia siasatan jenayah. Pada awalnya ASP Redzuan berkeras untuk terus tinggal di pulau, tetapi akhirnya mengubah fikiran demi membongkar siapakah dalang disebalik kematian Inspektor Aman. Disertai 4 orang ahli operasi yang memiliki kepakaran masing-masing, mereka memulakan operasi yang diberi nama Operasi X. Operasi X bertujuan untuk menumpaskan Geng Belut (lakonan Dato’ Awie), sindiket penyeludupan yang semakin berleluasa di rantau ini.



Lepas tengok trailer filem Operasi X, saya jangkakan watak Belut yang dibawa oleh Awie adalah watak yang serius dan kejam. Yela, watak ketua gangster kot! Memang teruja la nak tengok Awie bawa watak antagonis. Selalu asyik tengok Awie bawa watak jiwang dan komedi je. First impression bila tengok penampilan watak Belut ni, saya terbayang watak Kim Bong-Gu / John Mayer dalam drama korea The King 2 Hearts. So dalam bayangan saya, watak Belut ni merupakan ketua gangster yang pendek bulat, kejam, kesunyian, hati kering, psiko dan annoying. Tapi, rupa-rupanya watak Belut ni adalah ketua gangster yang dalam hati ada taman gitteww, haha. Hatinya mudah tersentuh dan sangat sentimental, tak macam gangster-gangster lain. Tak kering gusi sepanjang dalam wayang duk tengok scene kelakar spontan si Belut ni. Almaklum, kita dah terbiasa tengok Awie bawa watak kelakar. So bila dia bawak watak acah-acah serius macam ni pun, kelakarnya tu tetap ada. Asal keluar je scene Belut, memang satu hall bantai gelak! Dalam kelakar tu ada jugak scene serius. Contohnya scene Belut marah sangat sampai pecahkan gitar, terkesima orang kanan dia dibuatnya.



Untuk watak ASP Redzuan pulak, rasanya Aaron Aziz dah biasa bawa watak macam ni. Karakter polis yang komited dengan kerja, dan malu-malu kucing tak reti mengorat. Masa kat pulau tu si ASP Redzuan ni dah terjatuh cinta dekat Cikgu Ayu (lakonan Hanna Aqeela). Alahai, nak mengorat pun malu-malu kucing hahaha. Pastu time nak propose Cikgu Ayu, siap bagi pickup line sambil buat muka comel.


Watak-watak lain tu semua ada peranan masing-masing. Watak Bashah (lakonan Nasir Bilal Khan) dan Lady Lion (lakonan Rafizah Shima) sebagai orang kuat Belut, masing-masing ada kekuatan masing-masing dalam membawa watak. Selalu duk tengok Nasir Bilal Khan bawa watak orang tua yang warak (watak Pak Adi dalam Tanah Kubur), tapi alih-alih dalam filem Operasi X ni dia jadi orang jahat pulak. Terkezutttt kita, hahah. 4 orang ahli operasi iaitu Janggut si hacker (lakonan GBob), Nash pakar penyamar (lakonan Nashra ), Pablo yang hebat bertarung (lakonan Hairul Azreen), dan Ali Mat pemandu handalan (lakonan Hefny Sahad). Watak diorang berempat ni nampak je macam sekadar watak sampingan, tapi watak masing-masing diketengahkan dengan baik menerusi beberapa scene. Dialog diorang pun pesen sempoi dan kelakar yang spontan.



Eh tapi saya suka betul dengan elemen kasih sayang yang ditunjukkan dalam cerita ni. Bukan kasih sayang dengan pasangan bagai tu. Tapi elemen kasih sayang antara Belut dan adik dia, Mat Bong (lakonan Amerul Affendi). Nampak tau betapa sayangnya si Belut dekat adik dia tu. Dia punya sedih bila dapat tau adik dia dah mati, haishhh. Waktu Belut dapat tahu siapa sebenarnya yang bunuh adik dia Mat Bong, real betul nampak Belut punya rasa terkilan dan marah tu.  Amerul Affendi tu sesuai betul dia kalau bawak watak macam ni - kaki gangster, mat dadah, kaki perempuan (senang cerita, watak yang macam takde masa depan). Walaupun dia selalu bawa watak sampingan je, tapi memang suka gila tengok setiap lakonan dia. Nampak kesungguhan dia dalam menjayakan watak. Selain kasih sayang antara Belut dan Mat Bong, kita boleh lihat nilai persahabatan melalui keakraban ASP Redzuan dan kawan baiknya Inspektor Aman. Sedih gila scene Inspektor Aman mati kena tembak tu. Tak dapat terima hakikat dan rasa bersalah atas kematian kawan baik dia, sampai nak berhenti dari jadi polis. Lepastu siap flashback kegembiraan mereka waktu Inspektor Aman baru kahwin lagi. Isk, mata masuk habuk kejap.


Operasi X The Movie ni secara amnya merupakan filem aksi. Jadi memang ada la scene yang memaparkan babak aksi tembak menembak, pertempuran bagai tu. Memang teruja tengok babak aksi yang dibawa. Babak aksi yang diketengahkan tak keterlaluan pun, so sesuai juga untuk tontonan kanak-kanak. Lagi pulak ada watak Dato’ Yusof Haslam sebagai ketua polis, terus fefeeling tengok Gerak Khas, hehehe. Konflik kematian Mat Bong tu la yang memarakkan rasa marah Belut terhadap polis. Nak tahu siapa sebenarnya yang bunuh Mat Bong, korang kena tengok sendiri la. Kang tak pepasal saya kena marah sebab banyak sangat kasi spoiler, haha.


Nak kata filem Operasi X ni perfect tu tak la. Pada saya, ada aspek yang masih boleh diperbaiki untuk filem seterusnya. Contohnya dari segi CGI, ada la beberapa babak yang CGInya nampak kurang real. Tapi tak semua la, hanya beberapa. Salah satunya babak ketika lori meletup dan terbakar tu, Nampak kurang real. Selain tu, dari segi kawalan bunyi. Ada ketikanya sound macam terlebih kuat untuk beberapa scene. Selebihnya saya rasa filem ni secara keseluruhannya not bad. Memang syok layan bersama keluarga atau rakan-rakan. Tak kering gusi weyh, tapi takdela dorang buat lawak bodoh yang entah pape dan dibuat-buat. Elemen kelakar yang dibawa dalam filem ni semuanya nampak bersahaja dan spontan.



Konklusinya, saya bagi 4/5 bintang untuk filem Operasi X. Jalan ceritanya bagus dan tak terlalu berselirat, ada pengajaran tersendiri. Jalan cerita dia tak slow macam sesetengah filem. Walaupun sarat dengan pengajaran, tapi filem ni tak terlalu berat untuk ditonton. Tak memerlukan korang berfikir pun. Just enjoy the show, sebab baru je nak sedih nak serius kejap-kejap kang confirm ada scene yang buat korang gelak tiba-tiba. Thumbs up untuk pemilihan pelakon bagi filem Operasi X ni. Barisan pelakonnya semua bagus-bagus! In fact, barisan pelakon ni la yang buat saya rasa nak tengok filem ni at the first place. Ternyata tak membazir duit saya beli tiket tengok filem ni. Berbaloi untuk tontonan! Saya sarankan korang pergi tengok sendiri filem ni di panggung wayang terdekat bersama keluarga masing-masing. Tak payah nak stress dengan kerja sangat, sesekali ajak keluarga / pasangan / kawan-kawan bersantai tengok filem macam ni pun bagus. Boleh release stress sekejap.

Saya sudah. Korang bila lagi?

Lunch Delivery dari Wok It.

November 08, 2018 15
Lunch Delivery dari Wok It.
Sejak ofis berpindah ke lokasi yang baru beberapa bulan yang lepas, saya dah mula terjebak dengan pelbagai food delivery service. Lokasi ofis kitorang yang sekarang ni tak banyak pilihan tempat makan di sekitarnya. Sebab tu la kadang-kadang rasa bosan makan menu yang sama je untuk lunch. Lepas satu, satu kitorang duk cuba servis penghantaran makanan yang ada. Kalau sedap, ulang order lagi next time. Kalau sekali tu je order, faham-faham sendiri lah. Hehe.


Minggu lepas saya dan Sue order makanan dari Wok It. Sebenarnya dah agak lama Sue duk teringin nak cuba masakan dari Wok It ni. Saya dapat tahu tentang Wok It ni pun dari Sue la. Tengok menu dia macam unik dan menarik. So kitorang pun orderlah untuk makan tengahari. Saya order Salted Egg Fried Rice dengan Chicken Bombs, manakala Sue pulak order Mango Sweet Chilli Laksa dan Coca Cola Wings. Menu kat Wok It ni kita boleh customize. Kita boleh pilih nak nasi/noodles/kway teow/laksa (Boleh campur 2 jenis kalau korang nak). Dah pilih menu utama, pilih pulak nak tambah lauk apa dan sayur apa untuk dimasukkan dalam menu korang tu.



Salted Egg Fried Rice ( tambah ayam, udang, brokoli, oyster mushroom ) – RM13

Kalau dah memang hantu telur masin tu, memang pantanglah nampak menu yang ada telur masin. Haha. Korang kalau nak umpan saya makan, tunjuklah makanan yang ada telur masin. Confirm tengah tak berselera pun jadi ada selera. Portion nasi goreng telur masin kat Wok It ni banyak untuk saya. Tapi agak kecewa sikit sebab bila makan saya macam tercari-cari rasa telur masin tu, tapi tak jumpa. Isk, terasa dipermainkan sedikit. Bukan setakat takde rasa telur masin, nasi goreng tu rasa tawar. Ayam ada la dipotong kecik-kecik, udang pun ada dalam 3 ekor. Saya tak pasti saya makan tak habis disebabkan nasi tu portion dia banyak, atau disebabkan rasa dia yang agak tawar dan plain tu.

Chicken Bombs – RM6

Untuk menu sampingan ni, ada 3 ketul bebola kat dalam bekas tu. Bukan saiz bebola kecil yang kita selalu makan tu tau. Tapi saiz yang agak besar. Kalau dah namanya Chicken Bombs tu, memang saya expect rasa dia rasa ayam la. Tapi yang peliknya, dia macam rasa sotong tau. Mungkin lidah saya je kot yang problem, so saya Tanya pendapat Sue. Sue pun cakap bebola tu rasa sotong instead of rasa ayam. I is confuse. Walaupun rasa dia rasa sotong, tapi sedap! Cuma confuse bab nama dia tu jela.




Mango Sweet Chilli Laksa – RM12

Yang ni tak pasti pulak apa lauk dan sayur yang Sue ambik. Dan saya tak cuba pun. Sue cakap sedap. Masa tu saya dah kenyang makan Salted Egg Fried Chicken tu. So tak mampu nak makan lagi dah.

Coca Cola Wings – RM9.90

Harga untuk 5 ketul ayam. Unik kot menu ni. Ni first time saya jumpa ayam yang dimasak menggunakan air Coca Cola. Rupa dia macam ayam masak kicap, tapi rasa tak pasti. Ada rasa Coca Cola la kot. Tak berani nak cuba masa tu sebab perut tengah kenyang. Lagipun saya memang tak gemar air Coca Cola. Kang bercampur-campur pulak rasanya.

Delivery charge RM5 sahaja, tapi untuk tempahan kali pertama ada RM5 discount. So kira macam free delivery la untuk kali pertama. Adakah saya akan repeat order lagi untuk Wok It ni? Mungkin, tapi tak order dah kot Salted Egg Fried Rice tu. Frust dengan nasi goreng dia je. Menu lain mungkin sedap kot.

Thursday, November 1, 2018

Gandingan Awie & Aaron Aziz, Adakah Operasi X Bakal Jadi Filem Terbaik 2018?

November 01, 2018 27
Gandingan Awie & Aaron Aziz, Adakah Operasi X Bakal Jadi Filem Terbaik 2018?
Rasa macam dah lama betul tak pergi tengok wayang. Ewahhh, padahal baru je sebulan lebih tak pergi tengok wayang, hahah! Tahun 2018 pun tak lama lagi dah nak ke penghujung. Kalau diimbas balik sepanjang tahun 2018 ni berapa banyak filem tempatan yang saya tengok kat wayang? Rasanya tak banyak pun. Boleh kira dengan jari. Dek kerana kesibukan kerja hakiki dah satu hal, lepastu asyik terlepas tayangan je. Filem dah nak habis tayang kat panggung wayang, saya baru duk terkial-kial “eh dah keluar ke filem tu?”. Kesudahannya tunggu tayang kat Astro la jawabnya hahah. Tapi jujur saya cakap, sesetengah filem tak syok tengok kat tv. Tengok kat panggung wayang jugak baru feeling!


Baru-baru ni ada ternampak Aaron Aziz post kat Instagram, tentang filem terbaru lakonan dia. Curious, terus saya google dan cari trailer filem tu. Almaklum, Aaron Aziz ni pelakon berbakat yang boleh bawak macam-macam jenis watak, haruslah saya ambil peduli. Bukan saya je tau layan lakonan Aaron Aziz, tapi mak saya pun suka lakonan Aaron Aziz ni. Filem terbaru 2018 lakonan Aaron Aziz ini bertajuk Operasi X. Dream Pictures Production selaku penerbit melancarkan Operasi X Movie pada 1 November 2018. Operasi X merupakan sebuah filem aksi Malaysia yang diarahkan oleh Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad. Bila dah tengok trailer filem ni, terus rasa tak sabar nak tengok filem Operasi X.


Tahu tak apa yang buatkan hati ni rasa melonjak-lonjak nak tengok filem Operasi X? Sebab barisan pelakon dia. Selain Aaron Aziz, turut ditampilkan dalam filem ni adalah Awie, Hairul Azreen, Datuk Yusof Haslam, Hefny Sahad, Gbob, Nasir Bilal Khan, Hanna Aqeela, dan beberapa lagi. Paling saya excited nak tengok gandingan Awie dan Aaron Aziz sebenarnya. Kalau tak silap saya ini merupakan kali pertama Awie dan Aaron Aziz digandingkan dalam satu filem. Lagipun selama ni saya duk tengok lakonan Awie dalam filem berunsur komedi & komedi seram je (selain lakonan Awie zaman muda mudi dulu). Macam tak boleh imagine pulak Awie bawak watak serius dan gangster dalam filem Operasi X ni. Korang rasa, adakah gabungan Awie dan Aaron Aziz bakal menghasilkan filem yang gempak? Korang tengok la dulu trailer filem Operasi X ni.


Dengar kata filem Operasi X ni bakal menjadi salah satu filem terbaik 2018. Tak pasti pulak sejauh mana kebenarannya. Nampak gayanya nak tahu kena la pergi tengok dan nilaikan sendiri, betul tak?

P/S : Maaf, walaupun Awie dan Aaron Aziz masing-masing dah mendapat gelaran Dato, tapi saya tak terbiasa pulak letak gelaran tu kat depan nama diorang. Mungkin sebab dah terbiasa, hehe.

Review Althea Petal Velvet Sunaway

November 01, 2018 20
Review Althea Petal Velvet Sunaway
For those yang selalu duk buka website Althea, confirm dah tahu bahawasanya Althea ada keluarkan satu lagi produk baru dibawah jenama Althea sendiri, iaitu Petal Velvet Sunaway. Saya agak teruja dengan produk keluaran Althea kali ini sebab setakat ni saya belum jumpa lagi sunscreen yang betul-betul saya suka. Sebelum ni dan sekarang ni saya ada la tengah guna sunscreen dari jenama lain, but i am not totally in love with it. Saya guna jugak setiap hari for the sake of nak jaga kulit dari sinaran UV. I am still looking for the perfect sunscreen for myself. Saya perlukan sunscreen yang tidak melekit, tidak mengeringkan, tidak berminyak, dan ringan. Some of my existing sunscreen sangatlah melekit dan buat muka rasa berminyak, while the other one buat kulit saya rasa kering.


Memandangkan produk-produk Althea yang sebelum ini memang tak mengecewakan saya, makanya saya mempunyai expectation yang agak tinggi terhadap Althea Petal Velvet Sunaway. Bila bungkusan dari Althea sampai, saya terus unbox dekat ofis jugak. Tak sabar punya pasal. 


What they say about this Althea Petal Velvet Sunaway? Katanya ada SPF50+ dan PA++++. Selain itu, ianya lightweight dan translucent. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Ingredients : Diperkaya dengan damask rose extract yang mampu membantu menghidratkan kulit secara mendalam serta mengurangkan iritasi, membuatkan kulit terasa lebih sihat. Selain tu, ada hyaluronic acid yang dikatakan berkesan menarik lembapan untuk kulit bagi mencegah dehidrasi. Terdapat juga geranium oil yang menambah seri pada kulit dan merawat masalah jerawat. Itu merupakan antara 3 bahan utama dalam Althea Petal Velvet Sunaway ni.


Size & Packaging : I have nothing against the look of this sunscreen. Design packagingnya, saiznya, pemilihan warna packaging, everything just nice. For me saiz macam ni senang nak grip kat tangan. It comes in a handy size, but not too small.


The Scent / Bau : This is the first thing that i checked sebaik sahaja buka Petal Velvet Sunaway ni. Check bau dia, hahaha. Because previously Althea punya Petal velvet Powder pun bau wangi, so of course i'm expecting the same for this one. And yess, memang bau dia wangiiiii sangat. Ada bau bunga-bungaan yang soft, tak terlalu kuat. I'm in love with the smell.


Texture : Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Just nice. Seriously saya pernah pakai suncsreen yang jenis watery, dan saya juga pernah cuba sunscreen yang bertekstur pekat. But this one tekstur dia macam tengah-tengah diantara cair dan pekat. Haha i don't know how to descsribe this. Tapi masa pakai ni, tak rasa melekit langsung. CUMA, bila dia dah kering baru la ada rasa kesat sikit. Kesat yang a bit sticky but not too sticky. Sikit je rasa sticky dia.


I really really don't like it bila tujuan utama kita pakai sunscreen sebab nak lindung kulit kita dari sinar UV, tapi eh muka kita jadi macam tepung gomak la pulak hahaha. Yes, most of the sunscreen kat pasaran memang meninggalkan kesan putih kat kulit kita. Kalau saya ni memang sejak azali dah putih melepak, tak la obvious sangat kan. Ini dah la kulit kelabu, pakai pulak sunscreen yang tinggalkan kesan putih kat kulit. Alahaiii...but thanks to Althea sebab finally keluarkan satu sunscreen yang translucent dan tak meninggalkan kesan putih pada kulit. Part ni paling saya suka!


So far saya suka Althea Petal Velvet Sunaway ni. Sejak ada Althea Petal Velvet Sunaway ni, inilah yang saya duk pakai setiap hari. Kira macam my primary sunscreen la. Sunscreen lain masih lagi saya guna buat gilir-gilir sometimes. Tapi kalau nak keluar untuk jangkamasa lama, memang saya prefer Althea Petal Velvet Sunaway ni berbanding sunscreen saya yang lain. Sebab walaupun lepas beberapa jam, sunscreen tu tak buat muka saya rasa rimas. Korang boleh tengok video feedback kali pertama saya mencuba Althea Petal Velvet Sunaway ni kat atas.

Oh ye, Althea Petal Velvet Sunaway ni korang boleh dapatkan dengan harga RM43 / 55ml sahaja di Althea. Murah kan? Nak lagi jimat, boleh beli Petal Velvet Set dengan harga RM53.10 , boleh dapat sekali dengan Petal velvet Powder. Laaaagi jimat!