Lunch Delivery dari Wok It. - emilinda

Thursday, November 8, 2018

Lunch Delivery dari Wok It.

Sejak ofis berpindah ke lokasi yang baru beberapa bulan yang lepas, saya dah mula terjebak dengan pelbagai food delivery service. Lokasi ofis kitorang yang sekarang ni tak banyak pilihan tempat makan di sekitarnya. Sebab tu la kadang-kadang rasa bosan makan menu yang sama je untuk lunch. Lepas satu, satu kitorang duk cuba servis penghantaran makanan yang ada. Kalau sedap, ulang order lagi next time. Kalau sekali tu je order, faham-faham sendiri lah. Hehe.


Minggu lepas saya dan Sue order makanan dari Wok It. Sebenarnya dah agak lama Sue duk teringin nak cuba masakan dari Wok It ni. Saya dapat tahu tentang Wok It ni pun dari Sue la. Tengok menu dia macam unik dan menarik. So kitorang pun orderlah untuk makan tengahari. Saya order Salted Egg Fried Rice dengan Chicken Bombs, manakala Sue pulak order Mango Sweet Chilli Laksa dan Coca Cola Wings. Menu kat Wok It ni kita boleh customize. Kita boleh pilih nak nasi/noodles/kway teow/laksa (Boleh campur 2 jenis kalau korang nak). Dah pilih menu utama, pilih pulak nak tambah lauk apa dan sayur apa untuk dimasukkan dalam menu korang tu.



Salted Egg Fried Rice ( tambah ayam, udang, brokoli, oyster mushroom ) – RM13

Kalau dah memang hantu telur masin tu, memang pantanglah nampak menu yang ada telur masin. Haha. Korang kalau nak umpan saya makan, tunjuklah makanan yang ada telur masin. Confirm tengah tak berselera pun jadi ada selera. Portion nasi goreng telur masin kat Wok It ni banyak untuk saya. Tapi agak kecewa sikit sebab bila makan saya macam tercari-cari rasa telur masin tu, tapi tak jumpa. Isk, terasa dipermainkan sedikit. Bukan setakat takde rasa telur masin, nasi goreng tu rasa tawar. Ayam ada la dipotong kecik-kecik, udang pun ada dalam 3 ekor. Saya tak pasti saya makan tak habis disebabkan nasi tu portion dia banyak, atau disebabkan rasa dia yang agak tawar dan plain tu.

Chicken Bombs – RM6

Untuk menu sampingan ni, ada 3 ketul bebola kat dalam bekas tu. Bukan saiz bebola kecil yang kita selalu makan tu tau. Tapi saiz yang agak besar. Kalau dah namanya Chicken Bombs tu, memang saya expect rasa dia rasa ayam la. Tapi yang peliknya, dia macam rasa sotong tau. Mungkin lidah saya je kot yang problem, so saya Tanya pendapat Sue. Sue pun cakap bebola tu rasa sotong instead of rasa ayam. I is confuse. Walaupun rasa dia rasa sotong, tapi sedap! Cuma confuse bab nama dia tu jela.




Mango Sweet Chilli Laksa – RM12

Yang ni tak pasti pulak apa lauk dan sayur yang Sue ambik. Dan saya tak cuba pun. Sue cakap sedap. Masa tu saya dah kenyang makan Salted Egg Fried Chicken tu. So tak mampu nak makan lagi dah.

Coca Cola Wings – RM9.90

Harga untuk 5 ketul ayam. Unik kot menu ni. Ni first time saya jumpa ayam yang dimasak menggunakan air Coca Cola. Rupa dia macam ayam masak kicap, tapi rasa tak pasti. Ada rasa Coca Cola la kot. Tak berani nak cuba masa tu sebab perut tengah kenyang. Lagipun saya memang tak gemar air Coca Cola. Kang bercampur-campur pulak rasanya.

Delivery charge RM5 sahaja, tapi untuk tempahan kali pertama ada RM5 discount. So kira macam free delivery la untuk kali pertama. Adakah saya akan repeat order lagi untuk Wok It ni? Mungkin, tapi tak order dah kot Salted Egg Fried Rice tu. Frust dengan nasi goreng dia je. Menu lain mungkin sedap kot.

15 comments:

  1. wahhh.. macam best je food delivery ni.. boleh try jugak ni ^^

    http://www.syahirahvaliant.com/2018/10/family-day-di-desa-kaloi-farmhouse.html

    ReplyDelete
  2. Hidup makin mudah dgn food delivery ni kan. Rasa malas nak keluar, mmg capai fon or bukak laptop je, order trs. Hehe. Tp area ni ada Deliver Eat je, FP pun xde . sobbs.

    ReplyDelete
  3. Food delivery makanan cina memang ruby suka. Sedap kalau dapat noodle dia tu. Sekarang banyak food delivery kan. Ruby pun ada download apps bungkus it. Macam best je. Nama pun lucu. Ni Emi rekemen wok it. Hahaha. Nanti akak cub k

    ReplyDelete
  4. bestnya ! airah pun rajin order delivery kalau duduk office ni tapi tak banyak apps yang buat delivery area jb :(

    ReplyDelete
  5. Oh! Nampak cam best je. Tapi betullah. Aku pun suka gak order order ni. Malas nak keluar kot.

    Tapi kalau kena makanan best, memang repeat order la. Tapi kalau sendu, ermm

    ReplyDelete
  6. oh I like the packaging of Wok It. I haven't try it out though. but from your pictures the food all look delicious. OK time for me to order and try.

    ReplyDelete
  7. Serba ringkas tapi nampak sedap dan menyelerakan lah kalau nak luch tapi tak ada masa nak pergi keluar service dari Work It ini nampak berbaloi lah kena cuba ni.. Kita suka yang bebola tu hehehe...

    ReplyDelete
  8. Kenapa nama dia wok it? Unik nama dia.. Hehe.. Mknn delibery dia pon nampak sedap..lbh ke arah menu ala2 western gitu..

    ReplyDelete
  9. Boleh try makanan ni kalau delivery sampai dekat office di Cyberjaya, time malas keluar tu memang order delivery sahaja...Nampak sedap tu.. Maggo sweet chili laksa tu.. terasa-rasa kat tekak he he he

    ReplyDelete
  10. Dah menjadi mudahkan bila ada delivery food macam ni. Paling penting kena sedap dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan

    ReplyDelete
  11. Alahaiii tengok pagi2 ni lapar terus la plak. Chicken bomb tu macam best jerkk

    ReplyDelete
  12. Boleh la AM cuba try menu nie pula.. sbb kadang2 mmg malas nak berganjak dr kerusi kat opis nie bila keje tgh banyak.. kekadang pas abis waktu keje baru mkn.. breakfast, lunch & dinner campur sekali.. thanks atas info..

    ReplyDelete
  13. Makin senang hidup kita sekarang..cuma order je terus sampai depan umah hehe..best la tengok makanan ni..

    ReplyDelete
  14. Kalau dah mals keluar memng senag order je..tapi syngnya emi dapat apa yang emi tak expect pun...takpola..order lain nanti..ehe

    ReplyDelete
  15. alaaaaa sedapnyaaaa....
    hehehe salam perkenalan..bw sini..done follow u jemput singgah my blog ya

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.