PPZ-MAIWP Perkenal Kempen "Jadi Kaya Dengan Zakat" Untuk Permudahkan Orang Ramai Menunaikan Zakat. - emilinda

Wednesday, November 28, 2018

PPZ-MAIWP Perkenal Kempen "Jadi Kaya Dengan Zakat" Untuk Permudahkan Orang Ramai Menunaikan Zakat.

Tinggal lebih kurang sebulan je lagi sebelum tahun 2018 melabuhkan tirai. Hujung tahun macam ni syok la semua orang berbelanja kan? Almaklum, sana sini ada promosi jualan bersempena hujung tahun. Dalam duk leka berbelanja, jangan lupa pula untuk tunaikan kewajipan kita untuk membayar zakat. Bukan gedung beli-belah je tau yang mengadakan kempen promosi hujung tahun, tapi pihak Pusat Pungutan Zakat - MAIWP  (PPZ - MAIWP) turut mengadakan kempen bersempena penghujung tahun 2018. Kempen yang dinamakan kempen  'Jadi Kaya Dengan Zakat' ini bertujuan menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum. Didalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.


Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Selain membayar zakat tahun 2018, pihak PPZ-MAIWP juga turut menggalakkan para muslimin dan muslimat untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat.

Mungkin tak semua dari kita tahu tentang kepelbagaian medium pembayaran zakat pada masa kini. Demi menggalakkan orang ramai membuat bayaran zakat, pihak PPZ-MAIWP telah menyediakan pelbagai medium/saluran pembayaran zakat. Antaranya ialah :

Bayar Zakat Melalui Kaunter PPZ-MAIWP

Bagi orang ramai yang selesa berurusan di kaunter, pihak PPZ-MAIWP menyediakan 11 kaunter PPZ-MAIWP yang dibuka 7 hari seminggu termasuk cuti umum ( dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang sepanjang Disember 2018 ). Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP adalah seperti berikut.
  1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
  2. Plaza RAH, Kampung baru
  3. Masjid Negara
  4. KLSC Wangsa Maju
  5. UTC KL, Pudu Sentral
  6. Presint 9, Putrajaya
  7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
  8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
  9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
  10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong
  11. Labuan Times Square
Turut ditampilkan juga Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail di kaunter-kaunter tersebut pada tarikh-tarikh tertentu. Sambil bayar zakat, boleh la jumpa selebriti yang turut mempromosikan kempen zakat ini.

Bayar Zakat Melalui Portal PPZ-MAIWP - http://www.zakat.com.my

Untuk orang ramai yang agak sibuk dan tak sempat ke mana-mana kaunter zakat, mereka boleh buat pembayaran secara online di portal www.zakat.com.my . Ini merupakan salah satu cara yang agak praktikal bagi orang ramai. Kenapa?
  1. Penggunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya. Bila dah buat pembayaran, terus dapat resit on the spot.
  2. Disediakan kalkulator pengiraan zakat secara automatik yang lebih ringkas dan mudah. Tak payah pening-pening korang nak fikir formula pengiraan zakat dah.
  3. Terdapat satu ciri-ciri yang cool iaitu Troli Zakat. Troli Zakat ni membolehkan orang ramai membuat pembayaran pelbagai jenis zakat dalam satu masa. Sangat praktikal!
  4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger untuk menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan. 
  5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat turut disediakan.
  6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan. 
  7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada. Takde alasan lagi untuk lengahkan pembayaran zakat.

Selebriti Amar Baharin turut aktif mempromosikan medium pembayaran zakat secara online ini. Bak kata Amar Baharin, dunia dihujung jari.

Bayar Zakat Melalui Perbankan Internet

Jangan tak tahu, nak buat pembayaran zakat dekat bank pun boleh. 14 bank telah dilantik sebagai ejen kutipan zakat bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Imam Muda Asyraf turut sama menjayakan kempen bayaran zakat melalui perbankan internet ini.

Bayar Zakat Melalui Kaunter Bergerak Zakat PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP turut memperkenalkan perkhidmtan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat minimum RM5000 dan ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak PPZ-MAIWP ke lokasi pembayar zakat untuk membuat kutipan zakat. Mereka boleh ke rumah kita, atau ke pejabat. Bagusnya kalau bos kat setiap syarikat mengaturkan agar pihak PPZ-MAIWP ke pejabat mereka untuk membuat kutipan zakat dari para pekerja. Boleh hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran door-to-door ini ialah Bell Ngasri.


Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP

Selain medium pembayaran yang dah saya sebutkan diatas, salah saty inisiatif PPZ-MAIWP yang sangat saya puji ialah apabila pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat, lebih faham dan terbiasa dengan ibadah zakat. Kanak-kanak tersebut akan memperolehi tabung khas bagi menggalakkan aktiviti tersebut. PU Azman merupakan antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi menggalakkan kesedaran tentang zakat dalam kalangan kanak-kanak ini. Bak kata PU Azman, beri pendedahan sejak kecil tentang ibadah zakat, supaya mereka terbiasa dan lebih faham, selain mendidik rasa tanggungjawab dalam diri mereka.


Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan.

Kempen ' Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.


PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya.

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'

11 comments:

  1. Did not know that paying your zakat is so advanced now. They even provide FB Messenger to answer questions now?

    ReplyDelete
  2. this is very nice for ppl. zakat is improving so much and made it convenient to the payers. nice job zakat

    ReplyDelete
  3. Kita suka PPZ-MAIWP ini kerana mereka begitu aktif sekarang ni buat program khas untuk meningkatkan kesedaran orang terhadap pembayaran zakat dan cara mereka lebih mudah dan mesra teknologi...

    ReplyDelete
  4. Usaha hang digerakkan oleh Ppz ni sangat bagus untuk memudahkan orang ramai untuk membayar zakat dan pada masa yang sama memberi kesedaran kepada mereka tentang pentingnya berzakat. Nak cuba buat pembayaran online lah mcm ni. Nmpk mudah! hehehe

    ReplyDelete
  5. Ada pelbagai cara dah sekarang ni untuk mudahkan orang ramai membayar zakat. Benarlah, di dalam rezeki kita dah tertulis ada hak insan lain. Nice job PPZ.

    ReplyDelete
  6. With technology advancing nowadays it's really convenient and easy to paying your Zakat. I remember one video before they there's also a drive through for that but I forgot where.

    ReplyDelete
  7. Bagus usaha PPZ - MAIWP untuk galakkan orang bayar zakat. Siap buat event terbesar lagi tahun ni. Iday tahu tentang diorang ni pon sebab tahun lepas diorang ada buat contest dan menang hadiah best best hehehe

    ReplyDelete
  8. Bagusnya ada kempen sebegini.. Zakat senang nk dibayar kat mana2 dah skrg..dah xde alasan xsempat byr zakat..hehehe . Dan paling best zakat byk buat peraduan skrg...

    ReplyDelete
  9. Zakat dah semakin aktif buat kempen untuk memudahkan orang ramai. Ruby nak bayar fidyah nanti. Bleh la pi kaunter bergerak tu nanti.

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni kita dah dimudahkan dengan pelbagai kaedah untuk bayar zakat. Takde masa nak bayar di kaunter, kini dah boleh bayar secara online sahaja. Cuma nak dengan taknak bayar je kan Emi. Banyak juga zakat buat kempen sekarang..

    ReplyDelete
  11. Bagus usaha yang dilakukan oleh pihak PPZ MAIWP nie. Memudahkan urusan untuk berzakat but mereka2 di luar sana. Tambahan lagi, figura2 terkenal tanah air bantu utk promosikan salurn2 ini. Semoga usaha ini mendapat sambutan yg menggalakkan drpd org ramai utk berzakat.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.