Gandingan Awie & Aaron Aziz, Adakah Operasi X Bakal Jadi Filem Terbaik 2018? - emilinda

Thursday, November 1, 2018

Gandingan Awie & Aaron Aziz, Adakah Operasi X Bakal Jadi Filem Terbaik 2018?

Rasa macam dah lama betul tak pergi tengok wayang. Ewahhh, padahal baru je sebulan lebih tak pergi tengok wayang, hahah! Tahun 2018 pun tak lama lagi dah nak ke penghujung. Kalau diimbas balik sepanjang tahun 2018 ni berapa banyak filem tempatan yang saya tengok kat wayang? Rasanya tak banyak pun. Boleh kira dengan jari. Dek kerana kesibukan kerja hakiki dah satu hal, lepastu asyik terlepas tayangan je. Filem dah nak habis tayang kat panggung wayang, saya baru duk terkial-kial “eh dah keluar ke filem tu?”. Kesudahannya tunggu tayang kat Astro la jawabnya hahah. Tapi jujur saya cakap, sesetengah filem tak syok tengok kat tv. Tengok kat panggung wayang jugak baru feeling!


Baru-baru ni ada ternampak Aaron Aziz post kat Instagram, tentang filem terbaru lakonan dia. Curious, terus saya google dan cari trailer filem tu. Almaklum, Aaron Aziz ni pelakon berbakat yang boleh bawak macam-macam jenis watak, haruslah saya ambil peduli. Bukan saya je tau layan lakonan Aaron Aziz, tapi mak saya pun suka lakonan Aaron Aziz ni. Filem terbaru 2018 lakonan Aaron Aziz ini bertajuk Operasi X. Dream Pictures Production selaku penerbit melancarkan Operasi X Movie pada 1 November 2018. Operasi X merupakan sebuah filem aksi Malaysia yang diarahkan oleh Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad. Bila dah tengok trailer filem ni, terus rasa tak sabar nak tengok filem Operasi X.


Tahu tak apa yang buatkan hati ni rasa melonjak-lonjak nak tengok filem Operasi X? Sebab barisan pelakon dia. Selain Aaron Aziz, turut ditampilkan dalam filem ni adalah Awie, Hairul Azreen, Datuk Yusof Haslam, Hefny Sahad, Gbob, Nasir Bilal Khan, Hanna Aqeela, dan beberapa lagi. Paling saya excited nak tengok gandingan Awie dan Aaron Aziz sebenarnya. Kalau tak silap saya ini merupakan kali pertama Awie dan Aaron Aziz digandingkan dalam satu filem. Lagipun selama ni saya duk tengok lakonan Awie dalam filem berunsur komedi & komedi seram je (selain lakonan Awie zaman muda mudi dulu). Macam tak boleh imagine pulak Awie bawak watak serius dan gangster dalam filem Operasi X ni. Korang rasa, adakah gabungan Awie dan Aaron Aziz bakal menghasilkan filem yang gempak? Korang tengok la dulu trailer filem Operasi X ni.


Dengar kata filem Operasi X ni bakal menjadi salah satu filem terbaik 2018. Tak pasti pulak sejauh mana kebenarannya. Nampak gayanya nak tahu kena la pergi tengok dan nilaikan sendiri, betul tak?

P/S : Maaf, walaupun Awie dan Aaron Aziz masing-masing dah mendapat gelaran Dato, tapi saya tak terbiasa pulak letak gelaran tu kat depan nama diorang. Mungkin sebab dah terbiasa, hehe.

27 comments:

  1. Tengok trailer pun dah gempak. Tak sabar nak tengok filem ni. 1 November dah keluar dah. Nak plan bila bleh pi tengok. Dah lama tunggu filem Aaron Aziz berlakon. Haha

    ReplyDelete
  2. Wahh... Dah keluar dah yaa citer Operasi X ni. Tak sabar nak tonton lakonan Awie dan Aaron Aziz. Suka lakonan depa, tengok trailer tuu gempak seyhh

    ReplyDelete
  3. Dengar intebiu Pagi di Sinar dengan aaron aziz..macam menarik..dalam series, ada kelakar katanya..filem terbaik 2018? Ke PASKAL / hantu kaklimah? hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh memang airah tengok trailer dia pun macam menarik. nak pergi tengok la nanti.tapi husband tu susah sikit nak tengok cerita melayu ni hahaha

    ReplyDelete
  5. Awieeee... mesti tngok ni. Pelakon hebat2 sekali ngan Aaron Aziz pun ada. Operasi X mesti tengok

    ReplyDelete
  6. wow! such a great combination of awie and aaron aziz... must b a nice operasi X.. let's go c c

    ReplyDelete
  7. Dua pelakon lelaki yang liez suka tengok..tengok trailer pun dah best.. boleh pergi layan tgk dkt cinema ni..boleh tgk sisi lain awie berlakon cerita aksi selain komedi..

    ReplyDelete
  8. Awie ke? Tengok trailer ingatkan jalil hamid kihkihkih. Tapi kalau awie, memang best lah dia berlakon. Aaron aziz pulak mcam ermmm. Biasa je kot

    ReplyDelete
  9. Tengok trailer memang best cerita operasi X..semoga movie nie sama-sama meletop macam cerita paskal..😊🤗

    ReplyDelete
  10. ada ttengok trailer tp kalau cite melayu biasanya akak tgok kat astro first je la ..cik abg akak x nak de tgok wayang citer melayu

    ReplyDelete
  11. Menarik sangat ke ye cerita ni? Kita ni filem terbaru memang tak sempat kadang nak ambik kisah. Hehe.. Nak pergi tengok apatah lagi.
    Ada Aaron aziz mesti best punya.

    ReplyDelete
  12. Sally tak tak judge daripada trailer..hehehe...So, maybe next week Sally akan ke pawagam terdekat untuk tonton sendiri..

    Sally sangat berharap filem ini takkan menghampakan rakyat Malaysia :P

    ReplyDelete
  13. Wah nampak menarik cerita operasi X ni.Tgok trailer mcm kelakar je. Pelakon pon hebat2. Harap ada aksi hebat-hebat la.hehehe

    ReplyDelete
  14. tengok trailer pon nampak gempak betul yer. tak sabar rasanya nk tonton filem nie di pawagam. gandingan dua bintang filem yg cukup hebat di persada seni tanah air.

    ReplyDelete
  15. samalah, lepas kawin jarang tengok movie..hahaha..banyak cerita akk tunggu muncul dekat tv jele. Aduh aaron aziz pelakon feveret..kihkih..nanti kita tunggu jela keluar tv juga..

    ReplyDelete
  16. All the best ek sebab join contest nie. Rawlins pun terfikir sama ada nak join ke tak nie. Awie macam serius je kat dalam movie nie kan

    ReplyDelete
  17. Turut berdoa semoga filem Operasi X nantinya bisa menjadi salah satu filem terbaik di 2018.

    Baca bocorannya ceritanya nih kayak seru banget yak

    ReplyDelete
  18. Kita dah tengok trailer ini dah rasa memang nak pergi tonton kat wayang memang macma best lama tak tengok awie jadi orang jahat dan aaron jadi orang baik hehehehehe best gempak lah...

    ReplyDelete
  19. Kak tak tau lg bila nak pg tengok,mcm best jer,kaki wayang mmg suka tgk

    ReplyDelete
  20. Wah TB tak de pun dengar2 tentang citer awie n aeron naK bergandungan dalam filem..tahu2 dah ada satu filem lakonan diorang.. menarikkk.. nak tengokk

    ReplyDelete
  21. Jemput join Planner 2019 Giveaway :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

    ReplyDelete
  22. Wah, emi zira pun Ada juga buat entry ni, lepas tulis entry sabtu tu terus tengok best

    ReplyDelete
  23. Wahh ada Awie. macam menarik ni. nak tengok jugaklah

    ReplyDelete
  24. Shad pun suka jugak dengan film genre aksi macam ni. Nak lagi ada Aaron Aziz dengan Awie. Mesti menarik watak antagonis lakonan awie..

    ReplyDelete
  25. tengok trailer pon dah tahu filem aksi tapi kelakar. bukan selalu dapat tengok awie jadi jhat. menarik ni. hehehe

    ReplyDelete
  26. Xleh nak ukur pad trailer..kadang2 cerita luar negara ni trailer gempak tapi p tengok kat panggung hampeh hahaha ape pun jom p tengok operasi x

    ReplyDelete
  27. Wah! seh i read so many good reviews about this movie. Now I am keen to watch them too, support local movie industry.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.