April 2017 - emilinda

Monday, April 17, 2017

Mee Udang Batu Pahat.

April 17, 2017 16
Mee Udang Batu Pahat.

Hai, kalau perasan (for those yang follow Instagram saya), saya ada post a few pictures yang menunjukkan saya berada kat Batu Pahat, Johor seminggu yang lepas. Even in my previous blog post pun ada saya ceritakan tentang tujuan saya ke Batu Pahat - baca kat SINI. Dah alang-alang kat tempat orang, saya dan beberapa rakan tentunya tercari-cari tempat makan yang best di Batu Pahat. Biasanya kalau ke Batu Pahat, orang akan cari nasi bariani dekat Nasi Bariani Power atau Mee Racun. Yang ni dua-dua saya dah pernah cuba. Memang tak dinafikan sedap. Tapi kali ni saya nak cerita tentang tempat makan Mee Udang yang best dekat Batu Pahat.


Kedai yang diberi nama Mee Udang Batu Pahat ni terletak di Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat. Kedai kampung je, tapi mee udang dia memang terbaik. Saiz udang memang besar, dan udang yang digunakan tu masih lagi segar. Memang puas hati bila makan. Selain mee udang, ada juga menu lain seperti mee ketam dan lain-lain. Tapi memandangkan penduduk kat situ sarankan makan mee udang sebab katanya mee udang kat situ memang terbaik, makanya kitorang order je mee udang. Nama kedai pun tulis Mee Udang Batu Pahat, so secara logiknya mee udang adalah menu paling sedap kat kedai tu.


Kedai ni dia attached sekali dengan rumah pemilik kedai kalau tak silap. Sebab nampak macam kat bahagian belakang kedai tu adalah rumah pemilik kedai. Bagi yang tak tahu Kampung Jorak Elahi ni kat mana, ianya berdekatan Tasek Merdeka dan Taman Tema Air Wet World Batu Pahat. Memang dekat, boleh jalan kaki je kalau rajin. Memang saya dan rakan-rakan pun berjalan kaki je ke kedai ni dari Tapak Pembinaan Masjid Jorak Elahi. Memang dekat.



Masa tengah taip entry ni pun, masih teringat-ingat mee udang Batu Pahat ni. Jauh pulak nak ke sana, hahah. Ada rezeki kalau ke Batu Pahat lagi, mesti mau repeat makan Mee Udang ni lagi.

Mee Udang Batu Pahat
Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat
Landmark : Berdekatan Tasek Merdeka dan Wet World Batu Pahat
Waktu Operasi : 5 petang - 12 malam (Isnin tutup)
Nombor untuk dihubungi :
019-7571408
013-7335116


Sunday, April 16, 2017

Cedok ilmu dari usahawan berjaya, Wan Nong Muzafar.

April 16, 2017 10
Cedok ilmu dari usahawan berjaya, Wan Nong Muzafar.

Ingat lagi tak tentang kisah Tuan Wan Nong Muzafar yang pernah diviralkan oleh The Vocket pada tahun lepas? Beberapa hari yang lepas, saya berpeluang turut serta dalam sharing session bersama Tuan Wan Nong Muzaffar, seorang individu yang berpengaruh dalam bidang korporat dan keusahawanan. Sesi perkongsian yang diadakan dalam suasana santai itu bertempat di pejabat beliau sendiri, ILM Legacy Sdn Bhd. Dalam sharing session yang hanya beberapa jam itu, pelbagai ilmu yang dapat dicedok dari beliau. Bukan sahaja ilmu perniagaan, tetapi juga ilmu tentang turun naik kehidupan.



Siapa Wan Nong Muzafar?

Bagi yang tidak tahu, Tuan Wan Nong Muzafar merupakan seorang business consultant yang sudah mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam dunia korporat dan keusahawanan. Dengan pengalaman yang banyak dalam bidang korporat, beliau kini banyak memberikan konsultasi, ceramah dan merangka strategi untuk membangunkan sesuatu perniagaan bagi membantu para usahawan dan rakyat Malaysia yang memerlukan khidmat dan kepakaran beliau. Selain merupakan CEO di ILM Legacy Sdn Bhd yang diasaskan oleh beliau sendiri, Tuan Wan Nong Muzafar juga merupakan seorang penulis buku. Sehingga kini, beliau telah berjaya menghasilkan tiga buah buku best seller iaitu buku Kuasai Formula Perniagaan, Kuasai Perniagaan Internet Siri 1 dan Kuasai Perniagaan Internet Siri 2.


Semasa sharing session beberapa hari lepas, Tuan Wan Nong Muzafar ada berkongsikan tentang sejarah hidup beliau yang disulami pelbagai cabaran sebelum beliau berjaya seperti sekarang. Pernah hampir diisytiharkan muflis, namun beliau tidak pernah berputus asa dan terus gigih berusaha memperbetulkan keadaan. Beliau terpaksa berkerja bertungkus lumus dan bermula dari bawah semula demi menghadapi kesukaran hidup dan melunaskan hutang bank sehinggalah mampu bangkit kembali menjadi usahawan yang berjaya. Banyak perkara yang saya pelajari hasil perkongsian Tuan Wan Nong Muzafar. Dalam hidup ini, tak kisah la betapa teruk sekali pun hidup kita, jangan pernah putus asa. Pandang insan-insan yang kehidupannya lebih teruk dari kita, dan bersyukurlah. Satu perkara yang sangat ketara dapat saya perhatikan dalam keperibadian Tuan Wan Nong Muzafar ialah, beliau seorang individu yang sangat positif. Walau dalam apa keadaan sekalipun, beliau sangat positif dan tidak berputus asa, Beliau juga kelihatannya seorang ketua keluarga yang sangat penyayang dan menghargai keluarga. Mana tidaknya, sepanjang sesi perkongsian itu, berkali-kali beliau tekankan bahawa isteri beliau merupakan seorang insan yang banyak memainkan peranan dalam kejayaan diri beliau sekarang, dan sangggup terus disisi memberi sokongan saat susah dan senang beliau. Part ni rasa terharu sangat bila dengar saat beliau ceritakan pada kami.

Tuan Wan Nong Muzafar bersama isteri dan anak-anak

Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017

Salah satu amalan yang berterusan pahalanya walaupun kita telah meninggal dunia adalah menyampaikan ilmu. Selagi mana ilmu tersebut diamalkan dan dimanfaatkan oleh orang lain ke arah kebaikan, inshaAllah pahala berterusan daripada Allah. Ini merupakan salah satu perkara yang diamalkan oleh Tuan Wan Nong Muzafar. Bagi beliau, perkongsian ilmu adalah satu ibadat. Justeru itu, beliau bakal mengadakan seminar 'Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP)' untuk berkongsi ilmu mengenai bisnes dan belajar menjadi usahawan yang berjaya dengan memberi penekanan kepada kandungan modul yang realistik dan praktikal. Mengikut Tuan Wan Nong Muzafar, teknik beliau mengajar bukanlah dengan menerapkan unsur-unsur khayalan yang pelik dan tidak masuk akal seperti sesetengah motivator lain, tetapi beliau lebih suka memberi penekanan yang lebih praktikal dan realistik. 


Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017 pada 13 dan 14 Mei 2017 nanti akan diadakan di Ideal Convention Centre Shah alam (IDCC). Seramai 7 ahli panel akan berkongsi pengalaman dan tips usahawan berjaya, antaranya ialah CEO Jelitasari Tuan Wan Zaki, CEO Emorra & GGL Tuan Noorizam, Pengarah Pemasaran Vidmill Faisal Badry, CEO Akademik Sinergy Tuan Fazrul Ismail, selebriti Puan Fynn Jamal dan Tuan Fizo Omar. Dalam seminar ini, Tuan Wan Nong Muzafar sendiri akan membentangkan strategi-strategi perniagaan bagi setiap komponen yang akan disampaikan nanti.

Anda tergolong dalam salah satu individu dibawah? Jika ya, anda patut hadir ke Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017.
  • Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
  • Berniaga tapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju.
  • Usahawan yang ‘STUCK’ atau berniaga yang cukup-cukup makan.
  • Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaaan.
  • Usahawan yang ingin ‘UPGRADE’ perniagaan ke tahap yang lebih besar.

Sebarang info lanjut berkenaan seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017, boleh hubungi pihak ILM Legacy Sdn Bhd seperti dibawah :

Email : admin@wannongmuzafar
En. Ahmad : 013 610 9391

Saturday, April 15, 2017

Fiesta Islamic 2017, Mengumpul Dana Untuk Pembinaan Masjid Jorak Elahi.

April 15, 2017 13
Fiesta Islamic 2017, Mengumpul Dana Untuk Pembinaan Masjid Jorak Elahi.

Baru-baru ni saya berpeluang ke Batu Pahat lagi sekali, setelah sekian lama tak ke Batu Pahat. Bagi yang tak tahu, dulu saya belajar dekat Batu Pahat. So rasanya kali terakhir saya ke Batu Pahat, Johor adalah ketika majlis graduasi. Bertahun dah. Kali ni saya ke Batu Pahat bersama beberapa rakan untuk menghadiri Fiesta Islamic 2017 yang bertempat di tapak pembinaan Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor. Secara jujurnya, saya ni nama je pernah belajar kat Batu Pahat selama hampir 4 tahun, tapi tak banyak tempat yang saya tahu di daerah Batu Pahat. Budak baik katakan, study je memanjang. Kahkah, sila percaya.

Fiesta Islamic 2017, Batu Pahat

Fiesta Islamic yang diadakan selama 4 hari bermula 6 April sehingga 9 April ni adalah bersempena pelancaran Derma dan Wakaf Masjid Jorak Elahi. Program yang penuh dengan pelbagai pengisian ini merupakan hasil kerjasama penduduk setempat dengan Majlis Agama Islam Johor dan kerajaan Negeri Johor. Terdapat pelbagai gerai jualan dan pameran yang disediakan untuk pengunjung. Aktiviti lain yang turut diadakan seperti perlbagai pertandingan (pertandingan mewarna, pertandingan azan, dan lain-lain), persembahan fesyen busana pengantin muslimah, ceramah, dan konsert islamik, Antara beberapa artis yang turut tampil di Fiesta Islamic ini bagi membantu meraih sumbangan derma dan wakaf bagi pembinaan Masjid Jorak Elahi seperti kumpulan nasyid Devotees, Heliza Helmi, Atu Zero, dan Syuk SYJ. Bukan setakat itu sahaja, turut disediakan aktiviti sukan lasak seperti memanah oleh Panah Warisan dan Sunnah (Tok Jani), permotoran ATV (JX Sport & Fishing), Flying Fox (Selat Official) dan Mini Petting Zoo.

Pertandingan mewarna kanak-kanak



Persembahan nyanyian oleh pelajar Sekolah Khas Masalah Pendengaran Batu Pahat

Peluang dah depan mata, rugilah kalau tak cuba kan? Ini merupakan kali pertama saya mencuba sendiri pengalaman ber'Flying Fox'. Untuk sukan bermotor ATV dan memanah pula, ini merupakan kali kedua bagi saya. Yang menariknya, Panah Warisan dan Sunnah Tok Jani ini merupakan traditional archery. Sempat mendengar penerangan yang diberikan, rupa-rupanya ada perbezaan modern archery dengan traditional archery ni. Traditional archery lebih simple jika dibandingkan dengan modern archery, namun memerlukan pemanah mengikut gerak hati dalam memanah. Senang kata, sukan memanah ni mampu melatih diri agar lebih fokus. Selepas balik dari Fiesta Islamic ni, hati makin tertarik dengan sukan memanah. Untuk sukan ATV tu tak perlu diperkatakan lagi, memang kesukaan walaupun agak nervous setiap kali nak mula. Keesokannya habis sakit-sakit badan main ATV, hahah.

bersedia untuk Flying fox





Derma dan Wakaf Masjid Jorak Elahi

Majlis pelancaran yang diadakan sekitar 4.30 petang pada hari terakhir Fiesta Islamic 2017 telah dirasmikan oleh Dato Puad Zarkashi. Projek pembangunan Masjid Jorak Elahi yang melibatkan kos RM14 juta dengan keluasan tanah 2.3 hektar itu merupakan salah satu usaha untuk menaiktaraf kemudahan bagi kegunaan penduduk dan generasi akan datang. Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir akan didirikan di tanah wakaf Majlis Agama Islam Johor yang terletak bersebelahan Tasik Merdeka dan Taman Tema Air Wet World Batu Pahat. Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir merupakan masjid yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti perpustakaan, koperasi, pusat pembelajaran, dan beberapa kemudahan lain lagi. Masjid yang akan menerapkan konsep yang agak lain berbanding masjid sedia ada di sekitar Batu Pahat ini akan ditampilkan dengan senibina yang lebih unik dan indah. Sehingga berlangsungnya majlis pelancaran, jumlah sumbangan terkumpul adalah sebanyak RM2 juta.

Credit imej : www.khirkhalid.com


Sumbangan Derma dan Wakaf Masjid Jorak Elahi

Antara amal jariah yang pahalanya tetap mengalir walaupun kita telah meninggalkan dunia ini adalah bersedekah. Pemberian yang dimanfaatkan penggunaannya sehingga ke generasi akan datang. Sama-sama la kita semua menyokong niat murni warga setempat Batu Pahat dalam usaha membina Masjid Jorak Elahi. Tak dapat menyumbang banyak, menyumbanglah sekadar termampu. Terdapat 3 jenis sumbangan yang boleh disalurkan iaitu wakaf, derma, dan kupon derma.

Wakaf : Saham wakaf dengan nilai minima RM300/Lot – 1kps.
Derma : Wang tunai seikhlas hati.
Kupon Derma : Kupon derma RM10, RM50 dan RM100 disalurkan kepada AJK yang dilantik.


Segala jenis sumbangan boleh disalurkan kepada :

Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir Batu Pahat Johor (PERMAS)

CIMB Bank - 8008 3977 49
Bank Islam - 0103 2010 0560 99


Saturday, April 8, 2017

Taobao Shopping lebih mudah dengan Ezbuy.

April 08, 2017 18
Taobao Shopping lebih mudah dengan Ezbuy.

Pernah dengar pasal Taobao? Kalau korang sejenis yang suka shopping online, biasanya korang tahu la apa benda Taobao ni. Macam saya sendiri yang boleh dikatakan online shopper tegar, saya tahu pasal Taobao ni tapi tak pernah beli melalui Taobao. Ingat lagi few years ago masa first time saya tahu kewujudan Taobao ni, ya Allah hari-hari duk cuba nak beli dari Taobao tapi tak reti hahaha. Yela, Taobao punya website semua in chinese, dan procedure nak beli kat Taobao pun saya tak reti ha. Dah dorang tulis dalam bahasa yang saya tak faham, macam mana la pulak saya nak faham procedure, ye tak? Makanya berhuhuhu la saya. Terus lupakan hasrat untuk beli barang dari Taobao buat masa tu.

Oh ye, bagi yang tak tahu. Taobao ni merupakan satu website shopping Chinese. Konsep dia lebih kurang dengan eBay, Amazon, etc. Taobao ni beroperasi di Hangzhou, China. Saya pun tak tahu la kenapa proses nak beli dari Taobao ni bagi saya sangatlah rumit lagi-lagi pulak website dia guna bahasa yang tak aku fahami. Satu benda je yang saya tau, barang-barang yang dijual memang murah. Sebab tu ramai yang suka beli dari Taobao. Baru-baru ni saya tengok ramai betul rakan-rakan blogger duk cerita pasal pengalaman dorang shopping dekat satu website bernama Ezbuy. Mula-mula saya tak ambik port sangat sebab tengah didik diri untuk berjimat katakan. Konon nak kurangkan shopping online. Last week saya TERbukak website Ezbuy ni, dan TERberkenan dekat a few items pulak. Hari-hari duk bukak, pastu dilemma nak beli ke tak. Hahah.


Bila dah duk selongkar website Ezbuy ni baru tahu rupanya Ezbuy ni salah satu platform yang mudah untuk shopping barang dari Taobao. No wonder la barang-barang yang dorang display kat website tu macam murah-murah. Pastu saya study  sesiket pasal cara nak order melalui Ezbuy ni. Time ni la saya selongkar balik entry rakan blogger pasal Ezbuy. Sebab nak tahu adakah prosedur nak order dari Ezbuy ni sama rumit macam nak order dari Taobao? Dan jawapannya adalah TIDAK. Senang sangat nak order barang dari Ezbuy ni. Senang kata, Ezbuy ni merupakan platform yang memudahkan pembeli order barang dari Taobao. Procedure dan transaction jadi lagi mudah. Pilih barang mana yang nak, buat bayaran then tunggu je barang sampai kat kita. Memang hassle-free lah. Oh ye, website Ezbuy ni boleh display dalam Bahasa Melayu or English jugak. Harga yang dia display pun in RM. So bertambah senang la nak cari barang.



Saya baru je submit order dekat Ezbuy ni last few days. Now tengah tunggu parcel sampai dengan penuh sabar. Nak tahu apa Saya beli dari Ezbuy? Haaa tunggu barang dah sampai nanti, kalau rajin saya buat satu entry lagi. Kalau rajin la. Kekeke.

Okay. Now korang dah boleh slow-slow usha Ezbuy ni. Register now and get RM15 ezbuy voucher to kick start your shopping ; http://invol.co/clq0f ,

Friday, April 7, 2017

Short Escape to Penang.

April 07, 2017 12
Short Escape to Penang.

Tajuk dalam bahasa Inggeris, tiba-tiba content dalam bahasa Melayu. Lol.

Dengan macam-macam masalah lately ni, rasa agak terbeban. Emotionally & mentally tortured. Bila mental dan emosi terganggu, fizikal pun akan cepat penat dan tak boleh nak focus. Mula la rasa tak larat, stress, migraine start datang balik, lesu, fatigue. So i decided to take a short break and lupakan seketika semua tu. Kebetulan classmates masa dekat universiti dulu kahwin, kenduri kat Kedah around last 2 weeks. So alang-alang tu why not pergi ke utara kejap spend some times with my girls. Nak cuti lama-lama tak boleh la sebab kerja makan gaji kan, bukannya ada banyak cuti. So pergi kejap jela, weekend sampai Isnin.


Wedding Wan & Kak Seha

Hari Sabtu around tengahari jugak la kitorang sampai ke rumah Wan kat Sg Petani, Kedah. Ni kira majlis belah pihak lelaki. Majlis pihak perempuan kat Perak, tak pergi pun. Oh ye, actually Wan dengan Kak Seha ni dua-dua merupakan classmate saya masa zaman degree dulu. Kitorang ambik Multimedia sebagai elektif, so mostly memang sekelas la masa final year. Dari zaman belajar lagi dorang ni bercinta, alhamdulillah dah kahwin pun. Sama cantik sama padan dua-dua ni.



Dannok, Thailand

Before ke sana lagi kitorang dah plan nak ke Dannok kejap nanti. Cross border kejap je, pi makan. Lol sangat. Pi Dannok untuk makan malam je. Hahah. Gigih bawak passport tau. Ni first time saya cross sempadan Thailand. Walaupun saya membesar di Kelantan yang sememangnya dekat dengan Thailand. Lepas kenduri Wan & kak Seha tu kitorang terus gerak ke Alor Setar untuk check in hotel dan mandi. Dah bersiap semua baru kitorang gerak ke Dannok melalui Changlun & Bukit Kayu Hitam. Pergi sebuah kereta. Proses dekat imigresen Malaysia senang je takyah turun kereta pun. Just bagi passport atau border pass untuk dorang cop. Then terus gerak pergi ke imigresen Thailand pulak. Dekat imigresen Thailand ni kita kena turun dari kereta dan pi beratur kat kaunter untuk pemeriksaan passport. Sebelum beratur, kena ambik satu form dan isi butiran kita dulu. Lepas tu baru pi beratur kat kaunter. Melalui pembacaan saya kat blog-blog lain, masa nak bagi passport tu kena selit duit RM2. Saya pun tak tahu apa fungsi RM2 tu. Duit kopi lah kot eh? Sebab dia takde bagi resit pun. Masuk poket dia la kot RM2 tu. Entah la, bila fikir balik rasa macam konsep dia sama macam konsep rasuah la pulak. Wallahualam. Orang suruh bagi, saya bagi je, Kat tempat orang ni takut pulak saya, padahal sempadan je pun. Hahah. Dah setel pemeriksaan imigresen, terus gerak pi Dannok. Kitorang pi malam, dan sekejap je. Pergi makan, pastu masuk a few kedai je. Then balik. Masa nak balik pun lalui proses yang sama jugak. Melayang lagi RM2. RM2 per passport okayyy. Masyuk poket dorang ni. Kedai yang kitorang makan tu not bad la, sedap. Mintak tomyam semangkuk, banyak gila kot isi. Makan 5 orang tak habis. Ada order lauk pauk lain jugak la, Kalau kedai kat Malaysia ni saya perasan kuah je banyak, isi ayam bape ketul je. Balik hotel malam tu saya & Wahida sakit perut asyik keluar masuk toilet kahkah. Kitorang syak puncanya adalah pulut mangga yang kitorang makan tu. Saya dan Wahida je yang makan pulut mangga, dan memang kitorang berdua je yang sakit perut.


Fuller Hotel, Alor Setar

Dekat Alor Setar kitorang menginap dekat Fuller Hotel. Around RM99 tak silap untuk satu malam. Nad booking sesiap masa kat KL lagi. Memandangkan kitorang bertiga je, so just ambik satu bilik. Basically kitorang memang balik untuk tidur je kat hotel tu. Fuller Hotel ni dekat dengan je dengan Menara Alor Setar. tapi tak sempat pergi pun Menara Alor Setar tu. Oh ye, dekat Fuller Hotel ni boleh naik ke rooftop dia untuk tengok view. Boleh nampak menara Alor Setar dari situ. Tapi kitorang balik lambat sikit malam tu, so masing-masing penat dan tak sempat nak naik ke rooftop pun. Iron board ada kat setiap floor. Untuk guest hotel ni parking disediakan tapi agak limited. Kalau parking kat Fuller Hotel ni penuh, dia akan suruh pergi parking dekat basement StarCity Hotel yang terletak kat depan Fuller Hotel ni. Mula-mula kitorang macam pelik, boleh pulak macam tu eh? Then staff dia tu bagitahu, owner Fuller Hotel dengan StarCity Hotel ni orang yang sama. Oh patutlah.


Roti Doll

Keesokan pagi lepas check out dari Fuller Hotel, kitorang gigih pergi cari roti doll. Ni first time saya dengar pasal roti doll. Gigih la kitorang cari, waze bawak kitorang ke kawasan kubur. Lololol, ini sangat tak lawak. Dah pusing kawasan kubur dulu, lama tu baru jumpa kedai yang dicari. Nakal tau waze ni. Roti doll ni rupanya roti canai yang kat atas dia diletakkan sebiji telur. Sedaplah, saya sampai repeat lagi satu pinggan. Hahah. Kitorang makan roti doll ni dekat Faroq Roti Doll, Jalan Hutan Kampung. Dah habis breakfast, kitorang bergerak ke Penang.



Penang Street Art

Cadangnya nak terus ke Penang Street Art, tapi masa dalam perjalanan hujan pulak. So kitorang ubah plan, pergi jalan-jalan kat Queensbay kejap. Dah habis jalan-jalan situ, teman Nad beli kasut, makan, then baru gerak pergi Penang Street Art. Masa tu dah tak hujan. Kat Penang Street Art tu kitorang sewa basikal sorang satu. RM10 untuk satu basikal. Faham ajelah, perempuan memang suka bergambar. Spend time lama jugak kat area Penang Street Art tu duk bergambar, haha. Pusing sana, pusing sini. Gigih kayuh basikal. Pantang nampak port lawa bergambar, kitorang stop.






Tune Hotel, Downtown Penang

Dekat Penang ni kitorang stay dekat Tune Hotel. Masa survey nak booking hotel,saya perasan mostly hotel kat Penang ni dia macam jenis yang street hotel, motel, hostel, dan shared bathroom. Almaklumlah, saya nak cari yang harga bawah seratus per night, tapi nak yang private bathroom. So last-last saya decide booking Tune Hotel je dekat Traveloka. At least ada private bathroom. Harga masa tu around RM81, tapi jadi RM68 je lepas apply discount voucher. Murah kan? Saya memang suka book ticket flight or book hotel melalui Traveloka sebab Traveloka selalu bagi discount voucher. Bukak je website Traveloka, nanti kalau ada discount promotion dia display besar-besar dekat banner yang bergerak-gerak tu. Oh ye, kat Tune Hotel ni yang tak syoknya sebab iron board ada satu sahaja which located at the lobby. Kalau nak iron baju memang kena turun ke lobby. Agak leceh sebenarnya. Parking pun takde free parking untuk guest hotel. Ada parking belakang hotel tapi kena bayar RM6 per entry. Kalau nak masuk kejap then keluar balik, kena bayar by hour RM1.50/hour. Ada parking lain area dekat-dekat tu tapi kena jalan sikit la nak ke hotel. Bilik agak sempit, tapi bersih dan paling suka sebab cermin dia besar. By the way staff kat Tune Hotel ni peramah semuanya.


Padang Kota Lama

Yang ni saya yang excited nak pergi. Sape tak suka makan hoiii! Dari Tune Hotel tu sebenarnya tak jauh pun nak ke Padang Kota Lama. Tapi kitorang agak sesat jugak la terpusing sana sini berkali-kali. Yela, kat Penang ni banyak jalan sehala. Ikut hati saya, tamak nak makan semua benda. Tapi Wahida dah warning sesiap "Kau tak takut sakit perut lagi? Makan macam-macam". Hahah, okay fine. Order char kway teow, tapi biasa je takde la sedap sangat pun. Mungkin beli salah kedai. Rasanya yang datang few years ago sedap je char kway teow sini. Wahida order sotong bakar ke apa ntah yang dia bakar jadi kering tu. Yang tu saya kurang suka sangat. Pastu order kerang bakar. Kerang bakar dia saya suka, sedap. Actually nak makan pasembur jugak, tapi perut ni takla besar sangat. Dah habis sepinggan char kway teow, dah agak kenyang. Next time la. By the way kan, saya suka betul la architecture dekat Georgetown ni. Bangunan dia semua lawa. Rasa nak tangkap gambar kat semua tempat, lol. Heritage city gitu, macam Melaka.


Bukit Bendera

Ni first time saya sampai ke Bukit Bendera. Lepas check out dari Tune Hotel, kitorang terus gerak ke Bukit Bendera. Sampai awal, belum ramai orang. Lagipun hari Isnin masa tu, orang ramai dah start kerja. Beli tiket tren pun tak payah beratur. Kat Bukit Bendera tu, sambung bergambar lagi. Lololol. Macam ni la perempuan, iye dok? Hahah. Jalan-jalan, makan. Pastu turun balik. Petangnya Wahida hantar saya ke Penang International Airport. Berakhirlah percutian singkat saya selama 3 hari ke Utara Malaysia.



Layankan tekak si Wahida yang teringin nak makan aiskrim ni dekat Bukit Bendera

Thank you Nad & Wahida. Thank you Wahida sebab apply cuti sampai 2 hari bila kitorang ke sana, pastu drive kan kitorang ke sana sini. Thank you sebab layankan sahaja kerenah diri ini. Thank you kepada semua yang berkenaan. Haha panjang sangat dah taip ni, so dah malas. Kikiki.

Monday, April 3, 2017

Beauty & The Beast.

April 03, 2017 0
Beauty & The Beast.

Jujurnya masa mula-mula dapat tahu cerita Beauty & The Beast tak jadi tayang kat Malaysia haritu, saya agak upset jugak la. Yela, ini salah satu movie yang memang saya nanti-nantikan.Tapi takde la sampai frust sangat-sangat. Chill lah, hahah! Cerita romantic fantasy macam ni memang saya suka. Lagi-lagi bila Emma Watson yang bawak watak Belle. Lagi la saya excited. Emma and her flirtatious smile. Finally boleh tayang jugak kat Malaysia movie ni. Memandangkan kebetulan saya nak manfaatkan tiket wayang free dari TGV bersempena birthday saya bulan lepas, so saya pergi la tengok Beauty & The Beast ni bertemankan Nad. Pergi tengok dekat Sunway Putra Mall, dekat cenoet je dengan rumah ni ha.


Best ke cerita ni? Saya banyak baca orang tulis kat media social cakap cerita ni bosan la, tak best la apa la. Well, what do you expect? Nak-nak lagi kalau korang memang hafal jalan cerita Beauty & The Beast yang original punya, sah-sah korang rasa agak boring sebab tengok benda sama cuma bezanya yang ni dilakonkan oleh manusia. Macam saya pulak memang saya tak ingat pun cane jalan cerita Beauty & The Beast yang asal, lol. Zaman bila ntah saya tengok yang cartoon version tu. So saya masuk hall dengan tak tahu apa-apa sangat. Enjoy jela tengok. Cuma saya akui la, bila masuk part nyanyi tu saya rasa agak menyampah hahaha! Tak habis-habis menyanyi. Tapi nak buat cane, dah memang movie ni movie musical pun. Sape suruh korang tengok, kan? Kahkah!


Selalu cakap cinta tak mengenal rupa. Tapi sepanjang dalam hall tu banyak kali jugak la saya bisik ke telinga Nad, "Cane Belle ni boleh jatuh cinta dengan dia ni weyyy". Kalau dah manusia tu manusia jugak. Tak lari dari memandang rupa paras. Saya tuju kat diri sendiri je ni. Walaupun diri sendiri rupa takde la semenggah mana pun, tapi saya sendiri tak lari dari semua ni. Apa yang saya maksudkan ialah, bila tengok someone kita memang akan pandang rupa dulu. Kira first impression kita pada dia adalah berdasarkan fizikal dia. Tapi bila dah makin lama kenal normally tak pandang dah rupa bagai ni, lagi-lagi kalau hati dah sayang. Perempuan lain saya tak pasti, Tapi kalau saya memang macam tu. Dah sayang, rupa tak pandang dah.


Saya adore sangat kat dress kuning yang Belle pakai ni. Lawa kot. Kalau buat dress yang exactly sama macam ni versi lengan panjang tapi berwarna putih, cantik weyh buat pakai time kawen. Kahkah! Berangan. Oh by the way, dah dekat nak habis cerita baru saya teringat something. Mana nya part yang dikatakan gay tu?? Punya la tercari-cari part mana yang gay. Saya rasa yang part Gaston dengan kawan dia menari menyayi together tu la kot. Tapi seriously tak perasan langsung kot. Kalau tengok cerita Korea, banyak je scene bromance. Relax je orang tengok takde pulak jadi issue. Entah, lain orang lain tafsiran dia kot.

Dah habis layan Beauty & the Beast, kita selfie kejap.