Skip to main content

Beauty & The Beast.


Jujurnya masa mula-mula dapat tahu cerita Beauty & The Beast tak jadi tayang kat Malaysia haritu, saya agak upset jugak la. Yela, ini salah satu movie yang memang saya nanti-nantikan.Tapi takde la sampai frust sangat-sangat. Chill lah, hahah! Cerita romantic fantasy macam ni memang saya suka. Lagi-lagi bila Emma Watson yang bawak watak Belle. Lagi la saya excited. Emma and her flirtatious smile. Finally boleh tayang jugak kat Malaysia movie ni. Memandangkan kebetulan saya nak manfaatkan tiket wayang free dari TGV bersempena birthday saya bulan lepas, so saya pergi la tengok Beauty & The Beast ni bertemankan Nad. Pergi tengok dekat Sunway Putra Mall, dekat cenoet je dengan rumah ni ha.


Best ke cerita ni? Saya banyak baca orang tulis kat media social cakap cerita ni bosan la, tak best la apa la. Well, what do you expect? Nak-nak lagi kalau korang memang hafal jalan cerita Beauty & The Beast yang original punya, sah-sah korang rasa agak boring sebab tengok benda sama cuma bezanya yang ni dilakonkan oleh manusia. Macam saya pulak memang saya tak ingat pun cane jalan cerita Beauty & The Beast yang asal, lol. Zaman bila ntah saya tengok yang cartoon version tu. So saya masuk hall dengan tak tahu apa-apa sangat. Enjoy jela tengok. Cuma saya akui la, bila masuk part nyanyi tu saya rasa agak menyampah hahaha! Tak habis-habis menyanyi. Tapi nak buat cane, dah memang movie ni movie musical pun. Sape suruh korang tengok, kan? Kahkah!


Selalu cakap cinta tak mengenal rupa. Tapi sepanjang dalam hall tu banyak kali jugak la saya bisik ke telinga Nad, "Cane Belle ni boleh jatuh cinta dengan dia ni weyyy". Kalau dah manusia tu manusia jugak. Tak lari dari memandang rupa paras. Saya tuju kat diri sendiri je ni. Walaupun diri sendiri rupa takde la semenggah mana pun, tapi saya sendiri tak lari dari semua ni. Apa yang saya maksudkan ialah, bila tengok someone kita memang akan pandang rupa dulu. Kira first impression kita pada dia adalah berdasarkan fizikal dia. Tapi bila dah makin lama kenal normally tak pandang dah rupa bagai ni, lagi-lagi kalau hati dah sayang. Perempuan lain saya tak pasti, Tapi kalau saya memang macam tu. Dah sayang, rupa tak pandang dah.


Saya adore sangat kat dress kuning yang Belle pakai ni. Lawa kot. Kalau buat dress yang exactly sama macam ni versi lengan panjang tapi berwarna putih, cantik weyh buat pakai time kawen. Kahkah! Berangan. Oh by the way, dah dekat nak habis cerita baru saya teringat something. Mana nya part yang dikatakan gay tu?? Punya la tercari-cari part mana yang gay. Saya rasa yang part Gaston dengan kawan dia menari menyayi together tu la kot. Tapi seriously tak perasan langsung kot. Kalau tengok cerita Korea, banyak je scene bromance. Relax je orang tengok takde pulak jadi issue. Entah, lain orang lain tafsiran dia kot.

Dah habis layan Beauty & the Beast, kita selfie kejap.

Comments

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…