beauty,

Beli produk LANCOME secara online di Sephora.

March 23, 2017 emi 7 Comments


Cepat betul masa berlalu, dah nak masuk bulan April dah. Memandangkan bulan March merupakan ulang tahun kelahiran saya, awal-awal lagi saya dah fikir a few possible items yang akan saya beli untuk diri sendiri, kira macam hadiah hari jadi untuk diri sendiri. Hahah, sedih gila kan beli hadiah untuk diri sendiri? Takdelah, tak sedih pun. Saya memang macam ni, tambah-tambah lagi bila dah makin berusia, makin matang. So saya fikir, why not saya appreciate myself more? Birthday setahun sekali, raikanlah diri sendiri tu sikit. Gitu, haha. Self-reward for growing up so well, and to encourage myself to be a better person. So, out of a few items yang saya list out, finally saya decide nak beli something yang tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. And of course, something yang dah lama saya nak, tapi agak berkira sikit nak beli selama ni. HAHAHA, baiklah saya mengaku saya kalau nak beli barang yang agak mahal, saya kedekut sikit. Lagi-lagi kalau benda tu hanyalah kehendak, bukan keperluan.

Saya buat keputusan untuk belikan make up palette untuk diri sendiri. Dah lama teringin tau. Tapi tak pernah beli sebab make up palette ni selalunya mahal, diluar kemampuan diri sendiri. Okay, tipu. Takde la diluar kemampuan pun sebenarnya, cuma macam yang saya cakap tadi la, agak berkira. Hahah. Selalunya duk beli yang seketul-seketul je. Kedekut katakan, hahah. So mula-mula saya survey dekat Sephora. Bila pergi dekat outlet Sephora dekat KLCC, saya pening sebab banyak sangat barang mekap. Distracted, end up lain pulak yang saya beli. Tak habis-habis duk beli lipstick je kejenya.

Bila balik rumah, saya try bukak website Sephora. Nak survey dengan lebih teliti, sebab masa kat kedai serious rasa taktau nak pilih. Survey punya survey, saya berkenan dekat satu eye shadow palette brand Lancome. Korang mesti pelik kenapa tak ambik palette yang ada lip cream, blusher & eye shadow sekali kan? First, kalau boleh saya taknak palette yang besar sangat sebab kalau besar sangat nanti confirm punya saya buat pekasam dalam almari. Second, sebab saya dah banyak lipstick & lip cream. So rasa macam membazir je kalau beli lagi. Blusher pun sama, saya dah ada a few blusher. So, saya decide untuk beli LancĂ´me CD Eye 2016 Audacity In London. Saiz dia takde la gedabak besar sangat, senang nak bawak ke mana-mana. Dah alang-alang duk survey online tu, saya decide untuk order kosmetik Lancome secara online je di Sephora Online. Senang, tak payah gigih pergi kedai lagi sekali. Kalau pergi kedai lagi sekali, mahunya terbeli benda lain lagi.


Baru tahu rupanya banyak jugak produk Lancome yang available untuk purchase online dekat website Sephora. Untuk kali ni saya order dua produk Lancome. Satu hadiah untuk diri sendiri, satu untuk emak.




Tak sampai seminggu pun, bungkusan dah sampai. Cepat pulak. Masa purchase tu, bajet boleh sampai sekitar sehari lepas my birthday. Sekali sampai awal pulak. Before purchase tu terfikir jugak selamat ke beli kosmetik online ni? Bukan risau selamat in terms of produk tu original atau tak. Beli dekat Sephora sah-sah memang original. Cuma risau condition barang tu nanti bila dah sampai. Almaklum la, kosmetik ni kang kalau dicampak-campak kang pecah pulak texture dia. Saya beli eye shadow, lagi la menangis tak berlagu kalau dapat yang dah pecah. But then alhamdulillah, bila parcel sampai tu, semua dalam keadaan yang tip top. Mana tidaknya, dia dah wrap dengan bubble wrap beberapa lapis sebelum masukkan dalam plastik untuk dihantar. Saya ulang sekali lagi, beberapa lapis bubble wrap okay. Means dorang memang betul jaga supaya customer dapat barang tu dalam keadaan elok. 


video

Macam yang saya cakap kat atas, ada dua produk Lancome yang saya purchase melalui Sephora online kali ni. Satu untuk diri sendiri, satu untuk emak.


Lancome CD Eye AUDA[CITY] in London

Ini la hadiah ulang tahun untuk diri sendiri tu, hahah. Huiii, sayang betul nak guna kahkah. Ini la dia perangai seorang Emi. Dah beli pastu sayang nak guna. Kalau korang refer gambar kat bawah ni, eye shadow palette saya ni ada 16 shades. Terdiri daripada 5 high-pigment matte shades, 7 soft shimmer creams, dan 4 top coats yang ada sparkle bling-bling sket tu. Suka pulak color-color dia, and texture dia pun macam okay. In terms of size saya suka sebab dia tak terlalu kecil dan tak terlalu besar, just nice. Boleh muat taruk dalam handbag. Senang nak bawak ke mana-mana. Illustration dekat packaging dia tu pun saya suka, nampak classy & smart.





Lancome Shine Lover Lipstick

Lipstick ni saya beli untuk emak. Saje la tiba-tiba teringat kat mak, beli untuk mak jugak. Nak gembirakan hati emak sekali-sekala, why not kan? Zaman remaja dulu mak yang duk belikan pencuci muka la, moisturizer la, lip balm la untuk anak dara dia ni. Now dah besar panjang, teringin belikan mak produk-produk macam ni. Ambik code color Unconventional. Rasanya color ni sesuai kot untuk emak. Kenapa tak beli eye shadow jugak untuk mak? Oh maaf, mak kita tak pakai eye shadow rasanya.


Honestly ni first time saya try produk Lancome. Next time nak usha dia punya foundation, eye liner dan blusher pulak. Ala sebenarnya semalam pun saya ada singgah Sephora dekat NU Sentral, usha produk Lancome yang lain-lain. Kebetulan pergi situ, singgah cuci mata sambil target yang mana pulak nak beli lepas ni, lol. Produk Lancome ni selain dari kaunter Lancome sendiri, boleh dibeli juga di Sephora. Nak lagi mudah, beli je secara online di Sephora Malaysia. Tak payah susah-susah nanti dorang deliver sampai ke pintu rumah. 


Shopping atau cuci mata produk Lancome DISINI.

You Might Also Like

7 comments:

emi said...

Test

emi said...

Test

Emily said...

I've not used Sephora before. I like your idea of treating yourself on your birthday. Happy birthday to you and many happy returns of the day.

Joy Jone said...

The Best Birthday gift you can get for your self is self-care products and l love your collection.

have not tried shopping online at sephora... this looks like fun though...

Haven't tried buying from online Sephora. Coz most of my needs are available from Althea Korea :)

Sharon Lee said...

This was a really great haul dear =) I haven't try shopping online in Sephora, I feel broke on this >.<