Pelancaran Teh Herba Untuk Ibu Menyusu, Olathee Luslimlabeb For Mommies - emilinda

Tuesday, December 31, 2019

Pelancaran Teh Herba Untuk Ibu Menyusu, Olathee Luslimlabeb For Mommies

Korang pernah tak terbaca perkongsian sepasang suami isteri tentang kisah dan perjalanan yang dilaluikan oleh mereka dalam usaha nak turunkan berat badan si isteri? Beberapa tahun yang lepas, saya ada terbaca perkongsian ni dekat Facebook. Betapa struggle si isteri nak kuruskan badan selepas mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak selepas kahwin. Saya faham, bila ditimpa masalah obesiti ni sedikit sebanyak memang boleh memberi kesan terhadap keyakinan diri kita. Bukan bab berat badan je tau, tapi masalah fizikal lain pun boleh buat kita hilang keyakinan diri. Rasa macam orang sekeliling pandang rendah kat kita, rasa nak buat apa-apa pun tak confident. Macam-macam yang wanita bernama Madam Ell ni buat dalam usaha nak turunkan berat badan, tapi masa tu paling banyak dia boleh turunkan berat badan hanyalah 2-3kg. Waktu tu lah Madam Ell mula terjebak dengan produk kurus yang merapu-rapu kat pasaran, sehinggalah membawa mudarat kepada kesihatan dia.

Bersama founder Olathee, Madam Ell

Sejak dari kes tu, Madam Ell rasa seolah dah takde harapan untuk turunkan berat badan. Suami mana yang sanggup tengok isteri susah hati dan hilang keyakinan diri macam tu kan? So suami Madam Ell ni cuba mencari alternatif semulajadi yang selamat untuk turunkan berat badan. Siapa tak sayang isteri kan? Cari punya cari, akhirnya mereka mencuba amalan masyarakat cina iaitu menggunakan herba asli. Herba asli ni kebiasaannya dijual di kedai herba cina dan ianya memang asli, tidak diproses menjadi pil, jus, serbuk dan seumpamanya.

Madam Ell dan suami di majlis pelancaran Luslimlabeb For Mommies

Akhirnya selepas 2 bulan setengah amalkan minum air rebusan herba (yang direbus menggunakan infuser), Madam Ell Berjaya turunkan berat 18kg dari 74kg tanpa sebarang diet melampau yang boleh membahayakan kesihatan dan senaman berlebihan. Pencapaian yang bermakna ini telah mengembalikan keyakinan diri Madam Ell. Dari situlah Madam Ell mula menghasilkan uncang teh herba yang diberi penjenamaan OLATHEE LUSLIMLABEB, dalam usaha nak bantu orang lain untuk turunkan berat badan macam dia jugak. Yela, herba-herba yang pelbagai ni bukan mudah nak dapatkan dan kebiasaannya agak mahal kerana tak boleh dibeli dalam kuantiti sedikit. Ada banyak jenis pulak tu. Bila dah ada pihak yang campurkan bahan-bahan herba tu dalam satu uncang, kan senang untuk orang lain amalkan juga.


Dari situ la terhasilnya OLATHEE LUSLIMLABEB Morning Boost dan Evening Doze Off. Herba asli ni siap dalam bentuk uncang mudah resap dan hanya perlu menambah air panas sahaja. Teh herba OLATHEE LUSLIMLABEB ini sememangnya mendapat sambutan ramai dan dah ramai juga yang berhasil turunkan berat badan. Tetapi OLATHEE LUSLIMLABEB Morning Boost dan Evening Doze Off ini tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan (kerana terdapat herba yang tidak sesuai untuk ibu menyusu). Macam yang kita tahu, lepas bersalin biasanya wanita akan mempunyai masalah berat badan tapi dalam masa sama perlu menyusu bayi. Atas permintaan ramai, setelah setahun R&D, Madam Ell baru-baru ini turut mengeluarkan variasi terbaru teh herba khusus untuk ibu yang menyusukan bayi (dengan kandungan herba yang bersesuian untuk ibu menyusu). Teh yang diberi nama OLATHEE LUSLIMLABEB For Mommies ini baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lepas.



Saya sendiri berkesempatan hadir ke majlis pelancaran OLATHEE LUSLIMLABEB For Mommies. Majlis yang diadakan di Bora Ombak Marina Putrajaya ini dihadiri oleh ramai pengguna OLATHEE LUSLIMLABEB. Disamping melancarkan teh herba yang baru, majlis itu juga bertujuan untuk meraikan ulang tahun kelahiran Madam Ell. Happy birthday Madam Ell! Best bila berkumpul ramai-ramai macam tu, majlis bertemakan pastel pink dan putih.



OLATHEE LUSLIMLABEB For Mommies dibuat khusus untuk membantu ibu menyusu yang ingin menurunkan berat badan dengan cara semulajadi dan selamat. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari 7 jenis herba asli yang mempunyai fungsi untuk menurunkan berat badan tetapi masih selamat untuk digunakan oleh ibu yang menyusu. Saya sendiri turut merasa tertarik dengan formulasi teh herba OLATHEE LUSLIMLABEB For Mommies ni. Yela, sekarang saya tengah mengandung. Berat badan memang dah mula naik dengan jayanya. Tak tahu la lepas dah bersalin nanti mesti banyak kg yang perlu saya turunkan untuk dapatkan balik bentuk badan yang langsing seperti sebelum mengandung. Walaupun dah ada anak dan tengah menyusukan anak, kalau boleh nak la jugak nampak slim gittew. Heheh.  Tak naklah jadikan menyusu anak sebagai alasan untuk punyai berat badan terlampau.


14 comments:

  1. Suka dengan produk yang bebas bahan kimia dan berasaskan bahan semulajadi ni sebab lebih selamat untuk jangka masa panjang. And event pun nampak meriah betul! Nanti kena kongsikan informasi ni pada ahli keluarga atau member yang dah berkeluarga juga ni.

    ReplyDelete
  2. Wah! Berul ke teh ni bole kuruajan badan. Nak syorkan lah bagi mrk yg sedang mencari seauatu utk turunkan berat badan ni. Berapa lak harganya?

    ReplyDelete
  3. wah..bagus jugak teh macam ni dijual utk membantu ibu2 menyusu menurunkan berat badan tanpa ada efek pada pengeluaran susu. Bukan mudah nak cari produk yg kuruskan badan tanpa efek susu badan

    ReplyDelete
  4. Wah, pinky event..mommies semua nampak cantik dan berseri gitu. Bgus juga ada produk yang boleh kuruskan badan dan sesuai untuk yang menyusukan anak. Produk pula dari bahan semulajadi

    ReplyDelete
  5. Satu produk yang bagu untuk ibu yang masih menyusu anak hurmm moga ia dapat membantu ibu luar sana memudahkan menambah susu bagus lah lebih sihat dan lebih senang untuk jaga anak tak berharap susu tepung sahajakan..

    ReplyDelete
  6. Seronok baca pasal event ni. Haaaa memang sesuai la utk emi kan? Apa pun tahniah buat pengasas

    ReplyDelete
  7. Menariknye produk ni. Dapat membantu mereka yang nak turunkan berat tanpa diet ketat

    ReplyDelete
  8. Wahhh.. Akak baru ja renew azan thun2 sebelum2 ni nk kurus... Boleh la Cuba.. Mnyampah dah Cuba mcm2 tpi turun ya sikit ja

    ReplyDelete
  9. Wahhh bolehlah Emi amalkan lepas nie teh nie. Maklumlah nak jadi ibu kan tahun 2020 nie

    ReplyDelete
  10. teh memang boleh kurus sebab ada antioksidan namanya catechin. tapi pemakanan pun kena jaga juga kan.

    ReplyDelete
  11. antioxidant mmg bagus and we need them in our daily routine. and event ni sgt cantik lah. pinkish2

    ReplyDelete
  12. this post is so timely and useful! dh berhasrat nk mendirikan rumah tangga, so produk ni is definitely on my list for the future :)

    ReplyDelete
  13. Memang mommies menyusu badan cepat lapar dan makan banyak. Best jugak tahu ada teh yang dapat membantu ibu menyusu untuk menurunkan berat badan dengan selamat kepada ibu dan bayi.

    ReplyDelete
  14. Bagus la ada produk macam OLATHEE LUSLIMLABEB ni. mesti para ibu tak risau lagi macamana nak diet turunkan berat badan walaupun baru lepas bersalin.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.