Shopping Barangan Preloved di Jalan Jalan Japan, Kipmall Bangi. - emilinda

Sunday, December 22, 2019

Shopping Barangan Preloved di Jalan Jalan Japan, Kipmall Bangi.

Sejak tahun 2016, nama Jalan Jalan Japan (JJJ) ni memang sangat familiar pada saya. Kenalan Facebook ramai yang duk kongsi pengalaman mereka shopping barangan preloved di Jalan Jalan Japan. Rata-rata perkongsian mereka menunjukkan kunjungan ke Jalan Jalan Japan ni berbaloi dan mereka dapat macam-macam barangan dari situ. Suka baca perkongsian mereka. Tapi saya sendiri belum pernah ke mana-mana cawangan Jalan Jalan Japan. Sampai lah baru-baru ni saya ada terbaca di Facebook page Jalan Jalan Japan bahawasanya mereka akan buka cawangan yang ke lima di Kipmall Bangi. Alhamdulillah, rezeki saya dapat pas masuk ke pre-opening party outlet ke lima Jalan Jalan Japan. Memang excited la bila dapat tahu jadi antara orang terawal yang dapat shopping kat Jalan Jalan Japan outlet Kipmall Bangi. Bila dapat tahu pasal ni, suami saya pun tak kurang teruja jugak sebab dia antara peminat barangan bundle. Lagi pulak barangan bundle dari Jepun, kalau pandai cari silap-silap boleh jumpa barang rare dan ada value tinggi.


Untuk yang tak tahu, orang Jepun ni kebanyakannya dorang tinggal dalam apartment yang agak compact, dan dah jadi gaya hidup mereka untuk tak simpan terlalu banyak barang dalam rumah. Kalau korang tengok cerita Jepun, memang mereka lebih sukakan konsep minimalist dalam rumah mereka. Takde terlalu banyak ruang untuk simpanan barang. Barulah tak bersepah. Kira bukan jenis macam orang kita ni, selagi ada ruang kat rumah selagi tu la nak membeli, hahah. Lagi pulak kat sana kan banyak musim. So bila sesuatu barangan tu dah tak digunakan lagi, mereka akan jual kepada syarikat-syarikat tertentu untuk dijual balik kepada orang lain. Instead of buang barangan tu, mereka jual sebab kondisi barangan masih elok. Salah satu syarikat yang aktif membeli barangan preloved dari mereka adalah syarikat Bookoff Corporation Japan (syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk barangan preloved Jepun untuk dijual di kedai Jalan Jalan Japan di Malaysia). Barangan yang dijual di Jalan Jalan Japan ini telah melalui hot steaming process dimana ianya dibersihkan, digosok dan seumpamanya sebelum dihantar ke setiap outlet Jalan Jalan Japan.

Ralit dia memilih




Kunjungan pertama saya ke Jalan Jalan Japan ni, saya cuba seboleh mungkin untuk tak overspend. Sebelum ke sana lagi saya dan suami dah setuju untuk membuat pembelian tak lebih dari RM100. Kiranya ini satu cabaran bagi kitorang. Tapi sebenarnya dah boleh agak dah memang akan terlebih beli punya, kahkah. Saya target nak beli baju untuk dipakai sepanjang mengandung ni. Almaklum, perut makin besar so baju banyak dah yang tak muat. Masuk je dalam kedai Jalan Jalan Japan tu, amboi laki iols menonong je jalannya ke bahagian pakaian lelaki. Lupa terus dia datang dengan isteri ye bhahaha. So saya pun proceed ke bahagian pakaian wanita, tengok-tengok apa yang menarik. Lepas setengah jam, pi cari suami kat bahagian pakaian lelaki. Mak aii, dah banyak rupanya dalam bakul dia. Saya pulak masa tu baru dapat 2 helai baju yang berkenan dihati. Sebenarnya banyak je yang saya berkenan, tapi memandangkan sekarang saya tengah pregnant, so kena la terima hakikat kalau beli pun baju-baju tu tak muat dipakai buat masa sekarang. Pujuk hati untuk beli baju yang muat dipakai je. Lepas bersalin nanti belum tentu boleh kurus macam sebelum mengandung pun kan? Huhu

Fitting room turut disediakan






Luggage pun ada

So yeah, lepas dah masukkan baju-baju yang berkenan dihati ke dalam bakul, kitorang proceed ke fitting room pulak untuk cuba. Don't worry kat situ boleh fitting baju, dan fitting room yang disediakan pun mencukupi. Lepas dah cuba satu persatu baju yang dipilih, end up ada beberapa baju yang saya tak jadi beli sebab tak bersesuaian dengan tubuh badan saya. Tak puas hati, saya round lagi sekali kat rak-rak pakaian wanita. Serious banyak, sampai lenguh tangan ni nak membelek. Susunan baju di rak memang kemas dan disusun mengikut saiz dan kategori, tapi jumlah baju disetiap rak terlalu padat. So memang kena belek satu persatu untuk jumpa baju yang cantik dan sesuai dengan kita. Kasut dan beg pun banyak, tapi untuk kunjungan pertama ni saya pejamkan je mata ni taknak beli beg dan kasut. Banyak kot kasut lawa-lawa dan condition memang baru, tapi mostly bertumit tinggi. Buat masa sekarang memang saya tak pakai kasut tumit tinggi. Beg pun banyak yang cantik, berkenan betul dengan beg dari material rotan tu. Tapi tak beli pun sebab teringat beg kat rumah pun banyak tapi duk guna yang sama je jugak bhahaha.


Miniature & collectibles pun banyak

So lepas dikira-kira, kitorang berjaya beli 11 helai baju (campur baju lelaki dan perempuan), dan jumlah keseluruhan adalan RM115. Memang tersasar sikit dari target, tapi takpelah. Baju perempuan yang saya jumpa ada yang serendah RM3. Yang saya beli mostly berharga RM5 - RM15. Yang bestnya kalau rajin membelek, boleh jumpa baju yang brand new siap dengan tag lagi! Yang bukan brand new pun dah rupa macam baru kot. Kena la rajin membelek.

Blouse RM5 sahaja. Yang ni kalau pakai dengan inner putih memang cantik

Yang ni tak jadi beli sebab rasa macam besar sangat, RM10

Black sleeveless top kat dalam tu RM5, jaket putih tu RM10

Dalam banyak-banyak baju tu, paling saya suka adalah jaket putih kat atas ni. Sekali pandang terus berkenan, nasib baik memang saiz saya. Kondisi baju ni sangatlah elok, memang macam baru dan harganya hanyalah RM10. Sebenarnya dekat bahagian jaket, ada banyak jugak jaket yang saya berkenan tapi mostly tak jadi beli sebab lengannya tiga suku. Kalau lengan panjang, sah-sah saya dah beli. Lagi satu baju yang saya suka sangat ialah baju jalur-jalur dari jenama Forever 21. Lupa tangkap gambar pulak. Yang tu bukan preloved, memang baru sebab masih ada tag lagi.

Hasil tangkapan si suami

Senyum lebar je suami saya bila berjaya dapatkan beberapa helai baju berjenama A Bathing Ape yang boleh dikatakan mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi kalau beli kat kedai bundle lain. For those yang biasa dengan baju bundle mungkin tahu menilai sesuatu baju tu ada nilai atau tak. Macam saya sendiri memang tak reti haha. Suami saya tahu la serba sedikit pasal baju bundle ni. Jauh murah kalau nak dibandingkan beli secara online. Lepas balik dari Jalan Jalan Japan, suami ada tunjukkan baju preloved yang sama kalau online memang harga boleh cecah ratusan ringgit. Kat Jalan Jalan Japan boleh dapat dengan harga RM10 - RM20 sahaja. Sangatlah berbaloi!

Stroller





Car seat

Baby sling

Oh ye, kat Jalan Jalan Japan ni ada banyak jugak barangan bayi, mainan, barangan sukan, perhiasan rumah dan juga kelengkapan dapur. Eh macam-macam la boleh dapat kat sini. Macam yang kita tahu bermula tahun 2020 negara kita wajibkan penggunaan car seat untuk anak-anak. Kat Jalan Jalan Japan ni pun ada jual car seat dengan harga yang sangat rendah tau. Bukan car seat je, tapi stroller, baby sling, pakaian bayi dan macam-macam lagi. Untuk pakaian bayi ni mostly memang brand new. Mainan pun banyak, geram je tengok bear dan mainan yang pelbagai tu. Nasib baik anak kitorang masih dalam perut lagi, hihi.

Jom balik!


Jalan Jalan Japan (JJJ) cawangan Kipmall Bangi akan mula beroperasi pada 28 Disember 2019. Orang sekitar Bangi boleh la ke sana beramai-ramai. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.


Cawangan Jalan Jalan Japan :
One City Sky Park USJ
1 Shamelin Mall Cheras
Centerpoint Seremban
M3 Mall Taman Melawati
Kipmall Bangi

21 comments:

  1. Banyak betul barang2..ini kalah kedai eco ni.hahhaah

    Harga murah mmg bestlah borong mcm2..

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni jualan preloved macam ni memang ramai dikunjungi. Nampak macam macam ada sini. Nanti bila ke arah Bangi nak stop la cari.

    ReplyDelete
  3. Wow!!!!!!!! Nampak menarik Kipmall nie. Saya pun x pernah gie. Padahal dekat jer dgn rumah. Thank you for sharing this information.

    ReplyDelete
  4. Aduhaiiiii kalau kita pegi sini mahu rambang mata nak beli mana satu ni. Kalau dekat2 dah pegi sana dah ni tapi jauhh huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Seems like there's more goodies at the new open outlet, I was over the other day at JJJ USJ also found good stuff I like.

    ReplyDelete
  6. Tengok dari gambar, mesti besar kan kedai preloved jepon ni. Dgr kata harga giler murah n kualiti cantik sini

    ReplyDelete
  7. Dah agak yang Emi pasti akan datang sini lagi beli barang2 baby pulak. Ada brand yang kat US tu beratus2 ringgit, kat JJJ murah sangat kan. SIs pun nak repeat lagi ni. Baju semua cantik but kena ada mata lah mencari. Hehe.

    ReplyDelete
  8. amboi emi seronoknya shopping kat JJJ. Dah lama tak datang kedai bundle jepun nie. dah la murah, banyak size kecik banyak kan

    ReplyDelete
  9. seronoknya... kat tempat gee tak ada lagi yang macam barangan dari jepun ni

    ReplyDelete
  10. Tahniah Jalan Jalan Japan untuk pembukaan outlet terbaharu! boelahlah pergi nanti cuci mata dan shopping he he he

    ReplyDelete
  11. Macam meriah je kat sini.. Nak datang melawat jugak lah 😘

    ReplyDelete
  12. Banyaknya dapat beli baju tu. Qiss dapat 9. Pastu beli handbag.. hehe.. nanti opening nak pergi jugak lah.

    ReplyDelete
  13. Hah kalau dah masuk JJJ ni memang rambang mata jadinya. Masa shopping kat JJJ Seremban pun akak tak tahu nak shopping apa. Rasa nak shopping je semua tau

    ReplyDelete
  14. Bestnya lahai dapat shopping kat JJJ. Sis tak silap 2 kali dah masuk JJJ..mmg happpening tapi kdg2 geram gak sb saiz susah nak cari

    ReplyDelete
  15. Nak cari meja dan kerusi yang boleh letak kat halaman rumah. Nnt nak singgah JJJ jugak. Terima kasih info.

    ReplyDelete
  16. Bestnya pergi JJJ. Serious dh lama tk pergi. Teringin nk pergi balik and shopping dkt sana lagi

    ReplyDelete
  17. Mcm mane boleh dpt masuk awal sis? Kami mmg boleh dikatakan pengunjung tetap jjj ni.. tp xpenah pon dpt masuk pre opening ni.. semua branch kami da pegi masa opening.. boleh share sikit x sis ��

    ReplyDelete
  18. Wah menarik perkongsian ni. Nampak baju - baju tu pun cantik.

    Thanks for the info

    ReplyDelete
  19. Wah nampak bestnya... rasa nak pergi dah

    ReplyDelete
  20. Salam masih beroperasi lgi ke

    ReplyDelete
  21. Belum berpeluang lagi nk masuk jalan jalan jepun dekat kipmall bangi, ada rezeki nanti boleh lah guna peluang dan ruang yang ada sebaik mungkin. Hehe

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.