emilinda: fashion
Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

Sunday, December 22, 2019

Shopping Barangan Preloved di Jalan Jalan Japan, Kipmall Bangi.

December 22, 2019 21
Shopping Barangan Preloved di Jalan Jalan Japan, Kipmall Bangi.
Sejak tahun 2016, nama Jalan Jalan Japan (JJJ) ni memang sangat familiar pada saya. Kenalan Facebook ramai yang duk kongsi pengalaman mereka shopping barangan preloved di Jalan Jalan Japan. Rata-rata perkongsian mereka menunjukkan kunjungan ke Jalan Jalan Japan ni berbaloi dan mereka dapat macam-macam barangan dari situ. Suka baca perkongsian mereka. Tapi saya sendiri belum pernah ke mana-mana cawangan Jalan Jalan Japan. Sampai lah baru-baru ni saya ada terbaca di Facebook page Jalan Jalan Japan bahawasanya mereka akan buka cawangan yang ke lima di Kipmall Bangi. Alhamdulillah, rezeki saya dapat pas masuk ke pre-opening party outlet ke lima Jalan Jalan Japan. Memang excited la bila dapat tahu jadi antara orang terawal yang dapat shopping kat Jalan Jalan Japan outlet Kipmall Bangi. Bila dapat tahu pasal ni, suami saya pun tak kurang teruja jugak sebab dia antara peminat barangan bundle. Lagi pulak barangan bundle dari Jepun, kalau pandai cari silap-silap boleh jumpa barang rare dan ada value tinggi.


Untuk yang tak tahu, orang Jepun ni kebanyakannya dorang tinggal dalam apartment yang agak compact, dan dah jadi gaya hidup mereka untuk tak simpan terlalu banyak barang dalam rumah. Kalau korang tengok cerita Jepun, memang mereka lebih sukakan konsep minimalist dalam rumah mereka. Takde terlalu banyak ruang untuk simpanan barang. Barulah tak bersepah. Kira bukan jenis macam orang kita ni, selagi ada ruang kat rumah selagi tu la nak membeli, hahah. Lagi pulak kat sana kan banyak musim. So bila sesuatu barangan tu dah tak digunakan lagi, mereka akan jual kepada syarikat-syarikat tertentu untuk dijual balik kepada orang lain. Instead of buang barangan tu, mereka jual sebab kondisi barangan masih elok. Salah satu syarikat yang aktif membeli barangan preloved dari mereka adalah syarikat Bookoff Corporation Japan (syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk barangan preloved Jepun untuk dijual di kedai Jalan Jalan Japan di Malaysia). Barangan yang dijual di Jalan Jalan Japan ini telah melalui hot steaming process dimana ianya dibersihkan, digosok dan seumpamanya sebelum dihantar ke setiap outlet Jalan Jalan Japan.

Ralit dia memilih




Kunjungan pertama saya ke Jalan Jalan Japan ni, saya cuba seboleh mungkin untuk tak overspend. Sebelum ke sana lagi saya dan suami dah setuju untuk membuat pembelian tak lebih dari RM100. Kiranya ini satu cabaran bagi kitorang. Tapi sebenarnya dah boleh agak dah memang akan terlebih beli punya, kahkah. Saya target nak beli baju untuk dipakai sepanjang mengandung ni. Almaklum, perut makin besar so baju banyak dah yang tak muat. Masuk je dalam kedai Jalan Jalan Japan tu, amboi laki iols menonong je jalannya ke bahagian pakaian lelaki. Lupa terus dia datang dengan isteri ye bhahaha. So saya pun proceed ke bahagian pakaian wanita, tengok-tengok apa yang menarik. Lepas setengah jam, pi cari suami kat bahagian pakaian lelaki. Mak aii, dah banyak rupanya dalam bakul dia. Saya pulak masa tu baru dapat 2 helai baju yang berkenan dihati. Sebenarnya banyak je yang saya berkenan, tapi memandangkan sekarang saya tengah pregnant, so kena la terima hakikat kalau beli pun baju-baju tu tak muat dipakai buat masa sekarang. Pujuk hati untuk beli baju yang muat dipakai je. Lepas bersalin nanti belum tentu boleh kurus macam sebelum mengandung pun kan? Huhu

Fitting room turut disediakan






Luggage pun ada

So yeah, lepas dah masukkan baju-baju yang berkenan dihati ke dalam bakul, kitorang proceed ke fitting room pulak untuk cuba. Don't worry kat situ boleh fitting baju, dan fitting room yang disediakan pun mencukupi. Lepas dah cuba satu persatu baju yang dipilih, end up ada beberapa baju yang saya tak jadi beli sebab tak bersesuaian dengan tubuh badan saya. Tak puas hati, saya round lagi sekali kat rak-rak pakaian wanita. Serious banyak, sampai lenguh tangan ni nak membelek. Susunan baju di rak memang kemas dan disusun mengikut saiz dan kategori, tapi jumlah baju disetiap rak terlalu padat. So memang kena belek satu persatu untuk jumpa baju yang cantik dan sesuai dengan kita. Kasut dan beg pun banyak, tapi untuk kunjungan pertama ni saya pejamkan je mata ni taknak beli beg dan kasut. Banyak kot kasut lawa-lawa dan condition memang baru, tapi mostly bertumit tinggi. Buat masa sekarang memang saya tak pakai kasut tumit tinggi. Beg pun banyak yang cantik, berkenan betul dengan beg dari material rotan tu. Tapi tak beli pun sebab teringat beg kat rumah pun banyak tapi duk guna yang sama je jugak bhahaha.


Miniature & collectibles pun banyak

So lepas dikira-kira, kitorang berjaya beli 11 helai baju (campur baju lelaki dan perempuan), dan jumlah keseluruhan adalan RM115. Memang tersasar sikit dari target, tapi takpelah. Baju perempuan yang saya jumpa ada yang serendah RM3. Yang saya beli mostly berharga RM5 - RM15. Yang bestnya kalau rajin membelek, boleh jumpa baju yang brand new siap dengan tag lagi! Yang bukan brand new pun dah rupa macam baru kot. Kena la rajin membelek.

Blouse RM5 sahaja. Yang ni kalau pakai dengan inner putih memang cantik

Yang ni tak jadi beli sebab rasa macam besar sangat, RM10

Black sleeveless top kat dalam tu RM5, jaket putih tu RM10

Dalam banyak-banyak baju tu, paling saya suka adalah jaket putih kat atas ni. Sekali pandang terus berkenan, nasib baik memang saiz saya. Kondisi baju ni sangatlah elok, memang macam baru dan harganya hanyalah RM10. Sebenarnya dekat bahagian jaket, ada banyak jugak jaket yang saya berkenan tapi mostly tak jadi beli sebab lengannya tiga suku. Kalau lengan panjang, sah-sah saya dah beli. Lagi satu baju yang saya suka sangat ialah baju jalur-jalur dari jenama Forever 21. Lupa tangkap gambar pulak. Yang tu bukan preloved, memang baru sebab masih ada tag lagi.

Hasil tangkapan si suami

Senyum lebar je suami saya bila berjaya dapatkan beberapa helai baju berjenama A Bathing Ape yang boleh dikatakan mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi kalau beli kat kedai bundle lain. For those yang biasa dengan baju bundle mungkin tahu menilai sesuatu baju tu ada nilai atau tak. Macam saya sendiri memang tak reti haha. Suami saya tahu la serba sedikit pasal baju bundle ni. Jauh murah kalau nak dibandingkan beli secara online. Lepas balik dari Jalan Jalan Japan, suami ada tunjukkan baju preloved yang sama kalau online memang harga boleh cecah ratusan ringgit. Kat Jalan Jalan Japan boleh dapat dengan harga RM10 - RM20 sahaja. Sangatlah berbaloi!

Stroller





Car seat

Baby sling

Oh ye, kat Jalan Jalan Japan ni ada banyak jugak barangan bayi, mainan, barangan sukan, perhiasan rumah dan juga kelengkapan dapur. Eh macam-macam la boleh dapat kat sini. Macam yang kita tahu bermula tahun 2020 negara kita wajibkan penggunaan car seat untuk anak-anak. Kat Jalan Jalan Japan ni pun ada jual car seat dengan harga yang sangat rendah tau. Bukan car seat je, tapi stroller, baby sling, pakaian bayi dan macam-macam lagi. Untuk pakaian bayi ni mostly memang brand new. Mainan pun banyak, geram je tengok bear dan mainan yang pelbagai tu. Nasib baik anak kitorang masih dalam perut lagi, hihi.

Jom balik!


Jalan Jalan Japan (JJJ) cawangan Kipmall Bangi akan mula beroperasi pada 28 Disember 2019. Orang sekitar Bangi boleh la ke sana beramai-ramai. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.


Cawangan Jalan Jalan Japan :
One City Sky Park USJ
1 Shamelin Mall Cheras
Centerpoint Seremban
M3 Mall Taman Melawati
Kipmall Bangi

Wednesday, October 4, 2017

Selesa bersenam dengan Jonlivia ActivPants!

October 04, 2017 18
Selesa bersenam dengan Jonlivia ActivPants!

Sebagai wanita berkerjaya (ewahhh, berkerjayalah sangat), kehidupan seharian memang sibuk. Lagi-lagi bagi yang bekerja kat pejabat, dan dari pagi sampai petang kerjanya duduk kat meja, menghadap skrin memanjang. Boleh buat diri rasa lemau, badan lenguh-lenguh, sakit kepala, migraine, dan lain-lain lagi. Senang kata, kesihatan tubuh badan agak terabai sebenarnya. Almaklum, tak banyak bergerak. Nak cari masa untuk exercise pun kadang tak sempat. Kalau ada pun, weekend la sempat nak jogging bagai. Siapa nak jaga tubuh badan kita kalau bukan diri kita sendiri, kan? Kadang badan rasa lemau sangat-sangat. Nak bangun pagi hari minggu untuk pergi jogging? Haaa most of the time berkesudahan jogging dalam mimpi je. Hahah. Honestly i'm not a morning person. Lagi-lagi hari minggu, memang kalau boleh nak rehat je kat rumah lepas seminggu penat bekerja.


Tapi, takde la tak exercise langsung. Saya tahu bahawasanya penting untuk kita jaga kesihatan tubuh badan. Walaupun ramai yang cakap "Alah, kau kurus keding takyah nak exercise bagai". Nope, for me that is so wrong! Kurus tak semestinya sihat. Takkan nak tunggu badan jadi gemuk dulu baru nak exercise kan? Kita exercise bukan sebab nak kuruskan badan semata. Nak tingkatkan stamina, nak kasi cergas tubuh badan. Baru la rasa lebih bersemangat dan termotivasi untuk lalui kehidupan harian dengan lebih produktif. Nasib baik kat ofis ada disediakn kemudahan gymnasium. So saya memang gunakan kemudahan gym dekat ofis ni untuk exercise. Takdelah hari-hari, dalam seminggu 1-3 kali kalau tak sibuk. Memang dan bawak siap-siap kasut & pakaian untuk bersenam, tinggal kat ofis. Bila petang dah habis waktu kerja dan rasa macam tak rushing nak ke mana-mana, terus singgah ke gym sekejap.


Mula-mula memang agak liat jugak nak biasakan diri pergi gym. Tapi lama kelamaan, jadi seronok pulak. Yela, seharian otak berhempas pulas berfikir pasal kerja, at the end of the day bila dapat exercise sekejap rasa macam release tension sikit. Dapat lari-lari dekat treadmill setengah jam pun dah rasa macam lega dah. That's how it works for me. So i was looking for my own gym outfit. Cehh, konon nak disiplinkan diri pergi gym at least once a week, so terus nak ada gym outfit sendiri. You know, those thermal pants dan sewaktu dengannya. Rasa macam cool je tengok kawan-kawan ada thermal pants bagai, dengan harapan lemak-lemak lebih cepat terbakar. Selama ni kita pakai tracksuit je, sobss.



Usha punya usha kat internet, finally i go for Jonlivia ActivPants. Bila google, rata-rata ramai yang suggest Jonlivia ActivPants ni. Dalam bahasa mudahnya, hot pants atau seluar panas. For those yang memang exercise regularly and serious nak bakar lemak segala bagai ni selalunya dorang tahu la bahawasanya hot pants ni dapat membantu menghilangkan lemak dengan lebih cepat bila kita workout/exercise. Jonlivia ActivPants diperbuat dari fiber berkualiti, memiliki ciri pengudaraan yang baik dan dapat menyerap peluh 3 hingga 4 kali lebih banyak berbanding seluar senaman biasa.


Klik untuk gambar yang lebih jelas

Suka sangat design dia. Very stylish!

Jonlivia Hot Pants sesuai dipakai semasa melakukan senaman, aerobic, zumba, jogging, cycling dan sebagainya. First time pakai, memang terus jatuh hati sangat-sangat sebab design dia cun, nampak kemas & cantik bila dipakai. Dah la memang selesa sangat-sangat. Bila kita selesa dengan apa yang kita pakai, nak bergerak selesa, lagilah bersemangat nak bersenam. Dah nama pun hot pants, bila pakai memang terasa panas. Diperbuat dari hi-tech fibers dan mempunyai inner layer yang membantu meningkatkan suhu badan. Sebab dia cepat panas, makanya banyak berpeluh. Belum bersenam lagi dah berpeluh, memang puas hati.


Klik untuk gambar yang lebih jelas


Klik untuk gambar yang lebih jelas

Jonlivia HotPants ni material dia memang lembut dan jenis stretchable. Seluar kalau stretchable memang selesa dipakai. Kalau perhatikan pada jahitan dia, memang kemas. Oh ye, suka sangat sebab Jonlivia ActivPants ni ada inner pocket. This is where i put my locker key. Barang-barang semua simpan dalam gym locker, so simpan kunci dalam poket bila nak exercise. Takde la risau hilang ke apa ke.

Jonlivia ActivPants ada 4 layers yang menjadikannya sangat selesa.

Actually Jonlivia HotPants ni bukan sahaja boleh dipakai untuk bersenam, tetapi juga sangat sesuai dipakai untuk keluar jalan-jalan atau buat aktiviti lain. Kiranya dengan design yang sangat stylish, Jonlivia ActivPants juga sesuai dipakai secara kasual. Untuk saya, saya ambil saiz S. Memang dah ukur sesiap supaya tak tersalah saiz. 

Klik untuk gambar yang lebih jelas

Harga asal Jonlivia ActivPants ni RM250. Kalau tengok dekat website Jonlivia, sekarang boleh dapatkan dengan harga RM188 sahaja. For me, harga macam ni sangatlah berbaloi dengan kualiti dan keberkesanan seluar ni. Kita sebagai pengguna ni, kalau kita rasa selesa dan berpuas hati dengan produk yang kita beli, semestinya kita rasa sangat berbaloi. Boleh dapatkan produk lain jugak dekat website Jonlivia. Saya sendiri tengah usha Jonlivia Phiro Back Support pulak kali ni. Belakang selalu rasa sakit sebab posture badan tak betul rasanya. Itu yang terfikir nak pakai Jonlivia Phiro Back Support pulak lepas ni. 

Oh ye korang kalau berminat boleh usha dekat website www.jonlivia.com . Thank you sebab baca bebelan kita sampai habis. Boleh drop komen kat bawah kalau ada nak tinggakan feedback atau sebarang komen. Kot-kot korang pun nak share pengalaman korang guna mana-mana hot pants.

Sunday, June 4, 2017

Butik Gondola31 Kajang sediakan 40 jenama dibawah satu bumbung.

June 04, 2017 8
Butik Gondola31 Kajang sediakan 40 jenama dibawah satu bumbung.
Last weekend pergi ke Kajang sebab ada satu butik ni baru dibuka kat situ. Saja la nak usha tengok apa yang menarik kat sana. Butik yang diberi nama Gondola31 Kajang ni berkonsepkan vendor boutique yang menampilkan banyak jenama dibawah satu bumbung. Sebenarnya nama Gondola 31 ni tak asing lagi dah terutamanya bagi orang Perak sebab outlet pertama Gondola31 terletak di Ipoh, Perak. Kiranya outlet yang baru dibuka di Kajang ni merupakan outlet kedua Gondola31. Bagi penggemar fesyen, nama Gondola31 ni memang tak asing lagi sebab jenama-jenama yang ditampilkan oleh butik Gondola31 ni kebanyakannya memang popular dan sudah mempunyai pengikut tersendiri. Wujudnya butik Gondola31 di Kajang ni sebenarnya memudahkan para peminat fesyen sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan koleksi jenama pilihan mereka dengan lebih mudah tanpa perlu travel jauh. Almaklumlah, kebanyakan butik bagi jenama terkenal terletak di tengah Kuala Lumpur, Shah Alam atau di Bangi Sentral. Faham-faham sahaja la, sesetengah orang tak rela untuk bersesak masuk ke kawasan yang crowded sebegitu tambahan pula sekitar musim perayaan. Pening kepala nak bersesak-sesak!

En Nizam Baharudin & Cik Syazana Azmi

Bagi operasi butik Gondola31 Kajang ini, pihak Gondola31 berganding bahu dengan rakan bisnes, IMZA Bersatu Sdn Bhd. Gondola31 di Ipoh telah diasaskan oleh En Nizam Baharudin & Puan Norazura Posdzi, manakala IMZA Bersatu Sdn Bhd diterajui oleh Cik Syazana Azmi. Hari tu sempat bersembang dengan pemilik Gondola31, katanya butik Gondola31 Kajang membawakan 40 jenama dibawah satu bumbung. Selain variasi tudung, pengunjung juga berpeluang memiliki koleksi jubah, blouse, beg, accesories dalam pelbagai warna, potongan dan rekaan. Set kosmetik dan produk penjagaan kesihatan juga ada dibawakan di butik Gondola31 Kajang.



Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa Kajang dipilih sebagai lokasi untuk outlet kedua Gondola31 kan? Menurut Cik Syazana Azmi, walaupun Gondola 31 awalnya beroperasi di Ipoh, tetapi mereka mempunyai jumlah pelanggan yang ramai dari Lembah Klang. Justeru, sebagai tanda penghargaan dan memudahkan para pelanggan setia untuk membeli-belah, makanya mereka membuat keputusan untuk membawa Gondola31 ke Kajang. For me, pemilihin Kajang sebagai lokasi sememangnya strategik kerana Kajang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Lagi menarik, Gondola31 Kajang akan lebih mudah dikunjungi kerana butik Gondola31 Kajang terletak berhampiran Stesen MRT Sungai jernih, dan dibelakang Tesco Extra Kajang.



Suasana dalam butik Gondola31 Kajang ni memang tersangat okay. Koleksi pakaian dan jualan disusun dengan tersusun. Dari segi fasiliti, terdapat sofa dan meja diruangan menunggu. Turut disediakan adalah fitting room dan bilik air. Bilik air selesa, siap ada cermin besar lagi. Ada beberapa buah fitting room dan fitting room dia memang selesa, tak sempit. Oh ye, dekat tingkat atas ada disediakan surau. Para pekerja kat situ pun ramah sangat. Hari tu memang stay agak lama di butik Gondola31 Kajang ni sebab katanya bersempena majlis pembukaan butik tu, ada artis nak datang kejap lagi! Artis yang dimaksudkan adalah pasangan Mawi & Ekin, serta Yatt Hamzah. So kita tunggu jela kejap sampai lepas Maghrib sebab kebetulan pihak butik mengadakan majlis berbuka puasa.

Ruang menunggu.



Berikut adalah antara jenama yang diketengahkan oleh butik Gondola31 Kajang - Red Audra, Jannah Noe, De Sophea Boutique, By Bainy, Abaya Sheikha Souq, Lisa Adam, BMO, Suci By Yatt Hamzah, Calit by Mawi, Unequein by Mawi & Ekin, Rosbelle Official, Eddymohaizz, Noah by Suri & Seth, Tunks RTW, Zahrahyder, Aleza Jakarta, Juliana Noordin, NFH Boutique Gallery, Nurhaya Kids, Naelofar Hijab, Chenta Qaseh, Hana Bella, Qamelia Scarves, Adawiyah Anggun, Azahfandi, Blackout & Justica Official, Elixir For Soraya, Doux_Lips, Nazriana Beauty Skincare, Dexandra Perfume, Osra Exclusive, Radiance Signature, Zowo.co, Lily Petuna, Shawl Publika, Aisha Wong Accessories, dan Nazrai Hijabpin.





Rambang mata tengok koleksi yang ditampilkan di butik Gondola31 Kajang ni. Almaklum dah nak raya ni, koleksi raya memang banyak la yang cantik-cantik. Cadangnya nak cari tudung raya. Tengok tudung Hana Bella pun lawa-lawa, tapi takde pulak yang matching dengan baju raya tahun ni. So i end up grab sepasang lagi baju raya for myself, jenama Lily Petuna. Can't resist this Lily Theia design, lawa sangat. Lagi pun bila dah fitting, saiz dia okay. Memang mostly Lily Petuna punya baju ada untuk petite size kan. 

Ni dalam fitting room. Selesa dan luas.

Korang yang tinggal sekitar Kajang tu, lagi mudah la lepas ni nak shopping. Sekarang pun dah dekat nak raya, tak payah susah-susah bersesak ke Bangi Sentral atau ke KL untuk beli baju raya. Beli je dekat Gondola31 Kajang. Waktu operasi sepanjang bulan Ramadhan ni adalah 11 pagi sehingga 10.30 malam. Butik akan ditutup dari jam 6.30 petang sehingga 8.30 malam bagi memberi laluan untuk berbuka puasa dan solat Maghrib. Manakala waktu operasi selain bulan Ramadhan pula, pada jam 11 pagi sehingga 8 malam. Butik akan ditutup pada setiap hari Isnin.

Gondola31 Kajang
33A-1, Jalan Impian Mahkota 1,
Saujana Impian, 43000, Kajang, Selangor.
Landmark : Belakang Tesco Extra Kajang
Tel : +60194467644
Email : info.gondola31kajang@gmail.com
Instagram : @gondola.31kajang