Resepi Tauhu Terbalik / Tauhu Bunga - emilinda

Sunday, December 15, 2019

Resepi Tauhu Terbalik / Tauhu Bunga

Kali pertama saya makan tauhu terbalik ialah sekitar 2 tahun lepas rasanya. Sekali rasa terus jatuh cinta. Masa tu kebetulan salah sorang staf di ofis saya jual tauhu terbalik frozen. Mak dia yang buat rasanya. Lepas staf tu dah resign, terus tak tahu nak order kat siapa dah. Ada yang panggil tauhu terbalik, ada yang panggil tauhu bunga. Tak kisahlah, mana-mana pun boleh. Tercari-cari jugak kot ada sesiapa jual tauhu terbalik frozen, tapi tak jumpa. Kesudahannya saya google cara-cara nak buat tauhu terbalik ni. Senang je rupanya! Sambil-sambil tengok tv pun boleh buat. Rajin dengan malas je nak buatnya.


BAHAN-BAHAN:
- 1 pek tauhu kering
- Isi ayam yang dah dicincang (agak-agak je kuantiti) 
- 1 biji telur
- 2/3 lobak merah dikisar/cincang
- Daun bawang dihiris halus
- 1 biji cili padi dikisar/cincang
- 1 atau 2 biji bawang merah dikisar/cincang (bergantung saiz bawang)
- Sedikit garam
- Sedikit kiub pati ayam
- Sedikit black pepper ground (tak letak pun takpe)


NOTA : Bahan-bahan yang perlu dikisar/cincang tu, saya kisar guna Tupperware Turbo Chopper je sebab kalau guna blender nanti dia jadi terlalu halus/lumat pulak. 


CARA-CARA :

1. Gunting bentuk X di salah satu permukaan tauhu kering tu. Then keluarkan isi tauhu, asingkan dalam satu mangkuk lain. Terbalikkan tauhu tu. Masa terbalikkan tauhu ni, jangan ganas sangat. Takut terkoyak besar pulak. First time buat, tauhu saya tak rupa kelopak bunga sangat sebab confident tersalah gunting bentuk X dekat bahagian bucu instead of tengah permukaan.


2. Dalam satu mangkuk lain, campurkan isi tauhu terbalik yang kita dah asingkan tadi dengan kesemua bahan lain untuk dijadikan inti (isi ayam yang dah dicincang, telur, lobak merah, daun bawang, cili padi, bawang merah, garam, kiub pati ayam, dan black pepper ground). Gaul sebati.


Rupa setelah digaul sebati

3. Masukkan inti yang dah digaul sebati tu ke dalam tauhu yang dah kita terbalikkan tadi. Tekan sikit supaya dia padat.

Tengoklah, kelopaknya tak semenggah sangat. Ni first time buat

4. Masukkan dalam bekas tertutup, dan simpan sekejap dalam freezer supaya adunan inti tu melekat elok dekat tauhu dan tidak terkeluar. 

5. Goreng menggunakan minyak yang panas. Cara menggoreng; kena goreng bahagian kelopak bunga tu dulu, kemudian baru terbalikkan bahagian lagi satu.

Goreng dalam minyak yang dah panas

Maaflah ada yang terhangit pulak bhahahah sebab masa tengah menggoreng tiba-tiba gas habis, panik kejap. Terpaksa tunggu orang kedai hantar gas baru. Tapi first time buat je rupa tak semenggah macam ni. Lepas tu bila buat lagi, kelopaknya pun dah lebih cantik. 


Tauhu terbalik ni kalau dah goreng, sekejap je hadap dah habis. Cicah dengan sos cili pun dah cukup sedap. Rasa rangup kat luar tapi juicy kat dalam. Dah berkali-kali jugak saya repeat buat tauhu terbalik ni, simpan dalam freezer buat stok. Pagi sebelum pergi kerja sempat la goreng sekejap untuk dijadikan bekal ke ofis, hehe.

19 comments:

  1. mudah je resepi..tapi nampak sedap.
    ok jugak buat banyak-banyak letak dalam freezer..buat minum petang sodap ni

    ReplyDelete
  2. Ringkas je bahan dan mudah gak buat. Cuma kena hati² masa gunting tahu tu. Nanti nak try untuk alas perut sebab lately ni malas nak makan nasi

    ReplyDelete
  3. nampak sedap tu tapi saya ni jarang minat makan tauhu hehe

    ReplyDelete
  4. i find the name is so interesting... tauhu terbalik... dah makan x akan jadi terbalik... hehehe

    ReplyDelete
  5. Wow!!!!!!!! Sedap nyer nampak tahu terbalik nie. You make craving for it now. Thank you for sharing your recipe. Nanti nak cuba buat juga. Insya’Allah.

    ReplyDelete
  6. Lain mcm tahu terbalik mi. First time dgr. Tk pernah nampak org jual dkt2 kedai rasanya

    ReplyDelete
  7. Memang dah dalam list nak buat..haritu adik ada buat tauhu ni tapi sis tk sempat nak jengah resepi. So bella follow resepi Emi je nanti. Tqqq

    ReplyDelete
  8. Kita pun baru tahu pasal tauhu bunga nie pun tahun lepas.. sebab ada yang tanya.. xnak buat business tauhu bunga ke.. kita pelik pula, 1st time dengar kan

    ReplyDelete
  9. Wah.
    Ala-ala tauhu bergedil ekk?
    Mcm sama just cara beza.
    Aida suka makanan simple gini.
    Kudapan minum pagi or minum ptg.

    ReplyDelete
  10. Ohh tahu terbalik kita ingat masak cara terbalik hehehe rupanya isi kat tengah tu inti wakakak menarik ni kena cuba kita pernah makan Tahu Mercon kat Indonesia sedap pedas giler hehehe lebih kurang macam ni juga lah...

    ReplyDelete
  11. sedap ni...mmg makanan macam ni kalau buat sendiri puas hati sangat..apatah lagi kita boleh repat makan berkali-kali

    ReplyDelete
  12. First time dengar pasal tahu ni..ketinggalan betul sis. Lepas ni boleh le cuba nanti. Tq kongsi resepi

    ReplyDelete
  13. pernh nampak orang buat..betul, buat macm lama, makan sekejap je..hehee..nanti boleh try..letak daging sedap ni

    ReplyDelete
  14. makkk aiihh kak, ngancam..thanks ajar dengan details.. anak kite suruh buat esok. terliur kami tengok.

    ReplyDelete
  15. Rajinnya. Nampak sedap. Tapi sis kurang sangat suka tauhu jadi malas nak buat haha.

    ReplyDelete
  16. First time dengar nama resepi ni. Xpernah jumpa sblm nie. Zharif xbrp minat tauhu tp rasa teringin cuba

    ReplyDelete
  17. nampak sedap. resepi pun tidak terlalu rumit. boleh buat betang petang sambil minum dgn teh panas. ehehe

    ReplyDelete
  18. wah sedap. semua tentang tauhu/soya saya suka betul. boleh cuba resepi ni

    ReplyDelete
  19. Nampak senang dan mudah resipi ni. Boleh try ni. Nampak sedap.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.