Skip to main content

MH370



Malaysia sedang bersedih . Sedang meratap . Sedang berdoa tak putus - putus . Tak kira agama , masing - masing berdoa cara masing - masing . Harapan tak putus selagi belum ada keputusan . Berat mata memandang berat lagi bahu memikul . Sedih hati kita mendengarnya , perit lagi hati kaum keluarga yang terlibat . Bukan sahaja Malaysia , bahkan negara - negara lain turut berduka . Turut bersimpati . Hilang tanpa jejak , secara tiba - tiba . Meninggalkan kaum keluarga kebingungan . Nak ditangisi takde jasad . Nak diratapi takde nisannya . Entah masih bernyawa entah tidak . Hanya harapan dan doa yang tak putus dititip .


Pagi 8 March kakak kejut suruh siap - siap nak keluar . Time tu tak online pun lagi . Lepas tu singgah breakfast kat kedai dulu . Time tu la online . Terbaca status seorang kawan tentang kapal terbang MAS hilang . Tersentak jugak . How come boleh hilang ? Tapi biarkan dulu , tak fikir serius pun . Maybe hanya berita palsu yang disebarkan pengguna Facebook semata . Sarapan dulu . Then lepas tu baru sambung baca balik sharing kawan - kawan kat Facebook , Twitter , dan Instagram . Ye , ada kapal terbang MAS hilang , lost contact . Dalam penerbangan dari KL ke Beijing ! Seriously terkejut dan rasa macam tak percaya . Macam - macam kat fikiran . Hati jadi sebak tiba - tiba saat terbaca pelbagai status kawan - kawan pasal tu . Tak keruan rasa . Hilang mood untuk shopping . Mata tertumpu pada skrin telefon memanjang . Hingga la battery fon habis . Tak senang duduk . Sampai rumah terus hadap Astro Awani sampai ke malam , menunggu perkhabaran baik yang tak kunjung tiba . Telinga pada Astro Awani , mata dan tangan pada gadget . . . mengikut perkembangan . Sebak . Hampir saja menangis . Selama ni terbaca tentang kes macam ni kat negara orang . Now it happened in my beloved country ! Langsung tak sentuh apa - apa kerja . Mood hilang . Fikiran hanya pada MH370 sahaja . Tak dapat dibayangkan bagaimana situasi mereka . What happened ? Hilang begitu saja tanpa jejak . Apa perasaan kaum keluarga mereka ? Lagi hiba saat melihat wajah kaum keluarga mereka di kaca TV . Ya Tuhan , tunjukkan jalan :'(


Hampir setiap 5 minit , skrin telefon akan di scroll . Hashtag #MH370 dan #PrayForMH370 sentiasa ditinjau . Ya Allah , tak sanggupnya . Penantian yang menyeksakan . Cukup perit bagi kita semua , lagi pedih bagi kaum keluarga mereka . Sungguh . Kesedihan tragedi ini sangat terkesan dihati ni . Sebulan yang lepas , nenek meninggal . Sedih saya tak sampai tahap begini . Ini lebih meruntun hati , lebih merentap hati . 239 nyawa jadi taruhan . 



Ya Allah , tunjukkan jalanMu . Andai tidak lagi bernyawa , tunjukkan jasad mereka . Andai masih bernyawa , kembalikan mereka ke pangkuan kami . Ya Allah , tunjukkan kami jalan . Walau dalam apa keadaan sekali pun . Bernyawa mahupun tidak :'(



Comments

Torascool said…
salam kenal dan follow
torascool(dot)blogspot(dot)com
Nanie said…
kita doakan semoga semuanya selamat... Insyaallah...
cahaya najihah said…
Tiada yg lebih berkuasa melainkan ALLAH. teruskan berdoa. :')
nana kimie said…
sampai sekarang masih belum terungkai misteri MH370...apapun masih berharap semua penumpang & krew selamat....Amin Ya Rabb!terus dan terus berdoa..

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…