Skip to main content

Kisah hari jadi si Aina.



Lama tak update . Haritu konon terfikir nak update blog sempena birthday sendiri , tapi dah seminggu berlalu baru sempat nak update . Busy . Sekarang ni memang dah jarang sangat bukak laptop . Dah bertambah dah umur kau ye , Emi . So , how's my birthday ? Nothing much la . Super busy haritu . Bergegas ke sana sini . Ada interview la . So end up ianya hari yang memenatkan , balik terus lena . Lol . Oh btw birtday saya sama tarikh dengan one of my niece , Aina . Ni nak cerita pasal Aina dan harijadi sikit . Hehe , kelakar pulak bila ingat balik .

Sehari before birthday dia tu , ada la call dia . Dia cakap , "Cikmie, esok birthday kakak . Jangan lupa hadiah tau " . Then saya cakap la , " Ye cikmie ingat . Esok kan birthday cikmie jugak , mesti la ingat , Nak hadiah apa ? Nanti cikmie bagi bila balik kampung nanti " . Lebih kurang macam tu la perbualannya .

Then keesokan petangnya , kakak saya umi si Aina ni call la saya tanya pasal apa ntah . Then dia pun cerita la , masa dia pi ambik Aina dari sekolah tadi , one of mak kepada kawan Aina datang dekat dia then tanya something , Kat bawah ni lebih kurang perbualan dorang :

Mak budak A : Ini emak Aina Maisarah ye ?
Kakak : Ha'ah , saya mak dia . Ada ape ye ?
Mak budak A : Nak tanya , hari ni hari jadi Aina ye ?
Kakak : A'ah , btol la . Hari ni hari jadi dia .
Mak budak A : Ooo . . dia buat birthday party ye petang ni ? Anak saya cakap Aina Maisarah ajak dia pergi rumah pukul 7:30 , ada sambut birthday dia .
Kakak : [ terkejut ] Eh , tak la . Kitorang tak celebrate pun hari ni , sebab abah dia kerja , on duty .

LOL . Tergelak sakan dengar my sis  cerita pasal ni . Aina oh Aina . Bila umi dia tanya , dia cakap betol la dia ajak kawan - kawan datang . Siap tulis kat tapak tangan kawan lagi , "7:30" supaya kawan tak lupa . Hai lah , lawak sungguh anak sedara yang sorang ni . My sis pun buat la kek coklat sikit in case ada kawan dia yang btol - btol datang . Actually my sis memang pernah terfikir nak sambut kecik - kecik , simple - simple . Tapi tak jadi . Sebab last minute tetiba abahnya si Aina ni kena duty . Nasib baik abah dia duty dekat - dekat situ je . So abah dia keluar kejap , pegi kedai beli kek Angry Bird untuk si anak . Takmo hampakan perasaan si anak . Oh ye , pasal kawan - akwan dia tu , takde yang datang pun . Yela anak oii , kau ajak orang datang pukul 7:30 , time Maghrib tu . Komfem - komfem mak bapak dorang tak kasi pegi . 


Takpe la Aina , next year kita plan elok - elok ye .





Oh ye , cakap pasal birthday ni kan , saya jugak menerima tempahan pretzels untuk majlis hari jadi , doorgift kahwen , dan sebagainya . Kira terima jugak la dalam kuantiti banyak . Harga boleh runding . SMS / Whatsapp 0145259353 . Ini pun tengah tunggu confirmation sorang customer yang nak order untuk ajdikan doorgift kawen . Yang untuk majlis hari jadi tu , dah ada dah sorang .

Comments

hehe comelnye.pepandai plak dia invite kwn..ahaks.
nana kimie said…
hihi..pandai pulak tu ajak kawan2 datang pukul 7.30^^anak buah nana pun macam2 ragam:)

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…