Skip to main content

Si tekak melayu.



Jumaat lepas , kitorang try makan kat BurgerByte . For the first time la . Before ni dah lama dah kakak saya duk teringin nak cuba makan situ . Kitorang pergi branch yang kat Bangi je . BurgerByte tu Zizan Razak punya restoran , takkan tak tahu kot . Selalu jugak tengok kat tv . So haritu kitorang try la . Saja la nak cuba kan . Ornag bawak , saya ikut jela . Hehe .


Saya makan Jalapeno with Beef Corcarne . Berbelit lidah nak sebut haa . Haha . Dari segi harga tu bagi saya tak la mahal sangat pun . Standard je . Air saya minum air sirap bandung tak sampai RM2 pun . Banyak , gelasnya tinggi , agak besar . Burger yang saya makan ni , RM14++ . Okei la tu kan . Tak la mahal macam sesetengah western food restaurant . Camne rasa ? Okei la , sedap la . Actually saya rasa kan , tekak saya ni memang bukan tekak western la . Haha . Orang lain makan sedap je . Saya nak habiskan satu portion ni pun seksa rasanya . Lol . Seminggu before ni kitorang pergi makan kat Manhattan Fish Market . Itu pun tekak saya tak berapa nak terima . Saya suka makan western food . Tapi kadang - kadang kalau cara dia masak tu macam dah pelik sangat bahan - bahannya , tekak saya ni mula la takleh nak terima . Buktinya ? Makan burger bakar tepi jalan elok je telan sampai habis . Siap nak tambah lagi haa . Makan Chicken Chop kat kedai mamak ok je sampai licin pinggan . Tapi bila dah ditaruk macam - macam dalam tu , tekak ni mula la nak memilih , rasa muak  . 

Overall rasanya ok je  BurgerByte ni . Next time kalau berpeluang makan situ lagi , mungkin boleh order menu lain pulak kot .

Comments

- NA - said…
sy semua mende telan :3
ezyra daniel said…
so far sye boleh makan semua.hehe...
macam sedap je burger tu!!aishh teringin plak nak makan..
Ahmad Zaki said…
Fast food semua kurang la nak makan. Saya lagi suka masakan kg. Sedap.

ZH Blogger
Hafiza AizZawa said…
amboi sedapnye beger...
nana kimie said…
ok baru tau zizan nya beger..hihi

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…