beauty,

Butterfly turns 4 party - What's inside the bag.

June 23, 2017 emi 2 Comments


Kalau perasan last month i did write about Butterfly Yellow birthday party. Dan kali ni pun nak cerita tentang Butterfly 4th birthday party jugak. The second party to be exact. Yes, you read it right. This year we celebrate Butterfly birthday twice. Why? Because lots of brand love us so much that they willing to sponsor our party & we ladies love party so much! Bertempat di lokasi yang sama dengan birthday party yang pertama. Birthday party kali ini bertemakan pastel. We had so much fun during the party, and the happiness doesn't stop right after the party ends. Balik rumah pun masih gembira sebab dapat surprise birthday bag yang didalamnya terdapat banyak beauty products! I'm such a happy butterfly. Thank you mamasan & the team for working so hard to make this party happen. It was awesome! Layan gambar semasa birthday party dulu. Credit below images to Eros.









Since i'm considered as beginner in makeup (memang tak reti sangat pun nak buat fancy makeup), so i'm a bit nervous every time i join event organized by Butterfly Project. Tak nervous kalau dah semua orang pergi lawa-lawa mekap so fancy? While me so noob & tak reti sangat nak buat different make up look. Tahu buat simple makeup for every day pergi kerja sahaja. Haha. So here's how i looks like on that day. Lebihkan part mata sikit je compared to my everyday makeup look. Letak benda alah yang shining sikit.


Okay, enough about the party. Sekarang nak cerita pasal surprise birthday bag yang kami dapat masa party tu, and whats inside of course! Seriously banyak betul items dalam beg tu, sampai terkeluar-keluar dari beg. Masa sampai tu, nampak aje beg ni terus excited tak sabar nak tengok apa dalam tu.


Here's the bag! I'm so in love with this bag. Siap ada logo Butterfly Project printed on it. Sayang tau beg ni. Balik rumah keluarkan kandungan dalam tu, pastu lipat elok-elok beg ni simpan tak nak kasi kotor. Okay, jom check apa kat dalam beg tu.


Wanderlust Things - Unicorn Face Makeup Brush


Didn't expect at all that we're gonna get this brushes. Cantikkk, suka sangat. Actually masa birthday party tu each person dapat unicorn makeup brush secara random. Ada yang dapat face makeup brush, ada yang dapat eye makeup brush. I'm glad that i get this face makeup brush, walaupun sebenarnya bukan reti sangat guna berus mekap. Serious tak tipu. Selama ni memang apply mekap guna jari je. Pernah la beli makeup brush, tapi guna beberapa kali je sebab rasa lagi convenient & cepat bila guna jari. Almaklum pagi-pagi bangun lambat selalu rushing je nak pergi kerja. So tak sempatnya nak guna berus bagai. Sapu je guna jari, hiks! Btw pakai mekap guna jari sebenarnya tak elok sangat untuk kulit muka kita, but yeah nak buat macam mana saya tidak reti pakai mekap guna berus hahah. Rasa sayang la nak guna unicorn face makeup brush ni. Macam mana nak guna, comel sangat haaa. Harga unicorn face makeup brush ni RM89, boleh beli kat www.wanderlustthings.com .


Orkid Cosmetics - Matte Suede Creamy Liquid Lipstick


Sekali dapat 4 color terus. Mana tak happy? Masa buka beg tu nampak ada bubble plastic color biru tu. Masa tu tak tahu lagi apa ada lama tu. Bila dengar kawan-kawan lain screaming excitedly, laju-laju bukak plastik biru tu. Ada 4 shades of lipstick! Patut semua orang excited. Try pakai lipstick ni, suka sebab dia cepat kering bila pakai. Dan tak tanggal lepas dah minum atau makan. RM39/pcs, boleh beli lipstick ni dekat www.orkidcosmetics.com .

Dari bawah ke atas (Turnt, Vibes, Mars & Blush). Paling suka yang Blush! 


 W.Lab - Pocket Shadow Palette Blooming


Eye shadow palette ni sebenarnya dah banyak kali melintas kat fikiran ni tiap kali browse beauty products dekat Althea. Duk dilema nak beli ke tidak. End up masuk wishlist je dulu. Harga dekat Althea RM90 sekarang lepas 55% discount. Suka color dia sebab earth color kan. Kotak & packaging dia sangat kemas & cantik. Nampak exclusive dengan dia punya shades yang tak terlalu terang. Saiz dia pun kecik, memang muat masuk dalam hand bag. Oh ye, paling penting dia punya texture ya Allah suka gila weyh. Texture dia lembut. Takyah nak tonyoh kuat-kuat. Perasan mostly eye shadow palette lain selalunya bila kita sentuh, texture dia keras. Tapi yang ni lembut. 



Mamonde - Long Lasting Liquid Eye Liner


Secara jujurnya memang tak reti sangat nak guna liquid eyeliner, sebab cenderung untuk jadi comot. Tapi try apply sikit hari tu, cepat kering. So kebarangkalian untuk comot tu mungkin berkurang la memandangkan dia cepat kering. Lagipun katanya waterproof. Raya nanti nak try pakai eyeliner ni.



Dolly Wink - Liquid Eyeliner WP Super Black


Katanya super black, tadi pagi sebelum datang ofis saja la pakai sikit kat mata ni. Yess, sangat hitam. Pakai sikit dah nampak terang sebab memang hitam gelap. Tak pasti pulak waterproof ke tak yang ni. Later on bila dah try banyak kali, inshaAllah kalau rajin kita review balik. Muncung dia jenis yang brush, so memang senang nak pakai. 



1028 - Big Eyes Magnifier Mascara


Macam tahu-tahu mascara kita dah nak habis. Hari tu duk tanya officemate, mascara apa yang best untuk bagi effect mata nampak besar. Dia mascara suggest Silkygirl. Tapi ni dah dapat 1028 big eyes magnifier mascara ni, nak try guna yang ni dulu la untuk raya ni. Harap-harapnya mascara ni bukan jenis yang flake out dan cepat tanggal. 



Mamonde - Floral Hydro Mist

Yang ni belum sempat try lagi. 

Hadabisei - Moisturizing Face Mask Extra Rich


Haaa, perempuan mana tak suka face mask habaq mai. Kalau boleh hari-hari nak pakai face mask. Rasa relax je muka bila pakai face mask. But this brand is totally new to me. Belum try lagi. Almaklum, hakak ada tersangat banyak face mask kat rumah tu. Confuse nak pakai yang mana satu dulu.


Adidas - Climacool Shower Gel & Climacool Deodorant

Tersangat suka dengan saiz deodorant ni. Kecil molek aje. 


 Clinelle - Hot Body Shaper Cream




Most probably i'm not gonna use this cream on me. Body sekeping like me tak tahu la nak sapu kat mana, haha. Kakak dah booking awal-awal cakap kalau tak nak, kasi kat dia. Because she know that i don't need this for now. Yes, kita bagi dekat orang yang lebih memerlukan. Rasa macam unik pulak tube cream ni sebab ada rolling ball untuk memudahkan sapu di mana-mana bahagian badan. 



Clinelle - Deep Cleansing Water

This one comes in a mini size. Sesuai untuk travel.


Clinelle - WHITENup Miracle Aqua Capsule




Clinelle - PureSWISS Hydrocalm Sleeping Mask



Clinelle - UV Defense SPF 50




Neesya - Cleansing Set



Pax Moly - Aloe Vera Soothing Gel



Photobook Malaysia - Simple 6x6 Hardcover Book + 50 x 4R prints
G&G Studiobooth - Photobox Prints


Ada voucher untuk hard cover photo album & photo printing. Cadangnya lepas raya ni nak compile gambar raya tahun ni dengan family, then print guna voucher ni. 

That's all that we have inside the butterfly bag. Banyak kan? Not to be greedy, so i will be giving some of the items to my mom & sisters. Oh ya, i get additional beauty products for that day, menang simple contest during the party. The gift sponsored by NYX. Thank you!


That's all my story about this party. Thanks for reading!

You Might Also Like

2 comments:

Mommy Cici said...

bestnyaa goodies bag dia <3

ieyra h. said...

Seronook gila dapat goodies dia! Rugi tak join hari tu. ;___;

ieyra h. | beauty blog