ID.AZ Premium Derm Mask - Nutrition, Hydrating & Brightening - emilinda

Friday, January 5, 2018

ID.AZ Premium Derm Mask - Nutrition, Hydrating & Brightening


Kejap je dah 2018. Berlalu pergi dah 2017 dengan macam-macam kisah, ada yang sedih ada yang gembira. Yang penting, hidup kena teruskan dengan lebih bersemangat dan lebih positive. Salah satu azam 2018 adalah nak betul-betul jaga kulit muka ni. Selama ni tak jaga ke? Jaga, tapi bila rajin jela. Tahun 2018 ni cadangnya nak lebih disiplinkan diri untuk amalkan rutin skincare. Dari pembersih muka, toner, pelembap, serum, essence, face mask, lip mask dan segala mak nenek jenis mask. Pening kepala kalau orang lelaki baca ni, hahah. Tahun 2017 pakai jugak, tapi pembersih muka dengan pelembap jela yang tak skip, lain-lain semua buat bila rajin je. Face mask pulak selalu kalau tak sibuk memang seminggu pakai dalam 3 ke 4 kali. Kalau sibuk langsung tak pakai, hahah. Tahun 2018 ni kalau boleh nak amalkan pakai face mask setiap hari. Setiap hari, okay. Yela, melambak dah face mask dalam simpanan sebab memang suka beli face mask pun. Orang kata, dah jadi satu keperluan untuk kaum hawa. Bukan kaum hawa jela, sebenarnya kaum lelaki pun ramai je yang jaga muka dan amalkan pakai face mask. I have a few guy friends yang amalkan pakai face mask yang dibuat sendiri guna bahan-bahan kat dapur tu. Terkejut kita, rajin mengalahkan kita wak. Bagus betul. Macam saya ni tak berapa nak rajin, so beli mask sheet jela senang. Paling rajin pun buat face mask guna tomato.


Baru-baru ni sempat cuba face mask dari jenama yang agak baru dipasaran Malaysia sebenarnya. Topeng muka berjenama  ID.AZ ini berasal dari Korea yang sememangnya syurga skincare. Bila entah nak boleh jejak kaki ke Korea, boleh borong banyak-banyak face mask sendiri. Selalu je kirim kat member yang pergi Korea, tapi tak puashati la sebab takleh nak pilih sendiri. Okay, back to the topic. At first i thought it just the same as usual mask that i've tried before. Tapi meleset sama sekali. Trust me, mask premium ID.AZ ni istimewa berbanding mask lain kat pasaran. Memang best bila pakai, tekstur lembut gila. Memang puashati.

Sebelum tu meh nak cerita serba sedikit tentang ID.AZ Derm Mask ni. Pada awalnya ID.AZ Derm Mask ni dimulakan oleh ID Health Care, satu institusi perubatan yang mengkaji tentang bentuk muka manusia. After some time company ni sedar yang kebanyakan pesakit yang melalui rawatan aesthetic pada akhirnya tidak berpuashati dengan hasil pada kulit muka mereka. Kenapa? Sebab kulit tu tak recover dengan betul. So dari situ la dorang mula menghasilkan ID.AZ Derm Mask untuk memastikan penjagaan kulit yang elok. Tengok pada background diorang pun dah buat kita rasa yakin nak guna. Terdapat 3 jenis ID.AZ Derm Mask iaitu Golden-Fit Mask, Water-Fit Mask, dan Bright-Fit Mask.

ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask (Deep Nourishing Mask) - RM19.90/pack



Jujurnya ini kali pertama saya cuba face mask yang berwarna keemasan macam ni. Nampak exclusive sangat. Selalu duk guna face mask yang warna putih je. Paling teruja la nak cuba yang ni. Nak pulak bila tengok harganya RM19.90 satu, mestilah bagus punya kan. This golden-fit mask is formulated with aesthetic standards of content in order to help nourishing our skin. As far as i know, face mask yang ada unsur emas ni selalunya sangat bagus untuk mencegah penuaan, dapat menjadikan kulit tegang dan anjal. Golden-fit mask ni agak melekit sikit bila dah buka dari packaging dia. Tapi standardlah tu kan. Oh ye, packaging dia for me sangatlah bagus. siap ada few pieces of film liner untuk mengelakkan tekstur mask tu dari rosak.



Mask yang ni dalam bentuk hydrogel dan sangat elastik berbanding mask biasa. Satu lagi sebab kenapa mask ni akan digemari oleh ramai orang adalah, ianya didatangkan dalam 2 helaian di dalam satu packaging. Satu untuk bahagian atas muka, satu untuk bahagian bawah. Kan lebih mudah tu bila nak pakai. Lebih mudah nak tampal kat muka so that dia meliputi semua bahagian muka.



Walaupun mask ni elastik, korang tolong la jangan jadi gelojoh macam saya tarik sekuat hati ye. Hahah. Ganas sangat tariknya masa nak keluarkan dari packaging, sampai mask tu terputus dua hihi. Kalau perasan gambar kat atas tu, bahagian bawah mata nampak kesan terputus. Tak sengaja. Pastu blur kejap apa nak buat. Takkan nak buang? Sayang kot. Pakai jela, boleh cantum balik ni. InshaAllah khasiat dia tak hilang walaupun dah terputus dua. 

Abaikan eyebag

Tadaaa! Pakai sekitar 20 minit macam tu, lepas tu dah boleh rasa perubahan kat kulit muka. Kita yang pakai ni boleh rasa tau perubahan kat muka sendiri lepas pakai mask ni. Rasa lebih tegang dan segar. By the way, takde maknanya nak pakai 20 minit je. Saya pakai dari sebelum drama Magnificent Century mula sampai la dah habis baru buka balik mask ni. Pakai sampai rasa mask tu dah mengering. Motip taknak membazir haha.

ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask (Hydrating Mask) - RM12.90/pack


Mask yang kedua ni pun suka sangat-sangat. For your information, saya ni kalau beli face mask memang mostly akan beli hydrating mask. Why? Sebab sedar diri yang kulit saya ni nak tak nak memang sentiasa perlukan lembapan. Kulit saya jenis yang cepat kering. So pergi mana-mana pun memang sentiasa bawa hydrating mask. Boleh dikatakan dalam semua beg ada spare hydrating mask. 



Mula-mula buka packaging ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask ni, terkejut jugak sebab nampak ada macam kain net. Alah kain net yang jarang sikit tu, yang orang buat veil nikah tu. I was like "eh mask dia memang jenis kain net ni ke?". Rupa-rupanya itu medium yang dia guna untuk lapik mask tu supaya tekstur mask terjaga sepanjang dalam packaging. Tapi untuk mask yang ni, tekstur mask tu sendiri memang tersangatlah nipis dan lembut. Ketara sangat nipisnya tu nak banding dengan mask lain. Tak percaya boleh tengok gambar kat bawah.



Pakai lepas dah mandi dah cuci muka bersih-bersih, nyaman je rasa kat muka. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni masa tengah pakai hydrating mask, memang ketara la nampak mask ni nipis. Nipis bukan sebarang nipis, nipis tapi sangat berkesan. ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask memeberikan kelembapan yang kulit kita perlukan. Selain membekalkan kelembapan, kandungan seperti marine collagen, sea minerals dan hyaluronic acid dikatakan berkesan untuk menjadikan kulit wajah lebih tenang dan bebas stress.




ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask (Brightening Mask) - RM12.90/pack


Mask yang terakhir ni pun tak kurang hebatnya. Yang ni pun suka jugak. Eh boleh dikatakan memang suka ketiga-tiga mask ni la. Berbanding hydrating maskID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask ni lebih tebal sedikit tetapi tidaklah terlalu tebal. Standard ketebalan mask lain. ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask ni dikatakan elok untuk mencerahkan kulit. Dia bukan mencerah dari luar tau, tetapi meresap dan mencerah dari dalam kulit. Bila kulit cerah dari dalam, itu yang memberikan impak kulit yang tampil glowing di luar. Mask ni sesuai sangat untuk sesiapa yang nak cerahkan kulit atau sesiapa yang mempunyai kulit kusam.



Tak sabar nak pakai, terus lupa nak tangkap gambar sebelum pakai mask ni. Takpe lah. Oh ye, ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask ni macam ada bau sesuatu yang menggamit memori zaman kanak-kanak dulu. Puas la cuba nak recall balik bau apa, tapi tak berjaya ingat. Tak boleh nak ingat bau apa. Tapi bau tu buat saya terimbau zaman kanak-kanak dulu. Some smell which gives calming effect lebih kurang, i can't remember


Bertabahlah korang tengok muka-muka togel saya sepanjang pembacaan korang ni hahah. Overall ketiga-tiga mask ni memang best dan memenuhi expectation saya. Memang rasa impressed dengan koleksi ID.AD premium derm face mask ni. Much better than mask lain yang saya pernah cuba. Of course, this is not your ordinary mask! Nama pun premium mask, memang jauh lebih bagus la dari mask biasa. No wonder la harga sekeping pun boleh tahan jugak. Selain Bright-Fit Mask, rasanya Golden-Fit Mask dan Water-Fit Mask takde apa-apa bau. Memandangkan jenama ni boleh dikatakan baru lagi dalam pasaran Malaysia, so for now korang boleh dapatkan koleksi ID.AZ premium derm mask ni dekat Watsons. And hey, they're actually having promotion for this mask - introduction price where you can buy your second pieces at RM1.

Sekian sahaja cerita untuk kali ini. Thank you sebab baca sampai habis.

21 comments:

Cik Rose said...

Rose suka pakai mask. Brand ni tak pernah cuba lagi. Macam best. Rasa nak sangat yang gold tu. Hihi

Eintan Nurfuzie said...

Wa.. bestnya.. dah la cik en hantu mask

iu zira said...

Zira pun suka pakai mask gold, ramai kata bagus gold

el said...

Mask gold tu lawa lah plak bila pakai hehe

Mimi Azirah said...

Wah bestnya...sy pun dah buat lg review mask ni

I am LZ said...

Wah glowing lepas guna face mask ni..
Penjagaan kulit wajah memang penting Emi walaupun sekadar basic, LZ setuju.

AjuyaRashid Agen Shaklee Putra Heights Puchong said...

nak pakai mask memang kena ambik masa bertenang ek. haha. AR beli je mask xpakai2. tapi nampak mask gold tu macam berkenan pulak. kena cari la ni

Fadzi Razak said...

Pernah nampak review Syafiera dengan Aiin pakai ni. Dieorang kata bagus ni untuk muka yang baru lepas operate atau lepas kena sunburn. Macam berminat pulak nak beli

Mrs Puex said...

seronok sesekali tepek mask ni kat muka.. kalau mask tu baru kluar dari frige sesejuk then tepek kt muka.. heavennn!!!

ai said...

Suka pakai yang gold mask tu. Rasa sejuk je. Kadang kalau macam dah kering ai titikkan air bagi lembap balik. Heheheh!

Amanda Suria said...

Akak suka pakai mask..tak pernah lagi cuba yang jenama ni..yg mask gold tu nampak menarik la..terus rasa nak manjakan muka...

Shafyqah Azry said...

samalah dengan sha , kalau minggu busy satu mask pun tak sempat nak lekat kat muka, kalau minggu takbusy rajinlah haha. takpernah try lagi brand ni, tapi nampak best

Salina Johari said...

Harga pengenalan RM1 je..wowww...rugi pulak kalau tak try ..yang golden mask tu tertarik gak nak try .. umur bila dah meningkat ni kena rajin la kan...hehehe

Maha Mahu said...

Hehehehe kalau saya ini nak pakai mask atau nak manjakan muka suka pergi spa nak buat sendiri ini ok tapi tak puas hehehehehe

Cik Tie said...

Tak pernah cuba lagi jenama ni. Tapi ciktie cam berminat la gan mask gold tu. Nak kena pergi cari ni

Bella Jamal said...

Saya pun guna yang dah sedia ada. Tak rajin buat sendiri. Ganas sgt tu tak sabar nak cantik sampai terputus dua. Hehe.Tak pernah cuba lagi mask gold macam ni. Nanti nak cubalah.

iffah hussin said...

last year pergi Borong mask dekat nature republic dekat seoul korea... masih simpan tak sempat nak pakai hu hu hu

Nanti nak guna jugalahhh nak cantik juga!






Wai Yee aka Rane said...

wa promotion bagus. I pun nak try like very good

Hanny Abdullah said...

Yup..sesiapa ke Korea memang akan borong mask bebanyak..cam tu jugaklah sis, sampailah sekarang ada lagi..hahaha. Yang gold tu nampak menarik, pernah dapat satu percuma tak ingat nama apa, memang best aje pakai..nanti nak cuba lah yg ni

Henry Tan said...

wahhh the gold mask, color betul betul gold jugak! haha i think i would love to try that! see if my face can glow or not. hehe

YourFinanceDoctor

Eintan Nurfuzie said...

nk test gak.. dah 2 kali mai sini tgk mask ini