Elakkan Ditipu Wedding Planner, The Wedding Heritage Antara Yang Boleh Dipercayai. - emilinda

Thursday, January 11, 2018

Elakkan Ditipu Wedding Planner, The Wedding Heritage Antara Yang Boleh Dipercayai.


Pernah dengar tak kes tentang pasangan pengantin ditipu oleh pihak wedding planner? Kes macam ni bukan sekali dua terjadi tau. Dah banyak sangat dah kes penipuan macam ni yang diviralkan di media sosial. Itu yang dah viral la kan. Belum campur yang terus diam takde yang viral. Kesian kot, niat elok dah nak halalkan ikatan, nak bina masjid. Punya la kumpul duit bertahun untuk hari bahagia. Tahu-tahu sahaja wedding planner menghilang tak muncul-muncul. Tak pun ada jugak kes yang wedding planner tak plan betul-betul. Makanya pelamin tak siap pasang, persalinan pengantin tak seperti yang dijanjikan, makanan dari pihak catering tak sampai-sampai, jurumekap tak bertauliah, photographer yang tak pandai ambil gambar. Kahwin sekali je weyh, mahunya menangis kalau terkena kat diri sendiri. Menangis tak berlagu. Hilang mood bahagia nak kahwin. Jangan kata kena kat diri sendirilah, kalau kena kat orang terdekat kita pun kita dah sedih. Benda-benda macam ni yang sedikit sebanyak buat bakal pengantin jadi takut untuk ambil pakej perkahwinan serba lengkap. Almaklum, selalunya wedding planner yang menawarkan pakej serba lengkap pada harga yang mampu milik ni la yang sebenarnya penipu. Mengambil kesempatan atas orang lain. Kesudahannya para bakal pengantin tak ada pilihan lain. Terpaksa tempah servis berasingan daripada kenalan terdekat walaupun  kadang-kadang servisnya agak kurang menarik, ataupun tempah servis lain yang harganya tidak sepadan dengan servis yang diberikan. Kenapa? Sebab tak sanggup ambil risiko ditipu.


Baru-baru ni ada la tengok satu rancangan kat TV Alhijrah yang membincangkan tajuk "Wedding Planner Penipu! Salah siapa?". Tetamu undangan adalah Encik Azim, pengasas The Wedding Heritage yang merupakan antara wedding planner yang paling top kat Malaysia pada masa ini. The Wedding Heritage ni memang mendapat tempat dihati para bakal pengantin sekalian, termasuk saya sendiri haha. Ada berangan jugak nak ambil pakej perkahwinan dari The Wedding Heritage bila kahwin nanti. Tapi kena tengok keadaan dulu la memandangkan buat masa sekarang The Wedding Heritage tak cover semua negeri di Malaysia. Berbalik kepada isu yang dibincangkan dalam rancangan tersebut, ada beberapa point yang agak menarik hasil perkongsian  Encik Azim yang ingin saya kongsikan disini.


Dalam temubual tu, Encik Azim menasihatkan supaya bakal-bakal pengantin berfikir dengan lebih mendalam dan realistik dalam membuat keputusan dalam pemilihan wedding planner supaya tidak tertipu. Saya bersetuju sangat-sangat. Hal ini adalah kerana ianya bukan sahaja melibatkan jumlah wang yang besar, tetapi juga melibatkan air muka pasangan & keluarga. Mana nak letak muka kalau tiba-tiba majlis tak berjalan dengan elok? Tetamu semua dah datang, tiba-tiba keadaan kelam-kabut disebabkan makanan catering tak sampai-sampai, pelamin tak siap pasang, pelamin roboh, mekap pengantin comot dan macam-macam lagi kemungkinan. Hari yang sepatutnya bahagia dan meriah boleh bertukar menjadi tragedi. Makanya jangan last minute baru cari wedding planner, dan jangan mudah terpedaya dengan wedding planner yang menawarkan pakej yang seolah tak logik. Terlalu murah tapi menjanjikan macam-macam. Too good to be true. Jangan semata sebab nak jimat, main setuju je. Lepastu menyesal tak sudah. Make sure selidik betul-betul dulu latar belakang wedding planner tu, google feedfack customer lain yang dah pernah guna khidmat mereka. Haaaa, kan hakak dah bebel. Hahah.



Ikutkan nak jimat, kalau boleh semua orang pun nak jimat. Tapi berwaspada itu perlu. Cakap pasal jimat, macam-macam cara orang buat untuk berjimat dalam melangsungkan perkahwinan. Ada yang buat majlis ringkas yang hanya melibatkan kaum keluarga dan sanak saudara. Ada yang buat persiapan sendiri tanpa melibatkan wedding planner atau pihak lain. Salah seorang rakan baik saya yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan sederhana di kediaman keluarganya. Boleh dikatakan tidak melibatkan pihak luar langsung. Baju pengantin ditempah dari kenalan terdekat. Mekap pengantin oleh salah seorang adik pengantin sendiri (kebetulan adiknya seorang jurumekap), servis fotografi juga oleh salah seorang adiknya. Pelamin? Pelamin buat sendiri. Tak sabar jugak nak tengok pelamin hasil kreatif keluarga mereka nanti. Untuk makanan pula, masih mengamalkan konsep rewang seperti dulu-dulu, bukan catering. Masing-masing ada cara tersendiri la kan. Kakak saya juga bakal melangsungkan perkahwinan lagi sebulan. Memandangkan keluarga kami agak sibuk dan tidak punya kepakaran dalam hal sebegini, makanya perlu upah servis dari pihak lain. Tetapi persiapan perkahwinan kakak saya agak last minute, kesudahannya memakan kos yang lebih tinggi. Yela, upah servis photographer lain, persalinan pengantin sewa dari bridal house lain, make up artist pun lain. Pelamin dan kanopi pun disewa dari pihak yang berlainan. Bila dikira balik, cara sebegini sebenarnya menelan kos yang lebih tinggi. Penat dah satu hal, tak cukup tangan nak uruskan semua sendiri.



Dulu saya dah pernah ceritakan serba sedikit tentang The Wedding Heritage ni. Memang sejak dari hari tu lagi duk aim pakej perkahwinan dari The Wedding Heritage ni. Tengok dan baca feedback dari pasangan pengantin yang dah ambil pakej dari The Wedding Heritage, buat hati lagi rasa convinced dengan pakej yang ditawarkan oleh The Wedding heritage.




The Wedding Heritage menawarkan pakej lengkap perkahwinan di sebuah banglo mewah dan ia merupakan pakej perkahwinan lengkap yang sangat berbaloi. Pakej perkahwinan lengkap yang dimaksudkan adalah pakej yang merangkumi semua termasuk busana pengantin, pelamin, makanan untuk tetamu dan hidangan pengantin, jurugambar, makeup artist, PA system, dan lain-lain. Kan senang ada pakej macam ni. Tak perlu bersusah payah nak uruskan semua sendiri. Pakej all-in-one gitu. Semua pihak The Wedding Heritage yang uruskan. Pengantin dan keluarga pengantin tinggal nak melayan tetamu je. Paling suka tengok dekorasi perkahwinan dekat banglo The Wedding Heritage, nampak meriah yang tak terlalu serabut. Senang kata nampak cantik dan eksklusif la. Gambar-gambar yang ditangkap oleh photographer yang bernaung dibawah The Wedding Heritage pun cantik sungguh.




Paling penting, pakej perkahwinan dari The Wedding Heritage ni boleh dipercayai. Beberapa tahun kebelakangan ni, nama The Wedding Heritage ni memang tidak asing lagi. Kebanyakan orang memang dah tahu bahawasanya pakej yang ditawarkan The Wedding Heritage ni sangatlah trusted dan servis memang tip top. Kalau duk sembang dengan member-member pasal wedding planner yang bagus tapi tak terlalu membebankan pengantin, memang nama The Wedding Heritage la yang meniti kat bibir. Majlis sendiri tak tahu bila lagi. Mampu cadangkan dekat orang lain jela buat masa sekarang. Tapi inshaAllah kalau ada rezeki dan keadaan mengizinkan nanti, The Wedding Heritage memang masuk dalam salah satu senarai yang akan dipertimbangkan la. Korang kalau rasa nak usha pakej wedding planner atau nak selidik dulu supaya lebih berpuashati, boleh tengok website, Facebook atau Instagram The Wedding Heritage.

17 comments:

Amanda Suria said...

Memang sepatutnya kena check betul2 sebelum hire wedding planner..sekarang zaman macam-macam penipuan kan..kalau kena mau menangis x berlagu..malu satu keturunan tu..

Ezna Ahmad Khalili said...

Memang kena check betul2. After all kita dah kuarkan duit kita kan...kalau saya prefer yang dikenali. Tapi....yg dikenali pun kekadang buat onar....

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Entri ni memang sesuai untuk siapa2 yang nak kahwin ni.. Benda2 mcm ni kena plan awal kan.. Kalau nak kahwin 6 bulan lagi pun, dah kena fikir..

Nadia Johari said...

bagusla ade ni..takdela pengantin ditipu lagi

Lia Hasty said...

Tak salah nak ambik wedding planner atleast dapat memudahkan kerja kita dan ringan kan beban.tapi kena berhati-hati. Kalau wedding planner yang dipercayai apa salahnya kita ambik perkhidmatan dorang kan.

zaza iman said...

Kena hati2 kalau nak cari wedding planner.. Risau mcm kes viral tu lah.. Buat servey betul2 dulu kan.. Btw wedding heritage ni mmg antara tmpt yg jd pilihan ramai.. Bc feedback pun bgus2..

Wawa Ashihara said...

Btul tu...nak kwen ni hati2.. Cukupla dlu wa terkena tipu dgn orang buat doorgift..mujur pelamin xde pape... Cri yg rmi review/feedback supaya org lg percaya...

iu zira said...

Risau juga kalau kena tipu. Ribu2 kot kos majlis tngk2 kena tipu

Mimi Azirah said...

Bukan senang nak cari wedding planner yg berbaloi harga dan servis ditawarkan. Kena buat check list dan tahu progress

sya mimie said...

Wedding planner ni memang kadang x seperti yang diharapkan. Dulu kita even x ambik wedding planner, mintak hiasan plamin rupa lain, lain dptnya. Adoiyai
Bgus entri ni. Moga moga dapat membantu.

Cik Puan Ena said...

Kalau mampu apa salahnya hire wedding planner. Nasihat ena pd mereka carilah btol2 n dptkan feedback customer. Xdelah menyesal. Jgn kejar yg tlalu murah tapi hasil kerja cincai. Pengalaman sendiri.

Diana Rashid said...

setuju..nak buat majlis bersejarah dalam hidup kita kena lah buat betul2..wedding planner ni penting juga kalau kita nak majlis kita berjalan lancar..Kita pun tak payah nak fikir terlalu banyak benda..

Cahaya Hayati said...

Betul tu kena pilih wedding planner yang establish untuk meraikan hari bahagia kita. Jangan sampai tersalah pilih dan kita berendam air mata di hari bahagia..

Eintan Nurfuzie said...

Byk dh dgr feedback psl TWH ni.. bagus dan berbaloi2.. menarik kan pakej dia

Wendy Pua said...

Wedding is once a life , never goes second time , need to do good research

galaksi viral said...

Salam pengenalan kak. GV follow blog akak ya. GV setuju dengan pendapat akak. Kita kena check betul2x mengenai wedding planer. Kalau ada review kt mana2x blog atau sosial media, senang ckit kita nak wat penilaian kan kak. :)

Cik Rose said...

kualiti gambar dia pun cantiklah!