2 Hari 1 Malam di The KL Journal Hotel, Bukit Bintang - emilinda

Saturday, January 20, 2018

2 Hari 1 Malam di The KL Journal Hotel, Bukit Bintang


Sebelum ni saya ada ceritakan pengalaman saya tentang percutian singkat saya bersama-sama 39 orang lagi rakan blogger yang lain, dianjurkan oleh pihak Traveloka dengan kerjasama The Butterfly Projects. Boleh baca perkongsian pengalaman saya di sini : Escape With Traveloka - Percutian Singkat 2 Hari 1 Malam bersama The Butterfly Projects . Kali ini saya nak ceritakan pula lebih lanjut tentang hotel yang menjadi lokasi percutian singkat kami iaitu The KL Journal Hotel.


The KL Journal Hotel merupakan sebuah hotel 4 bintang yang terletak ditengah kesibukan Kuala Lumpur, iaitu di Bukit Bintang. Berkonsepkan boutique hotel, lokasi The KL Journal Hotel ni sebenarnya sangatlah strategi kerana ianya berdekatan dengan pelbagai tarikan di sekitar Bukit Bintang. Nak ke The KL Journal Hotel ni dengan public transport pun sangat mudah. Hanya 5 minit berjalan kaki dari stesen monorail Bukit Bintang. Open parking area pun ada betul-betul dihadapan hotel.


Biasalah kalau dah boutique hotel ni memang tak sah kalau tak cantik. Setiap sudut pun cantik. Ornag kata, instagrammable hotel gitu. Kalau dilihat pada dekorasi hotel ni, ada banyak elemen nostalgia zaman dulu-dulu. Tetapi berbeza dengan perabot, perabot yang digunakan bercirikan moden. Kiranya suasana The KL Journal Hotel ni adalah kombinasi nostalgia zaman dahulu tetapi dalam keadaan lebih moden. Dari segi keselesaan, memang puas hati.






Ruang kat dalam bilik ni luas. So don't worry kalau nak solat tu, memang cukup sangatlah ruang yang disediakan. Siap boleh solat berjemaah dua orang rasanya. Sesetengah hotel ruang sempit, nak solat pun terpaksa bersempit-sempit. Kat KL Journal Hotel ni jangan risau, ada ruang yang cukup untuk solat.





Bilik yang saya dan kak Farah duduk hari tu rasanya Deluxe Room. Ada katil queen size satu. Tilam dan bantal memang empuk, rasa tak nak bangun dari tidur pun ada. Haha. Dekorasi dalam bilik pun cantik, nyaman je rasa, Selak langsir je terus boleh nampak KLCC. Kemudahan lain yang ada dalam bilik ialah TV 40' flat screen, peti sejuk mini, meja dan kerusi, electric kettle, iron dan lain-lain.


Dari bilik boleh nampak KLCC


Rasa nak bawak balik je jam loceng ni hahah

Kat tepi katil ada jam loceng. Berkenan pulak kat jom loceng dia, lawa! Lepas tu siap ada maps tempat-tempat menarik sekitar KL dan juga buku 555. Yang buku 555 tu mula-mula nampak terus rasa excited! Mengimbau nostalgia zaman kecik-kecik dulu. Zaman sekolah rendah dulu sempat kot guna buku 555. Beli kat koperasi sekolah. Tak pun beli kat kedai runcit berdekatan sekolah.



Bathrobe, selipar, dan tuala turut disediakan. Standard hotel 4 bintang la. Simple je wardrobe dia, just sangkut je kat situ. Berkenan betul susunan segala perabot dan barang-barang dalam bilik. Ironing board ada kat situ terus, tapi sebab saya bawak baju-baju yang tak perlu digosok, makanya tak berkesempatan pun iron baju kat sini.



Saya kalau bermalam kat mana-mana hotel, memang kebiasaannya akan terjah bilik air dulu. Paling risau kalau bilik air tak bersih. Yela, nak mandi nak cuci muka pun tak selesa kalau bilik air kotor. Apatah lagi kalau nak melepaskan hajat. Haa gittew. Bilik air kat KL Journal Hotel ni bukan setakat bersih, bahkan luas dan sangatlah selesa. Rasa macam eksklusif betul bilik air dia. Cermin besar, ada pencahayaan yang elok. Turut disediakan hair dryer. Selain tu, keperluan basic lain seperti tisu, mandian, shampoo, kain lap kaki, kain lap muka, tuala memang disediakan.


Kat sebelah toilet seat tu ada shower room yang dipisahkan dengan cermin kaca. So takde la lantai bahagian depan sinki dan toilet seat tu basah dek pancuran air dari shower. Saya memang suka konsep bilik air macam ni. Dah la luas, selesa pulak tu. Gambar shower room lupa pula nak ambil. Of course ada hot shower, nama pun hotel 4 bintang. Kat sinki ada disediakan air mineral dan set barangan basic penjagaan diri seperti ubat gigi, berus gigi, shaving kit, sikat, dan vanity kit.



Okay, habis part dalam bilik. Kat tingkat paling atas ada infinity swimming pool. Cantik kawasannya. View dari situ pun cantik. Malam-malam nak lepak dengan kawan tepi swimming pool pun best je rasa. Kolam dia tak besar sangat pun, tapi memadai la. Memang cantik. Banyak sudut kat tingkat ata sni yang cantik untuk bergambar.







Dekat tingkat satu hotel ni ada The Terrace Bar & Grill. Kat sini dekorasi memang cantik. Tak puas bergambar kat sini, terutamanya bahagian balkoni. Selain itu, kat tingkat satu ni ada beberapa ruang dan bilik untuk kegunaan meeting ke, seminar ke atau workshop. Dekorasi memang cantik dan menarik. Kat atas meja siap ada diletakkan buku-buku novel sebagai hiasan. Nak ambil baca pun boleh, tapi pastikan letak semula.










Dekat tingkat paling bawah iaitu bersebelahan lobi, ada Kedai Kopi Journal. Kedai kopi ala-ala hipstur gitu. Dekorasi dan susunan perabot memang tak perlu nak bagitahu dah memang cantik. Kat dinding siap ada diletakkan mangkuk tingkat banyak-banyak sebagai dekorasi.




Secara keseluruhan, penginapan 2 hari 1 malam saya di KL Journal Hotel ni memang memuaskan hati. Layanan staf kat hotel pun bagus, peramah. Untuk korang yang suka bergambar macam saya, mesti korang pun akan suka hotel ni. Berbaloi dan sesuai untuk percutian singkat hujung minggu. Yela nak pergi bercuti jauh-jauh mana cuku kalau pergi hujung minggu je. Nak kena minta cuti lagi. Sesekali kalau nak suasana yang lain sikit di hujung minggu tanpa perlu pergi jauh, boleh la cuba menginap di KL Journal Hotel ni.

The Journal KL Hotel




18 comments:

Cindyrina Rina said...

Memang best stay kat KL Journal. location dia sgt strategik and the room is comfy too.

Maya said...

Cantik betul KL Journal ni. Decoration kipas sate tu pun kreatif dan menarik. Memang banyak betul hotel butik yang cantik-cantik sekarang ni kan.

Mimi Azirah said...

Wah bestnya stay di KL Journal dgn blogger lain. Bolehntukar pendapat sesama blogger

tenku butang said...

kalau dapat staycation di KL journal Hotel ni kan best.. tengok kemudahan dan decoration dia kemas dan cantik je.. nak pulak kolam renang tu.. alahai.. menggamit-gamit ajar mandi manda disana je.. hahaha

Sally Samsaiman said...

Sally mmg suka hotel ni..sebab dia dekat dalam bandar dan actually Sallu suka kari ikan chef kat sini..hahaha..even GM dia pun tau sbb Sally mintak haritu..LOL :P

zaza iman said...

Cantik sangat deco hotel ni.. Jelesss tgk emi jln2 tau 😄 ada kolam renang best ooo mandi manda

Fadzi Razak said...

Tak boleh move on lah dengan hotel ni. Sampai hari ni duk terngiang-ngiang betapa bestnya katil dia. Betapa bestnya bilik dia. Betapa bestnya bilik air dia dan dekorasi hotel diaaa.

Amanda Suria said...

Bilik memang best, selesa..environment cozy sanagt... best sebab dekat ngan BB kan...hehehe...nak stay lagi la..area sini

Shasratul Kamaruddin said...

Cantik sangat 😍😍😍 boleh la try stay nanti.

AyuArjuna BiGoshh said...

Nampak. Esklusif nak try menginap kat sini satu hari nanti

miera said...

Loving the KL Journal as well as all the benefits derived from booking with Traveloka....

Rawlins GLAM said...

Rawlins pun nak la staycation kat sini - nampak menarik dan elegan. Lagipun tak perlu nak travel jejauh kan

Mrs Liez said...

wow seronoknya. even hotel moden but still ada unsur tradisional.
harga pun not bad dgn lokasi pun area popular

iffah hussin said...

Kl jurnal nampak menarik sekali, bestnyalah kalau dapat stay dekat situ...

Zayani Zulkiffli said...

Jatuh cinta lah dengan deco dan pemilihan warna deorang. Walaupun ada warna hitam, tp warna lain tu nampakkan ceria dia. Sure best tidur situ.

Maisarah Humaira said...

teruja dengan hotel ni, susun atur dalamannya menarik. pemandangan sekeliling pun cantik. kemudah banyak. mesti try ke sini

www.maisarahsidi.com

AziRahmanDotCom said...

Cantiknya hotel ni. Boleh cuba menginap di sini nanti kalau ke KL

danan said...

nice hotel kalau ke malaysia nak cuba