Skip to main content

Ramadhan 2014



Hari ni dah bermula hari pertama puasa . Selamat berpuasa di ucapkan kepada semua pembaca blog ini . Alhamdulillah , dipanjangkan usia . . sempat merasa sekali lagi Ramadhan . Kali ni Ramadhan disambut sebagai seorang yang sudah bekerja . Selalu sambut Ramadhan dengan status student lagi . Flashback 2 tahun berturut - turut sebelum ni , teman bersahur dan berbuka aku adalah Nad . Ramadhan 2012 , berpuasa dekat asrama Taman Universiti , UTHM . Time tu sebilik dengan Nad , short sem . Time sahur bangun pergi beli nasi untuk sahur dekat pakcik yang jual lauk pauk dekat tepi hostel tu . Situ memang murah . Bukak puasa pun kadang - kadang beli dari dia . Ramadhan 2013 , puasa kat UMS , Sabah . Time tu join program Infosys . Pun all the time dengan Nad la . Makanan disediakan , tapi kurang menyelerakan sikit . Tahun ni bukan dengan Nad dah . Mungkin boleh la sekali sekala ajak Nad berbuka sama memandangkan Nad pun keje kat KL jugak . Tapi most of the time tahun ni akan berbuka dan bersahur dengan kakak . Almaklum la , aku masih tinggal dengan kakak buat masa sekarang ni . Ramadhan kali ni mungkin agak penat sikit . Penat sebab pergi dna balik kerja naik LRT . Tapi takpe la :)


Moga Ramadhan kali ni membawa banyak perubahan  terhadap diri ini dan insan - insan kesayangan . Moga memebawa keberkatan kepada semua .


Comments

CT Humairah said…
ps : doakan CT pulak dapat kerja lepas ni.. masih mencari :D

Alhamdulillah masih berkesempatan bertemu ramadhan.
Selamat Berpuasa dan menyambut ramadhan.. Semoga puasa kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Jemput singgah,
www.sitiyangmenaip.blogspot.com

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…