Skip to main content

"Ini untuk CekMi"




Ini cerita last week . Hari ape ntah , aku pun dah lupa . Masa tu anak - anak sedara aku ada kat KL lagi . Masa kat tempat kerja , akak aku whatsapp gambar anak - anak sedara tengah tido dalam bilik tempat aku tido tu . Ya ampun , macam tongkang pecah dah aku tengok . Memang la aku ni bukan jenis yang rajin sangat . Kadang - kadang baju bertimbun tak sempat lipat , especially bila aku dah kerja ni . Okei , kantoi baju selalu menimbun tak lipat ! Muahaha ! Tapi bila anak - anak sedara aku buat macam - macam aktiviti kat  bilik tu , makin nazak jadinya bilik tu . Haha . So bila balik dari kerja , aku masuk je bilik memang membebel panjang . Haha .


Dah separuh aku bebel kat budak - budak tu , tetiba aku nampak si Isya menyelinap masuk dalam bilik secara senyap - senyap , selit beberapa helai kertas kat atas meja aku . Ingat aku tak nampak la tu . Haha . Baru je aku nak marah , aku ternampak kertas yang dia selit tu . Terus tak jadi nak marah . Nak tahu kertas ape yang dorang selit ?


.
.
.
.
.
.
.
.











" Ini untuk cek mi "
" Ini Cek Mi "



Alahai , so sweet . Pandai dorang ambik hati ye . Terus tak jadi nak marah . Bila aku pandang , sengih - sengih je dorang ni . " Kakak , Aina & Danish lukis untuk Cikmie . Cantik tak ? "

Iye , cantik sayang . Maaf lah , cikmie busy pagi pergi kerja , malam baru balik . Tak banyak spend time dengan kesayangan cikmie semua ni . Nyesal pulak bila ingat balik aku banyak marah dorang last week . Penat balik kerja , kerja tak siap . Pastu melayan kerenah dorang taknak makan nasi lagi , dorang banyak tanya la , dorang taknak tidur la , rosakkan mainan la , taknak mandi la . Maaf ye , cikmie sayang sangat anak - anak buah cikmie ni :)


Comments

Anak sedara dengan mak sedara, sama2 berbakat melukis.. Aku dah nampak dah bakal2 Graphic Designer.. Heehehe

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…