Skip to main content

Sale Elianto, murah.



Hai korang !

Harini takde nak cerita apa sangat pun . Padahal banyak benda aku nak cerita kat blog ni tapi tak ebrkesempatan update blog . Sampai tahap dah banyak sangat cerita basi . Haha . Takpe , takde istilah basi dalam bercerita hokeyy , ada masa aku cerita satu persatu . Korang biasa shopping Elianto secara online tak ? Haaa . . aku ni kalau dah namanya perempuan memang suka la kan Elianto segala bagai ni . Tapi kalau pergi kat mana - mana mall , aku takkan lama kat kedai Elianto ni . In fact , selalunya aku tak beli pape pun sebab aku rimas pekerja dia asyik ikut je kat belakang . Terganggu privacy iols tahu ! Hehe .

So haritu aku try beli Elianto ni secara online . Kalau bukan sebab ada SALE , takdenya aku nak beli . Mana dengan postagenya lagi . That time aku pun tak sure dorang buat sale apa , tapi mostly barang sangat murah . Dan lagi best , FREE postage . Tapi kalau korang perasan , dekat kedai dia pun sekarang harga memang macam tu . Bukan online aje dia buat promosi . Maybe nak habiskan stok .


Seriously korang tak beli kalau tengok Body Mist & Shower Gel 2 botol RM10 , free postage ? Homaigodd , aku memang beli la walaupun body mist yang sedia ada kat rumah pun tak habis - habis .


So aku beli 2 botol shower gel . Total RM10 . Bila bungkusan dah sampai , eh ada free gift pulak . Elianto kasi satu masker muka dan baucer RM20 untuk next transaction . Dah dapat baucer RM20 tu apa lagi kan , laju je aku beli lagi sekali . Paling aku suka bila beli Elianto online ni , dia punya packaging bungkusan secure gila . Berlapis - lapis dia punya bubble wrap . Kemas je bungkusan . Pastu taruk lagi dalam kotak .


Ini produk yang aku purchase second time nya . Tambah RM20++ tak silap aku . 4 botol shower gel , 2 botol body mist , 1 eyeshadow , satu body butter . Body mist dia wangi sangat .

Kalau sesape yang pakai pewarna kuku , pewarna kuku dia jual RM1 je sebotol . Murah gila kan ? Aku yang tak pakai pewarna kuku ni pun rasa nak beli . Nasib baik tak beli . Hehe . 



Korang kalau nak beli tapi malas nak pegi kedai , boleh beli kat SINI .


Comments

Arisazanri 97 said…
Nak tanya la if beli secara online elianto pos by poslaju ke

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…