Skip to main content

First time terperangkap dalam lif.


Alhamdulillah masih bernyawa dengan sihatnya . Beberapa jam lepas hampir aje aku ingat ajal dah mendekat . Iskkk . Macam biasa sekitar jam 6.50 pagi kitorang akan keluar dari rumah untuk memulakan rutin harian . Pegi hantar Qaseh kat babysitter , then masing - masing pegi keje . Abang ipar aku keje shift malam semalam , so dia belum balik . Kat situ ada 2 lif . Aku namakan Lif A dan Lif B . Kitorang sedia maklum bahawasanya Lif A ni dah uzur sangat dan selalu rosak . Tak boleh muat ramai orang , nanti dia tergelincir jatuh . Lif B pun sama buruk , tapi belum pernah tergelincir jatuh macam Lif A . So kitorang memang prefer naik Lif B . Nak dijadikan cerita Lif B pulak stop dekat level 14 x turun - turun . Lama betul . Kitorang tunggu kat Level 9 . So aroung 6.58 pagi bila Lif A sampai , aku pun ajak jela akak aku masuk . Memang ramai orang pun dalam tu . tapi tak fikir panjang terus kitorang masuk . Tak jangka akan jadi benda buruk kan .

Masa dalam lif tu aku dah mula rasa tak sedap hati bila sampai level 8 , sorang budak sekolah ni keluar . Terfikir dalam hati aku , "dah terlalu ramai ke dalam ni eh? Selamat ke? " . Tapi aku tak keluar . Lif terus laju gerak sampai ke bawah . Bila dah hampir sampai level 1 dan kitorang dah mula rasa lega sebab dah nak sampai , tetibe lif tu macam tergelincir terjatuh kuat .Cepat - cepat kakak aku dukung Qaseh . Lif tu jatuh sikit kebawah dari level 1 . Pintu memang tertutup . Semua pun dah mula panik . Kebetulan pulak dalam lif tu ada sorang je lelaki , yang lain semua perempuan & budak sekolah . Lelaki tu dengan anak pompuan dia , nak hantar ke sekolah kot . Anak dia dah macam nak nangis dah aku tengok . Pastu lelaki tu try bukak pintu sesikit , tolak nak kasi ada ruang udara masuk . Dah terbukak sikit muat - muat letak jari . Qaseh dah berpeluh - peluh , dah mula nak nangis . Mungkin dia dah faham . Mungkin dia risau sangat kot - kot anything happen nanti tak sempat nak jumpa papa dia . Tengok orang lain panik , dia pun panik la jugak . Time tu aku nak bernafas pun rasa cukup - cukup lepas je sebab ramai orang dalam tu . Ruang udaranya sempit je . Aku dengar ada budak sekolah perempuan kat luar panggil bapak dia dengan suara cemas , " Abah , cepat la abah ! Ramai orang ni dalam ni . Cepatlah abah " . Time tu aku rasa nak nangis pun ada . dalam hati tak henti berdoa . 

So a few lelaki kat luar tu try cungkil pintu tu supaya terbukak , guna batu & kayu . Tapi tak jalan jugak . Masa tu ada satu kerisauan dalam hati aku . Masa orang tengah duk try bukak pintu tu , in case tetiba lif tu terjunam jatuh lagi dalam camneeee . Iskkk . Tapi alhamdulillah , tak lama lepas tu pak guard ke sape ntah datang bawak kunci lif dan bukak pintu tu . Dalam 15 minit jugak la kitorang terkunci dalam tu . Nasib baik la ada jugak lelaki dalam lif tu . Kalau tinggal yg perempuan je , mana mampu nak tolak & cungkil pintu tu kasi ada ruang udara . 15 minit dah cukup lama untuk buat semua orang dalam lif tu unconcious tak boleh bernafas kehabisan udara kalau takde ruang untuk udara masuk tu . 

Scary betol . Ini la bahaya nya bila lif tidak diselenggara dengan baik . Lif kat situ semua dah buruk . Terus kitorang takmo guna lif dah lepas ni . Panjat tangga jela walaupun level 9 , walaupun kena angkut beg yang berat dengan dukung qaseh yang berkilo - kilo tu . Memang la ajal maut di tangan Tuhan , tapi soal keselamatan ni selagi kita boleh elakkan bahaya , kita elakkan la . Syukur ya Allah , masih dipanjangkan usia . 

Comments

Denaihati said…
Alhamdulillah takde apa2 buruk berlaku, belum ada pengalaman macam ni lagi...kalau terkena memang suspen juga.
Sabrina SA said…
uisy ina dengar pun ina seram.. alhamdulillah ina tak pernah lagi stuck dalam lif.. tp macam mana lah agaknya kan. tp ina dah dpt bayangkan rasanya bila tak cukup nafas dalam lif tu..
umi adam faris said…
kesiannya... syukurlah sebab dah selamat... mesti wajib gelabah huhu

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…