JJCM Kelantan - Sepoi Sepoi Cafe - emilinda

Saturday, July 11, 2020

JJCM Kelantan - Sepoi Sepoi Cafe


Assalamualaikum korang! Okay, kali ni nak kongsi tentang satu tempat makan best dekat Bachok, Kelantan. Sebenarnya ini kali pertama saya makan kat luar dengan suami sejak lepas lahirkan Yusuff. Almaklum, bersalin musim PKP, habis pantang pun masih jugak tak setel PKP. So memang duk kat rumah je, ulang alik dari rumah mak dan rumah mertua jela. Umur Yusuff dah 2 bulan lebih baru berkesempatan makan kat luar dengan suami. Itu pun niat asal bukan nak keluar makan pun. Just nak jalan-jalan ambil angin pantai gitu. Kebetulan pulak jumpa kedai tepi pantai ni, so we give it a try.

Konon nak bawak Yusuff jalan-jalan. Tapi Yusuff dari rumah lagi tidur, dah balik ke rumah semula baru bangun haha


Nama kedai ni Sepoi Sepoi Café dan lokasinya memang betul-betul kat tepi pantai. Kira sesuai sangatlah untuk chill lepak petang- petang sambil layan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa tu. Kedai ni kalau tengok dari luar memang tak fancy sangat pun, nampak macam kedai kampung biasa je. Ruangan dapur dibuat dari kontena. Meja dan kerusi pun biasa-biasa sahaja. Tapi menu yang disediakan lebih kepada menu western, dan harganya memang sangat berpatutan. Personally saya rasa harganya murah. Mungkin sebab terbiasa kalau kat KL menu-menu macam ni harganya mahal.

Spaghetti Tempura Buttercream (RM8.90)

Saya order Spaghetti Tempura Buttercream. My first impression bila tengok spaghetti tu, rasa macam tengah makan kat kedai hipster pulak. Sebab dia guna pinggan yang cantik dan presentation spaghetti tu memang menarik. Terus tanya husband “Abang, berapa harga spaghetti dia tulis kat menu tadi?”. This spaghetti cost me less than RM10, and it taste good! Dari segi portion okay, standard portion. Dari segi rasa, bagi saya sedap, memang kena dengan tekak.

Nice plating

Suami order Mee Ombak. Mee Ombak ni kira macam salah satu menu special kat situ la. And yes, sedapp! Next time kalau ke sana lagi saya memang nak order mee ombak ni. Basically mi ombak ni kuah dia ala-ala mi hailam kot kalau tak silap. Tak sama, tapi texture lebih kurang. Mi pulak dia balut dengan telur.

Mi Ombak (RM7)

Close up sikit

As for drinks, saya order Milo Tabur, dan suami order Nescafe. Tak pasti harga berapa. Milo tabur dia memang tak kedekut milo lah. Oh hampir lupa, kat situ ada jual beberapa jenis kek jugak. Saya order Kek Pandan Cheese Leleh. Awalnya saya fikir kek ni jenis yang dijual satu slice macam kek Secret Recipe tu. Rupanya tak, dia jual sebiji tapi tak besar sangat pun. Boleh la 3-4 orang makan sekali hadap. Harga dalam RM13 sebiji. I feel so jakun sebab tak pernah makan kek style cheese leleh macam ni, haha. Rasa dia not bad, sedap. Boleh repeat lagi next time.

Pandan cheese leleh

Husband sempat sembang-sembang dengan orang café tu. Katanya kedai ni dah beroperasi lebih kurang 2 tahun. Yang syoknya kat situ sebab suasana tepi pantai (Pantai Sri Telong if I’m not mistaken) yang tenang. Pantai ni tak crowded macam Pantai Irama Bachok dan pantai-pantai lain. Kira kalau nak santai-santai tu memang nice la. Kalau nak ke café ni, just waze je Sepoi Sepoi Café.

Ni haa kedainya

Repeat lagi tak next time? Yes, akan repeat lagi.

17 comments:

  1. Eh bestnya... Balik ni nak g singgah jugak laa... Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Oh boleh singgah la nanti..kg pun kat bachok..lama dah tak balik

    ReplyDelete
  3. Tak pernah g bachok, nti kot2 berpeluang ke sana, boleh singgah nti. Unik mi ombak dia

    ReplyDelete
  4. Wahhh seronoknya bila makan di tepi laut macam ni. Hehehe. Teringat makan tepi laut. Angin dia best betul. Tenang je. Makan udang celop tepung, kepok lekor cicah sambal. Sedapnya.

    ReplyDelete
  5. Kedai warung kecik tepi pantai je tu, tapi presentation dia, perghhhh macam restoran... mesti syok tu makan sambil di tiup angin pantai...

    ReplyDelete
  6. Syoknye dapat duduk tepi pantai sambil makan-makan. Lama dah tak lepak pantai ni even ruamh dekat tepi pantai. Heee~

    ReplyDelete
  7. Wah.. memang berbaloi dengan harga dan kualiti makanan yang dihidangkan. Harga sangat-sangat berpatutan dan nampak sungguh menyelerakan

    ReplyDelete
  8. menu dia nampak sedap sangat siap ada cheesecake. Fuhhh makan tepi pantai memang merasa angin sepoi-sepoi bahasa sesuai dengan nama cafe!

    ReplyDelete
  9. Macam warung tepi pantai tapi dia punya menu meletoppp n ada stail la.. Kalu singgah Bachok confirm nak try mkn kat sini..

    ReplyDelete
  10. Kedai nampak biasa2 ea tapi tengok menu luar biasa mcm kt cafe hipster pulak. Patutlah murah. Kalau cafe mane nak dapat harga mcmtu. First time dengar mee ombak

    ReplyDelete
  11. Bukan setekat kedai makan bandar Bachok pun blm pernah pg huhu

    ReplyDelete
  12. sedapnya tengok makanan yg dinikmati...balik kelantan nnati bolehlah ajak suami ke sini..mcm menarik juga

    ReplyDelete
  13. Bestnya emi.. makan kat tepi pantai gitu. Memang syok la yusoff lena ye kena angin laut..
    Makanan dia mak aihh.. nampak mewah tapi harga patut sangatlah. Rugi kalau tak pergi lagi kan.

    ReplyDelete
  14. wow the food at Sepoi Sepoi Cafe look so delicious! With nice view some more. good

    ReplyDelete
  15. Makanan nampak sedap dan harganya juga berpatutan. Boleh saya pergi lepas saya habis pasang aircon rumah saudara saya.

    ReplyDelete
  16. Bestnyaaaa.. Bila la nak sampai sana ni.. Hehehe

    ReplyDelete
  17. Kedai kawan sy nie... Mari lah kita sama2 support bisnes org muda... Especially melayu

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.