Skip to main content

Tiga rezeki tak terjangka dalam tempoh seminggu.


Seminggu kebelakangan ni rasa macam bertuah sangat diri ni. Chewahhh, gitu. Hahah. Beberapa rezeki yang tak terjangka datang menjengah dalam tempoh seminggu. Alhamdulillah, syukur sangat. Firstly, last Monday masa buat food review dekat D'Kayangan Steamboat ( klik untuk baca entry Konsep Terbaru D'Kayangan Steamboat), dapat lucky draw sehelai tudung Fareeda. Weeee, tak sangka tau. Almaklum la kebiasaannya aku ni kalau ada lucky draw mesti balik tangan kosong je. Terkejut jugak. Well, i'm not a fans of tudung Fareeda tapi dah dapat free tu ambik aje la. Rezeki, tak baik ditolak. Nak beli sendiri rasanya tak kot sebab bukan peminat tudung Fareeda.


Rezeki yang keduanya adalah menang contest yang dianjurkan oleh butik Leeyana Rahman. Dorang ada nak release koleksi baju baru, so dorang buat contest bagi cadangan nama untuk baju tu. Aku saja la join untuk cuba nasib. Tak sangka menang! Aku suggest nama FLEUROSE. Fleur in French means flower. So maksud nama baju ni adalah 'bunga mawar'. I'm a big fan of Leeyana Rahman collection. Design dia cantik-cantik sangat. Hadiahnya pihak Leeyana Rahman belum pos lagi. Last but not least, semalam ada join sesi sarapan pagi bersama hero dan heroin drama Cinta Si Wedding Planner anjuran Denaihati Network (later aku akan up entry tentang event ni). Alhamdulillah, menang cabutan bertuah jam tawaf Denaihati. Happy sangat. Rezeki di tengah kegawatan ekonomi ni.



Dengan rezeki-rezeki yang diterima diluar jangkaan ni, menyedarkan diri ni tentang sesuatu. "Dengan memberi, kita menerima". Dalam hidup ni jangan lupa memberi. Beri kepada yang memerlukan, setakat mana termampu. InshaAllah dimurahkan rezeki kita. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Kebahagiaan juga salah satu bentuk rezeki. 

Okay, itu je nak cerita dalam entry kali ni.

Comments

nor nazliana said…
alhamdulilah semoga dilimpahkan rezeki yg bnyk insya aallah
Mama Darwiish said…
alhamdulillah....tahniah :)

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…