Jaga kesihatan kulit wajah dengan Mentholatum Botanics! - emilinda

Friday, February 5, 2016

Jaga kesihatan kulit wajah dengan Mentholatum Botanics!



Tahu Mentholatum? Haaa tipu sangat lah tu kalau tak tahu. Macam-macam rangkaian produk dah under Mentholatum ni. LipIce, Hada Labo, Sunplay, Oxy, etc. Baru-baru ni Mentholatum telah memperkenalkan produk baru iaitu siri penjagaan wajah Botanics yang diilhamkan oleh kebaikan alam semula jadi. Sesuai dengan nama, rangkaian produk Mentholatum ni diperbuat dari ramuan berkualiti tinggi yang berasal dari tumbuhan dan bunga-bungaan. Untuk yang mempunyai masalah kulit sensitif, apa kata try this product. Macam aku sendiri pun lagi suka pakai produk yang berasaskan tumbuhan semulajadi sebab lebih selamat untuk kulit wajah kita ni. Kalau tengok kat pasaran sekarang ni macam-macam produk dah keluar, tapi scary jugak nak try sebab ada bahan kimia merbahaya. Alhamdulillah aku sendiri belum pernah terkena dengan produk-produk macam tu sebab aku agak memilih soal produk yang aku nak guna. Taknak lah main hentam je pakai macam-macam, lepas tu kulit yang merana. 





Thanks Mentholatum dan The Butterfly Project sebab jemput iols ke pelancaran Mentholatum Botanics kat One Utama last week. Sampai-sampai je terpegun kejap sebab decoration cantik sangat. Penuh bunga-bungaan dan decoration yang bertemakan nature. Wanginya tu toksah cakaplah, memang wangi je area situ dengan bau bunga-bungaan. Sebelum pihak Mentholatum brief kitorang pasal rangkaian Botanics ni, kitorang diberi peluang untuk DIY our own botanic drink. Ada banyak herbs dan bunga-bungaan yang disediakan untuk kitorang buat teh botanic sendiri. Jakun kejap sebab selama ni duk buat teh guna teh uncang tu je. Kekeke. Rambang mata taktau nak taruk apa dalam minuman tu. 


I choose green lemon + rose + chamomile + stevia for myself, and it turn out to be a bit bitter. Hahah. Tapi takpe, enjoy je. It's my first time making herbal tea anyway. Siap pergi tambah stevia lagi tu sikit dengan harapan dapat kurangkan pahit. Kekeke.

Excited masing-masing nak buat herbal tea.

Pahit pun redha jela, haha.

Jenama Mentholatum Botanics ni terdiri daripada empat rangkaian produk iaitu tube face wash, foaming wash, pump wash, dan juga face mask. Tube face wash didatangkan dalam 4 variasi berbeza iaitu Hydra Whitening, Pore Refining, Deep Cleansing, dan Hydrating. Untuk foaming wash pulak terdapat 2 pilihan iaitu Oil & Blemish Control, dan Whitening. Pump wash pun ada 2 jenis jugak; Deep Clean, dan Moisturising & Brightening. Face mask ada 5 pilihan which is Aloe Vera Hydrating Facial Mask, Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask, Rosemary Pore Refining Facial Mask, Rosehip Oil Brightening Facial Mask, dan Lavender for Soothing Facial Mask.



Macam lebih kurang je semua, mostly adalah pencuci muka. Kenapa ye? Haaa meh nak habaq mai! Ini adalah bertujuan nak bagi pilihan untuk pengguna. Sesetengah orang prefer pencuci muka yang dalam tube, senang nak bawak ke mana-mana dan squeeze je bila nak guna. Sesetengah yang lain pulak, suka yang dalam botol siap ada pam tu sebab lagi senang nak bajet banyak mana yang diperlukan untuk cuci muka. Tak kurang jugak yang suka pencuci muka dalam bentuk buih-buih lembut. Picit je terus keluar dalam bentuk buih siap-siap, tak payah nak gosok-gosok dulu untuk hasilkan buih. Haaaa, aku pun suka gila kot yang jenis buih ni. Rasa lembut je kat kulit. Feeling-feeling princess gitteww. Selain texture yang lembut, paling aku suka pasal produk Botanics ni adalah dia punya bau wangi sangat-sangat. Seriously bau wangi yang amat. 


Dari dulu aku memang seboleh mungkin akan guna produk yang menggunakan bahan semulajadi. Tapi aku perasan mostly produk yang dihasilkan menggunakan bahan semulajadi ni harga dia kemain lagi mahal. Ada a few product skincare yang aku pernah guna memang berasal dari bahan semulajadi dan sememangnya aku akui harganya agak mahal. Berjimat kot semata-mata nak beli, almaklum masa tu belum kerja lagi. Tak perlulah aku nak mention nama produk tu. Mula-mula aku dengar pasal produk Mentholatum Botanics ni, aku dah terfikir produk ni mesti agak mahal. Tapi meleset sama sekali. Harga mampu milik sangat. Student pun mampu sangatlah!


Dua malam lepas ada try Botanics face mask Hydration & Brightening. Diformulais dari Aloe Vera. Memang bagus untuk kulit. Bila bukak je packaging tu, dah tercium bau  yang sangat menyenangkan. Pakai mask ni, pastu pejam mata konon rest. Boleh pulak terlelap. Sedar-sedar je hampir kering mask kat muka. Mask brand lain ada sesetengah baunya sangat tak menyenangkan. Nasib baik mask Botanics ni tak busuk, bahkan bau wangi lagi. Nak pakai pun rasa relax je. 



Tadi aku ada mention pasal harga affordable, right? Memang affordable pun. Face Wash 100g RM14.90, Pump Wash 150ml RM21.90, Foaming Wash 160ml RM25.90, dan Facial Mask RM6.90/pcs. Boleh dapatkan di Guardian seluruh Malaysia. 


No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.